Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Tiz Zaqyah selamba tunjuk tali bra sambil dukung Godzilla

$
0
0
Tiz Zaqyah selamba tunjuk tali bra sambil dukung Godzilla - Penampilan Tiz Zaqyah sememangnya sering menjadi perhatian tidak kira samada dalam dunia lakonan atau kehidupan peribadinya.

Peminat biasanya menjadikan laman Instagram sebagai platform untuk melihat foto-foto terkini yang dikongsikan artis kesayangan mereka.

Baru-baru ini, pelakon drama bersiri Nur Kasih, Tiz Zaqyah telah memuatnaik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya dengan selamba menunjukkan tali bra yang dipakainya ketika sedang mendukung seekor anak kecil Godzilla.

Perkongsian foto itu menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat fanatik di laman fanpage facebook rotikaya tentang keghairahan kaum perempuan mempamerkan tali bra secara terbuka kepada umum.





Fesyen terlampau Rosalinda penyanyi dikir barat punca didenda RM1,000

$
0
0
Fesyen terlampau Rosalinda penyanyi dikir barat punca didenda RM1,000 - Penyanyi dikir barat terkenal di Kelantan, Rosalinda atau nama sebenarnya Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan, semalam.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah kerana memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak. 


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu.

Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat. - Sinar Harian



Gambar aksi romantik Bade dan Aida Abdul, madu Erma Fatima tersebar

$
0
0
Gambar aksi romantik Bade dan Aida Abdul, madu Erma Fatima tersebar - Sejak bergelar suami isteri yang sah beberapa bulan lalu, pasangan Bade dan Aida Abdul, madu Erma Fatima dilihat sedang rancak mengecapi kebahagian mereka sekarang ini.

Daripada dua keping gambar yang dimuatnaik oleh Aida sendiri di laman Instagram miliknya, aksi mereka beromantik bersama amat terserlah dan pasti menimbulkan perasaan cemburu buat pasangan lain. Benarkah?

Apapun, jom layan gambar-gambar tersebut untuk tatapan peminat yang sukakan pasangan baru ini. Dengar khabarnya, Erma Fatima sudah bersedia untuk bersemuka dengan Aida cuma belum ada masa yang sesuai berjumpa.




Gempar Rita Rudaini dedah perangai sebenar Aidil Zafuan

$
0
0
Gempar Rita Rudaini dedah perangai sebenar Aidil Zafuan - Kurang 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil pun membuat kenyataan balas yang mahukan Rita berhenti daripada mencari salahnya.

Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita. 

Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi.


"Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan."


BERSUMPAH

Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin.

"Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak. Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.

"Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya. Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya. Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya. Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).

"Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya.

"Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat. Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya. Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya."


SEBAB TAK BALAS MESEJ

Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya.

"Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.

"Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak. Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.

"Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.

"Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya. Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam. Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil. Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya."


SIKAP ZAREMA

Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin.

"Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

"Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

"Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

"Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan."


Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.

"Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya."

Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita.

"Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia."

Sumber : Sinar Harian

Fesyen pelik gaun ketat Anzalna Nasir terbelah paras peha

$
0
0
Fesyen pelik gaun ketat Anzalna Nasir terbelah paras peha - Anzalna Nasir merupakan salah seorang selebriti wanita yang menjadi kegemaran penulis bukan sahaja kerana kecantikan dan keseksiannya malah bakat lakonan dan cara beliau melayan peminat di laman sosial.

Memiliki ketinggian dan bentuk badan yang amat ideal, aktres berusia 26 tahun ini sering dipilih melakonkan watak antagonis iaitu sebagai perampas suami orang. Begitupun, reputasinya sebagai model dan duta produk tidak terjejas.

Terbaru, Anzalna telah menggayakan satu rekaan fesyen gaun ketat yang mempunyai belahan paras peha. Ia membuatkan penampilannya kurang menyerlah dan agak pelik. Benarkah?




Punca sebenar Hanez Suraya dan Romie putus hubungan

$
0
0
Punca sebenar Hanez Suraya dan Romie putus hubungan - Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya hubungan Hanez Suraya dengan kekasihnya, Romie Razin Aidilha dah tak seperti dulu. Mungkin juga ramai yang menunggu berita ini keluar dari mulut Hanez sendiri.

Menerusi akhbar Metro Ahad semalam, Hanez menyatakan bersedia mengundur diri dan mengalah demi kebaikan Romie dan isterinya, Nur Liyana Manan.

"Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.

"Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini."


Hanez nampaknya masih kecewa kerana sering dikaitkan dengan masalah pasangan tersebut walaupun telah berkali-kali menyatakan dirinya bukanlah punca pergolakan rumahtangga mereka.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak paham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya."

Sementara itu, Hanez juga berharap agar Romie dan Liyana dapat mencari jalan penyelesaian tanpa mengaitkannya lagi.

"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus."

Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira sekiranya hubungan Romie dan Liyana dapat dipulihkan dan mereka kembali bersatu. - portal ohbulan

Pendedahan mengejut Dora Shahila, pramugari MH17 mengenai tragedi pesawat bakal ditembak

$
0
0
Pendedahan mengejut Dora Shahila, pramugari MH17 mengenai tragedi pesawat bakal ditembak - Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa yang akan berlaku kepada dirinya tentang kapal terbang ditembak sejak sebulan dahulu lagi.

"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak." 

"Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan."

Ketika itu, mereka bersembang sambil membaca surat khabar yang menyiarkan analisis mengenai tragedi pesawat MH370. Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.

"Selepas itu, dia kata mahu cuti panjang. Dia pun dah janji dengan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli, 15, yang bersekolah di Kolej Tunku Kursiah, Seremban untuk jemputnya dari asrama."


Tambah memilukan, Don bercerita apa yang berlaku pagi semalam, ketika ibunya mahu jemput Nurliyana dari asrama tidak lama selepas mereka mendapat maklumat mengenai tragedi yang meragut nyawa Shahila di Ukraine.

"Liyana tak mahu ikut neneknya balik. Dia tak percaya ibunya sudah tak ada. Katanya, dia nak tunggu ibunya datang sendiri jemput dia. Dia adik yang sangat baik, suka bergurau. Kalau dia ada, meriah suasana, semua orang happy."

Ditanya bagaimana dia dan keluarganya mula tahu tragedi yang menimpa Dora Shahila, kata Don, mereka tahu daripada laporan media asing tetapi masih tidak begitu yakin.

"Kami hubungi telefon dia tetapi tak dapat."

Adik bongsu mereka, Darlina Kwan yang juga pramugari MAS berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh kawan-kawan sekerjanya.

"Mereka dapat maklumat awal, selepas itu barulah keluar berita."

Darlina akui, hubungan dengan kakaknya itu memang sangat akrab.

“Setiap kali jumpa kami selalu kongsi pengalaman.”

Bagi Darlina, Dora Shahila adalah contoh seorang pramugari yang sangat komited dengan kerjayanya.

"Kawan-kawan selalu puji komitmen dan sikap profesionalnya."

Apa yang paling menyentuh hati Darlina apabila teringat Dora Shahila yang bersungguh-sungguh memujuknya mengikuti percutian keluarga bulan lalu.

“Jadual kami selalu tidak sama, jadi dia beberapa kali cakap, ‘Jomlah ikut ke Bali ni mungkin percutian terakhir dengan keluarga."

Menurut Darlina, walaupun berita itu amat memilukan, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan ALLAH. Kredit penuh kepada Sinar Harian.

Penampilan Wawa Zainal di Bazar Ramadhan yang paling memukau

$
0
0
Penampilan Wawa Zainal di Bazar Ramadhan yang paling memukau - Nampaknya, penampilan bertudung pelakon jelita kelahiran Lahad Datu, Wawa Zainal semakin ayu, memukau dan menakjubkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Rekaan fesyen tudung yang dipilih Wawa Zainal juga semakin labuh sehingga gaya pemakaiannya sebagai wanita islam terus terserlah. Ini dibuktikan dengan penampilan beliau di program FEMES BAZAR yang kini sudah memasuki episod keenam.

Program FEMES BAZAR merupakan kerjasama antara GUA, GUA MUZIK, TONTON, TONTON MUSIC, TIERRA CREST, MAHLIGAI CREATIVE, TENTDA, WIREFAME ENTERTAIMENT, LISA MAGAZINE, AZRAII ZULKIPLE, RAC PHOTOGRAPHY, FRESHIE JUICE dan ATIYA.MY.




Senarai penuh rasmi penumpang dan krew pesawat MH17 yang terkorban

$
0
0
Senarai penuh rasmi penumpang dan krew pesawat MH17 yang terkorban - Selepas beberapa hari membuat penyiasatan dan penelitian berhubung identiti semua mayat penumpang dan krew yang terkorban, kini senarai penuh rasmi telah dikeluarkan menerusi akhbar tempatan.

Bukan sejumlah 295 orang terkorban seperti mengikut laporan awal tetapi 298 kesemuanya dengan mencatat 44 orang terkorban berbanding jangkaan awal 20 orang.

Ucapan al-fatihah kepada semua penumpang dan krew yang beragama islam dan takziah buat mereka yang bukan beragama islam. Ini merupakan satu tragedi yang paling menyayat hati dalam sejarah Malaysia.











Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas

$
0
0
Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas"Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali."

Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.

Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."

Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."


Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.

Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.

"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana."

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.


Wanita cantik dedah hasrat Shaikh Mohd Noor, pramugara MH17 meninggal dalam pesawat

$
0
0
Wanita cantik dedah hasrat Shaikh Mohd Noor, pramugara MH17 meninggal dalam pesawat - Seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood pernah menyatakan hasratnya yang mahu meninggal dunia dalam kapal terbang sejak berlakunya insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Menurut adiknya, Siti Noradziah, 29, abang sulungnya itu sepatutnya terbabit sama dalam penerbangan MH370 namun kemudiannya dia telah ditugaskan untuk pesawat yang lain pada hari yang sama.

“Apabila berlaku insiden (kehilangan) pesawat MH370, abang ada beritahu sepatutnya dia pun terbabit sama (berada dalam MH370) tapi mungkin belum masa (ajal), sebab waktu itu dia kemudiannya ditugaskan untuk pesawat yang lain.”

Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingati ialah : “kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu..kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang.”


Menurut Noradziah lagi, mereka sekeluarga pada mulanya marah dengan kata-kata abangnya itu tetapi kemudian beranggapan mungkin abangnya sekadar bergurau pada ketika itu.

Shaikh merupakan salah seorang daripada 298 orang yang berada dalam MH17 yang terkorban selepas pesawat itu terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pramugara yang mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak tiri ini juga dikatakan sempat meninggalkan pesanan suara menyanyikan lagu Dendang Perantau yang pastinya kini menjadi kenangan buat seluruh ahli keluarganya.

Memang sayu mendengarnya, semoga seluruh ahli keluarga arwah tabah menjalani dugaan di bulan mulia ini.

Gempar kumpulan puak pemisah rampas 196 mayat nahas pesawat MH17

$
0
0
Gempar kumpulan puak pemisah rampas 196 mayat nahas pesawat MH17 - Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata puak pemisah mengambil semua 196 mayat yang ditemui petugas di tapak pesawat MH17 Malaysia Airlines terhempas.

Wartawan Associated Press (AP) melihat puak pemisah mengangkat mayat yang diletakkan dalam beg itu ke atas trak dan membawa pergi. 

Hari ini, wartawan AP tidak lagi dapat melihat sebarang mayat di lokasi pesawat terhempas.

Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro, berkata pertugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberikan mayat berkenaan kepada puak pemisah yang bersenjata.

Katanya, kerajaan tidak tahu ke mana mayat berkenaan dibawa Berita Harian.


Gambar selfie sensasi Nora Danish terbaring di bantal cetus kejutan

$
0
0
Gambar selfie sensasi Nora Danish terbaring di bantal cetus kejutan - Sememangnya kesemua gambar selfie Nora Danish yang dimuatnaik olehnya di laman Instagram sentiasa memukau dan menakjubkan.

Status janda miliknya sejak enam tahun lalu langsung tidak menggambarkan diri pelakon jelita itu yang tetap kelihatan seperti anak dara sunti dan belum pernah berkahwin.

Nora sehingga kini sentiasa menjadi rebutan para jejaka di laman sosialnya meskipun beliau sedang berkawan rapat dengan Nadeem Nazri.

Mungkin kerana sudah menjadi hobi untuk berkongsi gambar-gambar selfie yang sensasi di laman Instagram sebagai tatapan peminat setia, Nora sebentar tadi telah memuatnaik sekeping gambar sensasi sedang terbaring di bantal.



Video menyayat hati suara pramugara MH17 nyanyi lagu P. Ramlee buat Siti Noradziah

$
0
0
Video menyayat hati suara pramugara MH17 nyanyi lagu P. Ramlee buat Siti Noradziah - Rakaman lagu Dendang Perantau oleh seorang pramugara MH17 pasti menyentuh hati ramai orang yang mendengarnya. Shaikh Mohd Noor merakamkan lagu Aidilfitri tersebut sebelum berlepas dari Amsterdam menuju ke negara kelahirannya, Kuala Lumpur.

Adik Shaikh Mohd Noor, Siti Noradziah berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami."

Menurut keluarganya di Klang, Selangor - Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki pesawat MH 370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun perubahan jadual menyebabkan Sheikh Mad Nor tidak menaiki pesawat berkenaan.

Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingat Noradziah ialah : “kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu..kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang.”

Tetapi kali ini, kepulangannya dari Belanda ke tanah air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17.


Luahan sedih anak lelaki Azrina Yakob, ketua pramugari MH17

$
0
0
Luahan sedih anak lelaki Azrina Yakob, ketua pramugari MH17 - Setiap kali ditanya tentang ketua pramugari Azrina Yakob, anak kecil beliau Aqil Rais Mohd Rafliz akan menjawab ibunya keluar bekerja dan pesawatnya meletup.

“Bila orang tanya dia selalu kata begitu. Tapi saya rasa dia tak faham apa dia cakap. Kemudian dia akan terus bermain dan kadangkala mengusik adiknya, Arissa Raisya, 3, tentang ibu mereka.”

Azrina, 41, merupakan salah seorang daripada dua ketua pramugari dalam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis lalu.

Penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi.

Zulkifli yang berkahwin dengan kakak Azrina berkata, Aqil Rais, 6, tak merasai kehilangan ibunya kerana mempunyai sepupu untuk bermain.

“Dia budak kecil. Walaupun ayahnya menjelaskan perkara sebenar, dia tidak banyak memberikan respons.

“Dia sudah biasa ditinggalkan apabila ibunya keluar bekerja. Mungkin dia akan mula terasa apabila semua orang tiada di rumah.”


Menurut Zulkifli, beliau hanya mengetahu pesawat dinaiki adik iparnya ditembak jatuh selepas dimaklumkan suami Azrina.

“Dua kali dia cuba menghubungi isteri saya tetapi kami waktu itu sudah tertidur. Kali ketiga dia berjaya menghubungi kami.”

Katanya, beliau sekeluarga seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi.

“Bagaimana mereka boleh tembak jatuh pesawat komersial? Ini tindakan tidak bertamadun. Perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi.”

Walaupun keluarganya mahu dalang di sebalik kejadian dihukum, baginya perkara paling penting sekarang memastikan tapak nahas dijadikan kawasan selamat untuk pasukan penyelamat menjalankan kerja mereka dan mayat dapat diambil.

“Dunia perlu memberi tekanan kepada Ukraine supaya memastikan pasukan kita selamat masuk dalam kawasan itu.”

Katanya, semua ahli keluarga termasuk suami, adik beradik dan ibu bapa Azrina redha dengan pemergian Azrina.

Namun mereka mempunyai satu hajat agar mayatnya dibawa pulang supaya dapat dikebumikan mengikut cara Islam.

“Satu hari bila anak-anak sudah besar mereka boleh ziarah kubur arwah. Itu hajat kami. (Tetapi) Kalau tak boleh disebabkan isu keselamatan, maka kami redha.”

Katanya, sejak insiden itu kediaman Azrina di Sungai Pelek, dekat Sepang, tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.

“Sahabat dan saudara datang memberikan sokongan moral. Azrina amat disenangi, seorang yang ceria dan komited dengan tugasnya. Beliau suka terbang.”

Bagaimanapun, suami Azrina dan anaknya ketika itu tidak kelihatan.

“Dia tidak mahu ditemuramah atau ditanya soalan. Fikirannya serabut. Dia putuskan untuk terima tawaran MAS tinggal di hotel di Putrajaya. Ibu bapa dan dua anak Azrina turut dibawa bersama.”



Isteri Ezany Nizarif dilarikan seseorang pada waktu subuh

$
0
0
Gempar Lizda Nuryanti, isteri Ezany Nizarif ghaib dari rumah waktu subuh - Berikutan tindakan Lizda Nuryanti, isteri Ezany Nizarif tidak pulang rumah sejak empat hari lalu, aktor itu telah membuat laporan polis.

"Pada hari Khamis, 17 Julai yang lalu, saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi dan saya mendapati isteri saya tiada. Pintu bilik terbuka, pintu rumah pun tidak berkunci. Saya lihat kunci rumah yang selalu dia bawa pun ada di rumah. Saya cuba hubunginya tetapi gagal. Saya tidak tahu apa yang berlaku," demikian dakwa pelakon Ezany Nizarif, 41, mengenai satu laporan polis yang dibuatnya semalam.

"Saya buat laporan itu untuk tujuan keselamatan dan saya sendiri tak tahu apa status isteri saya sebenarnya. Sama ada dia menghilangkan diri, dilarikan, diculik atau sebagainya. Saya tak tahu isteri saya ke mana. Tapi ada sumber yang memberitahu saya, orangnya adalah seorang wanita.

"Dia telah menghantar mesej kepada saya menerusi laman Facebook dan mengatakan suaminya ada hubungan dengan isteri saya. Sudah lebih empat hari dia menghilang, jadi bila saya buat laporan polis, saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut."


Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad?

$
0
0
Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad - Pembabitan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, dalam dunia peragaan bukan baru. Seingat Sha, dia aktif sebagai model sejak berusia belasan tahun.

Wajah cantiknya banyak menghiasi majalah dan kini bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai. 

Drama lain dibintangi si cantik ini Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.

Dalam pada itu, ada khabar angin pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus itu kini rapat dengan pelakon kegilaan ramai, Sharnaaz Ahmad.

Sejauh mana rapat tu, Sha tidak pasti tetapi menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Anis dan Sharnaaz saling menyukai.

Melihat keperibadian Anis yang lemah lembut dan pandai bawa diri, siapa tidak jatuh hati. Kalau benar mereka ada perasaan antara satu sama lain, Sha tidak terkejut kerana sebelum ini ada peminat bercerita seronok melihat kemesraan Sharnaaz dan Anis yang sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang bulan puasa ini.

Kata mereka, Anis buka gerai jual tudung manakala Sharnaaz rancak menjual kemeja-T dan serunding daging asli di bawah jenama Sharnaaz Ahmad Garment.

Sha dengar ada juga kenalan Anis bertanya sejauh mana hubungannya dengan Sharnaaz, tapi model dan pelakon itu hanya mendiamkan diri.

Melihat reaksinya, mereka segera ubah topik kerana faham Anis tidak suka membicarakan hal peribadi dan sangat berahsia orangnya.

Apapun, kalau benar bunga-bunga cinta sedang berputik, Sha tumpang gembira. Bertuah Sharnaaz dapat kekasih sebaik Anis. Orangnya sangat istimewa, bukan saja cantik tetapi baik budi pekerti.

Walaupun berasal daripada keluarga berada, Anis sangat merendah diri dan pandai bawa diri. Malah, dia wanita yang sangat berdikari.




Punca sebenar Anzalna Nasir mengamuk di laman Instagram

$
0
0
Punca sebenar Anzalna Nasir mengamuk di laman Instagram - Semalam wartawan Harian Metro melaporkan bahawa pelakon jelita, Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Mohamad Hanif Mohamad Zaki sekaligus akan berhenti berlakon.

Laporan itu tidak disenangi Anzalna sehingga menyebabkan beliau memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram dengan kapsyen berbaur kemarahan berbunyi "Irresponsible Reporting? Whats app untuk tanya pasal gambar sahaja apa salahnya interview sekali.. kan dah bagi info SALAH!haih..Perlu ke mengungkit kisah lama? Di bulan yang mulia ni ada juga org nak membuka aib orang lain kan? Astaghfirullahaladzim.. 25min."


Berikut ialah isi kandungan penuh laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro semalam mengenai kisah silam Anzalna Nasir yang membuatkan pelakon itu naik angin.
Walaupun memiliki Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia dan boleh menjadi guru Bahasa Inggeris, Anzalna Nasir, 26, memilih lakonan sebagai kerjayanya.

Bermula dengan siri Suria Di Cordoba, kemudian Ramadan Ter­akhir, Anzalna kini antara pelakon yang semakin mencipta nama.

Antara drama lakonannya ialah Gemersik Kalbu, Sirrun, Maskara, Love You Mr Arrogant, Adam Dan Hawa, Ajaibnya Cinta, Destinasi Cinta Sara dan Salahkah Aku.

Dilahirkan di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Januari 1988 dan membesar di Kuala Lumpur, Anzalna pernah menetap di Australia selama lima tahun sebelum pulang ke tanah air sekitar 2009.

Dia pernah ditawarkan menjadi pembaca berita dan pengacara, tetapi laluannya sebagai anak seni terarah kepada bidang lakonan.

Anzalna juga menyimpan hasrat menjadi penyanyi dan bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Sepanjang pembabitannya dalam seni, Anzalna juga tidak sepi daripada kontroversi. Pada 10 Jun 2012, Anzalna mencetuskan perang dingin dengan Neelofa kerana memberi kenyataan memburukkan nama Neelofa.

Enggan memanjangkan isu itu, Anzalna menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

Anzalna juga berdepan krisis dengan Shah Iskandar kerana menyiarkan khidmat pesanan ringkas jejaka itu dengan kakak–nya, Diana Nasir.

Bagaimanapun, sikap profesional kedua-dua pelakon itu me­nyebabkan masalah itu cepat diselesaikan.

Ketika penggambaran siri Aku Isterinya, isteri Izzue Islam, Awin dikatakan cemburu dengan babak romantik suaminya dengan Anzalna, menyebabkan Izzue dikatakan bermasam muka dengan Anzalna demi menjaga hati Awin.

Anzalna yang kini bercinta dengan Mohamad Hanif Mohamad Zaki bercadang menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini, sekali gus menamatkan kariernya sebagai pelakon.

Keputusan itu dibuat demi menghormati suaminya. Bagaimanapun, jika ada tawaran menarik minatnya, Anzalna akan terima jika diizin suami.

3 Gambar terkini Rozana Misbun, isteri Awie yang paling jelita

$
0
0
Gambar terkini Rozana Misbun, isteri Awie yang paling jelita - Sejak penyebaran beberapa keping gambar Rozana Misbun, isteri Awie dalam keadaan lebam teruk di bahagian muka akibat dipukul seseorang, kisah rumahtangga mereka kini menjadi perhatian hangat peminat dan pihak media.

Tentunya, Awie menjadi suspek utama di sebalik kes penderaan itu sehingga ia telah dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut. Begitupun, penyanyi rock terkenal itu mengaku tidak bersalah dan beliau telah diikatjamin sebanyak RM9,000 di mana tarikh sebutan semula ialah pada Ogos nanti.

Di laman sosial, seorang penggiat facebook yang tidak didedahkan identitinya telah memuatnaik satu komen yang menceritakan satu khabar angin yang dikatakan menjadi punca sebenar Awie bertindak mencederakan isterinya namun kebenaran cerita itu tidak dipastikan.

Berikut ialah dua keping gambar terkini Rozana Misbun yang terlalu jelita dan cun melecun. Menariknya, adik kepada Haliza Misbun itu lebih tinggi dari ayahanda Awie - gosipterus




Fesyen ketat Yuna hiasi majalah Cosmopolitan amat mengejutkan

$
0
0
Fesyen ketat Yuna hiasi majalah Cosmopolitan amat mengejutkan - Terkejut dan terkedu seketika pandangan penulis tatkala menatap sekeping gambar Yuna sedang menghiasi majalah Cosmopolitan dengan memakai gaun yang ketat dan agak terdedah.

Ditambah pula dengan fesyen tudung penyanyi lagu Rescue itu yang sedia pelik menyebabkan penampilan Yuna sebagai penghias malajah tersebut kurang sesuai untuk dilihat oleh golongan remaja perempuan bertudung yang menjadikan beliau sebagai idola mereka.

Pendapat anda macam mana pula?



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live