Are you the publisher? Claim or contact us about this channel


Embed this content in your HTML

Search

Report adult content:

click to rate:

Account: (login)

More Channels


Showcase


Channel Catalog


older | 1 | .... | 124 | 125 | (Page 126) | 127 | 128 | .... | 227 | newer

    0 0

    Respon Rabecca Nur Al-Islam isu fesyen Teletubbies bertudung - Semalam, nama Rabecca Nur Al-Islam hangat diperkatakan orang ramai selepas beberapa keping gambarnya dalam keadaan berpakaian busana merah ketat menyerupai kartun Teletubbies telah tersebar di internet.

    Memandangkan kesemua gambar tersebut diambil dalam laman Instagram milik pelakon itu yang sudah diprivatekan, maka Rabecca menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh salah seorang pengikutnya yang tidak bertanggungjawab.

    Dalam respon aktres berusia 32 tahun itu menerusi akaun Instagramnya hari ini, dia turut menyatakan kekesalan akibat dimalukan. Oleh itu, Rabecca menyamakan penyebar itu sebagai pembunuh senyap-senyap atau SILENT KILLER.




    0 0

    6 Foto Hanis Husna, kekasih baru Shah Jaszle - Tiada siapa menyangka tali pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri yang dibina sejak Disember 2012 sudah putus secara tidak rasmi setelah aktor itu mendedahkan sudah memiliki kekasih baru bernama Hanis Husna.

    Orangnya tidaklah secantik dan sejelita Redzwani Puteri namun penampilan wanita itu lebih seksi dan sosial. Mungkin inilah antara punca mengapa Shah Jaszle tertarik dan terpikat.

    Sehubungan itu, gelaran perampas kini bertukar tangan daripada Hanez Suraya kepada Hanis Husna. Sebahagian pengikut Shah meninggalkan komen pedas yang menganggap kekasihnya sebagai punca perpisahan aktor kesayangan mereka dengan bekas tunang yang juga pelajar jurusan perubatan di Malaysia Science University (MSU), Shah Alam.


    Bagaimanapun, Hanis menerusi Harian Metro menafikan tomahan tersebut dan melahirkan perasaan sedih dituduh merampas tunang orang tanpa mengetahui cerita sebenarnya.

    “Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya."

    "Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar.”








    0 0

    Fiza Elite sah fail penceraian, sebutan kes cerai 28 April 2014 - Khabar angin tentang keretakan rumahtangga Fiza Elite dan suaminya, Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 28 April ini.

    Menurut sumber, Fiza telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah berkenaan sekitar pertengahan minggu lalu dengan alasan kurang persefahaman sejak berkahwin pada September tahun 2013.

    Terdahulu, cubaan Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan Fiza berhubung khabar angin yang tersebar itu gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.



    Bagaimanapun, Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.

    Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut. Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.


    0 0

    Shila Amzah sindir seseorang - Beberapa minggu lalu, Shila Amzah dikecam teruk peminat di laman sosial kerana didakwa hanya memakai skirt pendek paras peha sambil bertudung yang dipadankan dengan legging berwarna kulit.


    Kontroversi itu akhirnya reda selepas ND Lala tampil menjelaskan situasi sebenar dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesilapan tersebut. Dia juga berharap agar orang ramai tidak menyalahkan anaknya setelah tampil mengenakan fesyen tidak menutup aurat.

    Semalam pula, Shila telah memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan dirinya hanya memakai inner berwarna kulit yang kelihatan seperti tiada lengan. Foto itu disertakan dengan caption seolah-olah menyindir seseorang. Siapa agaknya individu yang ingin disindir Shila Amzah?


    Tindakan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu mendapat sokongan dari beberapa peminatnya yang beranggapan bahawa pemakaian Shila tidak salah kerana ia masih menutup aurat walaupun hanya memakai inner berwarna kulit untuk lengannya.


    0 0

    Sharnaaz Ahmad mahu selesai masalah dengan Lisdawati - Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 29, memberitahu kepada media bahawa dia mahu menyelesaikan masalah pergaduhan dengan Lisdawati hanya selepas aktres itu bersalin nanti.

    "Pertelingkahan saya dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu... Tapi saya rasa ia memang patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat."

    Menurut Sharnaaz, dia nekad mahu bersemuka untuk menyelesaikan perbalahannya dengan Lisdawati dan juga Fauzi Nawawi, namun tidak mahu tergesa-gesa memandangkan aktres berusia 36 tahun itu sedang sarat mengandung. 


    "Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasal orang yang tiada kena mengena dalam hidup saya."

    Penjelasan itu dibuat oleh Sharnaaz ketika ditemui dalam majlis tayangan perdana bagi episod akhir drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadakan di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara.


    0 0

    Nelydia perjelas isu agenda mesra dengan Sharnaaz - Pelakon sedang meningkat naik, Nelydia Senrose menjelaskan bahawa keputusan untuk menerima sesebuah tawaran berlakon itu adalah keputusan diri sendiri dan tidak melibatkan pihak lain termasuk teman lelakinya, Qi Razali.

    Menurut aktres berusia 20 tahun itu, orang lain tidak perlu campurtangan dengan urusan peribadinya kerana dia sudah dewasa dan tahu menjaga batas-batas dalam lakonan, maruah diri dan keluarga.

    "Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon."

    Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi.”


    Nelydia membuat penjelasan itu selepas diminta pihak media mengulas tentang kontroversi agenda mesra dengan aktor Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang didakwa keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan cemburu Qi Razali.




    0 0

    Jawapan Yana Samsudin isu foto didukung lelaki mat salleh - Kecoh sedikit hari ini apabila sekeping foto Yana Samsudin sedang erat didukung oleh seorang lelaki mat salleh berbadan sasa telah tersebar di internet. Foto itu dimuatnaik di laman Instagram milik Yana dan menerima kecaman hebat dari sebahagian pengikutnya.

    Sebagai respon kepada kecaman yang dilemparkan, Yana memberitahu amat kecewa dikritik tanpa mengetahui perkara sebenar. Katanya, ketika itu kakinya terseliuh dan tidak boleh berjalan langsung. Jadi, dia terpaksa meminta bantuan lelaki yang kuat untuk menolongnya.



    0 0

    Gambar intim Sammy Simorangkir dan Nadia Annuar - Pasangan sensasi Sammy Simorangkir dan Nadia Annuar diketahui ramai sudah berpisah Disember tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Indonesia itu memberikan kenyataan kepada media bahawa mereka sudah berpisah.

    Bagaimanapun, sangkaan itu seolah-olah meleset kerana personaliti TV3, Nadia Annuar masih kerap terbang ke negara seberang termasuk dilihat hadir ke konsert khas Keris Patih bersama Sammy Simorangkir di Jakarta, Indonesia.

    Adakah perkara ini menunjukkan hubungan mereka sudah bertaut kembali atau mereka sebenarnya tidak pernah putus? Apa yang lebih menarik, ini bukan kali pertama gambar mereka terlihat bersama sejak pengumuman perpisahan mereka tahun lalu.






    0 0

    Engku Emran kongsi gambar lama dengan Erra Fazira di Instagram - Nampaknya, Engku Emran masih belum putus asa untuk memujuk hati Erra Fazira agar kembali ke pangkuannya. 

    Kalau sebelum ni, beliau memperkenalkan hastag #prayformomandayah pada T-shirt Aleesya dan mengajak peminat berdoa buat mereka, lain pula perkembangan terbaru di Instagram Emran. Beliau telah memuatnaik sekeping foto lama sedang mesra bersama dengan Erra Fazira.

    Menurut Engku Emran, foto-foto itu ditemuinya ketika dia membuka sebuah kotak yang mengandungi gambar-gambar lamanya bersama Erra dan lain-lain. 



    0 0

    Lana Nordin bidas peminat di Instagram isu foto dengan Tan Sri Vincent Tan - Pelakon seksi, Lana Nordin membidas komen salah seorang pengikutnya di laman Instagram yang dimuatnaik bagi sekeping foto Lana dengan Tan Sri Vincent Tan.

    Apapun, penulis tidak sempat membaca komen yang dilemparkan peminat itu kerana telah dipadam namun daripada nada kenyataan balas yang Lana, aktres berusia 32 tahun itu jelas agak tersinggung.

    "@hasnuradam no need to give details im not that stupid to put something are not related...my fans should be clever enough to read n think before put any comments..tq"


    Nampaknya, kepada sesiapa sahaja yang ingin menegur atau meninggalkan komen di akaun Instagram Lana Nordin perlulah lebih berhati-hati kerana takut kena block dan tak dapat lagi skodeng foto-foto cantik bekas kekasih Johan As'ari itu.





    0 0

    Fauzi Nawawi gagal bayar sewa pejabat 5 bulan - Sebuah akhbar tempatan menerusi ruangan pojok mendakwa pelakon dan pengarah terkenal, Fauzi Nawawi gagal melunaskan sewa pejabatnya di Cheras selama lima bulan.

    Fauzi yang dihubungi wartawan mStar bagaimanapun menafikan khabar angin yang tersebar dan menganggap ianya satu gosip yang tidak masuk akal serta mahu menjatuhkan nama baiknya selama ini.

    "Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer. Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?"


    Menurut sumber akhbar tersebut, kegagalan Fauzi membayar sewa bulan pejabatnya dikatakan berpunca daripada kekurangan tawaran berlakon yang diterima sehingga dia kesempitan wang.


    Benarkah dakwaan ini? Semalam, Fauzi sudah menafikan khabar angin yang tersebar dan menjelaskan dia memang banyak menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana mahu memberi fokus kepada perniagaannya iaitu syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.

    "Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan. Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru. Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah."


    0 0

    Peminat geram tengok mat salleh peluk Nelydia Senrose - Komen negatif dari peminat memang tidak pernah terlepas kalau ada foto-foto yang sedikit sensitif melibatkan selebriti kesayangan mereka. Itulah juga situasi yang sedang dialami oleh pelakon sensasi, Nelydia Senrose.

    Sekeping foto Nelydia sedang dipeluk oleh mat salleh bernama Mariosalvatori yang merupakan Executive Vice President of LFASIA, membuatkan segelintir peminatnya geram dan tidak senang. Mereka kemudian meninggalkan komen-komen yang agak negatif dan berbaur sindiran.

    Bagaimanapun, ada juga pengikut Nelydia yang menyokong tindakannya sebagai tidak keterlaluan dan meminta rakan lain yang berfikiran sempit agar tidak sesuka hati menghukum orang.


    Bukan mudah untuk bergelar artis popular. Ada sahaja pihak tidak bertanggungjawab mencari-cari peluang keemasan untuk menjatuhkan imej dan reputasi seseorang selebriti itu. Pastinya, Nelydia sudah sedia maklum akan perkara ini dan tidak mahu mengambil pusing dengan kritikan pengikut-pengikutnya di Instagram.



    0 0

    Punca sebenar Rozita Ibrahim tidak lagi berpurdah - Ramai mengetahui Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi telah berpurdah sejak tiga tahun lalu selepas mendapat hidayah dan mahu mengelakkan sebarang fitnah.

    Kisah menarik itu mendapat respon positif dari rakan-rakan muslim lain termasuk kalangan blogger-blogger tempatan. Buat yang tidak tahu, Rozita pernah hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) yang diadakan beberapa bulan lepas. 

    Di majlis tersebut, beliau sempat berkongsi kisah dan pengalamannya mendirikan perniagaan sendiri walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang tidak dijangka.


    Terbaru, menerusi lama blog rozitaibrahim, Rozita telah berkongsi sebab dan punca sebenar mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berpurdah. Menurut wanita berusia 41 tahun itu, tidak mudah sebenarnya untuk beliau berhenti berpurdah serta-merta namun atas nasihat tiga orang yang arif tentang agama, Rozita akhirnya berhenti juga berpurdah.

    Mari baca penjelasan panjang lebar Rozita Ibrahim, pengasas syarikat kecantikan Sendayu Tinggi tentang sebab dan punca sebenar beliau tidak lagi memakai purdah.



    0 0

    Fiza Elite padam semula gambar Adam AF di Instagram - Kemelut rumahtangga pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite antara gosip terkini yang sedang hangat diperkatakan di laman-laman sosial, akhbar-akhbar tempatan dan blog-blog hiburan.

    Biarpun semalam mereka didakwa sudah berbaik-baik semula dan Fiza Elite telah memuatnaik sekeping foto bersama suaminya namun lain pula yang berlaku pagi tadi. Portal murai yang sempat menjenguk Instagram Fiza mendapati gambar tersebut sudah dipadam semula.

    Ini membuatkan peminat dan portal murai merasa pelik dan tertanya-tanya tentang apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua. Yang lebih membuatkan portal murai hairan ialah gambar-gambar mereka sejak seminggu lalu turut sama dipadam.

    Mungkin kita tidak tahu apa yang berlaku namun satu perkara yang kita boleh buat ialah mendoakan ruamhtangga mereka agar pulih semula dan berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.



    0 0

    Kewangan punca sebenar Fiza Elita dan Adam AF bercerai - Belum pun setahun mendirikan rumahtangga, hubungan suami isteri pasangan selebriti, Fiza Elita dan Adam AF sudah porak peranda. Ini berikutan tindakan Fiza hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam beberapa minggu lalu untuk menfailkan penceraian.

    Sementara itu, sebuah akhbar tempatan mengesahkan permohonan cerai Fiza dan bakal didengar pada 28 April ini. Meskipun begitu, ada desas-desus mengatakan Fiza Elita dan Adam AF sudah berbaik semula beberapa hari lepas sekaligus membuatkan ramai peminat keliru dan bingung tanpa jawapan.

    Hari ini pula, Utusan Malaysia telah berkongsi satu artikel yang mengatakan kewangan sebagai punca sebenar penceraian mereka berdua. Mengikut artikel tersebut, Adam didakwa sibuk berdakwah dan tidak begitu berminat untuk mencari nafkah dalam bidang nyanyian.

    Susulan itu, Fiza dikatakan tertekan dan kemudian menfailkan penceraian. Betulkah dakwaan ini? Penulis harap ada penjelasan sebenar dari kedua-dua pihak agar peminat tidak terus keliru. Maklumlah, kisah peribadi selebriti itukan sering menjadi perhatian umum. Jadi, tak salah buat pengakuan yang jujur.




    0 0

    Gambar selfie Almy Nadia di majlis malam berinai - Dua pelakon terkenal, Fizz Fairus dan Almy Nadia akan melangsungkan pernikahan mereka pada petang ini iaitu selepas solat Asar di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang.

    Pastinya ramai peminat setia mereka amat teruja untuk melihat Fizz Fairus dan Almy Nadia disatukan setelah sekian lama mengharungi alam percintaan yang penuh cabaran dan dugaan.

    Semalam, majlis malam berinai Almy Nadia telah diadakan di rumah pengantin perempuan. Aktres berusia 28 tahun itu kelihatan begitu gembira, terharu dan seolah-olah tidak percaya dirinya bakal isteri tidak lama lagi. 

    Penulis ucapkan jutaan tahniah buat pasangan sensasi ini. Ending kisah cinta Almy memang menarik kerana berakhir dengan ke jinjing perkahwinan. Mari layan sekeping foto selfie Almy Nadia di majlis malam berinai yang diadakan malam tadi.



    0 0

    Foto menarik majlis malam berinai pelakon Almy Nadia - Mungkin sudah menjadi satu kemestian bagi mana-mana artis wanita yang bakal bernikah untuk mengadakan majlis malam berinai iaitu sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung.

    Begitu juga dengan pelakon terkenal, Almy Nadia yang tidak ketinggalan melaksanakan acara malam berinai sebagai persiapan awal untuk melangkah ke alam perkahwinan. Majlis tersebut berlangsung di kediaman pengantin perempuan.

    Mari layan 5 keping foto Almy Nadia di majlis berinai yang berlangsung malam tadi. Beliau kelihatan begitu gembira dan berseri-seri. Maklumlah, tidak lama lagi akan bergelar isteri kepada Fizz Fairus. Siapa tak nak berkahwin, tak gitu? Kredit foto kepada brotherssam.







    0 0

    Gambar pertunangan Almy Nadia dan Fizz Fairus - Buat peminat setia Almy Nadia dan Fairus yang tidak sabar-sabar lagi melihat pasangan ini disatukan, mereka dikhabarkan akan bertunang dahulu sebelum dinikahkan selepas solat Asar nanti.

    Maknanya, majlis pertunangan dan penikahan dilakukan hampir serentak di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang. Mungkin salah satu kejutan yang jarang kita dengar. Biasanya, kedua-dua majlis tunang dan nikah tidak diadakan pada masa yang sama.








    0 0

    Gambar Almy Nadia selamat bergelar isteri Fizz Fairus - Tahniah kepada pelakon terkenal, Almy Nadia yang kini sah bergelar isteri kepada Fizz Fairus, juga pelakon lelaki popular dengan sekali lafaz di kampung halaman pengantin perempuan di Pulau Pinang.

    Sebelum acara akad nikah berlangsung, pasangan sensasi ini telah mengadakan majlis pertunangan pada sebelah tengahari tadi. Mereka kemudian dinikahkan oleh jurunikah Nozli Mat sekitar jam 5.40 petangnya yang diadakan di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang.

    Jom layan 5 keping gambar sekitar majlis pernikahan itu berlangsung. Almy Nadia kelihatan begitu berseri-seri sehingga hampir menangis. Kini, penderitaan aktres itu sudah berakhir. Kredit foto kepada portal rotikaya.







    0 0

    Gambar DS Wan Azizah dikafankan, PKR desak polis bertindak - Sekeping foto yang menunjukkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikafankan dengan kain putih dan didakwa sudah meninggal dunia telah tersebar di laman sosial facebook hari ini.

    Individu yang menyebarkan gambar edit itu menggunakan akaun facebook Blue Wave Army dan turut menyertakan satu kenyataan kurang bijak berbaur penghinaan berbunyi :-

    "Isteri ketua pembangkang Dato Seri Wan Azizah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7 petang tadi. Al-fatihah. Dengan ini, hilanglah lagi mujahidah bangsat dalam PR. Alhamdulillah. -Syasya-"

    Jika sebelum ini, gambar wajah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah diedit dengan rangka-rangka haiwan dan disebarkan di laman sosial facebook, kini isteri ketua pembangkang pula jadi mangsa. Apa motif penyebar itu sebenarnya?

    Penulis harap, pihak polis bertindak segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ini seperti mana tindakan sama pernah dibuat ke atas individu yang menghina Rosmah Mansor.




older | 1 | .... | 124 | 125 | (Page 126) | 127 | 128 | .... | 227 | newer