Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Gambar selfie Nabila Huda main tenis dengan skirt paras paha

$
0
0
Gambar selfie Nabila Huda main tenis dengan skirt paras paha - Nampak macam hebat dan profesional saja Nabila Huda bermain sukan tenis? Siap lengkap memakai skirt paras paha lagi yang dipadankan dengan baju-T berwarna cyan serta raket yang kelihatan mahal dan sarung biru pada kepala.

Di sebalik gambar yang dikongsikan di laman Instagram pelakon itu, ada juga segelintir peminat yang seakan marah dan tidak tahu membezakan antara bermain sukan dan menutup aurat. Ada yang meminta Nabila Huda agar menutup aurat ketika bersukan.




Wajah pemain bolasepak JDT yang curi RM500 didedahkan

$
0
0
Wajah pemain bolasepak JDT yang curi RM500 - Muhammad Hadin Azman ialah pemain bolasepak JDT yang didakwa mencuri wang rakan sepasukan Mohd Asraruddin Putra Omar sebanyak RM500 di bilik persalinan pemain ketika perlawanan berlangsung di Padang Bola Seri Gelam pada 8.30 malam, 1 April lalu.

Bagaimanapun, Hadin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan. Pemain berusia 20 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah akan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.



Fesyen pelik Scha-Alyahya di majlis ulangtahun ke-10 Majalah Glam

$
0
0
Fesyen pelik Scha-Alyahya di majlis ulangtahun ke-10 Majalah Glam - Majlis ulangtahun kesepuluh Majalah Glam telah berlangsung malam tadi secara gilang-gemilang dan turut dihadiri ramai artis terkenal seperti Nurul Wahab, Rossa, Atilia, Chef Wan, Ning Baizura dan ramai.

Bagaimanapun, antara penampilan yang paling menarik perhatian peminat ialah fesyen pakaian yang digayakan oleh isteri Awal Ashaari iaitu Scha-Alyahya yang dikatakan kurang sesuai untuk wanita yang sedang hamil. Benarkah? 


Penyanyi popular, Tomok mula berhijab pakai tudung merah

$
0
0
Penyanyi popular, Tomok mula berhijab pakai tudung merah - Siapa menyangka penyanyi terkenal tanahair, Tomok mengambil keputusan untuk berhijab seperti juga artis-artis wanita lain. Apapun, jangan terkejut kerana sekeping gambar Tomok di bawah menggayakan tudung berwarna merah hanyalah satu gimik untuk menghasilkan sebuah tutorial mengenai cara yang betul memakai tudung.

Sejujurnya, memang nampak pelik apabila aktor berusia 29 tahun ini diberi tanggungjawab untuk menjadi model tutorial tudung namun tetap memberi satu kelainan kepada peminat. Takkan hanya wanita sahaja yang perlu menjadi model, sekali-sekala biarlah lelaki pula mencuba.


Apabila Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai

$
0
0
Apabila Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai - Pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Nur Kasih tahun 2009, Tiz Zaqyah memang gemar mengambil gambar-gambar peribadi yang nakal ke mana sahaja beliau pergi atau melawat. 

Menariknya, apa sahaja gambar terbaru yang diambil akan dikongsikan kepada peminat di laman Instagram miliknya untuk menjadi tatapan mereka. Adakalanya, gambar-gambar yang dimuatnaik menerima kritikan peminat namun bekas kekasih Remy Ishak itu tidak memperdulikan.

Sekitar petang tadi, Tiz telah memuatnaik sekeping gambarnya berselfie ketika berada di tengah-tengah padang pasir Dubai. Memang gaya manja dan sosial beliau terserlah sehingga menerima banyak likes dan komen dari pengikut-pengikutnya di Instagram.


Fesyen terkini Sazzy Falak yang nampak ketiak

$
0
0
Fesyen terkini Sazzy Falak yang nampak ketiak - Nampaknya, pada ketika ramai artis wanita tempatan berlumba-lumba untuk berubah ke arah kebaikan dengan memakai tudung, tidak kurang juga kalangan artis yang semakin ghairah mempamerkan fesyen-fesyen singkat dan agak seksi.

Mungkin itulah cara pemakaian yang dirasakan selesa untuk sentiasa kelihatan anggun, cantik dan jelita pada pandangan umum. Tidak dinafikan, Sazzy Falak adalah salah seorang daripadanya. Kalau dilihat pada sekeping gambar di bawah, penampilan pelakon ini sangat hebat dan menakjubkan. 

Kecantikan luaran Sazzy begitu menyerlah sehingga beliau dikatakan tidak ubah seperti wanita yang baru berusia 18 tahun. Pasti ramai jejaka di luar sana tidak senang duduk melihat fesyen terbaru Sazzy dan terpikat pada pandangan pertama, tak gitu?


Gambar sekitar penumpang AirAsia X meninggal dunia dalam pesawat

$
0
0
Gambar sekitar penumpang AirAsia X meninggal dunia - Seorang penumpang pesawat AirAsia X disahkan meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur pada Jumaat. Keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Pihak berkuasa yang turut dimaklumkan mengesahkan telah menerima laporan dan kini sedang menyiasat punca kematian mangsa selepas sejam berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Jeddah. Takziah diucapkan kepada keluarga.



Punca sebenar Sharifah Aini dijangkiti H1N1

$
0
0
Punca sebenar Sharifah Aini dijangkiti H1N1 - Penyanyi veteran negara yang pernah popular pada era 80-an, Datuk Sharifah Aini, 61, disahkan menghidap penyakit virus Influenza A (H1N1) lima bulan lalu sehingga terpaksa ditahan di Hospital di bilik berasingan selama 28 hari.

Menurut Sharifah menerusi akaun facebook miliknya, jangkitan penyakit berbahaya itu berpunca daripada seorang wanita tidak dikenali yang menghidap batuk teruk ketika hadir ke majlis khatam al-Quran anjurannya atas pelawaan salah seorang tetamu jemputan.

Wanita itu baru pulang bercuti dari luar negara dan dikatakan hadir tiga malam berturut-turut ke majlis berkenaan. Setiap kali datang, wanita tersebut akan memeluk dan mencium pipi Sharifah sehingga menyebabkannya berpeluk dan tidak selesa.




Gambar Che Ta & Zain Saidin shopping sakan di Paris

$
0
0
Gambar Che Ta & Zain Saidin shopping sakan di Paris - Seronok tengok pasangan paling sensasi Malaysia, Zain Saidin dan Rozita Che Wan apabila shopping sakan di Paris, Perancis. Man Kajang pula tampil dengan fesyen pakaian yang cukup istimewa.

Pastinya, posing Rozita Che Wan adalah yang paling mencuri tumpuan peminat. Nampak bersahaja namun amat memikat dan menyerlahkan ciri-ciri remaja yang terdapat dalam dirinya.


Gambar Brian McKnight peluk dan cium bibir pemberita TV3

$
0
0
Gambar Brian McKnight peluk dan cium bibir pemberita TV3 - Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Brian McKnight mengejutkan para penonton pada malam persembahannya di PWTC malam tadi (Jumaat) apabila bertindak memeluk dan mencium bibir seorang penyampai berita Nightline TV3 bernama Anita.

Tindakan itu menyebabkan Anita mengelak akibat terkejut dan tidak menyangka. Persembahan McKnight selama dua jam pada konsert tersebut mengangkat "More Than Words - An Intimate Evening with Brian McKnight" sebagai tema.

Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan bintang sensasi kelahiran Buffalo, New York itu ialah Find Myself, Don't Stop, Love of My Life, Only One, Another You, Crazy Love, My Kind Girl, Made For Love, Still dan beberapa lagi lagu hebat lain. Antara artis tempatan yang hadir pula ialah Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha Elite, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry.



Bentuk badan Tasha Shilla yang paling sempurna

$
0
0
Bentuk badan Tasha Shilla yang paling sempurna - Tidak dapat dinafikan, Tasha Shilla ialah antara artis wanita yang dicemburui peminat yang bergelar kaum wanita di luar sana dan rakan sesama artis kerana memiliki bentuk badan yang paling sempurna dan ideal.

Perkara ini turut diakui oleh kebanyakan pengikut Tasha di akaun Instagram miliknya sehingga ada yang tertanya-tanya bila akan dapat memiliki bentuk badan secantik pelakon ini. Menariknya, dia tidak perlu melakukan Fitness Training seperti Sharifah Sakinah namun kelangsingan badannya menjadi pujaan ramai.


Wajah sebenar emak Lana Nordin kini didedahkan

$
0
0
Wajah sebenar emak Lana Nordin kini didedahkan - Rasanya, Lana Nordin belum pernah mendedahkan wajah sebenar emaknya kepada umum namun baru-baru ini menerusi akaun Instagram, beliau telah berkongsi dua keping gambar sedang memeluk ibunya dengan caption berbunyi.

"MM&I❤️with my lovely emak sempena hari ibu...thanks to @biancomimosa for d gorgeous dress n KOSMO....sayanggggg mak."

Ternyata, ibu pelakon itu cantik bertudung dan mempunyai raut wajah yang agak berbeza dengan Lana.



"Payudara orang pun kita sibuk" - Nur Fazira

$
0
0
Nur Fazura sindir peminat isu tayang payudara - Pelakon dan model terkenal, Nur Fazura membuat teguran sinis kepada peminat berhubung kontroversi perubahan mendadak saiz payudara Tasha Shilla yang dapat dilihat pada sekeping gambar yang dikongsikannya di laman sosial.

Menurut aktres berusia 31 tahun itu, peminat sepatutnya tidak menyibuk dengan hal peribadi orang kerana hanya akan dianggap busybody dan bodoh. Kenyataan teguran itu dinyatakan Fazura menerusi akaun twitter miliknya dengan #hastag MentalityTakTahuMalu.



Gambar resepsi perkahwinan Tun Dr. Mahathir dan Siti Hasmah

$
0
0
Gambar resepsi perkahwinan Tun Dr. Mahathir dan Siti Hasmah - Pastinya rakyat Malaysia tidak pernah melihat detika-detik manis Tun Dr. Mahathir disatukan dengan Siti Hasmah. Jom baca dan layan sekeping keratan akhbar di bawah untuk mengetahu serba sedikit kisah perkenalan mereka sebelum berkahwin.


Artikel tentang GST tayang gambar wanita menggoda

$
0
0
Artikel tentang GST tayang gambar wanita menggoda - Pelik tapi benar bagi sebuah artikel yang mengulas tentang Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) namun diselitkan pula dengan gambar seksi wanita yang amat menggoda.

Apakah motif di sebalik perkongsian gambar wanita seksi itu? Adakah ia bertujuan untuk menarik perhatian pembaca semata-mata? Sepatutnya, gambar ilustrasi GST yang dimasukkan agar menambah kefahaman para pembaca.



Fesyen pelik rambut Zain Saidin, Rozita Che Wan mengamuk di Instagram

$
0
0
Fesyen pelik rambut Zain Saidin, Rozita Che Wan mengamuk - Sebelum ini Rozita Che Wan pernah menjadi perhatian peminat gara-gara berkongsi sekeping gambar romantis bersama suaminya, Zain Saidin di atas katil dalam keadaan seksi menerusi laman Instagram.

Apapun, perkara tersebut reda seminggu kemudian selepas Zain membuat penjelasan tidak mahu memadam gambar berkenaan. Terbaru, pelakon dan pengacara itu kembali diperkatakan segelintir peminat kerana mengubah warna rambutnya menjadi blonde.

Kritikan itu menyebabkan Rozita Che Wan naik angin dan membalas komen si peminat dengan jawapan dan kata-kata yang agak pedas namun ada benarnya. Reaksi aktres berusia 42 tahun itu turut mendapat sokongan dari kebanyakkan pengikutnya di Instagram.



Foto Nabila Huda cedera berlumuran darah di tangan dan badan

$
0
0
Foto Nabila Huda cedera berlumuran darah di tangan - Seram tengok tangan Nabila Huda yang penuh dengan akibat tercedera. Gaun yang dipakai pelakon seksi ini pun penuh dengan darah sehingga menimbulkan kebimbangan tentang apa sebenarnya yang berlaku ke atas Nabila.

Selepas menjenguk di laman Instagram ibu tunggal ini, penulis baru tahu bahawa Nabila sedang terlibat dalam penggambaran sebuah filem bergenre seram yang tidak diketahui judulnya. Beliau melakonkan watak sebagai seorang wanita yang suka minum darah.

Penulis pasti, lakonan yang dibawakan oleh Nabila tidak mengecewakan dan bakal menggamit perasaan paling seram dalam diri penonton apabila filem ini ditayangkan nanti. Rasanya, ini filem pertama Nabila melakonkan watak bergenre hantu.




Wajah muda ibu Fasha Sandha kini didedahkan

$
0
0
Luahan sayu Fasha Sandha buat ibu tersayang - Semperna sambutan Hari Ibu yang jatuh pada tarikh 11 Mei 2014, salah seorang pelakon ternama tempatan iaitu Fasha Sandha tidak terlepas berkongsi luahan hati di laman Instagram peribadinya beserta dengan sekeping gambar emaknya pada era 80-an.

Luahan hati yang dimautnaik oleh Fasha amat menyentuh hati dan perasaan kebanyakkan pengikutnya di Instagram sehingga ada yang seakan menangis dan sebak. Secara jujur, penulis juga amat tersentuh memikirkan pengorbanan seorang ibu membesarkan anak dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.


"Fashasandha This pic was taken when i was 5 years old. One of my fav pic of mama. Very classic. Dearest mama, my ibu,
Engkaulah RATU Hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu...
Terima kasih mama
Kerana membesarkan sendiri kami tanpa seorang ayah. Besarnya pengorbanan mama buat kami.Terima kasih kerana bekalkan donut gula besar kegemaran Sha ketika Sha di sekolah tadika. Sha ingat donut gula besar tu mama letak dalam beg sekolah Sha.
Sha takkan lupa sampai bila2.

Terima kasih mama kerana membesarkan kami dengan baik tanpa mengharapkan simpati daripada sesiapapun. Kami semua membesar dengan sempurna kerana mama. Terima kasih kerana memberikan kami pelajaran yang cukup dan memberikan kami kasih sayang yang sepenuhnya.
Sha akan ceritakan kepada anak2 Sha tentang kesusahan mama berkerja sendiri untuk membesarkan dan sekolahkan kami dahulu. Agar anak2 tahu menghargai dan bersyukur diatas segala kurniaan Allah.

Hari2 adalah hari ibu buat mama.
My supermom
Selamat hari ibu ️ @mamasandha
May 2014"




(Tahniah) Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan

$
0
0
Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan - Pelakon dan pengacara terkenal, Liyana Jasmay selamat bersalin dan melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram kira-kira jam 7.40 malam Isnin di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Menurut ibu kepada Liyana, Datin Habsah Simpon yang dihubungi Utusan malaysia sebentar tadi memberitahu, kedua-dua ibu dan bayinya berada dalam keadaan stabil dan selamat. Untuk pengetahuan, Liyana Jasmay dan suaminya, Fathuddin Mazlan berkahwin pada 2 Februari tahun lalu.


Punca sebenar Datuk Seri Ahmad Said keluar UMNO

$
0
0
Punca sebenar Datuk Seri Ahmad Said keluar UMNO - Adun Kijal yang juga bekas Menteri Bekas Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan dirinya keluar dari parti UMNO serta-merta semalam menjadi Adun Bebas.

Pengisytiharan keluar UMNO itu dikatakan berpunca daripada kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan permintaannya untuk menangguhkan pertukaran jawatan Menteri Besar iaitu hanya selepas perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live