Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

MH370: Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan di Lautan Hindi

$
0
0

Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan - Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba di lokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat MH370.

Berita ketibaan mereka itu diberitahukan oleh Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

Menurut John, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu, pakar penerbangan, Bill Waddock mengarahkan sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.

"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan."

Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan. - Utusan


Gambar Emma Maembong basah ketika mandi di Thailand

$
0
0

Gambar Emma Maembong basah ketika mandi di Thailand - Siapa pernah tengok gambar Emma Maembong dalam keadaan basah selepas mandi? Jika belum, mari layan sekeping gambar Emma di atas.

Kekasih Zizan Razak itu sedang bercuti di Thailand ketika ini bersama dengan adik-beradik dan beberapa rakannya yang lain. Emma kelihatan tetap cantik dan menawan walaupun tanpa mengenakan sebarang make-up.

Di sebalik percutian mereka di sana, Emma sempat memuatnaik status yang mengungkapkan perasaan rindu dan sayangnya kepada Zizan.


MH370 : AMSA gagal cari objek berukuran 24 meter

$
0
0

AMSA gagal cari objek berukuran 24 meter - Berikutan cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad, operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi yang dipercayai boleh membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sedikit terjejas.

Menerusi akaun Twitter rasmi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), @AMSA_News, mereka memberitahu pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion, gagal mengesan objek berukuran 24 meter itu.

Namun pesawat lain akan diterbangkan ke lokasi berkenaan untuk meneruskan usaha mencari objek didakwa sayap pesawat MH370. - Astroawani


Chris Goodfellow : Kapten Zaharie adalah wira yang bertarung selamatkan MH370

$
0
0

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."


Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."


Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. - Cheakak

6 Sebab utama Kapten Nik Ahmad yakin objek berukuran 24 meter serpihan MH370

$
0
0

Enam sebab Kapten Nik Ahmad yakin objek 24 meter - Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain memberikan enam sebab utama mengapa dia menyatakan keyakinan terhadap objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.

Dalam temubual beliau dengan pemberita TV3 semalam, Kapten Nik Ahmad sempat memberikan ungkapan "Inilah dia" yang menunjukkan keyakinannya terhadap penemuan petunjuk baru itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan apa yang dikatakannya hanya pendapat peribadi semata-mata. - Tengoktvonline

  1. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
  2. Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
  3. Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
  4. Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh. 
  5. Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan". 
  6. Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.

Kontogiannis dedah 3 email perbualan dengan Kapten Zaharie mengenai simulator

$
0
0

Kontogiannis dedah 3 email perbualan dengan Zaharie - Rakan juruterbang pesawat MH370, Thanos Kontogiannis tampil mendedahkan email perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Menurut Kontogiannis, dia sangat tidak berpuas hati dengan tuduhan liar yang dilemparkan sehingga memburukkan imej Kapten Zaharie hanya kerana dia memiliki simulator penerbangan sendiri di rumahnya.

Susulan itu, Kontogiannis dalam laman blog motionsim miliknya, telah berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email. Beliau turut menjelaskan hampir kesemua juruterbang berminat untuk memiliki simulator penerbangan.

Untuk pengetahuan, Kontogiannis ialah jurutera bagi syarikat Qualcomm yang membekalkan komponen Motion Controller bagi menaiktaraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang-juruterbang lain.

Jom baca isi kandungan ketiga-tiga email perbualana ringkas yang didedahkan oleh rakan Kapten Zaharie menerusi laman blog.





Sultan Melaka mahu rampas Hanez Suraya dari Romie

$
0
0

Sultan Melaka mahu rampas Hanez Suraya dari Romie - Agak menarik membaca satu kenyataan ringkas di Twitter Raja Noor Jan Shah yang menggelar dirinya Sultan Melaka. Tidak tahu samada bergurau atau serius namun beliau mengatakan berkenaan mahu merampas Hanez Suraya dari tangan orang lain.

Kata Sultan Melaka itu, dia sering mendengar Hanez Suraya suka merampas suami orang maka terdetik di hatinya untuk merampas hati pelakon jelita itu memandangkan dia juga suami orang. Penulis tergelak membaca status baru Raja Noor pada 5 Mac lalu.


Chef Wan padam gambar hina objek penemuan MH370

$
0
0

Chef Wan padam gambar hina objek penemuan MH370 - Selepas Zed Zaidi, Jimmy Shanley dan Puteri Mardiana, kini giliran Chef Wan pula dikecam peminat kerana didakwa cuba mempersendakan penemuan objek berkaitan serpihan pesawat MH370.

Bagaimanapun, Che Wan terus memadam status berserta gambar itu susulan kecaman yang diterima daripada peminat dan pengikut akaun Instagramnya. Memang agak tidak sesuai untuk Chef Wan membuat kelakar di kala semua pihak masih ternanti-nanti berita gembira penemuan pesawat MH370.



Penjelasan Chef Wan isu persenda misi mencari pesawat MH370

$
0
0

Penjelasan Chef Wan isu persenda misi mencari MH370 - Hanya beberapa jam lepas, Chef Wan dikecam teruk peminat dan pengikutnya di Instagram kerana memuatnaik gambar berserta caption yang mempersendakan penemuan objek di Perth, Australia.

Ekoran itu, wartawan Berita Harian dan pemilik portal Murai.com segera menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya itu.

Menurut Chef Wan, dia memang sengaja memuatnaik kenyataan tersebut kerana mahu melihat reaksi rakyat Malaysia yang suka melatah dan mengutuk orang. 
"Sibuk shooting tadi tak sempat nak respond to all this. In between filming tadi Berita Harian dan Murai.Com cepat call minta saya comment. I told them the honest truth.  
Masa di Pantai pagi tadi i told all the crew.Let play a joke and see the reaction of all Malaysian yg suka melatah and mengutuk orang as well as press and blog that will take this issue even bigger! 
My driver kata ” Jangan la CW nanti org cari sebab nak marah kan u even tho u bergurau and kita faham”. 
Crew2 production pun gelak berderai. I am sure many of us behind close door have bergurau about this issue the last few days except i had put it on my IG deliberately to see the public reaction! 
Wow berjalan tak sampai 10minit dari pantai i was contacted by Ayie of Murai.Com tu..Murai juga cepat dapat mencium issue ini. Hee hee rupanya i was right memang orang Malaysia ini suka mencari sebab untuk memburuk kan orang even though this was done to make others laugh at that silly jokes. 
Baik apa pun saya terima the consequences of this action as i did it pun dengan sengaja and indeed i was successful. 
Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula… 
Let us see their true colors…Remember what i said at the end of the day ” The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”
Bagi penulis, tindakan chef selebriti tersohor ini ada logiknya juga namun mungkin tidak begitu sesuai dibuat dalam situasi sekarang kerana boleh melukakan hati dan perasaan keluarga mangsa pesawat MH370.

Bekas calon ketua pemuda UMNO gesa PM Najib letak jawatan

$
0
0

Bekas calon ketua pemuda UMNO gesa PM letak jawatan - Bekas calon ketua pemuda UMNO, Syed Rosli Syed Harman al-Jamalulail menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan kerana enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini.

Kata Syed Rosli, Najib hanya membaca teks ucapannya ketika sidang media tersebut dan terus meninggalkan dewan, membiarkan wartawan tempatan dan antarabangsa terpinga-pinga dan kecewa.


Wow, berani betul bekas calon ketua pemuda UMNO ini membuat gesaan. Mungkin berani kerana benar kot.

Gambar perkahwinan Rozaimi Abdul Rahman, penyerang Harimau Muda

$
0
0

Gambar perkahwinan Rozaimi Abdul Rahman - Penyerang sensasi Harimau Muda,
Rozaimi Abdul Rahman, 22, selamat bergelar suami kepada Nurul Adilah Junaidi, 18, gadis yang dikenalinya setahun lalu pada jam 7.30 petang semalam dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Taman Sempelang, Sembulan dan dinikahkan oleh Pegawai Agama Istana Negeri Imbran Angun. Ia hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Berikut ialah tiga keping gambar sekitar majlis perkahwinan Rozaimi Abdul Rahman dan Nurul Adilah Junaidi. Majlis resepsi atau persandingan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu.




Gambar sweet Nelydia Senrose dan rakan bercuti di Bali

$
0
0

Gambar sweet Nelydia Senrose dan rakan bercuti di Bali - Sama seperti beberapa selebriti tempatan lain, pelakon Nelydia Senrose juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti di Bali, Indonesia bersama rakan lain untuk menenangkan fikiran.

Beberapa keping gambar percutian mereka itu telah dikongsikan Nelydia di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat dan pengikutnya.

Pastinya, gambar sweet Nelydia Senrose bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Mohd Afiq Hazman paling menarik perhatian peminat sehingga ramai yang bertanya siapakah gerangan jejaka kacak itu.

Ada yang beranggapan lelaki itu mungkin sepupu atau abangnya kerana raut wajah mereka yang hampir sama namun tidak kurang juga yang menganggap jejak terbabit mungkin kekasih barunya. Macam-macam andaian.



Apapun, percutian mereka ke Bali pasti menyeronokkan. Selain dapat melepaskan tekanana akibat kerja, Nelydia dan rakan-rakan juga dapat membeli pelbagai jenis barangan berjenama yang dijual di sana pada harga yang jauh lebih murah.

Komunikasi 54 minit terakhir MH370 dan KL Control Tower didedahkan

$
0
0

Komunikasi 54 minit terakhir MH370 dan KL Control Tower - Komunikasi pada 54 minit terakhir komunikasi antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.

Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night."

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai perfectly routine. Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.


Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.

Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian, seperti disengajakan. Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS telah ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq.

Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho Chi Minh.

"Jika saya mahu merampas pesawat tersebut, ia akan menjadipointdi mana saya akan melakukannya," kata Stephen Buzdygan, bekas juruterbang British Airways yang memandu 777s."

"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal trafik udara ... Ia adalah satu-satunya masa semasa penerbangan mereka akan mungkin tidak telah dapat dilihat dari bawah."


Maklumat yang didedah The Telegraph itu menambah spekulasi mengenai nasib MH370, sama ada ia adalah mangsa kemalangan tiba-tiba atau dirampas. Transkrip ini juga menunjukkan bahawa jika juruterbang yang terlibat, mereka sangat berhati-hati untuk menyembunyikan niat sebenar mereka.

Menurut transkrip kokpit, dari saat tanda masuk di 12.36 apabila pesawat itu masih di atas darat, Fariq, melakukan rutinnya memberitahu lokasi, kenaikan dan ketinggian.

Walaupun dia telah mengambil pendekatan yang sedikit kasual dan pada masa-masa berlepas dari kata-kata rasminya, tidak apa-apa tanda bahawa kapal terbang akan hilang.

Sesetengah pakar berkata mereka tidak melihat apa-apa yang boleh membuatkan mereka merasa ada perbuatan jahat munkin telah berlaku.

The Telegraph mendakwa mereka telah berulang kali meminta pihak MAS, Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan rekod komunikasi ini namun hanya pejabat Perdana Menteri memberi jawapan bahawa data itu tidak akan didedahkan.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac dalam penerbangannya ke Beijing.

Namun pesawat itu dilaporkan hilang dari radar awal pagi 8 Mac dan mashi hilang hingga ke hari ini. - Astroawani

Foto perkahwinan Qi Razali dan Uqasha Senrose

$
0
0

Foto perkahwinan Qi Razali dan Uqasha Senrose - Penulis terkejut seketika menatap sekeping foto dua pelakon terkenal Qi Razali dan Uqasha Senrose yang seolah-olah sudah berkahwin. Ingatkan betul rupanya sekadar gimik sahaja.

Foto itu dimuatnaik sendiri oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya dua minggu lepas dengan caption menarik berbunyi "Just married... #jikaITUjodohKITA Coming soon..."

Walaupun mungkin hanya berjenaka dan bertujuan untuk mempromosikan drama bersiri Jika Itu Jodoh Kita namun para peminat tetap terkejut dan teruja.


Gambar dan punca Nicol David menangis tewas mengejut di Kejohanan Skuasy Wanita Dunia

$
0
0

Gambar dan punca Nicol David menangis tewas mengejut - Pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol David menerima kejutan hari ini apabila tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di Arena SPICE.

Meskipun bermula dengan langkah kanan pada awal permainan dengan menang set pertama 11-4 namun akibat hilang fokus, Nicol membenarkan lawan mengawal perlawanan sehingga tewas tipis 3-2 dalam tempoh 61 minit.

"Tumpuan saya tidak konsisten hari ini. Saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik di hadapan penyokong saya tetapi hari ini bukan harinya. Nour tidak melakukan sebarang kesilapan dan pukulannya tepat."

Kekalahan itu menyebabkan Nicol terduduk kecewa dan menangis, dan terpaksa ditenangkan bapanya, Desmond David.


Gambar dan punca Lamborghini hancur kemalangan di Gua Musang

$
0
0

Gambar dan punca Lamborghini hancur kemalangan di Gua Musang - Sebuah kereta mewah, Lamborghini Gallardo hancur dan remuk selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Gua Musang, Kuala Krai menuju ke Kuala Lumpur.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada cubaan kereta berkenaan memotong sebuah kereta di hadapannya ketika berlumba dengan seorang lagi rakan namun gagal sebelum merempuh sebuah teksi dari arah bertentangan.

Kemalangan itu turut melibatkan dua lagi kereta lain dan sebuah lori treler. Berikut ialah lima lagi keping gambar sekitar kawasan kemalangan itu berlaku.





Foto Nabila Huda berparti liar di hari jadi teman rapat

$
0
0

Foto Nabila Huda berparti liar di hari jadi teman rapat - Nabila Huda sememangnya terkenal dengan sikap liarnya ketika berseronok dengan rakan-rakan dalam mana-mana majlis sambutan.

Terbaru, pelakon itu kembali menimbulkan kontroversi apabila beberapa keping gambarnya berparti liar di majlis ulangtahun kelahiran seorang rakannya di ibu kota tersebar secara meluas di laman sosial dan blog-blog hiburan.

Dalam majlis tersebut, Nabila dilihat memakai kostum vampire sambil melakukan aksi minum air berwarna darah bersama dua rakannya. Walaupun sekadar gimik namun tetap menakutkan.

Mari layan lagi beberapa keping foto Nabila Huda beraksi liar yang dikongsikan beliau sendiri di laman Instagram miliknya.





Punca sebenar keluarga Kapten Zaharie bersembunyi

$
0
0

Punca sebenar keluarga Kapten Zaharie bersembunyi - Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mencari perlindungan tempat berlindung, luar dari kawasan rumah mereka dalam usaha untuk keluar dari ribut spekulasi yang melanda juruterbang itu.

"Keluarga Zaharie lebih suka mengelak daripada spekulasi daripada bercakap. Kini, mereka tahu siapa kawan sebenar mereka."

Menurut rakannya, keputusan isteri dan anak-anak Zaharie untuk bersembunyi adalah satu cara untuk mengelak daripada diburu oleh media, seperti apa yang berlaku kepada keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di mana stesen TV tempatan telah berkumpul di hadapan rumahnya.

"Pada saat-saat membimbangkan seperti ini, ahli keluarga mahu berkumpul untuk sokongan emosi, bukan menangkis soalan daripada media."

Kecuali satu temu bual awal dengan cucu saudara lelaki beliau di Youtube yang memberikan satu penghormatan untuk juruterbang itu dan curahan sokongan dalam talian untuk anak perempuannya Aisyah, tiada sebarang kenyataan dibuat selain itu.

Katanya, keluarga itu sangat memberikan kerjasama terhadap permintaan yang dibuat oleh pihak berkuasa, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan.

Walaupun sesetengah saudara-maranya merasakan keluarga Zaharie harus tampil secara terbuka untuk menjelaskan spekulasi yang menggambarkan beliau sebagai seorang aktivis politik, mereka tahu mereka perlu menghormati keinginan mereka yang mahukan privasi, katanya.

Saudara-mara beliau juga menegaskan bahawa Zaharie bukan seorang ekstremis, tidak seperti apa yang dikatakan oleh media mengenai beliau.

Tiada satu pun spekulasi yang dapat meyakinkan mereka bahawa beliau mungkin telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kehilangan MH370.

Beliau juga kerap menghubungi Aisyah yang telah menamatkan pengajiannya dalam bidang seni bina di Melbourne, Australia.

Anak perempuannya itu telah memberitahu seorang rakannya di Australia sebelum kembali ke Kuala Lumpur bahawa semua spekulasi itu seolah-olah membunuh keluarganya.

Aisyah telah mengambil cuti untuk bersama dengan keluarga yang tinggal di lokasi yang berbeza dari rumah mereka di Shah Alam.

Bagi ahli keluarga Fariq, mereka tidak mahu ditemubual sehingga pesawat itu dijumpai. - mStar

Keputusan terkini PRK Dun Kajang 23 Mac 2014

$
0
0

Keputusan terkini PRK Dun Kajang 23 Mac 2014 - Masa mengundi Pilihanraya Kecil Dun Kajang sudah tamat berlangsung pada jam 5 petang tadi dengan hanya 28,314 (72%) daripada 39,278 keluar mengundi, turun sebanyak 6,212 (15.9%) berbanding pada Pilihanraya Umum ke-13 tahun lalu.

Berikut ialah keputusan terkini jumlah undi semasa yang diperolehi oleh calon parti PKR dan BN. Calon PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat sedang mendahului Chew Mei Fun ketika ini. Keputusan rasmi PRK Dun Kajang paling awal hanya akan diketahui pada jam 9 malam nanti.

Kajang By-Election Unofficial Results: PKR - 16,741 BN - 11,362
PKR Won by 5,379 majority


Punca Anzalna Nasir dilayan seperti wanita jijik dan kotor oleh pelakon lelaki

$
0
0

Punca Anzalna Nasir dilayan seperti wanita jijik dan kotor - Apa pula cerita yang dikaitkan dengan pelakon seksi, Anzalna Nasir? Sumber memberitahu seorang aktor melayan Anzalna seperti wanita jijik dan kotor di lokasi penggambaran sebuah drama.

Semuanya dikatakan berpunca daripada perang dingin antara mereka ekoran satu peristiwa yang membuat hati aktor tersebut terasa hati dengan Anzalna.

Baca artikel penuh dari Utusan Malaysia di bawah untuk cerita lanjut berhubung dakwaan layanan kurang mesra aktor berkenaan terhadap Anzalna Nasir.


Viewing all 4594 articles
Browse latest View live