Are you the publisher? Claim or contact us about this channel


Embed this content in your HTML

Search

Report adult content:

click to rate:

Account: (login)

More Channels


Showcase


Channel Catalog


older | 1 | .... | 116 | 117 | (Page 118) | 119 | 120 | .... | 227 | newer

    0 0


    Gambar cantik Faizah Khan, isteri Kapten Zaharie - Faizah Khan ialah nama isteri kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu. Orangnya memang cantik dan jelita.

    Sejak misteri kehilangan pesawat MH370, Faizah tidak pernah lagi pulang ke rumah mereka di Seksyen 13, Shah Alam kerana mengelak dari diburu oleh pihak media. Kredit foto-foto kepada portal Everyjoe










    0 0


    Anak menangis tidak kenal Zahiril Adzim - Memang menyedihkan apabila anak sendiri tidak mengenali bapanya gara-gara terlalu lama berada di lokasi penggambaran iaitu hampir sebulan meninggalkan rumah.

    Itulah yang berlaku antara Zahiril Adzim dan anak sulungnya yang diberi nama Nadi Anaqi, yang kini berusia sembilan bulan. Entah bagaimana, Nadi tidak mesra dan tidak mengenali Zahiril akibat ayahnya sibuk berlakon filem berjudul Pekak.

    "Pernah beberapa bulan lepas saya terlalu sibuk di lokasi penggambaran sehinggakan tidak berjumpa anak saya selama sebulan. Lebih menyedihkan, apabila saya pulang ke rumah anak saya sudah tidak mengenali diri ini."

    "Sebab masa tu bila saya balik dari kerja dia dah tidur dan bila saya keluar ke lokasi dia masih tidur."

    "Jadi bila tamat penggambaran, saya gunakanlah peluang bersama dia. Tapi malangnya semasa saya dukung dia, dia menangis, dia tak kenal lagi saya. Masa tu saya sentap (terasa hati) sangat."

    "Isteri saya perasaan perubahan air muka saya dan dia cuba tenangkan saya. Ketika tu anak saya baru berusia 3 bulan."

    Bagaimanapun, keadaan sekarang sudah kembali normal. Kalau anaknya nampak Zahiril dari jauh dia akan melompat-lompat kerana mula mesra kembali. 

    Ini membuatkan Zahiril semakin seronok dengan kehidupan sebagai bapa. Malah dia kini juga akan fikirkan anaknya dahulu meskipun terpaksa bekerja keras dalam lakonan


    0 0


    Respon Anzalna Nasir isu dilayan seperti wanita jijik dan kotor - Sebuah akhbar tempatan pada Ahad mendakwa Anzalna Nasir dilayan seperti wanita yang jijik dan kotor oleh seorang aktor di lokasi penggambaran drama.

    Dakwaan itu timbul selepas aktor berkenaan dikatakan terasa hati dengan Anzalna.

    Bagaimanapun, pelakon seksi itu yang dihubungi GUA menafikan mempunyai masalah dengan mana-mana aktor sehingga menyebabkan dirinya rasa terhina.

    "Saya akui, saya ada membaca mengenai berita tersebut. Saya enggan ulas lanjut perkara itu kerana lambat laun orang semua akan tahu perkara sebenar."

    "Saya rasakan, di pihak saya sendiri, sejujurnya saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pelakon lelaki. Tidak tahu pula jika ada antara mereka mungkin punyai masalah dengan saya."

    "Saya mengambil serius pekerjaan saya sebagai seorang pelakon. Saya melakukan kerja saya secara profesional. Saya tidak campur urusan peribadi dan kerjaya."

    "Jika boleh dilihat, sebelum ini, saya pernah bekerja dengan ramai aktor, ada yang sudah berkahwin, ada juga yang masih bujang. Tiada masalah timbul," ulas Anzalna nanti."

    "Tiada cerita-cerita kurang enak keluar dan saya jalankan kerja saya dengan bersungguh-sungguh sebelum ini. Saya hormati semua aktor. Saya juga sudah punyai teman lelaki. Saya tidak tahu pula bagaimana cerita ini boleh timbul."

    Ketika ditanya adakah dakwaan yang timbul ini ada kaitan dengan dia dan Izzue Islam yang baru-baru ini bergandingan dalam drama bersiri Aku Isterinya, Anzalna menjelaskan yang dia tiada masalah dengan Izzue dan dia menjalankan kerja yang ditanggungjawabkan secara profesional.


    0 0


    Sharifah Sakinah ajak peminat tayang punggung - Sharifah Sakinah sememangnya tidak pernah lekang dengan kontroversi. Sebelum ini beliau pernah dikecam peminat kerana memuatnaik foto-foto bahagian perut dan punggungnya yang seksi.

    Meskipun kontroversi itu belum reda sepenuhnya namun Sharifah tampil pula dengan beberapa design t-shirt untuk program fitness yang dikelolakan olehnya dengan tagline gila berbunyi Cantik Tak Bontot Saya dan Joging Sampai Kentut.



    Tagline yang dihasilkan Sharifah itu mendapat kecaman dari segelintir peminat kerana mereka merasakan ianya tidak sesuai untuk golongan wanita dan menggalakkan orang memandang ke tempat yang tidak sepatutnya.


    Mungkin niat Sakinah hanya untuk menaikkan semangat pengikutnya untuk memiliki badan yang sihat dan mantap, namun tagline yang digunakan agak keterlaluan.


    0 0


    PM Najib sahkan pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi - Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi Sidang Media Khas di PWTC mengesahkan pesawat MH370 terhempas di Selatan, Lautan Hindi.

    Menurut Najib, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

    "Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi."

    Jelas Najib lagi, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

    "Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini."

    Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

    "Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi."

    Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini. - Astroawani


    0 0


    Kronologi penuh SAR pesawat MH370 dari 8 - 24 Mac 2014 - Misteri kehilangan pesawat MH370 akhirnya sudah terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan penerbangan itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

    Berikut ialak kronologi penuh sepanjang operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 sehingga pengesahan pesawat itu terhempas menerusi sidang media khas di PWTC oleh Perdana Menteri.

    8 MAC

    * Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada

    12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

    * Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

    * Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

    * Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

    9 MAC

    * Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

    * Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
    dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
    MH370.

    10 MAC

    * Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

    * APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui
    di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak
    bagi kapal kargo.

    11 MAC

    * Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

    * Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas
    dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

    12 MAC

    * Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

    * Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
    Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

    * Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki
    pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

    13 MAC

    * Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang
    kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

    * China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.


    14 MAC

    * Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
    * Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

    15 MAC

    * Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

    * Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan
    dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
    kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

    * Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan
    ditamatkan.

    16 MAC

    * Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

    * Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

    * Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

    17 MAC

    * Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

    18 MAC

    * Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

    19 MAC

    * Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

    20 MAC

    * Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

    * Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
    di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
    Perth.

    * Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
    dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

    21 MAC

    * Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

    * Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang
    keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

    * Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang
    dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang
    penumpang berkenaan bersih.

    22 MAC

    * Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

    * Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran
    22.5 meter x 13 meter.

    * Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek
    dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya
    Perth.

    23 MAC

    * Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

    * Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
    memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

    24 MAC

    * Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

    * Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370
    dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

    * MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.


    0 0


    Awin Nurin punca Anzalna Nasir bergaduh dengan Izzue Islam - Sebelum ini, pelakon seksi Anzalna Nasir menafikan ada masalah dengan Izzue Islam sehingga menyebabkan hubungan mereka di set penggambaran agak dingin.

    Bagaimanapun, ekoran kontroversi mereka yang masih terus diperkatakan sehingga hari ini, Anzalna akhirnya mengakui memang berlaku salah faham dengan Izzue seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

    Menurut aktres jelita itu, dia memang kurang selesa dengan kehadiran Awin Nurin, isteri Izzue Islam di lokasi penggambaran setiap hari namun enggan melayan karenah budak-budak yang ditunjukkan Izzue Islam itu.

    "Di pihak saya memang tiada masalah. Tetapi tidak tahu pula di pihak sana. Saya malas nak layan ‘budak-budak’ dan saya profesional serta tidak mahu masukkan hal peribadi di set."

    "Yang saya tahu saya hanya mahu memberikan yang terbaik dan tetap menjaga batasan saya. Saya pun mahu jaga hati teman lelaki. Saya tak kisah dia nak bawak isteri, tapi kadang-kadang rasa tak selesa juga sebab hari-hari ada di set.”

    Tambah Anzalna, setakat ini dia tidak pernah mengambil langkah untuk bersemuka dan berbincang dengan Izzue kerana isu itu bukanlan berpunca daripada pihaknya.

    “Sebelum ini saya banyak juga berlakon dengan suami orang. Tetapi ini kali pertama timbul isu sebegini. Saya tidak mahu menafikan tetapi saya tidak mahu komen banyak. Lambat-laun orang akan tahu juga.”

    Dalam pada itu, pengarah drama tersebut, Fairuz Loy mengakui bahawa hubungan dingin Anzalna dan Izzue sedikit sebanyak ada mengganggu jadual penggambaran. Namun, ianya bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan.


    0 0


    Sebuah puisi Green Summit Corporation - Tiada siapa menyangka, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal akan berakhir di Selatan Lautan Hindi. Untuk itu, pengguna Facebook Chin Jun Kui Shiniteruyo telah menghasilkan sebuah puisi berjudul 17 Hari : Di Situ Akhirnya MH370.

    17 hari
    Di situ akhirnya MH370
    Selatan Lautan Hindi
    Kedalamannya tiada terkata

    Doa......
    Yang tak pernah putus
    Akhirnya membawa pertunjuk
    Walaupun jawapan kepada persoalan
    Masih lagi dicari

    Kecurigaan dan kerisauan kita itu
    Akhirnya inilah jawapannya
    Walau tiada apa lagi sandaran
    Namun biarlah kesedihan ini
    Kita selami dan tanggung bersama

    Iringan doa
    Akan selamanya bersama
    Wira wirawatiku MH370
    Perjalanan berakhir di tengah lautan
    Episod sedih mengusik jiwa
    Suratan takdir penentu segalanya
    Moga akan damai kalian di sana


    0 0


    Punca pelakon Shakilla Khoriri diserang dan diugut - Sudah menceburi dalam dunia lakonan selama 8 tahun namun Shakilla Khoriri masih tidak dikenali berbanding pelakon-pelakon yang lain. Mungkin kerana kurangnya kontroversi dikaitkan dengannya.

    Baru-baru ini, pelakon berusia 25 tahun itu memberitahu pernah menerima ugutan untuk disimbah asid gara-gara sering membawakan watak jahat dalam drama lakonannya.

    "Dalam 2 bulan lepas saya menerima ugutan di laman sosial daripada seseorang yang mahu simbah asid ke muka saya sebab watak jahat yang saya bawa. Atas nasihat ahli keluarga dan kawan-kawan, saya sudah pun buat laporan polis.

    Individu tersebut juga ada kirimkan gambar saya yang telah diconteng dengan warna merah. Saya agak takut jugalah kan sebab saya selalu balik lewat malam sebab ada shooting.”

    Selain itu, Shakilla turut berkongsi pernah diserang peminat tidak dikenali ketika sedang mengadakan roadshow bagi sebuah drama bersama beberapa orang pelakon yang lain.

    "Saya dah perasan daripada awal yang ada seorang mak cik tu pandang saya macam tak puas hati. Tiba-tiba masa tengah bergambar dengan peminat, dia datang tepi saya dan pukul belakang bahu saya sekuat-kuatnya dengan beg tangan besar yang dibawanya.

    Saya terkejut, tetapi buat tenang sebab nak cover daripada orang semua. Tapi memang sakitlah. Bila dia dah nak pergi tu dia ada cakap yang jangan ganggu rumahtangga orang dan jangan tunjuk muka dekat sini lagi serta panggil saya dengan nama watak yang saya bawa. Daripada situ saya tahulah kenapa dia marah saya.”

    Nampaknya, kebencian peminat terhadap Shakilla Khoriri membuktikan bahawa pembawaan watak yang diberikan kepada amat berkesan.

    0 0


    Luahan sedih isteri kepada pramugara pesawat MH370 - Misteri kehilangan pesawat MH370 sudah terjawab semalam selepas Perdana Menteri mengesahkan ia terhempas di kawasan terpencil Selatan Lautan Hindi.

    Pengesahan itu menyebabkan ramai keluarga mangsa terkejut dan menangis kerana tidak dapat menerima kenyataan kehilangan orang yang disayangi.

    Salah seorang ahli keluarga yang amat terkesan dengan tragedi itu ialah Intan Maizura, isteri kepada salah seorang pramugara pesawat MH370. Mari baca screenshot luahan panjang lebar beliau menerusi akaun Twitternya.



    0 0


    Ustaz Darul mimpi MH370 dipaksa menjunam ke laut - Susulan pengesahan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib lewat malam tadi berhubung terhempasnya pesawat MH370, seorang Ustaz dikenali Darul Manzil telah berkongsi cerita mimpinya tentang bagaimana dia melihat MH370 dipaksa dua pesawat lain menjunam ke luat.

    "Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

    Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

    Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

    Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

    Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

    Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

    Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

    Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

    Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

    “You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

    Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

    Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

    Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

    Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

    Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin."


    0 0


    Gambar Zhalif Hakim maki hamun anak ketua pramugara - Inilah gambar Zhalif Hakim pemilik akaun Twitter @Zhalif32 yang memaki hamun Maira Elizabeth Nari, anak kepada Andrew Nari, ketua pramugara pesawat MH370.

    Motif Zhalif Hakim berbuat demikian tidak pula diketahui sesiapa namun kebanyakkan pengguna laman sosial Twitter mengecam status beliau itu malah ia turut dikongsikan ribuan pengguna laman sosial Facebook.

    Pada penulis, kata-kata yang dilemparkan Zhalif kepada Maira Elizabeth memang amat kurang ajar dan tidak sensitif. Dia pun nak popular juga kot. - Ceritacinta




    0 0


    Foto pra-perkahwinan pelakon Nur Fathia - Pelakon popular, Nur Fathia Abdul Latiff, 27, dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Aiman Akim Redza yang juga pelakon hebat tempatan.

    Menurut sumber, Aiman dikatakan sudah membawa Nur Fathia berjumpa dengan orang tuanya sebelum ini namun perkembangan terbaru mengenai perancangan hubungan mereka belum diketahui setakat ini.

    “Kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya."

    “Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya.”

    Dalam pada itu, Nur Fathia baru-baru ini berpeluang untuk memperagakan baju pengantin bagi edisi terbaru Majalah Pengantin.

    Sekali pandang, penampilan pelakon drama bersiri Ariana Rose itu seperti sedang bergaya untuk shooting foto pra-perkahwinan. Beliau nampak sangat cantik dan padan sehingga membuatkan penulis dan ramai jejaka di luar terpukau seketika.

    Apapun, mari layan dua keping foro menarik pelakon Nur Fathia menggayakan baju pengantin dalam keadaan santai dan bersahaja.



    0 0


    Hantu pocong dirakam di Jambatan ke-2 Pulau Pinang - Selepas insiden cubaan membunuh diri oleh anak saudara kepada seorang timbalan menteri, kini dua keping gambar imej hantu pocong telah berjaya dirakam di jambatan kedua Pulau Pinang.

    Daripada imej-imej yang disebarkan, satu bayangan berwarna putih yang berada dalam kedudukan sedang meloncat dapat dilihat walaupun agak kabur. Memang amat menyeramkan buat pengguna jambatan tersebut. Kredit foto kepada miecyber.



    0 0


    Wajah sebenar Princess Elsa dalam filem animasi Frozen - Salah satu filem animasi yang mencetuskan fenomena di Malaysia ialah Frozen. Ianya sangat suka ditonton segenap lapisan masyarakat Malaysia kerana jalan cerita yang menarik dan menghiburkan.

    Tahukah anda, watak utama dalam filem tersebut yang dipegang Princess Elsa sebenarnya menggunakan wajah milik seorang wanita yang amat cantik dan jelita. Penulis akui turut terkejut dan tidak menyangka.

    0 0


    Gambar sayap pesawat Malindo Air terbakar - Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu pagi tadi. Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak Malindo Air.

    Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

    Juruterbang, Kapten Y. Y Wong berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

    Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi tersebut selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

    Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya. - Astroawani

    0 0


    Isteri Izzue Islam hasut peminat jangan undi kumpulan Forteen - Nampaknya, kontroversi yang melanda Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin bukan semakin reda malah bertambah-tambah sejak dua minggu kebelakangan ini.

    Jika semalam, Anzalna Nasir mendakwa tidak begitu selesa berlakon dengan Izzue kerana sering diperhatikan isterinya di lokasi penggambaran, kini timbul pula dakwaan yang mengatakan Awin Nurin cuba menghasut peminat agar tidak mengundi kumpulan Forteen di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013).

    Benarkah dakwaan terbaru ini? Atau mungkinkah Awin kini mempunyai musuh dalam selimut yang sengaja melemparkan tuduhan tersebut dengan niat untuk menjatuhkan nama Izzue di industri hiburan tanah air?


    Sukar untuk meneka kebenaran dakwaan peminat ini namun pada penulis, adalah lebih baik kalau kita dengar pula apa respon dan penjelasan dari Awin Nurin dan Izzue Islam. Tiada ribut, tiada angin, takkan pokok bergoyang pula? - Ohbulan

    0 0


    Punca sebenar Suhada AF10 ditangkap curi basikal
     - Pada 12 Februari lalu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10, Suhada atau nama sebenarnya Abdul Suhadah Unding, 22, bersama tiga lagi rakannya ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kerana didakwa mencuri sebuah basikal.

    Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang. Menceritakan detik-detik memalukan tersebut, Suhada yang juga adik kepada KJ Mentor 6 menafikan dia terbabit dalam kegiatan jenayah itu, sekaligus mahu membersihkan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

    “"Ketika itu, saya turut membawa seorang lagi rakan lain. Bermaksud, kami semua berempat. Apabila tiba di kedai basikal yang dituju, tiba-tiba kami dikepung oleh polis dan terus menahan kami atas tuduhan menjual basikal yang dilaporkan telah dicuri.

    “Saya benar-benar terkejut kerana tidak tahu-menahu bahawa basikal yang berharga ribuan ringgit itu sebenarnya adalah basikal curi. Niat saya hanya mahu membantu dua rakan tersebut atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin sejak kecil lagi. Apatah lagi, antara kami hanya saya seorang sahaja yang memiliki kereta.

    “Tidak sangka pula insiden ini akan berlaku dan sejujurnya, ketika ditahan polis, ramai yang memerhati dan ia amat memalukan."


    Rentetan tangkapan itu, Suhada bersama tiga rakannya dibawa ke balai polis berhampiran dan segala keterangan telah diambil. Menurutnya, pihak polis berpuas hati dengan penjelasan Suhada serta seorang lagi rakannya, lalu membebaskan mereka berdua.

    Tambah Suhada, ketika itu, dua lagi rakannya masih ditahan untuk siasatan lanjut, tetapi kini mereka telah dibebaskan setelah perbincangan dilakukan dengan pemilik basikal berkenaan yang baik hati menggugurkan dakwaan.

    “"Alhamdulillah, kes ini telah selesai sepenuhnya. Jika tidak, saya amat simpati dengan nasib dua rakan yang telah lama saya kenal. Saya tidak tahu punca mereka boleh melakukan kegiatan itu.

    “Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati memandangkan kontrak bersama Astro masih lagi berjalan. Saya juga mahu menjaga maruah keluarga serta perjalanan karier seni saya."
    - Utusan Malaysia

    0 0


    Luahan sedih Ahmad Idris, anak lelaki Kapten Zaharie - Rasanya, kita belum pernah mendengar respon atau luahan sedih dari mana-mana ahli keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie sejak pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi.

    Bagaimanapun, menerusi laman Facebook Friends of Captain Zaharie MH370, wartawan Mohaza Mohaza berjaya mendapatkan luahan sedih anak lelakinya, Ahmad Idris.

    “Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”

    Meskipun, hanya satu kenyataan ringkas namun amat mengharukan dan membuat hati penulis turut terasa dan terkesan.

    0 0


    Pilot AirAsia hina kerajaan digantung kerja tanpa notis - Seorang juruterbang kanan AirAsia dikenali Krish Jejendira digantung kerja serta-merta kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menerusi laman Facebook miliknya.

    Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas juruterbang berkenaan dapat dilakukan.

    “Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook.”


    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman melalui akaun Twitternya memberitahu, juruterbang itu digantung kerja kerana didapati melanggar arahan khusus iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

    Tambah Azran, arahan tersebut juga bertujuan untuk mengelakkan kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga mangsa.

older | 1 | .... | 116 | 117 | (Page 118) | 119 | 120 | .... | 227 | newer