Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Surat terbuka buat Ustaz Don kini tersebar

0
0
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salaam a'laikum warah matullahi wabarakatuh.

Ke hadapan Ostad Don Daniyal yang dihormati, moga anda dan keluarga berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmatNya, InshaAllah.

Wahai Ostad,

Baru-baru ini seantero Tanah Melayu gempar dengan dua dakwaan anda:

 1. Bani Tamim itu merujuk kepada Tanah Melayu
 2. Fatwa Syaikh Ali Jumaah tentang halalnya darah ikhwan itu benar

Saya tidak mahu mengulas panjang perkara nombor satu itu, memandangkan sudah ramai cerdik pandai dan tokoh-tokoh agama menegur dan mengkritik anda untuk itu. InshaAllah saya yakin ostad dapat menerima teguran-teguran yang dilontarkan dengan baik dan berlapang dada. Cuma saya masih ternanti-nanti sekiranya ada video atau rakaman suara anda yang meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu. Sekiranya ada, bolehlah sesiapa letak pautannya pada ruangan komen post ini.


Wahai Ostad,

Tujuan surat ini ditulis adalah untuk bertabayyun dengan anda, sepertimana yang diseru oleh anda sendiri. Secara spesifiknya tentang dakwaan anda yang nombor dua itu.

Untuk rekod, jujur saya sendiri tidak mendengar dan melihat video TiubAnda yang sudah menjadi viral itu. Saya hanya berkesempatan untuk menonton video balas anda, yang menjawab kritikan dan teguran orang ramai tentang dakwaan anda yang sungguh liar itu. Itu pon tak sempat nak habis. Maka tulisan ini banyak berdasarkan komen-komen dan tulisan yang saya baca di alam maya, juga borak-borak dan cakap-cakap mereka yang pernah menonton video itu dengan mata kepala mereka sendiri.

Oleh sebab itu, saya mohon maaf awal-awal, andai ada perkara-perkara yang disebutkan di sini tidak tepat dan tersasar daripada apa yang anda maksudkan. Untuk mengelakkan kontroversi dan daripada berlaku tidak adil kepada anda, apa yang akan saya tuliskan akan bersifat lebih umum dan meluas. Harapnya begitulah.

Wahai Ostad,

Sebelum itu, ingin saya jelaskan di sini, betapa saya amat menghormati anda. Anda merupaka figur agama yang amat diminati masyarakat. Anda sentiasa menjadi rujukan dan ikutan masyarakat dek besarnya pengaruh anda dalam kalangan mereka.

Malah saya sendiri pernah mendengar ceramah anda secara langsung suatu ketika dahulu. Jujur, saya amat terhibur dan kagum dengan perkongsian yang anda berikan. Apatah lagi anda berceramah ketika itu dengan memakai kot sepasang, lengkap dengan cermin mata hitam. Fuh. Anda adalah manifestasi bahawa untuk menjadi seorang ostad, tidak semestinya perlu sentiasa memakai serban dan jubah. Dengan pendekatan anda ini, anda telah berjaya menarik minat ramai anak muda untuk lebih dekat dan selesa dengan agama. Bukan anak-anak muda sahaja, malah makcik-makcik juga. Eh.

Oleh sebab itu, topi saya untuk anda. Bukan semua tokoh agama berjaya mencapai status dan kejayaan seperti yang anda kecapi sekarang.

Wahai Ostad,

Namun kebenaran tetap kebenaran. Meski pahit, saya wajib menegakkannya. Saya menulis ini dengan penuh sedar bahawa saya mengambil risiko yang besar untuk ditempelak dan dikritik habis-habisan oleh para peminat anda. Saya sanggup mengambil risiko itu.

Mungkin sudah banyak teguran dan kritikan yang ostad terima tentang isu ini. Saya tidaklah berniat untuk menambahkan lagi beban dan keserabutan pada anda. Namun saya merasakan, perlu untuk saya menyuarakan pendapat dan pandangan saya selaku wakil kepada ramai anak muda yang tidak bersetuju dengan kenyataan anda itu. Ok perasan la pulak bila masa kau orang lantik saya jadi wakil kan. Eheh.

Saya bukanlah apa-apa. Bukan juga siapa-siapa jika hendak dibandingkan dengan anda. Saya hanyalah seorang insan yang masih lagi hingusan dan bertatih untuk menjadi seorang hamba yang diredhaiNya. Saya tiada sijil agama dari mana institusi pengajian. Juga tidak pernah mendapat tauliah untuk memberikan ceramah agama.

Yang saya ada hanyalah ilmu-ilmu yang saya perolehi dari bulatan gembira dan konferens riang yang saya hadiri. Juga kadang-kadang tu adalah bertalaqqi ilmu dengan seorang dua ostad yang saya kenali. Dan sudah tentu, banyak juga ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi daripada bacaan-bacaan yang saya lakukan. Selain itu, saya bukanlah seorang tokoh agama pada pandangan mata masyarakat.

Namun itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk menyuarakan rasa hati dan pendapat saya. Apatah lagi dakwaan dan tuduhan anda itu amat berat dan dekat dengan diri saya.

Wahai Ostad,

Dengan bersetuju malah menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Ali Jumaah yang menghalalkan darah ikhwan dan sesiapa sahaja yang menentang kerajaan di Mesir, anda telah membuat suatu kesilapan yang besar. Sebagai seorang figur yang berpengaruh dalam masyarakat, anda telah memberi isyarat bahawa darah seorang Muslim itu halal apabila dia menentang kerajaan yang memerintah.

Entahlah, mungkin ada hadith-hadith atau ayat-ayat al-Quran yang membenarkan hal tersebut, tetapi jika mahu diikutkan dengan ilmu saya yang seciput ini, hasil daripada pembacaan yang saya tidak seberapa ini, darah seorang Muslim itu amat tinggi nilainya di sisi Allah, malah lebih bernilai lagi daripada Kaabah di Mekah itu!

"...bahawa barangsiapa membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia."

[al-Ma'idah, 5:32]

Sedangkan nyawa bukan Islam pon diangkat martabatnya oleh Islam, apakan lagi nyawa kita sesama Muslim.

"Ketika itu kami berada di tempat ibadah bukan Islam, lalu dilalukan di hadapan kami jenazah bukan Islam. Maka kami berdiri. Dikatakan kepada kami bahawa itu ialah mayat seorang majusi. Maka kami berkata kepadanya, “Sesungguhnya pernah dilalukan di hadapan Nabi SAW seorang jenazah bukan Islam, lalu Nabi SAW berdiri. Dikatakan kepada Nabi SAW bahawa itu adalah jenazah Yahudi, maka baginda berkata kepadanya, “Bukankah ianya juga adalah insan yang bernyawa."

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Wahai Ostad,

Kalaupon benar ikhwan dan mereka yang menentang kerajaan itu adalah golongan bughah, takkanlah bunuh itu adalah satu-satunya solusi yang ada? Adakah darah dan nyawa saudara sesama Islam itu begitu rendah harganya, hanya kerana mahu menegakkan sebuah kerajaan yang zalim?

Dan jika benar Syaikh Ali Jumaah itu seorang ulama' yang adil dan mulia, mengapa dia tidak mengeluarkan fatwa yang sama ketika puak-puak tamarrud merancang makar-makar untuk menjatuhkan Presiden Mursi..??

Maaf, tapi saya langsung tidak boleh menerimanya apabila hujah anda untuk menyokong hujah Ali Jumaah adalah kerana dia pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan kononnya, baginda lah yang mengarahkan agar dilakukan pembantaian kejam dan zalim terhadap penyokong Mursi dan penentang kerajaan al-Sisi.

Aduhai Ostadku.

Agaknya sebab itulah, pengasas Ikhwanul Muslimin, Almarhum Imam Hassan al-Banna datang dengan Usul 20nya, di mana pada Usul 3, dinyatakan dengan jelas:

"Iman yang benar, ibadah yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke daalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama."

Usul ini amatlah relevan kerana rupa-rupanya di zaman ini, memang wujud ramai golongan yang mendakwa bermimpi itu dan ini untuk menjustifikasikan tindakan atau rancangan mereka yang terang tang tang menyalahi syarak! Menggunakan hujah mimpi untuk kepentingan diri sendiri!

Lahawla wala quwwata illa billahil 'alliyil adzim.

Dr. Asri Zainul Abidin juga telah menjawab isu ini di dalam penulisannya. Anda bolehlah membacanya di sini.

Tak cukup dengan Dr. Asri, Syaikh Yusuf al-Qardhawi juga pernah menempelak fatwa Ali Jumaah itu. Kritikan Syaikh Yusuf Qardhawi, seorang ulama' kontemporari ulung di era moden ini terhadap kecurangan Syaikh Ali Jumaah boleh dibaca di sini.

Wahai Ostad,

Berkaitan dengan isu salafi dan wahhabi ini, saya mahu bertanya kepada anda. Jika benar lah ahli ikhwan itu ramainya terdiri daripada golongan salafi dan wahhabi, mengapa di Mesir itu mereka tidak sertai sahaja parti Salafi an-Nur, yang sememangnya sudah terang lagi bersuluh merupakan jemaah dan perkumpulan golongan Salafi?

Adakah mereka itu musuh dalam selimut, api dalam sekam, gunting dalam lipatan dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin? Sungguh, saya tidak dapat mengotakkan fakta itu.

Lucu sekali apabila difikirkan, selama ini geng-geng salafi sering menuduh ikhwan sebagai ahli bidaah. Di satu pihak pula, geng-geng tarikat sufi menuduh ikhwan sebagai salafi dan wahhabi. Yang untung siapa? Musuh-musuh Islam yang menyaksikan perbalahan sesama Muslim ini dengan penuh riang gembira dan keterujaan sambil makan popkon panas perisa karamel masin.

Saya hanya mampu menggeleng kepala.

Wahai Ostad,

Poinnya adalah, anda adalah seorang figur yang disegani oleh ramai orang dan sebahagian besar daripada masyarakat di Malaysia ini. Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda katakan, apatah lagi apabila ia memberi pengaruh yang besar kepada sudut pandang dan perspektif mereka.

Dengan mengatakan ikhwan itu wahhabi, anda secara efektifnya juga telah melabel semua orang yang menyertai bulatan gembira (Baca: Usrah) itu juga wahhabi. Itu adalah satu tuduhan berat yang tidak boleh diterima akal. Dan disebabkan oleh anda yang cukup berpengaruh itu, tidak mustahil sekiranya ada orang yang akan lari dan menolak ajakan-ajakan untuk menyertai bulatan gembira kerana takut dilabel sebagai salafi dan wahhabi. Aduhai.

Oleh sebab itu saya katakan di awalan tadi, tuduhan/dakwaan anda itu amat berat dan sangat dekat dengan saya dan saya yakin, berat dan dekat juga dengan ramai lagi orang di luar sana.

Anda menyeru agar asatizah dan ramai orang di luar sana untuk bertabayyun dengan anda. Bagaimana pula sikap anda dengan ikhwan? Apa mereka tidak layak untuk mendapat tabbayun daripada anda? Adakah anda sudah meneliti fakta-fakta yang ada, membuat kajian dengan terperincinya, sebelum membuat tuduhan yang semberono yang sebegitu rupa?

Wahai Ostad,

Izinkan saya menutup penulisan ini dengan sepotong hadith:

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam."

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Harapnya anda dapat menerima teguran ini dengan baik dan berlapang dada. Tidaklah ada niat lain saya menulis ini melainkan sebab rasa hormat dan kasih saya kepada anda fillah.

Moga anda dapat merenungi kembali dakwaan dan kata-kata anda yang menimbulkan kontroversi itu. Dan sekiranya perlu, saya amat berharap anda dapat menarik kembali kenyataan anda itu dan membuat permohonan maaf kerana sungguh, anda telah mengguris banyak hati dan perasaan di luar sana.

Dan sekiranya saya telah mengguris hati atau perasaan anda atau keluarga, saya memohon maaf sesungguhnya. Bukan untuk mencari populariti. Bukan juga untuk mendamba publisiti. Cuma saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat anda yang satu ini dan saya merasakan perlu untuk saya menyampaikannya.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya, anda dan kita semua, biidznillah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Inche gabbana
Angel Pakai Gucci


Nota kaki berkematu : Surat ini bukanlah ditujukan pada Ostad Don sangat pon. Jika dia baca, alhamdulillah. Jika tidak pon, alhamdulillah.

Nama pon surat terbuka. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang kurang faham konsep surat terbuka.

Penulisan ini lebih ditujukan kepada anda semua di luar sana, bagi meluruskan salah faham yang mungkin timbul sebagai kesan langsung daripada video Ostad Don itu. Sebab saya tahu, peminat Ostad Don sangat ramai. Maka sangat tidak adil sekiranya mereka hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Video itu dibuat secara terbuka dan disebarkan kepada umum. Arakian surat ini juga bersifat terbuka dan sesiapa sahaja boleh membacanya. Tiada serangan peribadi terhadap Ostad Don dan tidak pula saya memburuk-burukkannya. Tidak timbul soal saya perlu menghantar surat ini secara peribadi kepadanya.

Allahu ta'ala a'lam. Saya terus meraikan dan menghargai sebarang kritikan dan teguran. Tegurlah saya, agar hati saya tidak mati.

Moga Allah redha. Kerana akhirnya, itulah saya yang kejar, itulah yang saya damba.

Aman, tanpa perang

Sumber : Kininews dan Angelwearsgucci


Respon Raja Azmi isu tidak masuk neraka jika tidak bertudung

0
0
Respon Raja Azmi isu tidak masuk neraka jika tidak bertudung - Pada Ahad lalu, penerbit terkenal juga pengarah filem Dalam Botol, Raja Azmi, 55, telah mengeluarkan satu kenyataan sensitif yang berbunyi berikut :-

“Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu.”

Kenyataan itu menyebabkan beliau dikecam teruk orang ramai di laman sosial sehingga dilabel sebagai perempuan jahil, kurang waras dan cetek ilmu agama.

Di sebalik tomahan dan kritikan yang dilemparkan kepadanya, Raja Azmi yang dihubungi wartawan Kosmo memberitahu beliau tetap dengan pendiriannya dan menegakkan kenyataan yang dikeluarkannya tidak bersifat semborono. 


Dia dengan tegas juga memberitahu lebih menitikberatkan soal solat lima waktu, berbanding memakai tudung atau menutup aurat. Katanya, dia mempunyai alasan dan prinsip sendiri untuk tidak memakai tudung walaupun dikecam hebat oleh orang ramai.

"Tidak, saya sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman orang ramai. Mungkin mereka salah faham dengan kenyataan tersebut. Saya ingin membetulkan diri saya dahulu tapi mungkin ia memakan sedikit masa."

Ditanya tentang reaksi suaminya berhubung keputusannya enggan mahu bertudung buat masa ini, wanita berusia 55 tahun itu memberitahu suaminya seorang yang memahami dan tidak mudah marah.

"Tidak, suami saya tidak pernah memarahi saya jika saya tidak bertudung. Dia merupakan seorang yang memahami diri saya."

Erma Fatima jawab isu artis berkemban dalam drama Takhta

0
0
Erma Fatima jawab isu artis berkemban dalam drama Takhta - Beberapa hari lepas, empat keping gambar artis terkenal dalam keadaan berkemban mengundang kontroversi selepas dimuatnaik di laman Instagram milik Erma Fatima.

Ramai pengikut di laman sosial pengarah itu meninggalkan komen-komen negatif yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan cara pemakaian yang ditonjolkan Erma Fatima dalam drama barunya berjudul Takhta 3 Ratu.

Bagi menjawab tomahan dan kritikan yang dilemparkan, beliau telah memuatnaik sekeping gambar dua wanita dalam keadaan berkemban dalam filem era 60-an. Gambar tersebut disertakan dengan caption panjang lebar berbunyi berikut :-

"Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya.TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka...aku redha...TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk...silakan...ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi...jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA...di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri.76."


Ustaz Mustaffa Kamal sokong cerita Ustaz Don Daniyal

0
0
Ustaz Mustaffa Kamal sokong cerita Ustaz Don Daniyal - Berikutan penyebaran video komplikasi hadis palsu dan pendustaan Ustaz Don Daniyal minggu lepas, ia menjadi isu besar apabila terdapat campurtangan dari Wardina Safiyyah yang menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka di laman facebook.

Teguran itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna laman sosial. Ada yang menyokong teguran Wardina agar kandungan ceramah Ustaz Don disemak semula oleh pihak pengurusan SemAl-Hijrah namun ada juga yang membidas dan tidak bersetuju.

Hari ini, terdapat segelintir pengguna laman facebook bertanya kepada Ustaz Mustaffa Kamal berhubung video komplikasi hadis palsu dan pendustaan Ustaz Don Daniyal yang tersebar. Beliau menjawab, apa yang diceritakan Ustaz Don memang terdapat dalam kitab-kitab lama.


Respon Ustaz Don Daniyal terhadap kritikan Wardina Safiyyah

0
0
Respon Ustaz Don Daniyal terhadap kritikan Wardina Safiyyah - Semalam, Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, telah menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka menerusi akaun facebook miliknya kerana merasakan sebahagian ceramah yang dibuat pendakwah berkenaan tidak berpandukan kitab Sunnah dan Hadis.

Sebagai respon kepada teguran itu, Ustaz Don Daniyal hari ini tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh model tudung terkemuka, Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.

Menurut pendakwah berusia 29 tahun itu, adalah tidak adil untuk menghentam dirinya hanya dengan berpandukan sebuah video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya terdahulu tanpa meneliti isi kandungannya secara terperinci.

Tambah beliau, Wardina sendiri pernah membuat kenyataan supaya pengguna-pengguna laman sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi mengapa beliau sendiri yang melakukannya.

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda."


Untuk itu, Ustaz Don menyarankan Wardina hadir sendiri ke ceramahnya agar mendapat pencerahan lebih dalam tentang perkara yang dirasakannya musykil, dan bukannya sekadar berpandukan video sekerat-sekerat yang telah diedit.

"Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk."

Dalam pada itu, Ustaz Don turut melahirkan perasaan hairan mengapa wardina memilih golongan pendakwah untuk dihentam sedangkan orang-orang kafir yang menghina Agama Islam di luar sana Wardina hanya mendiamkan diri.

"Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata: Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah."

Menurut sumber, punca utama Wardina mengkritik Ustaz Don ialah kerana terdapat staf dalam saluran Al-Hijrah yang sakit hati selepas tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don. Kemudian, staf itu dikatakan bertindak mengedit satu video untuk dimuatnaik di akaun facebook miliknya.

Gambar Karpal Singh maut dalam kemalangan di Gua Tempurung

0
0
Gambar Karpal Singh maut dalam kemalangan di Gua Tempurung - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 305 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Kematian mengejut Kapal Singh ini disahkan sendiri oleh anak lelakinya, Gobind Sing Deo menerusi laman twitter yang dimuatnaik beliau pada jam 3.40 pagi tadi.


Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa menerusi laman twitternya ketika beliau baru sahaja mendarat di Ankara, Turki.

Berikut ialah tiga keping gambar sekitar kemalangan maut melibatkan Kapal Singh dan pembantu peribadinya dalam perjalanan mereka ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.



Punca sebenar Karpal Singh maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan

0
0
Punca sebenar Karpal Singh maut kemalangan - Kematian Karpal Singh, 74, dalam satu kemalangan maut awal pagi tadi mengejutkan ramai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada siapa menyangka Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.



Difahamkan, kemalangan itu berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori untuk memberikan sebarang isyarat sebelum menukar laluan. Ini menyebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal Singh hilang kawalan lalu melanggar lori berkenaan.

Selain Karpal Singh, pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez turut terkorban manakala anaknya, Ram Singh cedera parah.

Gambar Kayda Aziz, anak perempuan Datuk Sheila Majid

0
0
Gambar Kayda Aziz, anak perempuan Datuk Sheila Majid - Mungkin tidak ramai yang mengenali anak perempuan penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid iaitu Wan Nur Khaleda yang kini usianya sudah mencecah 22 tahun.

Pada pengamatan penulis, Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.

Bagaimanapun, Sheila yang ditemui dalam majlis sidang media Strepsils The Right Note di One World Hotel semalam mempunyai penjelasan sendiri berhubung perkara tersebut.

Menurut aktres kelahiran Singapura itu, dia menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.

"Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

"Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.

"Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

"Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli."


Apapun, mari skodeng beberapa keping gambar jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak tumpah macam Sheila Majid. Bak kata pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi."






Apa motif Ahli Parlimen BN letak foto mayat Karpal Singh di facebook?

0
0
Apa motif Ahli Parlimen BN hina mayat Karpal Singh di facebook - Sejak awal pagi tadi, kita dikejutkan dengan pemergian bekas pengerusi DAP, Karpal Singh selepas ahli parlimen itu maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung.

Berikutan itu, laman-laman sosial, akhbar-akhbar tempatan serta blog-blog dipenuhi dengan gambar dan cerita tentang kematian Karpal Singh. Ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa termasuk juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan yang kini sedang dialami keluarga mangsa, lain pula status yang cuba disampaikan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad di laman faebook miliknya sebentar tadi.

Beliau telah memuatnaik satu keratan berita yang tertera gambar Karpal Singh dalam keadaan menyayat hati dan disertakan pula dengan kenyataan ringkas berbunyi : "Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama hehe."


Selain itu, Datuk Nawawi juga turut memuatnaik sekeping lagi foto Karpal Singh yang tidak begitu jelas kelihatan dan diikuti pula dengan kenyataan lain yang berbunyi : "Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada."


Sebenarnya, penulis sedikit tertanya-tanya apa motif sebenar Ahli Parlimen Langkawi itu memuatnaik dua keping foto keratan akhbar di facebook sedangkan keluarga mangsa sedang bersedih ketika ini? Mungkin sekadar bergurau kot tetapi macam tidak kena pada tempatnya pula.

Sumber : Idaman

Gambar Adun paloh YB Datuk Nazula cedera parah kemalangan di Cameron Highland

0
0
Gambar Adun paloh YB Datuk Nazula cedera parah kemalangan - Ahli Undangan Negeri (ADUN) Paloh Gua Musang terlibat kemalangan petang tadi berdekatan Cameron Highland. Beliau disahkan mengalami kecederaan teruk manakala isterinya meninggal dunia.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan jalan raya yang sudah pasti turut mengejutkan kita kerana awal pagi sebelumnya, bekas pengerusi DAP disahkan maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung. - Infolagi2u






Fesyen terkini Uqasha Senrose semakin jelita

0
0
Fesyen terkini Uqasha Senrose semakin jelita - Beberapa gambar fesyen terkini Uqasha Senrose yang kelihatan semakin jelita dan menawan pada pengamatan penulis.

Dengar khabarnya, hubungan kakak Nelydia itu dengan aktor kacak, Pekin Ibrahim tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini. Lebih menguatkan spekulasi ini, Uqasha sendiri mengakui beliau kini boleh dikatakan solo. 

"Picture can be anything, right? Kalau ikutkan Sha memang single dan Sha boleh kawan dengan sesiapa."

Mari layan beberapa keping foto penampilan terkini Uqasha Senrose yang pastinya membuat ramai jejaka di luar sana terpikat pada pandangan pertama, tak gitu? Kan usia aktres ini baru mencecah 21 tahun.





ND Lala mengaku salah biar Shila Amzah pakai skirt pendek dan bertudung

0
0
ND Lala mengaku salah biar Shila Amzah pakai skirt pendek - Bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, ND Lala tampil kepada media hari ini untuk mengaku salah membiarkan anaknya memakai skirt pendek dalam keadaan bertudung ketika mengadakan satu konsert nyanyian di China beberapa minggu lalu.

Menurut ND Lala yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Love Shila Amzah In Malaysia di Menara KL, beliau memberitahu kekangan masa dan kostum terhad menjadi punca kenapa bekas kekasih Sharnaaz itu terpaksa mengenakan skirt pendek dan legging berwarna kulit.

“Sebenarnya ketika Shila telah diminta oleh lima buat stesen televisyen di sana secara tiba-tiba untuk membuat rakaman dan ia diadakan pukul 1 pagi tanpa kehadiran penonton.

“Memandangkan kekangan waktu untuk pulang ke hotel dan kembali ke studio rakaman dalam tempoh dua jam, saya tidak fikir semua krew yang terlibat boleh menunggu untuk memulakan rakaman itu pada pukul 3 atau 4 pagi.

“Jadi, Shila terpaksa pakai apa yang ada dan ia seperti warna kulit. Sebagai bapa, saya ada di sana dan letak kesalahan itu kepada saya.”


Jelas ND Lala lagi, adalah tidak adil untuk terus menghukum Shila kerana dia hanya dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Setiap manusia memang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan.

“Mesej dari saya biarlah Shila dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Cuma sebagai bapa, saya sentiasa berharap agar Shila akan sentiasa memperbaiki kehidupan dari hari ke hari.”

Gambar kekasih baru Shah Jaszle yang amat jelita

0
0
Gambar kekasih baru Shah Jaszle yang amat jelita - Agak mengejutkan penulis sebenarnya apabila membaca salah satu artikel gosip yang dikongsikan di forum.cari.com.my. Artikel tersebut berjudul Shah Jaszle dah ada GF baru? dan mengandungi dua keping foto Shah Jaszle dengan seorang wanita yang amat cantik dan jelita.

Nama wanita itu ialah Hanis Husna jika berdasarkan laman Instagram miliknya. Pada mulanya, Shah Jaszle menafikan Hanis ialah kekasih barunya namun tidak disangka wanita itu turut memuatnaik sekeping foto aksi romantik mereka berdua.

Nampaknya Hanis kini dianggap perempuan bertuah kerana berjaya menawan hati aktor itu. Manakan tidak, ramai mengakui Shah Jasle seorang pelakon yang kacak dan menjadi rebutan ramai gadis cantik di luar sana.




Fiza Elite fail penceraian di Shah Alam minggu lalu?

0
0
Fiza Elite fail penceraian di Shah Alam minggu lalu? - Khabar angin tentang keretakan rumahtangga Fiza Elita dan Adam mula diperkatakan hujung tahun lalu namun reda beberapa hari kemudian selepas Adam membuat penjelasan berhubung gosip yang tersebar.

Hanya beberapa bulan kemudian, cerita rumahtangga mereka kembali diperkatakan baru-baru ini kerana ada sumber memberitahu Adam dan Fiza masing-masing semakin kurang persefahaman.

Lebih menarik, Utusan Malaysia turut menyiarkan satu artikel yang mendakwa Fiza Elite dikatakan menfailkan penceraian seminggu lalu di Shah Alam, Selangor, satu laporan terkini yang amat mengejutkan.

Apapun, ianya tidak dapat dipastikan samada dakwaan itu merujuk kepada Fiza menfailkan penceraian atau sekadar ke sana mencari penyelesaian kepada isu rumahtangga yang sedang dihadapinya.



Gambar isteri pertama dan kedua Ustaz Azhar Idrus

0
0
Gambar isteri pertama dan kedua Ustaz Azhar Idrus - Sejak Ustaz Azhar berkahwin tahun lepas, orang ramai dilihat lebih cenderung untuk mengetahui identiti dan gambar isteri ketiga beliau yang bernama Izyan.

Manakan tidak, wanita bertuah itu masih sangat muda dan mengenakan purdah ketika berkahwin sehingga menyebabkan tidak ramai peminat pendakwah terkenal itu pernah melihat wajah sebenar Izyan. Dia dikatakan amat jelita dan seorang yang memahami.

Untuk makluman, isteri pertama Ustaz Azhar bernama Rogayah Binti sulong berumur 44 tahun. Manakala isteri keduanya bernama Wan Halimatun Nisya Binti Wan Mohd Nor berusia 28 tahun. Dari isteri pertama, Ustaz mendapat 6 orang anak manakala dari isteri kedua pula mendapat 2 orang anak.

Mari layan empat keping gambar bahagian Ustaz Azhar Idrus bergambar bersama kedua-dua isterinya. Tiga keping gambar pertama ialah foto dengan isteri pertama manakala gambar yang keempat pula ialah foto Ustaz Azhar dengan isteri kedua beliau.






Gambar romantik Tiz Zaqyah dan kekasih bercuti di Australia

0
0
Gambar romantik Tiz Zaqyah dan kekasih bercuti di Australia - Rasaya, sudah lama kita tidak mendengar cerita tentang Tiz Zaqyah, bekas teman wanita aktor Remy Ishak. Kali terakhir pelakon itu menjadi perhatian peminat ialah ketika muncul untuk menyampaikan trofi di Majlis Anugerah Skrin 2013 tahun lalu.

Ramai yang mengecam Tiz di laman sosial kerana didakwa tidak menjaga badan sebagai seorang model dan pelakon sehingga mengalami kenaikan badan yang mendadak dalam tempoh yang singkat.

Apapun, itu cerita tahun lepas yang tidak lagi diingat orang ramai. Baru-baru ini, Tiz telah berkongsi beberapa keping foto mesranya dengan kekasih hati, Daniel Haqiz ketika bercuti di Melbourne, Australia.

Pasangan ini dilihat begitu seronok berada di sana bersama dengan rakan-rakan dan juga pelakon dari negara jiran, Filipina iaitu Jericho Rosales. Mari layan gambar-gambar percutian mereka di bawah.








Penyakit kronik anak lelaki punca Linda Rafar berhijab

0
0
Penyakit kronik anak lelaki punca Linda Rafar berhijab - Beberapa minggu lalu, anak lelaki Linda Rafar disahkan menghidap penyakit kronik iaitu ketumbuhan dalam perut sehingga perlu menjalani rawatan segera untuk mengelak penyakit tersebut merebak.

Tanpa disangka, ia telah membuka hati pelakon itu untuk berubah ke arah kebaikan dan mula berhijab baru-baru ini. Satu perkembangan yang baik kata peminat dan pastinya satu lagi dorongan buat rakan-rakan artis lain yang masih kekal dengan imej seksi masing-masing.








Luahan sayu Fiza Elite kontroversi penceraian dengan Adam AF

0
0
Luahan sayu Fiza Elite kontroversi penceraian dengan Adam - Nampaknya, khabar angin tentang Fiza Elite menfailkan penceraian Rabu lalu semakin sensasi hari ini. Semuanya bermula dengan satu laporan dalam ruangan hiburan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Fiza menfailkan penceraian di Shah Alam minggu lalu.

Sebentar tadi, portal ohbulan cuba menghubungi Fiza Elite untuk bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut namun tidak mendapat respon dari pelakon itu. Dia dikatakan cuba mengelak untuk memberikan sebarang penjelasan.



Di laman Instagram aktres itu pula, beliau telah memuatnaik sekeping foto dalam keadaan bertelekung yang kelihatan seperti bersedih. Foto tersebut disertakan dengan satu caption panjang lebar yang mengandungi luahan sayu Fiza.

Dalam luahan itu, dia meminta orang ramai agar tidak lagi bertanyakan soalan-soalan berhubung kontroversi rumahtangga dan memberinya ruang untuk menenangkan fikiran.



Gambar imbasan ultrasound bayi kandungan Rozita Che Wan

0
0
Gambar imbasan ultrasound bayi kandungan Rozita Che Wan - Baru sebentar tadi, Zain Saidin telah memuatnaik sekeping foto imbasan ultrasound bayi kandungan Rozita Che Wan yang kini sudah memasuki enam minggu.

Daripada foto yang dikongsikan, penulis dapat melihat dengan jelas bentuk bayi yang dikandung aktres berusia 42 tahun itu. Tahniah kepada pasangan ini kerana diberikan rezeki yang begitu murah.


10 Foto fesyen Teletubbies bertudung Rebecca Nur Al Islam

0
0
10 Foto fesyen Teletubbies bertudung Rebecca Nur Al Islam - Umum mengetahui pelakon terkenal, Rabecca Nur Al Islam telah mengambil keputusan untuk berhijrah beberapa bulan lalu selepas mendapat hidayah.

Bagaimanapun, penampilan beliau ketika menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara mengundang kejutan para peminat di laman Instagram Rabecca. Ini kerana busana yang dikenakan pelakon itu seakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya.

Susulan itu, peminat mula meninggalkan komen-komen berbentuk teguran dan sindiran kepada Rabecca sehingga ada yang menyamakan penampilan beliau tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies.












Viewing all 4594 articles
Browse latest View live