Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Kerana kek Siti Saleha dan Hairul Azreen bergaduh, tubuh Hanis Zalikha makin Hot

$
0
0
Seorang pembuat kek iaitu Siti Saleha Idris, 34, menegur sikap buruk pelakon Hairul Azreen kerana memuat naik gambar kek di Instagram miliknya dengan kapsyen tuduhan dan fitnah.

Siti Saleha berkata, perbuatan Hariul Azreen itu bukan sahaja mencalarkan reputasinya tetapi dikesalkan apabila dia tidak tahu kisah sebenar disebalik hal berhubung kek tersebut.

"Hairul telah mengambil gambar kek di Instagram saya lalu dimuat naik di Instagram miliknya dengan kapsyen yang berunsur fitnah, saya gagal menyiapkan kek untuk Hanis Zalikha.

“Perkara itu ternyata tidak benar kerana pada 9 Oktober lalu kira-klira pukul 6 petang saya dihubungi oleh seseorang yang mahu saya membuatkan kek berbentuk barbie doll dengan segera dan ia perlu dihantar ke satu lokasi dua jam kemudian.

“Bagaimanapun saya terpaksa menolak tempahan itu kerana masa diberikan terlalu singkat. Saya juga tidak ambil apa-apa deposit,”
katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.


Gambar kek yang dimuatnaik Hairul menimbulkan kemarahan pengikutnya terhadap pembuat kek yang dituduh tidak bertanggungjawab.

Terdahulu Hairul Azreen, 26, menerusi laman Instagram miliknya pada 10 Oktober lalu telah memuat naik gambar kek dengan kapseyn kecewa kerana tempahan kek sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Hanis Zalikha, 24, gagal disiapkan.

Dalam pada itu Siti Saleha berkata, dia turut difahamkan kek ulang tahun itu seharusnya dibuat oleh pembuat kek lain namun ia tidak dapat disiapkan kerana perkara tertentu.

"Saya rasa mungkin Hairul sendiri tidak tahu hal sebenar kerana tempahan itu dibuat oleh orang lain yang mana saya difahamkan saya adalah individu kedua yang diminta membuat kek berkenaan.

"Apa yang saya kesalkan tindakan dia ‘mencuri’ gambar rekaan kek di Instagram saya itu dengan kapsyen berunsur fitnah telah menjejaskan reputasi perniagaan sehinggakan saya terpaksa padam komen negatif daripada peminatnya,"
ujar Siti Saleha.


Jelas Siti Saleha, dia juga sebelum ini pernah memberi tajaan kek untuk hari jadi beberapa artis tempatan termasuk Adi Putra dan Izreen Azminda tetapi tidak ada apa-apa masalah berlaku kerana mereka membuat tempahan awal.

"Saya tidak ada masalah jika dia (Hairul) mahu saya sponser kek tersebut namun perlu ada cara iaitu dengan membuat tempahan sebulan atau seminggu awal supaya mudah untuk saya buat persiapan," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga kek yang dikenali sebagai CanDiva turut meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu melalui wakilnya mengambil sikap acuh tidak acuh dalam urusan tempahan kek berkenaan.

Jelasnya, Hairul gagal membayar deposit yang sepatutnya sehingga dia tidak dapat menyiapkan kek istimewa itu pada hari diminta.

"Saya kesal apabila pihak Hairul yang membuat tempahan kek itu seperti tidak serius, ketika diminta bayar deposit ada sahaja alasan yang diberikan.

"Jadi kami tidak buat apa-apa untuk tempahan itu, namun pihak kami sudah beritahu awal-awal kepada mereka jika tidak ada deposit maka kami tidak akan buat,"
ujarnya.

Sementara itu, pelakon Hairul Azreen ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu - mStar.


Luahan sedih Eina Azman dipukul dan ditendang kerana cantik

$
0
0
Kesian pulak dengan Eina Azman, pelakon yang sedang meningkat naik kerana pernah dipukul dan ditendang oleh rakan sekolah akibat terlalu cantik dan tinggi.

Kejadian ini confirm mesti sikap cemburu di kalangan perempuan yang tidak memiliki kecantikan seperti yang dimiliki Eina Azman. Jom ikuti luahan hati Eina Azman selepas ditemubual baru-baru ini.

“Pernah saya cedera akibat terjatuh ketika turun tangga gara-gara rasa cemburu mereka. Parut luka itu kekal hingga kini. Keadaan semakin teruk bila saya belajar di sekolah menengah. Ada saja yang sengaja mencari kesilapan saya, walhal saya tidak pernah ganggu sesiapa.

“Bukan saja rupa, bahkan ketinggian saya turut jadi bahan pertikaian. Bukan saya tidak cuba berbaik-baik, tetapi kebanyakan rakan akan menjauhi saya.

“Entah di mana silapnya saya pun tak tahu, walhal tiada beza pun saya dengan mereka. Apa yang mereka pakai, itulah yang saya pakai, malah saya tidak pernah bermegah bergelar artis.

“Saya sudah biasa terima panggilan berbaur ugutan mahu cederakan wajah saya, selain berpuluh-puluh surat layang. Sudah banyak laporan polis dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya tidak tahu ia angkara siapa dan tidak mahu ambil tahu. Ibu tidak sanggup lihat saya bersedih lagi dan atas faktor itu juga dia sarankan saya berhenti sekolah dan belajar di rumah saja,”
katanya.


3 Gambar wajah terbaru Nabila Huda paling class dan memukau

$
0
0
Puteri Sulung Legenda Rock tanahair, Amy Search, Nabila Huda sedikit pun tidak terkesan berada di bawah bayang bapanya. Malah, bintangnya bersinar terang di persada pentas lakonan kerana bakat seninya yang semulajadi. 

Nabila berada dalam kelas tersendiri, setiap kritikan membentuknya menjadi pelakon yang lebih baik dari hari ke hari.

Penggambaran muka depan bersama Nabila Huda, 30, berlangsung lewat petang. Kami terpaksa akur dengan jadual lakonannya yang terlalu padat, namun amat berterima kasih kepada Nabila kerana sanggup pulang berkejaran dari Seremban ke Kuala Lumpur hanya untuk GLAM.

Malah, ibu kepada Keisha, 4, sampai ke muka pintu studio dalam keadaan masih menyarung baju kurung kapas yang dipakainya terus dari set penggambaran.


Sudah 13 tahun Nabila berkecimpung dalam arena seni lakon. Nyata usahanya tidak sia-sia apabila Nabila Huda kini dikenali sebagai antara segelintir pelakon pelapis muda paling profilik di kaca televisyen hari ini.

Walau kini ada kebanjiran aktres muda yang lebih menjual rupa dari bakat, Nabila jelas muncul dalam kelas tersendiri. Lakonannya sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raganya disalurkan kepada watak yang diberi. Walau banyak kontroversi mencengkam, kehebatan Nabila sebagai pelakon tidak pernah disangsikan.

Sambil disolek, Nabila bercerita mengenai drama-drama yang pernah dilakonkannya. Nampaknya rezeki Nabila seakan tidak putus berdasarkan tawaran demi tawaran yang masuk seperti bertali arus - PORTAL GLAM.



5 Gambar ulangtahun perkahwinan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim

$
0
0
Pasangan paling menjadi perhatian peminat, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim bakal menyambut ulangtahun perkahwinan pada 10 November ini dengan tema ‘Seindah Ikatan Cinta MawarFizo’

So, menjelang sebulan sebelum sambutan tersebut berlangsung, pihak pengurusan Fareeda telah mengadakan Pertandingan 'Berposing Ala MawarFizo’ bermula sejak 13 Oktober lalu.

Pertandingan ini memerlukan para peminat menghantar Gambar Penyertaan, Nama Peserta, No. Telefon, Alamat, Nama Facebook beserta resit pembelian Tudung Fareeda ke ikatan_cinta@fareedascarf.com.

Untuk lebih maklumat mengenai pertandingan tersebut, korang boleh baca di fanpage KHAS UNTUK PEMINAT FANATIK MAWARFIZO. Berikut ialah lima keping gambar ulangtahun perkahwinan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang santai tapi cukup mengujakan.







11 Gambar terbaru Ainul Aishah, pernah cetus kontroversi kerana gaun seksi

$
0
0
Gambar terbaru Ainul Aishah, pernah cetus kontroversi kerana gaun seksi - Biarpun sering kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikitpun melemahkan semangat pelakon yang kini juga bergelar penyanyi, Ainul AIshah.

Pernah dikaitkan bercinta dengan vokalis kumpulan Hujan, Ainul Aisahah yang mesra di sapa Ain ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta bersama bekas gitaris band, Couple, Ojoe, namun malang baginya, apabila hubungan ini tidak seperti yang diharapkan dan terputus dipertengahan jalan.

Tidak mahu menoleh ke belakang, kini Ain semakin bahagia bersama kekasih barunya, Ben Daniel. Biarpun masih belum merancang untuk meneruskan hubungan itu ke ikatan yang lebih serius, Ain mengakui hubungan yang terjalin ini mendapat restu yang kuat daripada keluarganya.

"Alhamdulillah, keluarga saya tidak menghalang hubungan kami, lagipun Ben sudah banyak kali berjumpa ibu bapa saya, dan mereka merestui hubungan kami berdua.

"Kami masih belum berfikir untuk bertunang apatah lagi berkahwin, sebab masing-masing masih sibuk dengan kerjaya sendiri, dan kami juga sebenarnya dalam proses mengenali hati budi masing-masing, tapi kami bersyukur kerana keluarga sangat memahami keadaan kami sekarang.

"Saya suka Ben, sebab pada saya dia seorang yang sentiasa tenang, bijak dan adakalanya manja. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Ben, iaitu sekitar tahun 2009, tapi ketika itu kami tidak begitu rapat, selepas saya putus cinta bersama Ojoe, barulah saya mengenali Ben secara lebih serius," 
jelas Ainul Aishah ketika ditemui di majlis pelancaran cawangan francais, Tutti Fruitti milik keluarganya - MANGGA ONLINE.












Senarai penuh gaji dan elaun Kerabat Diraja, Perdana Menteri & Timbalan, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen

$
0
0
Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100 
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong 

Aku tak pernah tahu wujudnya elaun ini. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun itu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. 

Dibawah akta ini elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contohnya, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong. 

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan di Malaysia ini kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, cuba bayangkan berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup? 

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). 

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car. 
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya. 

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200 
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar. 

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan. 


PM, TPM, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut :- 

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah 

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP. 

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Diedit dari : REPOST PLBGAIMACAM

Aksi romantik Anzalna Nasir dan Aaron Aziz di Cafe Setia Alam

$
0
0
Dalam diam rupanya pelakon kacak dan terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz telah membuka kafenya sendiri di Sunsuria Setia Alam yang diberi nama Kidz And Creme.

Kafe tersebut beralamat di No 5, Jalan Setia Dagang, U13/AK Sunsuria, 7yh Avenur, Setia Alam dan menghidangkan pelbagai menu istimewa seperti makanan berat, kek istimewa, kopi serta mempunyai ruang buat kanak-kanak yang ingin belajar membuat kek bersama pembuat kek terlatih.

Kehadiran pelakon jelita, Anzalna Nasir ke kafe berkenaan dengan ditemani Aaron Aziz menarik perhatian orang ramai. Tentu jejaka-jejaka yang berada di situ turut sama terpukau dengan kecantikan beliau tiada tandingannya.



Heliza Helmi buat pendedahan mengejut mengenai sikap sebenar orang cina di lokasi

$
0
0
Heliza Helmi buat pendedahan mengejut mengenai sikap orang cina di lokasi - Penyanyi, pelakon dan pengacara comel, Heliza Helmi mendedahkan pengalamannya ketika membuat rakaman iklan baru-baru ini.

Heliza Helmi nyata terkejut dengan layanan yang diberikan oleh tenaga kerjanya yang rata-rata merupakan orang cina. Ini pengalaman yang dikongsi oleh Heliza Helmi:

"MasyaAllah.... Allah.. Allah.. Allah..

Semoga Allah memberikan Taufik Hidayah kepada mereka. Ija ada shooting silky white ni dan mereka adalah Chinese

Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah, Heliza pergi makan dulu, kami akan prepare kan untuk you Solat.

Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata. 'Okay, kita break dahulu, bagi Heliza solat, then baru makan then baru shoot balik'

Handphone Ija, bila azan hp ni ada suara Azan, waktu Asar tadi, mereka sendiri yang stopkan shooting, dan mereka kata.... 'Okay Heliza you solat dulu ok? '

Sejadah ni pun mereka yang prepare.. Allahu Akbar.. Ya Rabbi! Ya Allah MasyaAllah. Terima kasih Allah...

Solat tepat waktu. Dan Ija tak perlu mention pun ttg solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaAllah........ Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan Allah?"

Itulah antara pengalaman menarik yang dikongsi oleh Heliza Helmi di akaun Instagram peribadinya. Screenshot dan tulisan artikel milik penuh BLOG HOTLIPS-YUYA.




Lagi 2 gambar adegan panas Miera Liyana & Fizz Fairuz filem Dendam Orang Mati

$
0
0
Ternganga, terkedu dan terkesima. Itulah reaksi kami bila tonton filem ‘Dendam Orang Mati’lakonan Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana.

Bukan sebab ceritanya yang agak seram dan menakutkan, tetapi beberapa babak lakonan Miera Liyana bersama Fizz Fairuz yang lebih mencemaskan kami.

Gila tak cemas apabila menyaksikan Miera Liyana berbikini sambil berenang kemudian Fizz Fairuz pula membalutkan tubuh Miera dengan tuala.

Terdetik di hati kami, tidakkah ada rasa segan pada gadis berusia 23 tahun ini apabila diminta melakonkan babak sebegitu?

Ditambah pula dia juga perlu melakonkan beberapa aksi berani bersama Fizz Fairuz. Menurut Miera, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon selain sudah menganggap Fizz sebagai abangnya sendiri.

"Miera dengan Fizz, kami dah banyak kali berkerjasama. Jadi kami dah seperti adik beradik. Maka, kalau dia tengok saya pakai bikini masa itu pun dia tak ada nafsu, dah macam tengok adik sendiri.

So far, tak ada rasa kesal ke apa. Semua itu Miera anggap sebagai pengalaman untuk jadi lebih baik selepas ini. Ketika itu Miera masih muda dan apa yang dalam fikiran hanya nak berlakon bersama dengan pelakon hebat."


Bagaimanapun, Miera memaklumkan kepada ibunya terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.

Kalau korang nak tahu, filem Dendam Orang Mati ini adalah filem terbaru terbitan KRU Studios yang bakal ditayangkan pada 23 Oktober 2014 ini.

Mengisahkan Lena (Lisa Surihani), seorang gadis yang baru tersedar daripada koma dan menghidap amnesia. Bagaimanapun, Lena pada masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam.

Ironinya, sepanjang tempoh koma, suaminya Shahrul (Fizz Fairuz) telah berkahwin dengan Min (Miera Liyana) dan tinggal di rumah peninggalan bapa Lena.

Apakah makhluk yang sering membelenggu Lena di tingkat 4 rumahnya? Haa, kalau nak tahu, korang kenalah tengok sendiri.

p/s : Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh PORTAL OHBULAN.



9 Gambar Golf GTI, kereta mewah Pekin Ibrahim paling terkini

$
0
0
Gambar Golf GTI, kereta mewah Pekin Ibrahim paling terkini - Pelakon kacak berusia 332 taun, Pekin Ibrahim kini memiliki sebuah kereta mewah dengna model Volkswagen Golf GTI yang sporty yang cantik.

Kereta Golf GTI ini kalau model baru boleh mencecah RM200,000 dan kalau secondhand pula masih boleh dijual pada harga RM80,000 ke atas namun kepada bergantung specification dan tahun keluaran.

Untuk pengetahuan, kereta Pekin Ibrahim pada mulanya berwarna merah, bagaimanapun pelakon ini baru sahaja mengecat semula keretanya kepada warna biru awal bulan Oktober lalu.

Jom layan 8 keping gambar kereta mewah Pekin Ibrahim yang paling terkini. Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh BLOG HOTLIPS YUYU.










Kalau saya dapat pegang tangan Miera betapa bertuahnya hidup saya - Fauzi Nawawi

$
0
0
Belum pun reda kontroversi mengaitkan dirinya dengan penampilan seksi berbaju mandi dalam kolam renang menerusi filem Dendam Orang Mati, pelakon sensasi Miera Liyana Kasmi sekali lagi dipalit dakwaan kononnya mula menjalin hubungan rahsia dengan pengarah dan pelakon filem, Fauzi Nawawi.

Miera menjadi sasaran buah mulut selepas ada pihak mendakwa melihat dia bermesraan dengan Fauzi apabila berpegangan tangan dalam perjalanan ke satu majlis sambutan hari jadi, baru-baru ini.

Ditanya kesahihan cerita itu, pelakon yang berjaya menempatkan diri di persada seni menerusi siri drama Internet Luna Fantasiku itu menafikan dakwaan terbabit, malah menganggapnya sebagai tidak masuk akal.

Miera, 21, berkata dia terkejut dan tidak menyangka dipalit kontroversi sedemikian dengan berlapikkan alasan bahawa perbezaan umur hampir 20 tahun dengan suami Lisdawati itu.

“Saya menganggap dia (Fauzi) sebagai idola saya terutama untuk memantapkan diri dalam bidang kerjaya lakonan kerana dia banyak membantu saya berlakon dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Katanya, sebelum ini dia digandingkan bersama pelakon lelaki itu menerusi sebuah telefilem di Jakarta, Indonesia bertajuk ‘Pacarku Kehabisan Ongkos’ yang akan ditayangkan di stesen televisyen Indonesia dan Malaysia.

“Dalam telefilem itu saya memegang watak heroin manakala dia (Fauzi) sebagai bapa saya. Saya teruja apabila digandingkan bersamanya apatah lagi dalam usia saya yang masih muda ini, tentunya ia pencapaian yang boleh dibanggakan apabila turut sama ditawarkan berlakon di negara jiran itu.

“Selepas habis menjalani penggambaran filem itu kira-kira seminggu lalu saya juga tidak ada berjumpanya dan saya juga pelik bagaimana timbul dakwaan seperti ini.

“Apa yang pasti saya tahu apa yang saya lakukan dan aksi seperti berpegangan tangan sambil bermesra itu adalah tidak benar sama sekali. Saya juga masih terlalu muda apatah lagi untuk mengganggu rumah tangga orang lain. Saya bukan perempuan jenis itu,”
katanya.

Sementara itu, Fauzi Nawawi berkata, timbul persoalan kenapa dia perlu bermesra dan memegang tangan Miera memandangkan masih ramai lagi pelakon muda yang lebih kacak berbanding dirinya.

“Kalau saya dapat memegang tangan Miera betapa bertuahnya hidup saya. Hakikatnya tindakan berpegangan tangan dan bermesra itu tidak pernah berlaku dan saya juga terkejut dengan dakwaan seperti ini,” katanya.

Katanya, dia menghormati sikap dan diri pelakon wanita itu. Walaupun masih muda namun bakat dalam bidang lakonan tidak dapat dinafikan kehebatannya sehingga dia (Miera) juga turut ditawarkan berlakon dalam sebuah telefilem Indonesia bersamanya.

“Saya tidak mahu komen banyak kerana dakwaan ini juga tidak benar sama sekali dan kepada mereka yang sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan ini, saya rasa lebih baik fikirkan soal diri sendiri sebelum memburukkan orang lain.

“Perbetulkan diri sendiri sebelum meletakkan kesalahan kepada orang lain. Hentikan perkara negatif itu adalah langkah lebih baik,”
katanya yang kini sedang menjalani penggambaran telefilem Nokhtah Kasih, siaran TV3 yang akan ditayangkan pada Februari 2015 - Harian Metro.

10 Fesyen meletop artis Malaysia di Anugerah Planet Muzik 2014

$
0
0
Anugerah Planet Muzik 2014 telah berlangsung dengan meriah semalam di Suntec, Singapora. Sebanyak 19 kategori anugerah dipertandingkan yang melibatkan karyawan dalam bidang muzik dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Antara artis-artis Malaysia yang hadir ke acara berprestij itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha, Najwa Mahiaddin, Awi Rafael, Hafiz Suip dan Mafarika. Joma layan beberapa keping gambar fesyen artis Malaysia paling meletop.









Luahan sedih Rozita Che Wan isu tajaan bersalin dipertikai

$
0
0
Pelakon Rozita Che Wan berkata tajaan bersalin untuknya oleh sebuah hospital di Ampang tidak melibatkan kos bernilai ratusan ribu ringgit dan ia sepatutnya tidak disensasikan.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, tawaran itu diterinya kerana menganggap ia adalah rezeki yang sudah ditentukan Allah untuk anak yang dikandungnya.

"Apa saya boleh cakap, saya sentiasa bersyukur terhadap rezeki anak yang saya kandung. Saya tidak tahu mengapa orang mempertikaikannya kerana kos yang ditaja itu tidak terlalu tinggi ataupun melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.

"Saya percaya pihak hospital itu juga mempunyai cara mereka untuk membantu pesakit-pesakit lain yang memerlukan tetapi dengan cara berbeza,"
ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan banyak pihak yang tidak berpuas hati selepas sebuah hospital swastya di Ampang dekat sini menawarkan pekej bersalin kelas pertama kepadanya.

Komen-komen di media sosial turut mempertikaikan kredibiliti hospital berkenaan yang seharusnya memberi tumpuan dalam membantu golongan yang lebih memerlukan.


Sementara itu, Rozita berkata, ia bukan satu-satunya tajaan yang diterima sepanjang sembilan bulan mengandung anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pelakon Zain Saidin.

Katanya, terlalu banyak tajaan sehingga pihak pengurusaannya terpaksa memilih yang sesuai dan terbaik.

"Terlalu banyak tajaan yang datang sampai tidak larat nak terima sehingga pihak pengurusan terpaksa buat pilihan yang terbaik, namun saya faham ia sebagai promosi untuk mereka juga.

"Jadi kalau boleh memang saya ingin bantu mana yang termampu dan tidak tahu pula boleh timbul isu lain seperti ini,"
ujarnya.

Dalam pada itu, Rozita berkata dia kini sudah menghentikan semua aktiviti harian bagi menunggu kelahiran anaknya pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu ini.

Sementara itu pihak hospital berkenaan yang dihubungi enggan memberi penjelasan berhubung isu itu sebaliknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat - mStar.

4 Gambar wajah sebenar Scha Al-yahya & Awal Ashaari apabila ketakutan

$
0
0
Seperti biasa setiap hari Abang Nara akan meng’usha’ akaun Instagram selebriti-selebriti tanah air. Abang Nara suka tengok gambar-gambar dan video-video yang dikongsi oleh mereka kerana boleh mengetahui aktiviti yang mereka lakukan. Kebanyakkannya memang gambar ‘selfie’ namun baru-baru ini Abang Nara terperasan satu gambar Scha Al Yahya yang cukup menarik perhatian.

Nampak tak tue? Scha Al Yahya berada di Scream Park di Sunway Lagoon. Daripada penerangan yang dikongsikan oleh Scha, dia berada di sana untuk penggambaran “Celebrity Scares” sempena Nights of Fright 2. Turut serta ialah suaminya, Awal Ashaari. Memang kelakar tengok Scha dan Awal menjerit ketakutan. Muka memang cuak habis. Tak sangka penakut juga Scha dan Awal nie. Paling kelakar siap melatah lagi si Awal bila kena sergah. Serius lawak. Tak caya? Cuba tengok video di bawah nie.

Secara jujur, Abang Nara nie agak penakut orangnya. Tengok gambar Scha berdiri depan Scream Park nie pun dah naik bulu roma. Namun disebabkan rasa ingin tahu, Abang Nara mencari maklumat lanjut mengenai aktiviti Scha dan Awal ini.

Nights of Fright 2 di Sunway Lagoon adalah event seram paling terbesar di Malaysia. Kembali untuk kali kedua, kali ini untuk 6 malam, para pengunjung Nights of Fright 2 akan dapat merasai pengalaman melalui pelbagai zon seram dan rumah hantu termasuklah ‘Escape From Pudu’ yang cukup menakutkan. Bermula pada jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam, anda dapat merasai ketakutan yang tidak terhingga pada 17, 18, 24, 25, 31 Oktober dan juga 1 November. Harga tiket untuk setiap seorang ialah RM48.

Bukan sahaja Scha dan Awal yang telah mengalami keseraman Scream Park di Sunway Lagoon bersempena Nights of Fright 2 ini. Penyampai radio Era si Haniff Hamzah dan Ben Jern pun dah rasai kecuakannya. Memang ‘real’ sungguh solekan yang dikenakan oleh hantu-hantu ini. Tempat hantu-hantu ini muncul pun memang boleh buat jantung tercabut. Kalau penakut macam Abang Nara mesti menjerit tahap tinggi punya.


Memang sesuai sungguh nama Scream Park nie dengan ketakutan yang diberikan kepada para pengunjung. Sepanjang perjalanan pasti anda akan menjerit je. Bila dah tamat terus tak ada suara. Memang seronok pergi kalau anda seorang ‘thrill seeker’. Cuma pastikan anda berumur 12 tahun keatas sebab itu syarat utama nak merasai keseraman Nights of Fright 2 ini. Lagi best kalau pergi ramai-ramai dengan member. Boleh tengok siapa yang paling pengecut. Hehehe.

Apa lagi? Berani tak mencabar diri anda dengan keseraman Scream Park di Nights of Fright 2? Beli tiket anda sekarang jugak. Maklumat lanjut layari laman web Sunway Lagoon ini.

p/s : Gambar dan tulisan milik penuh BLOG BEAUTIFULNARA.






Rupanya ini punca sebenar Ira Mohd Amin buka tudung

$
0
0
Rupanya ini punca sebenar Ira Mohd Amin buka tudung - Penyampai radio Era, Ira Mohd Amin akui insiden dia tidak bertudung ketika keluar bersama selebriti Nana Mahzan semalam menerusi sebuah foto yang dimuat naik ke Instagram oleh rakannya itu adalah satu kesilapan besar yang pernah dilakukannya.

Ira berkata dia mengalami tekanan yang hebat semalam selepas ramai peminat yang mengecam akan tindakannya itu di dalam laman sosial tersebut.

“Saya amat kesal dan saya rasa ia memang tak patut berlaku dalam hidup dan saya tak mahu salahkan atau libatkan sesiapa dalam hal ini. Memang silap saya dan saya minta maaf.

“Malah saya tak sangka rama yang perihatian dan mengecam saya semalam, terus-terang saya amat tertekan hingga tidak berhenti menangis. Namun saya terima semua teguran itu.

“Saya tidak sangka perkara ini boleh jadi besar begini tetapi saya belajar dari kesilapan supaya selepas ini berfikir dua kali sebelum hendak melakukan sesuatu,”
katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ira diminta mengulas selepas foto dia kelihatan tidak bertudung itu telah mendapat tentangan serta kurang senang oleh peminat serta pengikutnya di Instagram semalam.


Bercakap mengenai status imejnya sekarang, Ira memberitahu dia masih dalam proses pembelajaran dan masih mahu kekal dengan bertudung.

“Saya akui memang sekarang ini saya masih dalam proses menyesuaikan diri untuk bertudung dan menjadi muslimah yang baik. Cuma dalam perjalannan itu saya akui telah melakukan kesilapan.

“Namun saya memang akan terus bertudung dan masih bertudung kini,”
luahnya.

Ira yang mengendalikan segmen Hit Live Era di Era FM itu mula berhijab pada awal Ramadan lalu - PORTAL MURAI.


Misteri burger Nora Danish terbang atas meja ketika makan di Sungai Penchala

$
0
0
"Nampak sweet couple ini makan di gerai burger Look For The Sign, Sungai Penchala. Suka bossned dapat burger besar," Itulah kata-kata seorang blogger terkenal sebaik menatap sekeping gambar Nora Danish dan buah hatinya, Nedim Nazir sedang makan burger.

Ada sesuatu yang cukup mengejutkan apabila korang melihat gambar tersebut. Burger milik Nora Danish seolah-olah terangkat dan terbang sendiri. Jika tidak diperhatikan dengan teliti ramai yang akan hairan dan tertanya-tanya, tak gitu?

Sebenarnya, pinggan Nora Danish yang berisi burger dihulurkan oleh satu tangan putih yang seakan tidak kelihatan kerana dikaburi dengan cahaya lampu. Jadi, korang tak perlulah terkejut ya. Hehehe




Kes pelajar Politeknik Ibrahim Sultan diculik disahkan palsu

$
0
0
Kerana pembohongan seorang pelajar berusia 20 tahun dari Johor Bahru yang mendakwa kononnya diculik bersama tujuh kanak-kanak lain untuk dijual di Thailand malam tadi, polis dan media gempar sebelum kes itu disahkan palsu.

Dia yang merupakan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Johor Bahru, membuat laporan polis palsu berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada pukul 7.15 pagi ini.

Kisah gempar itu yang turut tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak hari ini, membuatkan polis melakukan operasi khas bagi mengesannya, yang kononnya menuju ke Thailand.

Kes itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberitahu, siasatan polis mendapati pelajar berkenaan gagal menyiapkan tugasan diberikan pensyarah dan kerana ketakutan, dia telah membuat laporan polis palsu.

“Polis akan mendakwa pelajar tersebut kerana membuat laporan palsu,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes itu turut mendapat perhatian pihak pengurusan PIS yang juga membuat laporan polis bagi membantu siasatan pelajarnya yang merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen.

Difahamkan, mangsa ke Dungun kerana ingin berjumpa rakannya yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam laporan polis yang dibuat pelajar itu, dia mendakwa telah diculik sekumpulan lelaki dengan menaiki sebuah lori bertutup kanvas untuk dijual di Thailand.

Apa yang mengejutkan, pelajar terbabit mendakwa bersama-samanya di dalam lori tersebut ialah tujuh kanak-kanak lain.


Dalam laporan polis, dia mengaku diculik pada pukul 9.30 malam semasa mahu membuka pintu pagar rumah sewanya untuk membeli makanan sebelum muncul tiga lelaki lalu membawanya menaiki sebuah lori bertutup kanvas.

Dia kemudiannya mengaku tidak sedarkan diri. Sebaik sahaja tersedar, pelajar itu mendapati telah berada di bahagian belakang lori terbabit bersama-sama tujuh kanak-kanak.

Pada waktu itu, dia mengaku berasa amat takut menyebabkannya tidak sempat mengecam nombor pendaftaran lori terbabit.

Dakwa pelajar itu, suspek terdiri daripada tiga lelaki dan kesemua mangsa dikatakan menuju ke Kelantan sebelum memasuki Thailand untuk dijual.

Pelajar itu dalam laporannya memberitahu, semasa berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Hospital Dungun, kira-kira pukul 7.15 pagi ini, iaitu hampir 10 jam perjalanan, dia bertindak terjun daripada lori dan melarikan diri.

Dia kemudian meminta bantuan seorang penjual akhbar di sebuah kedai yang terletak kira-kira 200 meter dari stesen minyak berkenaan sebelum dibawa seorang penduduk ke IPD Dungun untuk membuat laporan - UTUSAN MALAYSIA.

Gambar awek anak sulung Rozita Che Wan

$
0
0
Boleh tahan cantik ya kekasih Ammar Effendy, anak sulung Rozita Che Wan. Dua keping gambar wajah gadis bertuah itu telah dimuatnaik Ammar di akaun Instagram peribadinya dengan caption:

"I wish that your 16th birthday is made of all those things that you dreamt of. Have a sweet 16th birthday! Much love and blessings coming your way."

Pergh, bukan main romantik lagi mereka ni. Kedua-duanya nampak amat sepadan. Si gadis itu pula nampak sopan dan bertudung, sesuai sangat.




6 Gambar Diyanah Nadia, teman wanita Ammar Effendy

$
0
0
Fuhhh... memang amat menarik gambar anak Che Ta iaitu Ammar Effendy bergambar dengan seorang gadis bernama Diyanah Nadia sambil tangannya 'baik punya hinggap'. Menurut laporan, gadis tersebut dikatakan sebagai kekasih anak kesayangan Rozita Che Wan.

Tambah mereka, beberapa gambar tersebut telah dihantar melalui emel dan diambil dari IG di mana gadis manis berhijab itu baru sahaja menyambut hari lahir ke-16. Waahhh, untung Ammar!

Bagaimanapun, mungkin mereka hanya sekadar teman tapi mesra agaknya. Bukan apa, jika benar kawan biasa, gadis-gadis diluar sana masih berpeluang untuk mengurat anak Che Ta ini yang sememangnya bijak dan berkereta mewah. Ahak!







p/s : Gambar dan tulisan artikel milik penuh PORTAL MYARTIS.

Mesej terakhir mangsa sebelum maut di Lebuh Raya Karak

$
0
0
Angkara sebuah lori merentang jalan, dua penunggang motosikal berkuasa tinggi terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan 12 buah kenderaan di Kilometer 26.4 Lebuh Raya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11.40 pagi, Hazalli Khalid, 33, seorang jurutera syarikat telekomunikasi Instacom mati rentung apabila motosikal yang ditungganginya dan tiga buah motosikal rakannya terbakar.

Dua rakan Hazalli yang belum dikenal pasti identiti cedera parah. Seorang lagi rakan Hazalli dikatakan cedera ringan.

Seorang penunggang motosikal lain iaitu Md. Nizam Hanafiah, 47, turut maut apabila terperosok di bawah kereta Honda City yang cuba mengelak daripada terbabit dalam kemalangan itu.

Berikut ialah mesej terakhir mangsa sebelum maut di Lebuh Raya Karak yang paling mengejutkan.



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live