Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Almy Nadia tersepit dalam rumahtangga Eira Syazira & Norman Hakim?

$
0
0

Almy Nadia tersepit dalam rumahtangga Eira Syazira - Apa agaknya perasaan anda jika suami tercinta masih menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya? Sudah tentu akan wujud perasaan marah, kecewa dan sedih dalam diri.

Ditambah pula dengan bebanan kewangan yang semakin meruncing, hanya wanita yang benar-benar tabah sahaja mampu mengharungi kesengsaraan tersebut.

Itulah kehidupan yang perlu ditempuhi oleh Eira Syazira sebagai isteri Norman Hakim apabila Almy Nadia berterusan menganggu rumahtangganya sehingga menyebabkan salah seorang anak kesayangannya meninggal dunia.


Apapun, jangan cepat melatah ya para pembaca semua. Almy Nadia bukanlah perampas suami dalam dunia realiti. Eira Syazira dan Norman Hakim masih lagi bahagia melayari bahtera rumahtangga masing-masing.

Sebenarnya, cerita yang penulis ingin sampaikan di sini hanyalah berkisar tentang sebahagian ringkasan sinopsis daripada drama bersiri terbaru yang berjudul Janji Jaslina arahan pengarah berbakat besar, Emi Suffian dan terbitan Orangetree Production.


Drama ini menampilkan barisan pelakon handalan tanah air seperti Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Ana Dahlia (Atira) dan ramai lagi.

Manakala, skrip drama bersiri 20 episod ini pula dihasilkan oleh Azmy Mohd Arif dan mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan dua orang anak comel iaitu Nina dan Iman.

Bagaimanapun, Johan telah memarahi Jaslina apabila dia bertindak untuk berhenti kerja demi menjaga Nina yang disahkan mengidap penyakit asma pada usia 10 tahun.


Namun, tanpa pengetahuan Jaslina, Johan sebenarnya masih menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya, Rahayu. Jaslina tidak menyimpan sebarang prasangka terhadap Rahayu kerana gadis itu bijak berpura-pura rapat dengan anaknya.

Bagaimanapun, suatu hari Rahayu secara sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma sehingga menyebabkan Nina meninggal dunia.

Untuk menonton kesudahan drama penuh emosi ini, mari sama-sama nantikan kemunculannya di kaca televisyen anda bermula pada 31 Mac, 4.00 petang setiap Isnin hingga Khamis di slot Azalea TV3. - portal ohbulan

"Kalau itu jodoh Kita, tak ke mana.. Finally" - Uqasha Senrose

$
0
0

Uqasha Senrose kongsi foto bersanding di Instagram - Nampaknya, bukan setakat Qi Razali sahaja yang berkongsi foto persandingannya dalam drama bersiri Kalau itu jodoh Kita di laman Instagram malah Uqasha juga.

Mungkin merupakan salah satu cara untuk mempromosi drama berkenaan kepada penonton, Uqasha Senrose kelihatan begitu cantik dan anggun ketika menggayakan gaun pengantin. Beliau tidak ubah seperti Nelydia sehingga membuat segelintir peminat confuse.

Sekali lagi penulis tertipu, nasib baiklah pemilik Instagram itu ialah Uqasha Senrose yang menggunakan nama uqashasenrose2. Kalau tak, memang confirm terkejut.

“Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la” - Jepp Sepahtu

$
0
0

Jepp Sepahtu maki hamun peminat - Seorang peminat mendakwa di maki hamun dengan kata-kata kesat yang berbunyi “Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la” oleh Jepp Sepahtu ketika cuba mengambil gambar dengan pelawak terkenal itu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 23 Mac lalu di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dalam satu perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Super Lawak FC.

Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan Jepp sehingga tampil membuat kiriman e-mel kepada wartawan Mizz Lahar. Kata pengirim, ramai yang menyaksikan kejadian tersebut. Betul ke dakwaan peminat ini?

Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang?

$
0
0

Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang - Zul Huzaimy pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila secara tiba-tiba menceraikan Nor Dalilah Muhammad, bekas isterinya tiga tahun lepas tanpa memberitahu sebabnya.

Ada spekulasi mengatakan, punca penceraian itu ada kaitan dengan sikap Zul Huzaimy yang tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, spekulasi berkenaan senyap begitu sahaja tanpa pencerahan lanjut. Baru-baru ini portal ohbulan telah menerima dua keping foto pelakon kacak itu bersama seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Di laman Instagram Zul pula, beliau turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita tersebut dengan panggilan sayang.


Menariknya tentang wanita berusia 28 tahun itu yang didakwa berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta, dia dikatakan masih berstatus isteri orang. Benarkah dakwaan ini?

Apapun, kita tunggu sahaja penjelasan dari Zul mengenai status sebenar hubungannya dengan wanita yang dibahasakan beliau dengan panggilan sayang.

Respon Shila Amzah isu pakai skirt pendek bertudung

$
0
0

Respon Shila Amzah isu pakai skirt pendek bertudung - Minggu lepas, beberapa keping foto Shila Amzah memakai baju blous dan seluar coklat telah tersebar secara meluas di laman sosial sehingga mengundang kecaman dari peminat.

Shila Amzah menerusi pengurusnya, Ong Peng Chu menjelaskan spekulasi yang tersebar tidak benar dan dilakukan oleh individu yang berniat untuk menjatuhkan reputasinya.

“Sebenarnya dia pakai seluar berwarna coklat. Ada orang sengaja nak buat cerita tak betul. Saya tak boleh komen sebab saya pun tak baca (lagi) apa dia orang sebar di FB (Facebook) dan Twitter."

Ketika gambar diambil dia terbabit dalam sebuah program TV dan memang jelas dia memakai seluar. Boleh lihat di YouTube. Rasanya gambar yang disebarkan itu sudah diubahsuai (daripada gambar asal).”

Respon pelakon Ziela Jalil isu peluk Keith Foo

$
0
0

Respon pelakon Ziela Jalil isu peluk Keith Foo - Tindakan Ziela Jalil memuatnaik foto-foto mesra dengan Keith Foo di laman Instagram miliknya mendapat kecaman peminat. Mereka berasakan aksi pelakon itu memeluk Keith Foo tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung.

Mungkin ada wajar juga Ziela dikritik memandangkan hubungan mereka sekadar kawan dan tidak begitu manis dipandang orang.

Menerusi Harian Metro hari ini, Ziela mempunya jawapan dan penjelasannya sendiri berhubung foto-foto mesra yang dikongsikan itu.

"Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun.

Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat.

Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang.

Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau."

Foto aksi manja Neelofa yang tidak pernah dilihat

$
0
0

Foto aksi manja Neelofa yang tidak pernah dilihat - Inilah foto aksi manja pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa yang tidak pernah dilihat oleh peminat. Agaknya, siapa gerangan lelaki bertuah yang berpeluang bergambar mesra dengan Neelofa?

Sekali pandang, penampilan manja Neelofa begitu memikat dan membuat penulis cemburu buta. Maklumlah, siapa tak nak ingin berada di sisi wanita berusia 21 tahun itu walaupun hanya beberapa saat sahaja, tak gitu?

"Saya bukan ibu kandung penumpang MH370" - Rosila

$
0
0

Rosila nafi ibu kandung penumpang pesawat MH370 - Rosila Abu Samah menafikan ialah ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri Selamat, salah seorang penumpang pesawat MH370 seperti yang sering dilaporkan media.

"Saya hanya ibu tirinya dan tidak pernah mendakwa sebagai ibu kandungnya."

Menurut Rosila, 50, setiap kali ditemubual oleh media baik dari dalam mahupun luar negara, beliau tidak pernah memperkenalkan diri sebagai ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri, 29, seperti didakwa.

"Apabila ditemubual, saya selalu nyatakan saya ibu tiri kepada Mohd Khairul Amri, namun ada media melaporkan beliau sebagai ibu kandungnya."

"Saya tak nak orang salah faham dan biarlah saya jelaskan sekali lagi yang saya ini hanya ibu tiri kepada beliau."


Tambah Rosila, beliau sedar ada pihak yang kurang senang dan menuduhnya mengambil kesempatan daripada tragedi yang menimpa anak tirinya itu.

"Saya tidak ada kepentingan dalam situasi ini dan saya berada di sana (Putrajaya) hanyalah sebagai tanggungjawab saya menemani suami saya Selamat Omar, yang merupakan bapa kandung kepada Mohd Khairul Amri."

"Jika ada orang tuduh saya dapat wang saguhati yang diberikan MAS, itu tidak benar kerana semua wang itu diserahkan kepada isterinya."


Katanya, beliau mendirikan rumah tangga dengan Selamat, 60, sejak 10 tahun lalu dan rapat dengan anak tirinya itu sejak beliau belajar di sebuah kolej di Seremban sehingga mendirikan rumah tangga bersama Erny Marsyila Mustafa.

Sehubungan itu beliau berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana ia hanyalah salah faham yang timbul akibat laporan tidak benar dari pihak media.

"Saya mohon maaf kepada ibu kandung Mohd Khairul Amri, Normah Jaafar dan keluarga berhubung perkara itu, saya memang tidak pernah mendakwa sedemikian."

Normah, 56, seorang guru Tadika Kemas pernah menyatakan kurang senang berhubung perkara itu kepada media.

MH370 : Surat terbuka William Cheah kepada PM Najib Razak

$
0
0

Surat terbuka William Cheah kepada PM Najib Razak - Berikutan kelemahan kerajaan menguruskan misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib merupakan antara individu yang paling banyak menerima tekanan dan kecaman dari pelbagai pihak termasuk media dari luar negara.

Baru-baru ini, seorang pemilik akaun Facebook William Cheah telah menulis satu surat terbuka yang ditujukan khas kepada beliau. Mari baca di sini.

Wajah sebenar kekasih Eina Azman didakwa tunang orang

$
0
0
Wajah sebenar kekasih Eina Azman didakwa tunang orang - Pelakon kontroversi Eina Azman sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik foto-foto mesra dengan teman lelaki baru di laman Instagram miliknya yang didakwa tunang orang.

Dakwaan itu timbul selepas dua wanita meninggalkan komen pada foto tersebut dan memberitahu status lelaki berkenaan sebagai masih tunangan orang.




Difahamkan, lelaki yang menggunakan nama akaun @dvjgmix di laman Instagram itu dipercayai seorang DJ dan telah mengikat tali pertunangan dengan gadis bernama Yan Oyien pada 10 November 2012.

Ada kemungkinan Eina sendiri tidak tahu mengenai status sebenar lelaki berkenaan sebelum atau semasa mereka menjadi pasangan kekasih. - ohbulan

Jepp Sepahtu nafi maki hamun peminat di Bukit Jalil

$
0
0
Jepp Sepahtu nafi maki hamun peminat di Bukit Jalil - Pelawak Jepp Sepahtu menafikan ada memaki hamun peminat ketika terlibat sama dalam perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Super Lawak FC di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Penafian itu dinyatakan oleh beliau menerusi laman Instagram miliknya semalam sambil mengakui amat terkejut dengan tuduhan tidak berasas itu.



Sebab sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat

$
0
0
Sebab sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat - Sememangnya penampilan Rozita Che Wan di mana-mana majlis sinonim dengan pakaian dan gaun yang ketat serta mengikut bentuk tubuh badannya.

Jarang sekali atau tidak pernah langsung kita lihat beliau mengenakan pakaian yang berbentuk jubah dan tidak ketat sejak bergelar artis.

Dengan usia pelakon dan pengacara itu yang sudah mencecah usia awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yang baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya dianggap sangat penting.

Bagaimanapun, mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yang ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yang memintanya berubah dan belajar tampil kurang seksi.

Rozita Che Wan yang ditemui wartawan mStar online mempunyai jawapan dan penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun ketat. Katanya, mengenakan pakaian ketat dapat membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan.

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."

Gambar bapa cekik dan pijak bayi sendiri

$
0
0
Gambar bapa cekik dan pijak bayi sendiri - Nampaknya, dunia semakin menakutkan pada zaman teknologi ini. Membunuh anak sendiri sudah menjadi satu perkara biasa buat segelintir ibubapa yang tertekan dan ada masalah mental.

Buktinya, kita boleh melihat sendiri bagaimana seorang bapa dalam gambar di bawah tanpa belas kasihan sanggup mencekik dan memijak anak sendiri yang masih sangat kecil dan belum mengerti apa-apa.

Memang kejam sangat-sangat. Kalau tak boleh jaga anak dan rasa menyusahkan, kenapa tak hantar saja ke rumah anak yatim piatu? Bukan susah pun.

Pramugari dedah punca sebenar penerbangan sering delay

$
0
0
Pramugari dedah punca sebenar penerbangan sering delay - Seorang pramugari cantik bagi penerbangan AirAsia atau MAS, Malissa Mansor telah mendedahkan punca sebenar mengapa penerbangan AirAsia dan MAS sering tergendala.

Pendedahan itu dibuat kerana pihak penerbangan sering dikecam dan dikritik orang ramai hanya kerana masalah delay yang selalu berlaku d KLIA.

Harap dengan penjelasan ini, semua pengguna penerbangan AirAsia dan MAS mula dapat memahami dan bersabar. Jangan risau, KLIA2 sudah dibuka.

Punca sebenar pesawat MAS MH004 mendarat cemas di KLIA

$
0
0
Punca sebenar pesawat MAS MH004 mendarat cemas di KLIA - Pesawat Malaysia Airlines, MH004 terpaksa mendarat cemas di KLIA selepas sejam berada di udara ketika sedang dalam penerbangan ke United Kingdom.

Pesawat Airbus A380 yang berlepas pada jam 10 pagi itu sepatutnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 11 malam tadi, namun terpaksa berpatah balik kerana mengalami kerosakan kipas paramotor (propeller) pada sayap kiri.

Sebaik mendarat di KLIA, pesawat tersebut segera dibaiki dan penerbangan disambung semula pada jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Untuk makluman, insiden ini adalah yang ketiga membabitkan pesawat MAS. Pada 21 Mac lalu, pesawat MH114 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan kerana dilanggar burung.

Manakala pada 24 Mac berikutnya, pesawat MAS Airbus A330-300 yang sedang dalam penerbangan ke Korea Selatan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana mengalami kerosakan pada generator utama.

Respon Adi Putra isu penyebaran gambar separa bogel di Instagram

$
0
0
Respon Adi Putra isu penyebaran gambar separa bogel - Nampaknya, kontroversi membabitkan Adi Putra, Nooraida dan Amiruddin Othman belum reda sepenuhnya meskipun pihak polis sudah mengklasifikasikan tersebut sebagai No Further Action.

Pernah senyap beberapa bulan namun isu tersebut timbul semula selepas bekas suami Nooraida tiba-tiba memuatnaik foto separa bogel Adi Putra di laman Instagram miliknya. Niat pendedahan itu tidak diketahui namun beliau mungkin masih tidak berpuas hati.

Baru-baru ini, pelakon teater Di Bawah Lindungan Kaabah itu telah ditemubual oleh pihak media berhubung penyebaran foto separa bogelnya oleh Amiruddin. Kata Adi Putra, dia terlalu kerdil untuk memarahi lelaki itu.

“Saya terlalu kerdil nak marah. Kalau ikutkan amarah, semua manusia ada amarah. Tapi fikir kembali kemana amarah itu pergi. Saya tak nak komen. Ungkapan pendek yang boleh saya ungkapkan hanyalah sabar.”

Tambah Adi, tindakan saman tidak akan diambil kerana perkara tersebut tidak menyentuh maruah isteri, ibu dan nama Allah.

“Saya tak hirau apa orang cakap. Janji jangan berkenaan isteri saya, jangan ibu saya, jangan Allah S.W.T. Bagi saya bila orang salahkan saya, takpelah. Saya teruskan perjuangan sebagai manusia. Tanggungjawab dan ibadah saya masih ada lagi."

"Saya sebenarnya tak baca pun, saya berada di Mekah masa itu bawa jemaah. Bila saya tahu, saya tak rasa apa-apa. Bagi saya jemaah lagi penting.”


Aktor lelaki ajak Shila Amzah kahwin?

$
0
0
Aktor lelaki ajak Shila Amzah kahwin - Siapakah aktor lelaki yang dikatakan mahu mengajak Shila Amzah berkahwin? Dakwaan ini timbul selepas Shila Amzah memuatnaik foto isi kandungan whatupps dengan emaknya baru-baru ini.

Sekeping foto itu disertakan caption berbunyi :-

"Jauh2 pun boleh gosip dengan mak..hehe..depan2 nak buat confession takut...dalam whatsapp senang sikit..so mak takde lah bebel banyak..tapi bebelan mak tu paling best bila jauh rindu juga..especially jeritan pagi utk mak kejut semua bangkit tidur..hahaha..apa2pun mak doa je la utk sha kat sini...doa mak paling best sekali..pls...kbai@zie_lala."

Siapa agaknya ye? Kalau baca komen-komen pengikut Shila Amzah, ada yang beranggapan pelakon yang dimaksudkan itu Nazim Othman. Betul ke?




Gambar majlis perkahwinan Radhi OAG & Shahira Ayu

$
0
0
Gambar majlis perkahwinan Radhi OAG & Shahira Ayu - Tahniah kepada Radhi OAG, 37 atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali selepas sah bergelar suami kepada kepada Nur Shahira Ayu, seorang model sambilan berusia 20 tahun dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Mohd Firdaus, Imam Masjid dengan berwalikan Zahiri, bapa pengantin perempuan.

Majlis merisik, pertunangan dan pernikahan yang diadakan sekaligus ini menyaksikan pengantin perempuan menerima 12 dulang hantaran antaranya kek, tepak sirih, sejadah, beg tangan berserta dompet, set wangian, produk kecantikan, seutas cincin, senaskhah Al-Quran, dan manisan, lapor ohbulan.


Manakala Radhi pula menerima 14 dulang hantaran antaranya buah-buahan, sirih junjung, sejadah, senaskhah Al-Quran, dompet berserta cermin mata dan tali pinggang, pulut kuning, sepersalinan pakaian, produk penjagaan diri, dan banyak lagi.

Sebagai informasi, Radhi sebelum ini pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim berusia sembilan tahun.

Raja Azmi dakwa hamil anak Eddie CRK, peminat ucap tahniah

$
0
0
Raja Azmi dakwa hamil anak Eddie CRK - Benarkah Raja Azmi sudah hamil anak pertama bersama Eddie CRK? Ini kerana penerbit hebat itu dikatakan telah menghubungi seorang temannya dan memberitahu dia kini telah hamil meskipun berusia 53 tahun.

Apabila rakan-rakan Raja Azmi mendengar khabar angin itu, mereka tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepadanya. Maklumlah, siapa tak nak baby baru dengan suami baru kan. "Rezeki"seloroh Raja Azmi ringkas.

Bagaimanpun, apa yang didakwa penerbit itu sebenarnya hanya gurauan sahaja dan membuat Raja Azmi ketawa terbahak-bahak.

"I tak sangka ramai yang percaya. Anyway it's April Fool...!"

Punca sebenar Pak Lah paling diawasi Amerika Syarikat

$
0
0
Punca sebenar Pak Lah paling diawasi Amerika Syarikat - Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mengesahkan beliau tahu diawasi Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri.

Malah, Perdana Menteri kelima itu juga berkata, beliau tahu seorang lagi rakyat Malaysia dipantau agensi yang sama berikutan kaitan individu berkenaan dengan satu projek membabitkan dua negara yang dicurigai AS.

“Ketika itu, saya diminta mengesyorkan mereka (syarikat Malaysia) untuk mendapatkan projek di luar negara. Projek yang mereka minta itu di sebuah negara yang dicurigai oleh AS. Disebabkan itu, saya diheret dalam perkara itu."

“Ada lagi seorang, dia jual barang (dihantar dari Kuala Lumpur) yang dianggap tidak tidak diterima (oleh AS).”


Sabtu lalu, sebuah majalah mingguan Jerman, Der Spiegel mendedahkan satu dokumen rahsia bertarikh 2009, menunjukkan nama bekas Perdana Menteri berkenaan tersenarai dalam kalangan pemimpin dunia yang disasarkan NSA untuk pengawasan.


Dokumen itu yang didedahkan bekas kontraktor NSA, Edward Snowden kepada wartawan, turut menunjukkan nama 10 pemimpin negara lain, termasuk Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe. Der Spiegel melaporkan senarai penuh dokumen itu mempunyai 122 nama pemimpin dunia.

Abdullah yang yakin pengawasan itu dibuat disebabkan AS mengawasi setiap perkembangan di Asia Barat, berkata beliau bagaimanapun langsung tidak bimbang dengan tindakan berkenaan.
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live