Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Gambar selfie pertama TMJ dan isteri, Che Puan Khaleeda selepas nikah

$
0
0
Inilah gambar selfie pertama Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustaman selepas bernikah pada 24 Oktober 2014.

Selepas kekalahan pasukan Johor Darul Takzim di Final Piala Malaysia 2014 semalam kepada Pahang, TMJ telah menulis luahan di page JOHOR Southern Tigers bagi menguatkan semula semangat para penyokong JDT.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.

Kepada rakyat Johor sekalian,

Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.

Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.

Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.

Hidup Johor Demi Johor

Jumpa lagi di musim hadapan.


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.




Sebab sebenar Siti Saerah diceraikan talak tiga?

$
0
0
Masihkah anda ingat dengan gosip yang baru-baru ini kami sampaikan mengenai adik kepada penyanyi popular yang khabarnya akan bercerai?

Namun berita terkini yang berlegar di dunia hiburan tempatan nampaknya lebih hangat apabila artis terbabit iaitu Siti Saerah rupanya dikatakan telahpun bercerai talak tiga! Tiada sefahaman dikatakan menjadi punca penceraian itu.

Ketika dihubungi media, Siti Saerah bagaimanapun enggan mengulas soal itu kerana lebih selesa untuk tidak berkongsi apa apa buat masa ini.

"Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat," ujarnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)kepada media.

Tambah Saerah, apa yang berlaku biarlah dia, Saiful dan Tuhan saja yang tahu. Mungkin jodoh mereka setakat itu saja. Dia perlu tabah dan reda dengan segala ketentuan Allah dan menyifatkan apa yang berlaku ada hikmahnya.

Untuk info, Saerah dan Saiful Anuar Ahmad Shafie berkahwin pada 27 Oktober 2010. Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2, dan terkini seorang bayi berusia 10 bulan iaitu Ahmad Aisy.

Apa yang menarik, dalam laman sosial Saerah, Siti Nurhaliza turut berkongsi kata-kata semangat dengan adiknya. Beliau meminta agar Saerah tabah menghadapi ujian.

"Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya.

"Buat @sairahtarudin, adikku bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang,”
tulisnya.


Wajah sebenar emak Zain Saidin

$
0
0
Umum mengetahui, pelakon Rozita Che Wan, 41 telah selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada Sabtu lalu.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.

"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar,"
ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.

Selepas Rozita bersalin, beliau menerima kunjungan ahli-ahli keluarga termasuk kakak Zain Saidin, Shasha dan ibu merek. Jom tengok wajah sebenar ibu Zain yang amat manis bertudung di sini.




8 Foto Nur Fazura tampil terlampau memukau di Festival Filem Malaysia 2014

$
0
0
Nur Fazura tampil terlampau memukau di Festival Filem Malaysia 2014 - Festival Filem Malaysia yang ke-26 telah menyaksikan filem KIL dinobatkan sebagai filem terbaik manakala Lisa Surihani dan Rusdi Ramli dinobatkan sebagai pelakon terbaik. 

Menariknya untuk FFM kali ini, selebriti wanita tanah air tampil dengan pakaian yang amat menyerlahkan kejelitaan mereka. Yang penting pakaian tersebut tidak terlalu menjolok mata. Antara contoh terbaik ialah Nur Fazura.

Elegan bukan? Memang menawan sangat-sangat. Terserlah kejelitaan Nur Fazura. Pasti ada mata yang memandang telah jatuh cinta.

Silap-silap ada yang masuk meminang sehari dua nanti (ok gurau-gurau je nie, sila jangan amik serius). Kalau diminta buat pilihan antara Fazura dan Lisa, memang ambil 100 hari juga nak memikirkannya. Hehe.









Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh BLOG BEAUTIFULNARA

7 Foto Siti Saerah yang semakin kurus

$
0
0
Murai Batu turut bersimpati atas berita penceraian penyanyi Siti Saerah, adik perempuan kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin baru-baru ini. Murai Batu harap dia tabah menghadapi dugaan sehebat ini.

Selepas berita penceraian itu, Murai Batu pun terus menyingkap Instagram miliknya untuk melihat perkembangan dirinya selama ini.

Murai Batu bangga dia seorang wanita yang kuat walapun dengarnya sudah lama tidak sebumbung dengan bekas suaminya tetapi dia terus bangun dengan berniaga pakaian wanita bersama kakaknya, Siti Saidah.

Malah, Saerah kini nampak lebih kurus dan cantik sekarang berbanding sebelum ini. Murai Batu perasan berat badanya susut banyak juga daripada selepas dia melahirkan anak pertamanya.

ARTIKEL PANAS :Punca sebenar penceraian Siti Saerah & Saiful Anuar?

Murai Batu tak pastilah sama ada dia kurus kerana sudah lama bersedih atau makan hati dengan suaminya tetapi apa yang pasti dia semakin ayu dan manis dengan imej bertudungnya kini.

Berikut Murai Batu sertakan foto-foto terbaru Saerah yang semain kurus dan cantik :-






Respon Saida, kakak Datuk Siti Nurhaliza isu penceraian Siti Saerah

$
0
0
Tanyalah kepada mana-mana pasangan berkahwin pun, pastinya perceraian menjadi perkara yang mahu dijauhi.

Tetapi siapa yang mampu melawan kehendak takdir, andai perceraian juga menjadi penyelesaian terakhir dalam sebuah perkahwinan.

Baru-baru ini tersebar cerita kononnya adik kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Saida, Siti Sairah dikatakan sudah bercerai dengan suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu di mahkamah di Kuantan. Pasangan itu dikurniakan seorang anak.

Ketika ini, Sairah belum mengulas berita berkenaan. Cuma di laman Instagram miliknya, Sairah ada menitipkan coretan terima kasih kepada yang mendoakan serta memberi semangat di atas apa yang terjadi.

Katanya lagi, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sementara itu, BH Online dihubungi Saida sebentar tadi berkata, sebagai kakak, dia pernah melalui apa yang dialami adiknya itu. Saida sudah tiga tahun hidup bergelar ibu tunggal.

"Kisah cerai berai ini iyalah kalau boleh untuk simpanan sendiri saja. Nak cakap lebih tak molek pula. Sebagai kakak, saya hanya mampu menyuruh dia (Sairah) kuat. Soal cerai ini memang perkara berat dan ia memang satu-satunya perkara yang kita nak elak.

"Saya harap dia dapat menerima suratan ini dan reda dengan segala apa yang tertulis. Apa saja keputusan dan ketentuan, kita sebagai hamba-Nya harus kuatkan semangat,"
katanya.


Sumber asal : Berita Harian

Che Ta mengakui tidak sanggup bermadu dengan wanita lain

$
0
0
Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH,”
katanya.

Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yang dilakonkannya, dipetik dari akhbar Sinar Harian.


5 Foto Amelina, penyanyi dangdut terkenal buka tudung?

$
0
0
Penyanyi dangdut yang sangat popular suatu masa dahulu sehingga kini lagu nya masih diminati dengan irama serta suara nya yang amat mengasyikan kan.

Amelina nama yang tidak asing lagi pada para peminat dangdut tanahair, beliau agak menyepi selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1999.

Namun baru-baru ini gambar Amelina berjaya di rakam di sekitar Kuala Lumpur bersama seorang penyanyi wanita Maya namun apa yang amat mengejutkan adalah Amelina kini sudah tidak seperti dulu.

Dahulunya Amelina cantik mengenakan tudung namun gambar terbaru yang dirakamkan sudah tidak bertudung, apa kah Amelina ingin melakukan penampilan baru dalam kerjaya seni nya tidak lah kita pasti.







3 Foto wajah terbaru Emylia Rosnaida, isteri AC Mizal

$
0
0
Pengacara, penyanyi & usahawan terkenal Dato’ AC Mizal menafikan yang dia sentiasa mahukan layanan yang bertaraf VVIP atau kelas A seperti didakwa ramai.

Bertemunya di majlis pelancaran duta produk L'rose Perfect Body di Royale Chulan Hotel kelmarin telah merungkaikan segala kemelut yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu mengenai dirinya yang dikatakan semakin demand sejak akhir-akhir ini.

“Tidaklah saya tak begitu. Kalau saya membuat sesuatu pekerjaan seperti mengendalikan sesebuah rancangan saya akan terlibat dengan kandungan bagi setiap program tersebut dan saya tidak pernah meminta apa-apa keistimewaan”

“Saya pernah susah untuk dapat sebarang pekerjaan mahupun mengacarakan sesebuah program. Jadi apabila saya dapat saya perlu memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Media pun tahu perangai saya macam mana,”
katanya yang juga telah dilantik sebagai Duta kepada jenama produk pelangsingan badan L’rose bersama-sama isterinya, Datin Emylia Rosnaida.

Tambahnya lagi, sikapnya yang serius memungkinkan beliau dipandang negatif oleh orang-orang di sekelilingnya. Tegasnya sebagai seorang artis dan juga usahawan setiap perkara perlulah punyai matlamat dan hala tuju supaya tidak timbulnya masalah di kemudian hari.

“Saya seorang ahli perniagaan dan seorang artis jadi saya nak sesuatu benda tu kelihatan 'perfect' kerana kita tahu akan ada masalah sekiranya kita tidak membuatnya secara teliti. Bukan apa jika berlaku perkara-perkara yang tak diingini saya yang akan bertanggungjawab kerana saya orang yang berada di hadapan,” tambah AC Mizal lagi.

Berikut ialah tiga keping gambar terkini Emylia Rosnaida, isteri AC Mizal yang semakin cun melecun dan memikat hati.

p/s : Tulisan artikel milik penuh PORTAL ROTIKAYA dan semua gambar diambil dari PORTAL GUA& LAMAN MFORUM.CARI




4 Foto majlis perkahwinan bekas kekasih Nur Fazura

$
0
0
Dengarnya memetik Blog Izyan, bekas kekasih kepada pelakon Fazura 10 tahun lalu itu yang dikenali sebagai Man Zai telah berkahwin dengan pasangannya beberapa hari lalu di Kuching, Sarawak.

Beberapa keping gambar telah dimuatnaik menunjukkan persandingan mereka. Pada masa yang sama, TMJ juga telah bernikah dengan Cik Khaleeda pada 24 Oktober lalu.

Nampaknya, kedua-dua bekas kekasih Fazura telah berkahwin. Kami harap aktres jelita ini juga cepat-cepat bertemu jodoh kerana ramai peminat tidak sabar-sabar melihatnya bersanding.

p/s : Semua gambar diambil dari BLOG IZYAN.





Sebab sebenar Hanez Suraya dan Romie putus cinta?

$
0
0
Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan Hanez Suraya dan Romie terjawab jua. Memang ada desas-desus hubungan mereka sudah berakhir, namun tidak ada pengakuan daripada Hanez mahupun Romie mengenai perkara ini.

Kali ini, Hanez telah menjelaskan yang dia tidak lagi bersama Romie namun masih berhubung sebagai seorang kawan.

Hanez kini mahu membuka lembaran baru dan meninggalkan segala kontroversi yang telah melanda dirinya sepanjang tahun 2014. Inilah semangat yang kita mahu. Kata Hanez:-

"Saya mahu menutup semua cerita yang terjadi beberapa bulan yang lalu dan mahu membuka lembaran baru. Selepas ini kalau boleh saya mahu elak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap hal yang saya lakukan.

Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Buat masa ini, cukuplah. Saya tidak mahu komen lebih-lebih."

Hanez juga telah membuat permintaan maaf kepada semua pihak yang terbabit dalam kontroversinya. Kata Hanez:-

"Buat masa sekarang, biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Saya sudah terima macam-macam perkara.

Saya mengambil perkara ini secara positif dan saya sudah maafkan semua. Saya terima semua komen dan kritikan yang diberikan. Biar saya buka lembaran baru selepas ini. Bila terhantuk itu membuatkan kita belajar. Sebab itu kesilapan kita, manusia tidak sempurna.

Saya sebagai manusia biasa, saya anggap kesilapan itu membuatkan saya kembali muhasabah diri. Apa yang terjadi betul-betul membuatkan saya belajar."

Diharap dengan permohonan maaf yang penuh ikhlas ini, semua pihak terutamanya yang terlibat dalam menjayakan drama memaafkan Hanez Suraya. Bagilah peluang kedua kepada Hanez. 

Dia adalah seorang pelakon hebat. Kesian pula tengok nasib yang menimpa dirinya. Apa kata anda? Patutkan Hanez diberi peluang untuk berlakon semula? - PORTAL GUA


5 Foto terakhir Rafikin sebelum maut

$
0
0
Gambar terakhir arwah Ahmad Rafikin Azman ini telah berjaya dirakam oleh salah seorang daripada pihak urusetia di awal perlumbaan acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu hujung minggu yang lepas.

Ibu saudara arwah menyatakan anak saudaranya itu amat gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tersebut ditemui meninggal dunia sekitar jam 6.35 petang semalam. Ahmad Rafikin ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.

Sumber asal : BLOG HARIANDOTCOM





Chef Wan melenting kerana anak Rozita Che Wan

$
0
0
Sejak Rozita Che Wan melahirkan puterinya beberapa hari lepas, setiap hari pasti ada je cerita yang keluar. Dari ucapan tahniah hinggalah soal bersolek sebelum beranak pun dijadikan isu.

Paling kami tak faham apabila ada segelintir manusia yang membeza-bezakan anak Che Ta dengan Lara Alana iaitu puteri sulung Scha Alyahya.

Namun, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Chef selebriti terkenal, Chef Wan pula melenting kerana anak Che Ta. Dah kenapa?

Rupa-rupanya, Chef Wan meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir pengikut di laman sosial yang mengkritik dan mengutuk Che Ta.

Melalui kapsyen yang ditulis di akaun Instagramnya, dapat kami rasakan perasaan menyampah Chef Wan dengan haters tersebut. Mana taknya, Chef Wan turut menyelar tindakan mereka sebagai ‘bitchy’.

Lagi kami terkejut apabila Chef Wan siap suruh mereka masuk neraka jahanam jika tak boleh bersangka baik dengan orang lain tau! Fuh, menikam kalbu sungguh kata-kata Chef Wan.

Nak dijadikan cerita, Scha Alyahya turut memuat naik semula foto tersebut di Instagram miliknya dan seolah-olah bersetuju dengan Chef Wan. Tapi, kami lihat semakin galak pula pengikut instagramnya menghentam Chef Wan.

Haihh, kami pun pening. Kalaulah si comel berdua (anak Che Ta & Lara Alana) ini sudah boleh berfikir, mesti mereka takut dengan sikap manusia zaman sekarang.

Sumber asal : PORTAL OHBULAN



6 Foto terkini anak Che Ta oleh Easkey Photography

$
0
0
Sebaik sahaja berita Rozita Che Wan (Che Ta) selamat melahirkan bayi pada Ahad lalu, gambar pelakon jelita ini dan bayinya dikongsikan kepada umum sebelum mula menjadi sensasi dan disebarkan di laman-laman sosial.

Rata-rata memuji kecomelan wajah bayi perempuan Che Ta dan Zain Saidin.

Selain itu, ramai juga yang terpegun melihat keadaan wajah dan rambut Che Ta yang maintain meletop seperti biasa, siap dengan bulu mata palsu yang tidak pernah ditinggalkan.

Sedangkan ibu yang baru melahirkan, biasanya kelihatan agak pucat dan letih selepas kehilangan banyak darah.

Sementara itu, Easkey Photography juga tidak melepaskan ruang yang ada bagi mengambil beberapa gambar posing ekslusif bayi perempuan Che Ta. Jom tengok di bawah.







Terlalu menyayat hati, ini luahan sedih Rozana Misbun isteri Awie

$
0
0
Air yang dicincang takkan putus! Begitu jugalah perasaan dan hati seorang ibu yang rindukan anaknya.

Kerinduan tersebut telah diluahkan oleh Rozana Misbun, 36, terhadap anak-anaknya yang kini di bawah jagaan Awie. Katanya, dia terlalu rindukan mereka hingga wajah anak-anaknya itu terbawa-bawa dalam mimpi.

"Hampir lima bulan saya menderita kerana terlalu rindukan anak-anak. Saya cuba hubungi mereka, tetapi nombor seperti tidak digunakan lagi. Sehinggakan hampir setiap hari saya mimpi berjumpa dengan mereka," ujarnya.

Tambah Rozana, sejak Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberi hak jagaan sementara kepada Awie (22 Julai), dia tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan anak-anaknya. Rozana ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.

"Saya percaya satu hari nanti, mimpi tersebut benar-benar menjadi kenyataan kerana saya yakin berada di pihak yang benar.

"Sehingga kini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan berharap kebenaran akan ditunjukkan jua. Harap-harap dapat berjumpa dengan mereka segera. Tetapi sama ada mereka sayangkan saya lagi atau tidak, saya tidak mahu fikir. Saya serahkan perkara itu kepada Allah,"
katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah semalam mengarahkan Rozana mengemukakan akuan bersumpah sebagai bukti berhubung dakwaannya mengatakan perkahwinannya dengan Awie tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaan anak (hadanah) secara ex-parte kepada mahkamah sebelum ini.

Awie dan Rozana didakwa berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12 - PORTAL MYARTIS.



Foto pertunangan Chef Riz dan Shikin Maembong

$
0
0
Hampir dua tahun hidup menduda, akhirnya cef selebriti terkenal iaitu Chef Riz membuat keputusan untuk menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang dijadualkan pada Disember ini.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu akan dilakukan pada Selasa.

"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,"
ujarnya ketika dihubungimStar Online, di sini, Isnin.

Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sementara itu katanya, keputusan untuk mengadakan majlis meminang dan pernikahan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya mencari masa lapang ayahnya, Chef Wan dan ayah kekasihnya Ismail Embong.

"Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

"Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai,"
ujarnya.

Sementara itu, Chef Riz berkata, dia ingin majlis tersebut berlangsung secara sederhana tanpa sebarang liputan media.

Katanya, kegagalan perkahwinan lalu menyebabkan dia serik untuk berkongsi hal peribadi kepada umum.

"Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya," ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu. Shikin berumur 31 tahun.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.



Respon terkini Rozita Che Wan isu Chef Wan meradang

$
0
0
Respon terkini Rozita Che Wan isu Chef Wan meradang - “€œSaya rasa sangat suka dan terharu apabila ada juga (selebriti) yang senior sudi pertahankan saya daripada kutukan tidak berasas orang-orang di luar sana,”€ kata pelakon dan pengacara Rozita Che Wan terhadap status Instagram chef selebriti Datuk Chef Wan yang mempertahankannya daripada kutukan melampau pihak tertentu di laman sosial.

Rozita, 41, yang baru melahirkan bayi perempuannya Sabtu lalu berkata, tindakan chef terkenal itu menghentam semula sikap negatif dan keceluparan sebahagian besar jaguh papan kekunci (keyboard warriors) adalah satu penghargaan buatnya yang lebih junior daripada Chef Wan.

“€œKalau diikutkan saya bukanlah kenal baik atau rapat pun dengan Chef Wan tapi atas sikap kemanusiaan dan kematangan dia terpanggil untuk menyelar sikap biadap sebahagian ‘keyboard warriors’ €™ yang dianggapnya mempunyai hati yang busuk.

“€œSebenarnya saya sangat seronok bila Chef Wan bertindak macam itu dan tak sangka bila seorang yang lebih senior memahami situasi yang saya lalui bila dihentam secara keterlaluan oleh golongan (keyboard warriors) itu,”€™
katanya ketika dihubungi semalam - HARIAN METRO


6 Foto mewah sekitar persiapan perkahwinan Diraja TMJ dan Che Puan Khaleeda

$
0
0
Foto mewah sekitar persiapan perkahwinan Diraja TMJ - Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyatakan Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Khaleeda bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula pada jam 8 malam pada hari tersebut.

Selain berhimpun di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer ini, rakyat Johor juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya - BLOG KATAKCOMEL







Luahan sayu Almy Nadia kerana didakwa gemuk dan perut besar

$
0
0
Pelakon Almy Nadia tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yang gemar mempersoalkan saiz kandungannya yang kini berusia lima bulan.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, juga berasa bengang apabila timbul perbandingan badannya semakin berisi dan tidak seiring dengan usia kandungan berkenaan.

"Orang asyik tanya dan bercakap, kenapa perut saya besar? Kenapa saya gemuk? Anak kembar ke? Besarnya perut! Rasa nak marah saja, tetapi saya bersabar kerana kalau menjawab setiap persoalan itu, lebih banyak lagi soalan yang ditanya.

"Yang penting saya dan anak dalam kandungan sihat dan tidak perlu makan macam-macam ubat,"
katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Selasa lalu, Almy telah menulis status di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengikutnya yang sering pertikaikan saiz tubuh badannya yang semakin membesar.

Almy turut menjelaskan dia kini sedang mengandung lima bulan yang menjadi penyebab badannya semakin berisi selain dia mempunyai rangka badan yang besar.

Sementara itu, Almy juga tidak faham apabila terdapat individu tertentu mengkritik soal pemakaiannya yang dianggap tidak sesuai bagi ibu mengandung.

"Semuanya tidak kena untuk mereka. Baju saya pakai pun orang nak buat penilaian dan kemudian saya dikritik kerana baju yang dipakai itu dianggap tidak sesuai.

"Dah kata mengandung, mestilah semua baju yang dipakai akan nampak ketat. Pening membaca komen-komen mereka yang tidak masuk akal,"
ujarnya kecewa - mStar


Gambar hari-hari terakhir DS Anwar Ibrahim mengimamkan solat jemaah

$
0
0
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran bangunan Mahkamah Persekutuan.

Beliau dilaporkan mengimamkan solat jemaah tersebut sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam sebentar tadi.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum senang ketika menemui penyokongnya yang setia menanti keputusan prosidingnya sejak pagi.

Sebelum itu, anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat keluar meninggalkan pekarangan Kompleks Istana Kehakiman jam 7.07 malam sebelum menemui penyokong bapanya.

Himpunan hari ini adalah himpunan yang ketujuh diadakan sejak minggu lalu.

Anwar menemui penyokongnya hari ini dengan diiringi Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ), Dr Afif Bahardin. - Sinar Harian


Viewing all 4594 articles
Browse latest View live