Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya

$
0
0
Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya - Pelakon dan model seksi, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 22, telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan majlis hari ulangtahun kelahirannya di laman Instagram baru-baru ini.

Apa yang menarik tentang foto-foto yang dimuatnaik, Kilafairy kelihatan selamba menayangkan bahagian punggungnya yang besar sehingga menarik perhatian peminat di laman sosial.

Penulis memang tak boleh nafikan Kilafairy ialah antara selebriti wanita yang paling layak memegang watak-watak penggoda mengatasi Lana Nordin kerana dia mempunyai karakter sedemikian yang semulajadi.





Fesyen gaun nipis Siti Saleha bersama kekasih undang kontroversi

$
0
0
Fesyen gaun nipis Siti Saleha bersama kekasih undang kontroversi - Dalam diam rupanya pelakon jelita, Siti Saleha yang pernah popular menerusi drama bersiri Nora Elena telah mempunyai teman lelaki baru yang kacak dan berwajah ala-ala kacukan pakistan.

Bagaimanapun, Siti Saleha yang mencuri tumpuan ketika hadir ke majlis persandingan Produser filem Kerat 14, Harvinder Uppal, enggan mendedahkan nama kekasihnya yang bekerja di sektor kewangan dan memberitahu mereka sudah bercinta sejak 10 bulan lalu.

Untuk pengetahuan, aktres berusia 23 tahun ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein namun putus beberapa tahun kemudian.

Tidak lama selepas itu, beliau bercinta pula dengan seorang jejaka inggeris bernama Robin Coenraad. Hubungan mereka tidak bertahan lama kerana tiada persefahaman.



5 Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah

$
0
0
Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah - Pelakon veteran Mak Mah atau nama sebenarnya Ruminah Sidek, 68, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang juga peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al-Fatah Rahim, 70.

Majlis akad nikah itu berlangsung di kediaman abang ipar pelakon itu di Klang kira-kira jam 9.20 pagi Sabtu yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang. Mohd Jani Sarman bertindak selaku saksi kepada majlis tersebut.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran berserta tujuh dulang hantaran yang berupa air minuman Twister, kasut, Al-Quran, beg tangan, kek, sejadah dan telekung. Manakala pihak lelaki pula menerima hantaran berupa tuala, tepak sirih, kek, satu set wangian, set pakaian, sejadah dan buah-buahan.

Antara selebriti yang hadir ke majlis berkenaan yang turut disiarkan secara langsung melalui program Nasi Lemak Kopi O ialah Abon, AR Badul, Aida Gadis Melayu, Adlin Aman Ramli dan isterinya Emelda Rosmila.






Respon Eira Syazira tampar krew produksi telefilem 'Pulanglah Abah'

$
0
0
Respon Eira Syazira tampar krew produksi telefilem 'Pulanglah Abah' - Pelakon terkenal Eira Syazira didakwa menampar salah seorang krew produksi ketika sedang menjalani penggambaran sebuah telefilem berjudul Pulanglah Abah baru-baru ini.

Isteri kepada aktor Azad Jasmin itu bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menganggap tuduhan individu terbabit sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Malah, lelaki tersebut turut meminta Eira agar menyatakan permohonan segera jika tidak mahu isu mereka sampai ke pengetahuan umum.

Ditanya tentang perasaannya apabila ditimpa kontroversi sedemikian, Eira memberitahu tidak terkilan tetapi berasa lucu dan pelik. Katanya, agak pelik bagi seorang perempuan berani menampar seorang lelaki.



Gambar wanita solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur undang tanda tanya

$
0
0
Gambar wanita solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur undang tanda tanya - Aksi seorang wanita bergelar makcik solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur menjadi bahan bualan hangat di laman sosial selepas dikongsikan beberapa pengguna facebook.

Menurut salah seorang pengguna facebook MRM, dua keping gambar di bawah adalah bersumberkan dari King Jason. Menariknya, sepanjang tempoh wanita berkenaan solat, seorang polis trafik secara sukarela menjaganya.

Setakat ini, sebab sebenar makcik tersebut bertindak melakukan solat di tepi Jalan Maharajalela Kuala Lumpur tidak dapat dipastikan.



Punca sebenar wanita bertelekung solat di atas jejantas Kuala Lumpur

$
0
0
Punca sebenar wanita bertelekung solat di atas jejantas KL - Seorang wanita bertelekung yang dikenali sebagai Anita Shiar, 27, mengejutkan orang ramai di laman sosial apabila dua keping gambarnya sedang solat dan khusyuk membaca al-Quran di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur semalam telah tersebar di facebook.

Kesahihan gambar wanita itu melakukan solat di jalan berkenaan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad selepas menerima maklumat awam kira-kira jam 1.30 petang Sabtu.

Menurut sumber, punca sebenar Anita Shiar tiba-tiba terdetik di hati melakukan tindakan sedemikian ialah kerana beliau mendakwa bermimpi ditimpa sesuatu perkara atau kejadian yang tidak baik serta mendapat alamat dari mimpi tentang lokasi atau tempat untuk bersolat. Oleh sebab itu, Anita solat di mana-mana.

Sebagai pengetahuan, Anita Shiar ialah seorang wanita berbangsa Indonesia dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan maklumat tentangnya hanya diperolehi secara lisan. Beliau kini dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan.


Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac

$
0
0
Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac - Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah binti Abdul Jalil, 45, telah memuatnaik sekeping foto yang mengandungi keterangan 'Datuk Hans Isaac' menerusi laman Instagram miliknya.

Foto tersebut diambil ketika Ziela Jalil terserempak secara tidak sengaja dengan kawan rapat Neelofa itu baru-baru ini di satu tempat yang dirahsiakan.

Perkongsian berkenaan menimbulkan tanda tanya dari kalangan wartawan samada Hans Isaac kini sudah bergelar Datuk atau Ziela sekadar bergurau. Ini kerana, tiada sebarang penganugerahan pingat kebesaran yang ditujukan kepada aktor kacak itu selain gelaran kontroversi oleh Kerajaan Naning.

Hans yang dihubungi media semalam bagaimanapun tidak menjawab sebarang panggilan disebabkan beliau sedang sibuk di Singapura atas urusan kerja. Apapun, jika benar Hans Isaac sudah bergelar Datuk maka ia satu berita gembira buat peminatnya.



Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya

$
0
0
Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya - Semalam dua keping gambar seorang wanita bertelekung yang sedang solat dan khusyuk membaca Al-Quran di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur telah menjadi viral di laman sosial.

Tindakan itu mengejutkan orang ramai sehingga ada yang tertanya-tanya kenapa wanita berkenaan tiba-tiba berbuat demikian. Bagaimanapun, ia terjawab sebaik sahaja pihak polis membuat siasatan lanjut.

Terbaru, kes yang hampir sama dilaporkan berlaku di Jalan Kunak-Tawau namun kali ini melibatkan seorang wanita yang keadaan bogel berlegar-legar di tengah-tengah Jalan Kunak-Tawau, Sabah sekitar tengah hari tadi. Tiga keping gambarnya telah mula tersebar di laman sosial.

Punca wanita bogel itu bertindak demikian tidak diketahui setakat ni dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa. Kredit kepada blog ekeleh.





Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya didedahkan

$
0
0
Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya - Pelakon dan pelawak terkemuka, Zizan Razak mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya selepas menandatangani kontrak lumayan dengan Astro baru-baru ini.

Bagaimanapun, berita tentang pembuburan itu masih belum muktamad memandangkan Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan.

Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan membubarkan syarikat Wireframe dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya, Emma Maembong.

Aktres jelita tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ianya sebagai mengarut dan tidak masuk akal setelah dihubungi media.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma.

Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.


Doakan kami untuk kali yang terakhir - Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah?

$
0
0
Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah - Berita perkahwinan Abby Abadi dan Farhan sekitar September tahun lalu memang mengejutkan. Ramai tidak menyangka bekas pelakon itu memilih seorang jejaka yang sembilan tahun muda darinya untuk dijadikan suami.

Apa yang menarik tentang kehidupan mereka berdua selepas berkahwin ialah penyebaran beberapa keping gambar romantik yang memperlihatkan hubungan mereka sangat utuh dan saling memahami antara satu dengan yang lain.

Bagaimanapun, hakikat sedemikian seolah-olah sudah berubah apabila Abby Abadi secara terbuka memuatnaik beberapa kenyataan tersirat di laman Instagram miliknya yang berbaur seperti bermasalah dengan suami dan seakan dalam pertimbangan untuk bercerai.

Apa yang berlaku sebenarnya? Mengikut status terbaru bekas isteri Norman Hakim itu di Instagram, beliau meminta pengikut-pengikutnya agar mendoakan rumahtangga mereka buat kali yang terakhir. Kenapa buat kali yang terakhir? Adakah pasangan ini mahu bercerai pula?





Fesyen melampau Sharifah Sakinah tersebar

$
0
0
Fesyen melampau Sharifah Sakinah tersebar - Laman Instagram Sharifah Sakinah memang sering menjadi perhatian peminat dek kerana kekerapan pelakon dan model seksi itu berkongsi foto-foto yang menjolok mata dan menampakkan bentuk badannya.

Bukan sekali dua Sharifah pernah ditegur dan dikritik orang ramai namun beliau tidak memperdulikan semuanya dan seakan sudah lali. Bagi aktres berusia 22 tahun itu, apa yang dilakukannya dirasakan seronok dan memuaskan hati. Jadi, orang lain sepatutnya tidak masuk campur.

Di sebalik gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya, salah satu foto beliau yang memakai seluar jean koyak rabak menarik perhatian penulis. Mungkin dianggap sebagai fesyen zaman sekarang yang menakjubkan namun ia sebenarnya memberikan pengaruh negatif kepada anak muda yang meminatinya sebagai selebriti.



Bibir seksi Eira Syazira undang tanda tanya

$
0
0
Bibir seksi Eira Syazira undang tanda tanya - Nama Eira Syazira dikaitkan dengan sebarang kontroversi jarang kita dengar diutarakan selain tuduhan yang mendakwa aktres jelita itu menampar krew produksi baru-baru ini.

Eok juga kurang kontroversi kerana dapat menjaga nama baik sendiri di mata peminat dan masyarakat. Cuma penulis sedikit tertarik dengan sekeping foto yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya dalam keadaan sedang mendongak sehingga memperlihatkan bibirnya yang seksi.

Ia menimbulkan tanda tanya apakah rahsia produk kecantikan yang digunakan Eira untuk memiliki bibir yang mulut dan kelihatan seksi.



Punca wanita bogel berkeliaran Jalan Pondok Upeh, Pulau Pinang didedahkan

$
0
0
Punca wanita bogel berkeliaran Jalan Pondok Upeh, Pulau Pinang didedahkan - Susulan penyebaran beberapa keping gambar seorang wanita dalam keadaan bogel berkeliaran di tengah Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam, ia kemudian menjadi viral di laman sosial.

Ramai menyangka kejadian pelik itu berlaku di Jalan Kunak-Tawau, Sabah namun hakikatnya ia berlaku di negeri Pulau Pinang kira-kira jam 8.45 pagi semalam.

Bagaimanapun, wanita terbabit sudah ditahan oleh pihak berkuasa dan dihantar ke Hospital Jalan Perak untuk rawatan dan tindakan lanjut, manakala ahli keluarga mangsa juga turut telah dihubungi.

Mengikut hasil siasatan pihak berkuasa mendapati wanita tersebut sebenarnya merayau-rayau di jalan berkenaan tanpa sebarang pengenalan diri dan dipercayai kurang waras atau tidak siuman.


Luahan marah Maira, anak ketua pramugara kepada pengarah filem MH370

$
0
0
Luahan marah Maira, anak ketua pramugara kepada pengarah filem MH370 - Selepas 75 hari berlalu sejak kehilangan pesawat MH730 pada 8 Mac lalu, sebuah filem berkisarkan tragedi MH370 telah mula dihasilkan.

Dengan mengambil judul The Vanishing Act di bawah arahan Rupesh Raul, filem itu dilaporkan akan mula ditayangkan menjelang September depan dan kini ia sedang giat dipromosikan di Festival Filem Cannes yang bakal berakhir pada 25 Mei ini.

Pembikinan filem tersebut mendapat perhatian Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara MAS, Andrew Nari. Beliau nyata tersinggung dan kecewa dengan perkara berkenaan. Oleh itu, Maira telah membuat luahan marah berbentuk kecaman yang dikongsikan di akaun twitter peribadinya. Mari baca apa yang dikatakan anak gadis ini di bawah.



Aksi gedik Emma Maembong dan Nad Zainal berseronok malam

$
0
0
Aksi gedik Emma Maembong dan Nad Zainal berseronok malam - Dua pelakon wanita muda popular, Emma Maembong dan Nad Zainal sememangnya terkenal dengan kecomelan dan kegedikan mereka masing-masing.

Walaupun mempunya bakat lakonan yang berbeza di mana Nad Zainal lebih menyerlah namun kedua-dua aktres kacukan ini mempunyai beberapa persamaan iaitu hampir sama tinggi, berbadan kecil dan memiliki raut wajah yang ceria.

Daripada sekeping gambar di bawah, yang mana antara Emma Maembong dan Nad Zainal yang menjadi pilihan anda?



Lee Chong Wei dedah sikap ego Liew Daren yang sebenar

$
0
0
Lee Chong Wei dedah sikap ego Liew Daren yang sebenar - Pemain perseorang nombor satu dunia, Lee Chong Wei tampil membuka mulut dan membuat pendedahan pertama berhubung punca prestasi merudum pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren pada saingan Piala Thomas yang sedang berlangsung ketika ini.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia dan barisan kejurulatihan sudah lama mengesan perubahan pada diri Liew namun enggan memberitahu kepada umum sebaliknya memberi nasihat dan teguran berterusan. Katanya lagi, penurunan prestasi pemain berusia 27 tahun itu disebabkan sikap ego yang tinggi selepas memenangi gelaran pertamanya di Terbuka Perancis pada 2012.

“Dia ingat dia sudah bagus. Masa sesi latihan apabila jurulatih bagi nasihat, dia tak mahu ikut. Sudah mula seperti tidak mahu terima nasihat orang lain. Saya sendiri pernah marah dia. 

Saya beritahu kepadanya, masa dia masih berada di bawah, memang tiada tekanan tapi bila dia sudah menghampiri standard saya, tekanan pasti berbeza."


7 Gambar memukau Furyna Mohd Azmir, pengasas Aurawhite

$
0
0
Gambar memukau Furyna Mohd Azmir, pengasas Aurawhite - Kecantikan dan kejelitaan semulajadi yang dimiliki oleh Furyna Mohd Azmir, pengasas Aurawhite begitu mempersona dan memikat ramai jejaka di luar sana.

Jika dibandingkan dengan Hanez Suraya, Furyna mempunyai daya tarikan yang lebih hebat kepada peminat membeli produk mereka, mungkin hanya dibezakan dengan populariti.

Penulis akui suami kepada Nurfuryna seorang yang bertuah mendapat isteri yang bukan saja cantik dan berbadan memukau malah seorang bijaksana dan rajin berdikari. Buktinya, hanya pada usia 29 tahun pasangan ini sudah boleh digelar sebagai orang kaya.

Untuk jejaka yang masih tercari-cari gambar posing terkini pengasas itu, apakata korang layan dan skodeng beberapa gambar Furnya di bawah yang dikongsikan di blog hasrulhassan.








5 Jenis fesyen ekslusif Siti Nurhaliza yang disembunyikan

$
0
0
Jenis fesyen ekslusif Siti Nurhaliza yang disembunyikan - Sejak mengambil keputusan untuk berhijab penuh pada Januari tahun lalu, penampilan Dato' Siti Nurhaliza tampak semakin cantik dan anggun pada pengamatan penulis.

Tanpa terpengaruh dengan fesyen-fesyen singkat yang sering ditampilkan kebanyakkan artis lain, Siti lebih selesa untuk menggayakan baju-baju kebaya yang tidka begitu ketat untuk disesuaikan dengan tudung labuh rekaannya.

Di sini, penulis amat teruja untuk berkongsi lima jenis fesyen ekslusif yang kini menjadi pilihan penyanyi tersohor itu ketika menghadiri majlis-majlis hiburan. Kalau ada yang berminat, bolehlah hubungi tuan badannya sendiri.







Fesyen terkini Ziana Zain yang serba ketat

$
0
0
Fesyen terkini Ziana Zain yang serba ketat - Penyanyi tersohor negara, Ziana Zain, 46, telah berkongsi dua keping gambar fesyen terkininya di laman Instagram sebagai langkah promosi bagi menarik minat prospek atau pelanggan.

Difahamkan, fesyen pakaian yang ditampilkan beliau adalah rekaan terkini dari seorang pereka terkenal yang amat elegan dan mengikut bentuk badan. Bagi sesiapa yang berminat dengan fesyen-fesyen ini korang boleh skodeng Instagram Ziana untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Aksi gedik Diana Danielle dan Hanis Zalikha yang melampau

$
0
0
Aksi gedik Diana Danielle dan Hanis Zalikha yang melampau - Sememangnya ramai mengetahui Diana Danielle dan Hanis Zalikha kini sedang berkawan baik kerana mempunyai perwatakan yang serasi dan sama-sama suka bergurau senda.

Sebentar tadi, sekeping gambar selfie mereka yang teramat gedik telah dikongsikan di laman facebook rotikaya. Ironinya, aksi kedua-dua selebriti jelita ini membuatkan penulis hampir ketawa terbahak-bahak dan tidak dapat menahan hati.

Jom layan gambar tersebut di bawah kalau tidak percaya. Memang sah gedik dalam gurauan senda. Satu perkara yang penulis perasaan tentang foto itu ialah Diana Danielle dan Hanis Zalikha mempunyai gigi yang amat putih dan cantik.



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live