Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Punca Raja Ema nyaris ditembak lelaki di bandar Shah Alam

0
0

Punca Raja Ema nyaris ditembak lelaki di Shah Alam - Pelakon dan penyanyi terkenal Raja Ema berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tiba-tiba mengacukan pistol sebanyak dua kali kepadanya ketika sedang memandu di sekitar bandar Shah Alam.

Kejadian menakutkan itu dikongsikan Raja Ema menerusi akaun Instagram miliknya dan mengakui masih terkejut sehingga kini. Bagaimanapun, Raja Emma mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku akibat ancaman tersebut.

“Tak ada apa-apa kejadian tidak diingini. Lelaki itu hon dan pintas kereta sambil acu pistol. Di kawasan lampu isyarat ketika lampu merah dia acu lagi. Sudahlah anak-anak ada dalam kereta.”

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Raja Ema Raja Ibrahim, 46, memandu keretanya bersama Putera Ammar dan Putera Alkashah kira-kira jam 2.30 petang di pusat bandar itu selepas selesai berurusan di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang memandu kereta Kenari secara bersendirian menghampiri keretanya dan membunyikan hon dipercayai tidak berpuas hati dengan pemanduan Raja Ema yang perlahan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Jejaka Idaman itu tidak mempedulikan bunyi hon itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa.

Akibatnya, kereta itu memintas keretanya sebelum lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan ke arah aktres terbabit.

Raja Ema mengabaikan ancaman itu dan memandu keretanya sehingga ke lampu isyarat sebelum lelaki terbabit sekali lagi mengacukan pistol ke arahnya.

Raja Ema yang ketakutan dengan tindakan lelaki itu meneruskan pemanduan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatannya dan keluarga.

Sementara itu, jurucakap Polis daerah Shah Alam ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan menerima laporan itu.


Isi kandungan sidang media tergempar PM Najib 15 Mac 2014

0
0

Isi kandungan sidang media tergempar PM Najib 15 Mac 2014 - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja tamat mengadakan sidang media tergempar kira-kira jam 2.33 petang tadi.

Bagi sesiapa yang tidak sempat mengikuti siaran langsung sidang media itu, di sini penulis sediakan ringkasan isi kandungan ucapan beliau sebentar tadi.

  1. Pesawat MH370 disahkan membuat pusingan balik (air turn back) ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.
  2. Last contact dengan MH370 ialah pada jam 8.11 pagi 8 Mac 2014 waktu Malaysia walaupun dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi di Beijing.
  3. Usaha mencari pesawat MH370 di laut China Selatan dihentikan serta-merta.
  4. Pengangkutan darat, laut, udara, radar primer, radar sekunder, satelit masih gagal mendapat maklumat yang tepat mengenai kehilangan MH370.
  5. Transponder disahkan telah dimatikan secara sistematik oleh seseorang apabila pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam.
  6. Malaysia masih mengkaji sebab sebenar pesawat MH370 tiba-tiba bertukar arah
  7. Tiada pengesahan berhubung lokasi sebenar pesawat MH370 setakat ini.
  8. Komunikasi pesawat (ACARS) dimatikan sebaik memasuki ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  9. Tumpuan pencarian pesawat MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Gambar rumah kediaman Raja Bomoh VIP & isteri ke-4

0
0

Gambar rumah kediaman Raja Bomoh VIP - Portal ohartis telah menerima email berbentuk gambar-gambar kediaman Raja Bomoh VIP, Ibrahim Mat Zin dari seseorang yang enggan dikenali. Berikut ialah bunyi email individu tersebut.

"Salam.. Oh! Media, sy nak share gambar rumah tok bomoh KLIA…eh, pagar rumah sebenarnya…sebelum tu, sy minta pihak oh!media merahsiakan email sy…atas 2 sbb.. 1) Sy tak nak publisiti murahan :P….dan 2) sy takot ada pulak nnt diganggu makluk2 x nmpak plak mlm2…hahha… Rumah ni terletak kat Kg Bermin Tapah Perak..dinamakan ‘Istana Sri Gemilang (V.I.P)’Dipercayai ni rumah isteri no. 4 tok bomoh…no.1,2 &3 sy tak tau…"

Di bawah ini pula ialah empat keping gambar sekitar rumah kediaman Raja Bomoh sedunia. Memang mewah dan bukan sembarangan.




Punca sebenar 6 individu maut di konsert Future Music Festival Asia 2014

0
0

Punca sebenar 6 individu maut di konsert Future Music - Konsert Future Music Festival Asia 2014 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi berakhir dengan tragedi kematian enam individu termasuk tiga wanita manakala tiga lagi dalam keadaan kritikal.

Kejadian tidak diduga ini dipercayai berlaku disebabkan pengambilan dadah jenis methamphetamine secara berlebihan sebelum mereka sesak nafas dan pengsan semasa menghadiri konsert Future Music Festival Asia yang julung kali diadakan di Malaysia

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, hari terakhir konsert itu dijadualkan berlangsung pada malam ini namun terpaksa dibatalkan. Ianya dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis.

Gambar kemalangan teruk di Kota Bahru, kereta melekat di tiang telefon

0
0

Gambar kemalangan teruk di Kota Bahru - Satu kemalangan teruk telah berlaku kira-kira jam 1.30 pagi tadi, 16 Mac 2014, di Jalan Chica, Kota Bahru berhampiran stesen Petronas Baru menghala ke Pasir Puteh. Kereta itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju sebelum terhumban dan melekat di tiang telefon.

Berikut ialah beberapa keping gambar keadaan kereta yang penulis anggap satu kemalangan luar biasa. Jarang sekali kita dengar ada kemalangan jalan raya yang berakhir dengan kereta melekat di tiang telefon, dikongsikan portal ohartis.





Sidi Hamdam buat laporan polis mimpi pesawat MH370 langgar bangunan

0
0

Sidi Hamdam buat laporan polis mimpi pesawat MH370 - Seorang lelaki berusia 42 tahun telah membuat laporan polis kerana mendakwa telah bermimpi pesawat MH370 sedang dipegang satu tangan panjang pada 9 Mac 2014.

Siti Hamdan bin Amirudin yakin mimpinya dapat membantu pasukan keselamatan mengesan lokasi sebenar di mana pesawat MH370 berada. Baca lebih lanjut isi kandungan mimpi yang diceritakan beliau kepada pihak polis.


Raja Bomoh tidak kisah membayar denda tampar Khairy

0
0

Raja Bomoh tidak kisah membayar denda tampar Khairy - Raja Bomoh Sedunia VIP, Ibrahim Mat Zin, 80, menegaskan tidak kisah membayar sejumlah denda akibat menampar Khairy kerana beliau memberitahu mempunyai wang dan peguam sendiri.

"Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin saman dia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap dan tuduh saya khurafat.”

Gambar Lana Nordin dan Fauzi Nawawi di Mekah ditegur peminat

0
0

Gambar Lana Nordin dan Fauzi Nawawi di Mekah - Keterujaan Lana Nordin menunaikan umrah di Mekah bersama Fauzi Nawawi dan Lisdawati turut dikongsikannya kepada peminat dengan memuatnaik gambar-gambar menarik di Instagram.

Lana Nordin juga tidak lupa berkongsi sekeping gambar Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dan memberitahu dia ialah teman rapatnya serta meminta orang ramai mendoakan Fariq.

Bagaimanapun, keterujaan bekas kekasih Johan As'ari itu mungkin sedikit terganggu dengan beberapa komen negatif pengikutnya di akaun Instagram. Mereka dilihat tidak begitu senang dengan Lana bergambar di sisi Fauzi Nawawi secara dekat.




Gambar raja bomoh teropong lagi pesawat MH370 di Teluk Intan, Perak

0
0

Gambar raja bomoh teropong lagi pesawat MH370 - Nampaknya, raja bomoh sedunia, Ibrahim Mat Zin masih tidak serik dengan upacara ritualnya meneropong pesawat MH370 yang masih belum ditemui. Meskipun beliau telah dikecam teruk rakyat Malaysia namun dia tidak memperdulikannya malah semakin berani.

Di sini, penulis kongsi beberapa keping gambar Ibrahim melakukan aksi teropongnya di hadapan orang ramai di Pekan Teluk Intan, Perak. Mungkinkah mahaguru berusia 80 tahun ini berjaya mengesan pesawat MH370? Kredit kepada portal ohartis.






Gambar Fasha Sandha tunjuk baby bump anak kedua berusia 5 bulan

0
0

Gambar Fasha Sandha tunjuk baby bump anak kedua - Pasangan suami isteri, Fasha Sandha dan Rizal Ashram bakal menimang cahaya mata kedua selepas Fasha disahkan hamil anak kedua yang kini dikatakan sudah mencecah 5 bulan.

Baru sahaja sebentar tadi portal rotikaya telah berkongsi beberapa keping gambar pasangan ini menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan mereka di Kepulauan Bali, Indonesia. Baby bump Fasha yang semakin membesar menarik perhatian penulis.

Nampaknya, rezeki Fasha Sandha dan Jejai semakin murah. Jutaan tahniah daripada penulis buat mereka. Jom layan gambar-gambar baby bump Fasha Sandha.






Raja Bomoh : Bini aku tak bercium dan berpeluk dengan lelaki lain

0
0

Raja Bomoh nafi isterinya pernah cium dan peluk lelaki lain - Umum mengetahui, Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin semakin popular di mata dunia selepas melakukan pertunjukkan upacara ritualnya kepada umum di KLIA.

Populariti Ibrahim naik mendadak kerana mendapat kecaman rakyat Malaysia termasuk dua ahli politik terkenal, Khairy Jamaluddin dan Bung Mokhtar.

Baru-baru ini, Bung Mokhtar tampil menyindir Raja Bomoh di laman Twitter dengan mengatakan upacara ritual tikar terbangnya sudah jadi parody orang ramai sehingga memalukan nama Malaysia di seluruh dunia.


Bagaimanapun, Raja Bomoh tidak cepat melatah dan menyindir pula Bung Mokhtar dengan mengatakan isterinya tidak pernah bercium dan berpeluk dengan lelaki lain. Memang pedas sangatlah sindiran ini.


Nampaknya, seorang lagi ahli politik negara bakal jadi mangsa tamparan buaya Raja Bomoh. Sebelum ini, Ibrahim turut memberi amaran kepada Khairy suraya tidak masuk campur jika tidak mahu apa-apa kejadian pelik berlaku ke atasnya.

Mila AF5 pertahan Kapten Zaharie tidak bersalah

0
0

Mila AF5 pertahan Kapten Zaharie tidak bersalah - Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin mendakwa mengenali secara rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan ahli keluarganya.

Kata Mila kepada Sinar Harian, dia berpeluang untuk berkenalan dengan Zaharie ketika pakar juruterbang itu menghadiri satu majlis Kelab Peminat Mila Jirin pada tahun 2007. Hubungan mereka semakin rapat selepas Mila sering berjumpa dengan keluarga Zaharie.

“Malah saya pernah mengunjungi kediamannya untuk bertemu isteri dan anak-anaknya. Selepas mendapat tahu kejadian itu, saya cuba menghubunginya, namun gagal."

“Saya begitu sedih dengan apa yang menimpanya sekarang dan berharap dia dapat pulang semula ke tanah air dengan selamat.”

Ditanya tentang keperibadian yang dimiliki Kapten Zaharie, Mila tanpa berselindung memberitahu Zaharie merupakan seorang yang sangat merendah diri dan penyayang.

Datuk Jalaluddin Hassan nyaris dicabul pemilik syarikat East Asiatic?

0
0

Datuk Jalaluddin Hassan nyaris dicabul pemilik syarikat - Mungkin tidak ramai peminat mengetahui kisah hidup sebenar pelakon tersohor negara, Datuk Jalaluddin Hassan, 60. Hari ini akhbar Utusan telah berkongsi satu artikel yang menceritakan pengalaman beliau berdikari sehingga bergelar pelakon.

Apa yang menarik perhatian penulis ketika membaca artikel itu ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an.

Sebelum mula bekerja dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan. Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain.

Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul. 

“Masa itu, saya sudah pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.

“Berbual dengannya di dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.

“Namun selepas saya katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan lari macam tak cukup tanah! Terkejut.

“Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada."


Sebab sebenar Tasha Shilla buang gambar kekasih dari Instagram

0
0

Sebab sebenar Tasha Shilla buang gambar kekasih - Pelakon seksi, Tasha Shilla mengejutkan ramai pengikutnya di Instagram kerana memadam kesemua gambar romantiknya bersama kekasih hati, Hans.

Tindakan itu menimbulkan spekulasi ramai peminat sehingga ada yang mendakwa hubungan pasangan itu sudah berakhir dan Tasha Shilla kini sudah kembali solo.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro hari ini, pelakon drama bersiri Terukir Di Bintang itu menafikan hubungan cinta dengan Hans sudah berakhir dan memberitahu tindakan memadam kesemua gambar romantik mereka dibuat atas sebab komen-komen negatif yang terlalu banyak dilemparkan peminat.

"Sebelum ini gambar yang kami muat naik banyak menerima komen negatif. Belajar daripada kesilapan itu, kami sepakat berhenti muatnaik gambar berdua sejak minggu lalu."

"Niat kami mahu elak terus dikecam, tak sangka pula timbul cerita kami sudah berpisah. Banyak benda yang perlu ditapis dan mana gambar yang boleh mengundang persepsi dan komen negatif perlu dielakkan."

Kes cerai Liyana Manan dan Romie dibicarakan 14 April 2014

0
0

Kes cerai Liyana Manan dan Romie dibicarakan 14 April 2014 - Perbicaraan kes cerai pasangan Liyana Manan dan suaminya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, ditangguhkan ke tarikh 14 Mac 2014 oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini.

Keputusan penangguhan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin atas permintaan peguam plaintif, Kamar Ainiah Kamaruzaman bagi memberi masa kepadanya meneliti semua dokumen berkaitan.

Terdahulu, Kamar Ainiah memohon penangguhan dengan memberikan alasan bahawa dia baru sahaja dilantik oleh Liyana Manan Jumaat lalu bagi menggantikan peguam lama.

Manakala, peguam yang mewakili Romie, Rubiah Jaafar tidak membuat sebarang bantahan dan bersetuju dengan permohonan Kamar Ainiah.

Untuk makluman, Liyana Manan memfailkan fasakh mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) pada 1 Oktober 2013. - SH


Gambar dan punca bas express terjunam ke gaung Lebuhraya Utara Selatan

0
0

Gambar dan punca bas ekspress terjunam ke gaung Gua Tempurung - Sebuah bas ekspress konsortium terjunam ke dalam gaung di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara Selatan, kawasan Gua Tempurung sedalam 30 kaki.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang tadi.

Menurut siasatan awal, kejadian itu berpunca daripada tindakan pemandu bas yang cuba mengelak dua buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan sebelum gagal dikawal lalu terbabas ke kiri dan terhumban ke dalam gaung.

Aura White nafi tamatkan kontrak Hanez Suraya

0
0

Aura White nafi tamatkan kontrak Hanez Suraya - Berita pembatalan kontrak Hanez Suraya sebagai duta kepada produk pemutihan Aura White hangat diperkatakan sejak semalam sehingga hari ini. Ada yang mendakwa perkara itu sudah dijangka akan berlaku.

Bagi mendapatkan pengesahan berhubung penarikan balik kontrak tersebut, Sinar Harian telah menghubungi pihak pengurusan Aura White baru-baru ini namun mereka tidak memberikan sebarang pengesahan lanjut.

"Pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung soal penarikan kontrak Hanez Suraya sebagai duta produk kami. Kami juga tidak mahu beri sebarang kenyataan buat masa sekarang."

Nampaknya, pihak pengurusan Aura White masih mempertimbangkan samada perlu atau tidak tindakan menamatkan kontrak Hanez Suraya diteruskan.

Mila AF5 kecewa gambar Zaharie dikecam teruk peminat

0
0

Mila AF5 kecewa gambar Zaharie dikecam teruk peminat - Bekas juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin, 27, memberitahu kecewa dengan sikap sesetengah peminat yang suka melemparkan kritikan negatif tanpa usul periksa.

Ini kerana, Mila baru-baru ini dikecam teruk peminat selepas memuatnaik sekeping gambarnya bersama dengan Kapten Zaharie di akaun Instagram.

Susulan daripada itu, Mila terpaksa memadam gambar berkenaan bagi menghentikan segala komen-komen negatif yang tidak putus-putus dilemparkan.

"Saya muat naik gambar tersebut sebagai tanda simpati dan risau dengan keadaan yang berlaku. Sebaliknya apabila gambar itu dipaparkan banyak sangat komen negatif daripada peminat."

"Ada yang kata saya tak sensitif, tak menghormati keluarga dan macam-macam lagi. Saya sendiri tak berniat untuk menyakiti sesiapa dan perbuatan itu (memuatnaik gambar) sebagai tanda kerisauan saya."

“Untuk mengelak macam-macam persepsi negatif lebih baik saya buang gambar itu segera daripada terus menjadi isu dan menimbulkan perdebatan di laman sosial."



Gambar Adira patah tangan akibat jatuh tangga di Pulau Indah, Klang

0
0

Gambar Adira patah tangan akibat jatuh tangga - Penyanyi terkenal, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, mengalami kemalangan hingga patah tangan selepas jatuh tangga di sebuah kilang di Pulau Indah, Klang.

Menurut Adira, kejadian itu berpunca daripada kesilapannya melangkah menaiki tangga kerana terlalu rancak berbual dengan dengan rakan-rakan. Ekoran kecederaan di tangan, beliau segera pergi ke sebuah klinik di sekitar Klang untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan bekas peserta Akademi Fantasia itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa termasuk menyempurnakan undangan persembahan di beberapa tempat.



Zarina Zainuddin jerit dan rempuh pak guard hospital dihalang jumpa emak

0
0

Zarina Zainuddin jerit dan rempuh pak guard hospital - Sebelum ini, kita pernah digemparkan dengan tindakan Siti Aisya Adam, isteri penyerang pasukan Johor Darul Takzim, Matyo, memaki hamun seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang pada 12 September tahun lalu.

Ketika itu, Matyo dikecam teruk orang ramai kerana membiarkan isterinya bertindak kurang ajar kepada pak guard berkenaan yang jauh lebih berusia hanya kerana tidak berpuas hati ditegur mengalihkan kenderaan dari kawasan larangan parking.

Apapun, itu cerita lama dan sensasi tahun lalu. Baru-baru ini pula, giliran seorang pelakon terkenal, Zarina Zainuddin didakwa bertekak dan menjerit pengawal keselamatan di sebuah wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Difahamkan, kekecohan timbul apabila pengawal terbabit tidak membenarkan pelakon seksi itu masuk ke dalam wad untuk melawat ibunya, Zahora Abdul Mutalib, 58, yang baru dipindahkan daripada wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kemalangan jalan raya, malam kelmarin.

Zarina, 43, yang naik berang enggan mengendahkan halangan pengawal itu dan terus merempuh pintu pagar wad terbabit untuk masuk ke dalam.

“Sebab dah geram sangat, saya terpaksa bertekak dan menjerit bila dia halang masuk (wad) melawat mak.”

“Saya baru saja bergaduh dengan guard (pengawal) di wad itu tengah hari tadi (semalam)."

"Geram betul bila dia halang saya nak masuk sedangkan doktor nak buat pemeriksaan pada mak tapi tak ada langsung wakil keluarga untuk pantau."

“Saya sudah minta baik-baik tapi dia berkeras tak bagi. Padahal saya nak masuk seorang saja dan itu pun waktu melawat. Apa lagi naik hantulah dan saya rempuh masuk, lantaklah apa nak jadi.”

Menurut Zarina, kemalangan itu tidak membabitkan dirinya yang berada di sini, tetapi ibunya bersama ahli keluarga yang lain. Katanya, ketika kejadian awal malam kelmarin, dua buah kereta yang dinaiki ahli keluarganya terbabas di kawasan berhampiran Simpang Pulai, berikutan cuaca buruk dan jalan licin.

Ketika kejadian, ahli keluarga aktres itu dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Cameron Highlands, Pahang menuju ke Ipoh. Akibatnya, ibu Zarina mengalami kecederaan teruk di kepala dan belakang badannya manakala anak buahnya patah tangan.

Zarina berkata, dia yang terkejut menerima panggilan kecemasan jam 9.30 malam bergegas ke Ipoh.

“Kepala mak yang koyak sudah menerima jahitan. Ketika saya datang tadi dia mengerang kesakitan rupanya masih ada saki-baki kaca-kaca halus yang melekat di belakang badannya.”

Viewing all 4594 articles
Browse latest View live