Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

7 Foto percutian menarik Eina Azman dan suami di Australia

$
0
0
Oh..tidak! Gold Coast yang kami maksudkan di headline tersebut bukanlah yang berada di Morib tu ya, tapi yang nun berada jauh di bumi Australia.

Sudah tentulah Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden akan bercuti di luar negara kan? Punyalah banyak duit sampai tujuh keturunan makan pun tak habis agaknya. Hehe.

Mana taknya, seingat kami Eina dan suami baru sahaja pergi berbulan madu di pulau idaman semua orang, Pulau Maldives setelah majlis perkahwinannya selesai. Sekarang ni dah pergi trip ke Gold Coast pula. Syok laaa…

Sweet gila foto mereka ni! Agaknya suami-suami pembaca OHBULAN! pun seromantis Dato’ Gmix tak? Silap haribulan, bergambar bersama pun mereka dah tak mahu.

Tapi, kali ini mereka bukan melancong secara berdua sahaja, tetapi turut ditemani oleh selebriti yang tak kurang panasnya, Rebecca Nur Islam dan beberapa orang lagi.

Anda nak tahu apa yang lebih menarik? Rata-rata peminat mengatakan bahawa pelakon cantik ini berisi sedikit dan menyangka bahawa Eina sedang hamil.

Kalau masin mulut mereka, maka Eina kenalah bersedia mental dan fizikal untuk bergelar seorang ibu mithali. Huhu. Kami pun tak sabar nak tengok anak berdarah campuran antara Eina dan Dato’ Gmix. Boleh beat anak Che Ta dan Awal Ashaari tak rasanya?

Sumber asal : PORTAL OHBULAN.









Fasha Sandha selamat bersalin

$
0
0
Menerusi kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram, suami kepada Fasha Sandha mengirimkan sekeping gambar memaklumkan yang pelakon itu sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini yang juga merupakan anak kedua pasangan ini.

Anak perempuan ini sudah pun diberi nama Putri Raysha Jemaiman dan Jejai juga memaklumkan yang kedua dua ibu dan anak dalam keadaan sihat - PORTAL ROTIKAYA

Like fanpage bayi Fasha di sini : Putri Raysha Jemaiman


7 Gambar mengancam Maria Farida sambut birthday di Thailand

$
0
0
Fuh makin tua makin mengancam wanita-wanita zaman sekarang ini. Sebenarnya kami daripada dulu lagi tertanya-tanya rahsia wajah Maria Farida yang kekal muda. Tak nampak tua langsung.

Terbaru, Maria Farida telah menyambut harijadinya bersama rakan-rakan di Bangkok. Kawan-kawan Maria Farida pun semua hot stuff jugak.

Kami pasti ramai lelaki-lelaki yang tewas di dalam renungan mata mereka. Cair seolah-olah salji dipanah matahari. Betul tak? Hehehe

Kalau tak silap kami, umur Maria Farida sudah pun mencecah angka 40 tahun. Semoga Maria Farida akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Jom lihat beberapa keping gambar mengancam Maria Farida dengan sroll down ke bawah. Sumber asal dari BLOG KAMITHEMEDIA








4 Foto terbaru anak perempuan Che Ta semakin comel dan tembam

$
0
0
Memang semakin comel dan tembam. Hujung minggu lalu, laman sosial rakyat Malaysia dipenuhi dengan gambar-gambar wajah comel anak perempuan sulung Che Ta dan Zain Saidin.

Kesemuanya melahirkan rasa geram melihat kecomelan si puteri ini. Orang kata, ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nampaknya anak Che Ta kecil-kecil lagi dah mewarisi kecantikan si ibu dan kekacakan si ayah.

Semoga si comel ini membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah buat Che Ta dan Zain atas kelahiran cahaya mata mereka pertama. Lagi beberapa gambar dengan sroll down di bawah.




Aaisyah Dhia Rana nama anak perempuan Che Ta & Zain Saidin

$
0
0
Aaisyah Dhia Rana nama anak perempuan Che Ta & Zain Saidin - Terjawab akhirnya teka teki apakah nama yang diberikan oleh pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin buat anak sulung mereka hari ini. Menerusi program HLIVE! sebentar tadi, Zain Saidin sendiri tampil mengumumkan secara eksklusif.

Pasangan itu telah sepakat untuk memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk puteri sulung mereka yang merupakan gabungan pilihan nama Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Aaisyah merupakan nama ibu Zain Saidin selepas berhijrah masuk ke agama Islam dan Dhia Rana merupakan pilihan Rozita Che Wan yang membawa maksud sinar kecantikan.

Rozita Che Wan selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 1 November lalu - PORTAL ROTIKAYA.


9 Foto fesyen menarik Izara Aishah dipeluk Adib di ASK2014

$
0
0
Seperti malam malam anugerah yang lainnya, kemeriahan malam kemuncak Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pastinya diserikan dengan perjalanan karpet merah meriah dengan kehadiran para selebriti tempatan dengan fesyen terkini masing masing.

Mengambil tema Anggun & Prestij, karpet merah ASK 2014 kali ini dimeriahkan dengan kehadiran nama nama besar dalam industri drama dan perfileman termasuklah Zul Ariffin, Nabila Huda, Rusdi Ramli, Sharifah Amani, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

ASK 2014 bersiaran secara langsung di TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - PORTAL ROTIKAYA.










4 Foto fesyen artis wanita baru paling mengejutkan di ASK 2014

$
0
0
Anugerah Skrin 2014 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi pada jam 9.00 malam, di mana hampir kesemua artis tanah air telah datang dengan gaya dan style yang lain macam,

Anugerah skrin 2014 telah mempertaruhkan 31 kategori yang merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal.

Anugerah skrin ASK 2014 ini adalah kali yang ke-15.anugerah skrin 2014 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. 

Tahun ini, ASK 2014 telah memilih tema elegan dan klasik sebagai konsep keseluruhan untuk persembahan malam nanti - MYINFO4U.





6 Foto fesyen rambut Nora Danish di ASK 2014 paling memukau

$
0
0
Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada malam Jumaat. 

Drama yang diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis.

Matahari Terbit Lagi turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik iaitu Azeli Mohammad dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui Anuar Chew Abdullah dan anugerah daripada kategori teknikal iaitu Lakon TV Terbaik.

Manakala, pelakon cilik Puteri Balqis pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis. Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.


Dalam pada itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis. Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.

Pengarah dan barisan pelakon filem Tanda Putera yang memenangi kategori Filem Terbaik ASK2014.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Pesona Pictures berjudulTanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Datin Paduka Shuhaimi Baba diumum sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Sharifah Amani dalam Psiko Pencuri Hati telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala Namron merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama.


Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik Filem dimenangi oleh Zizan Nin (Tanda Putera) dan Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan).

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad.

Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.


Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Amy Search, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam, dan Ziela Jalil sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah.

Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman - PORTAL BUDIEY





6 Foto paling baru anak Ashraf Muslim semakin tembam

$
0
0
Bila tengok gambar Ashraf Muslim dan kedua-dua isterinya beserta anak sulung, kami terus terasa nak menyanyi lagu Keluarga Bahagia nyanyian kumpulan Saujana. Seronok tengok mereka.

Senyuman sentiasa terukir. Kebahagiaan yang dicari sudah pun ditemui. Semoga kebahagiaan ini akan terus menjadi milik Ashraf Muslim sekeluarga.

Rasanya sudah tiada lagi yang memandang serong terhadap Ashraf Muslim selepas episod hitam yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu. Ashraf Muslim telah membuktikan yang dirinya mampu membahagiakan kedua-dua isterinya. 

Tahniah Ashraf Muslim. Semoga semakin dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Jom lihat beberapa gambar anak sulung Ashraf Muslim yang semakin comel.







5 Foto pertama Sharnaaz dan Anis Al-Idrus hadir ke ASK 2014

$
0
0
Inilah 5 foto pertama Sharnaaz Ahmad dan Anis Al-Idrus hadir bersama ke majlis berprestij iaitu Anugerah Skrin 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pasangan ini sama padan sama cantik ditambah pula dengan penampilan Anis Al-Idrus yang sedia bertudung. Bukan sahaja menutup aurat malah kelihatan begitu jelita.






2 Foto Amy Search kiss Nabila Huda

$
0
0
Inilah dua gambar momen-momen indah Amy Search menunjukkan kasih sayang sebagai seorang ayah kepada anak perempuannya juga pelakon popular, Nabila Huda.

Ramai mengakui amat tersentuh hati dan hampir menangis terharu selepas melihat kejujuran Amy Search. Dia menggunakan malam ASK 2014 untuk memperbaiki hubungan dengan Nabila.



Foto kahwin Iqram Dinzly dan gadis bertuah?

$
0
0
Betul ke pelakon terkenal, Iqram Dinzly sudah bernikah dengan gadis pilihan hatinya? Ini kerana daripada sekeping gambar yang dikongsikan beliau sendiri di akaun Instagram peribadinya, aktor itu dilihat sedang bersanding di atas pelamin.

Malah lebih menarik, Iqram Dinzly turut menyertakan caption suspen berbunyi "Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz. #aamiiiin *maafkandakuatasrahsiaini,jangan jadikaniadendamsemalamitu. #married #nikahgantung #miracle."



6 Foto majlis Istiadat Persandingan TMJ & Che Puan Khaleeda

$
0
0
Warga Johor berkumpul di Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi menyaksikan majlis persandingan Diraja antara Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam. Mereka berkumpul seawal 6 petang.

Istiadat persandingan itu pula berlangsung pada 7.30 petang di Istana Besar Johor yang dipancarkan di secara langsung di dua skrin gergasi yang dipasang di dataran berkenaan.

Pasangan mempelai pula diarak menggunakan kereta tanpa bumbung sejauh tiga kilometer daripada Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor yang disaksikan kira-kira 1,200 jemputan.

Antara tetamu kehormat adalah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN).

Turut berangkat ke istiadat persandingan itu adalah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dan Tunku Aminah.

Che Puan Khaleeda, 21, dirisik putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia Sultan Idrus berusia 30 itu pada 27 September lalu.

Pasangan diraja itu kemudian bertunang secara tertutup yang hanya dihadiri oleh pengawai tinggi kerajaan negeri serta orang kenamaan di Istana Bukit Serene pada hari pernikahan mereka, bulan lalu.

Dalam majlis akad nikah dikendalikan Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin itu pada 24 Oktober lalu, Tunku Ismail menghadiahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan, manakala keluarga perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenalan dengan Che Puan Khaleeda Bustamam di laman Twitter sejak dua tahun lalu sebelum Tunku Ismail menyatakan hasratnya untuk memperisterikan pilihan hatinya itu beberapa bulan lalu.

Che Puan Khaleeda yang juga anak bongsu daripada lima beradik adalah anak kepada pasangan Bustaman Daud dan Aziyah Abdul Aziz yang menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.

Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh HARIAN METRO.








Foto terbaru isteri Matyo di majlis kahwin TMJ

$
0
0
Penampilan Siti Aisya Adam, isteri Matyo di majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda Bustaman cukup mencuri tumpuan. Dia kini dilihat sudah berhijab dan tampil cukup manis.

Perubahan ini pastinya satu perkembangan positif buat keluarga Matyo atau nama sebenarnya, Norshahrul Idlan Talaha, 28.

Selain pasangan ini, ramai pemain Johor Darul Takzim juga tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana majlis persandingan.

Berikut ialah beberapa keping gambar kehadiran pemain-pemain JDT yang dikongsikan dari laman Facebook JOHOR Harimau Selatan dan Harimau Selatan.














6 Foto fesyen gaun paras peha Nur Fazura di majlis ulangtahun EH! ke-15

$
0
0
EH!, Majalah Urban No 1, akan menganjurkan Konsert EH! ulang tahun ke-15 yang dipersembahkan oleh The Body Shop untuk pembaca setia pada 8 November 2014. Konsert ini akan diadakan di KL Live, Live Center dengan persembahan barisan artis-artis tempatan Hafiz, Forteen, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Altimet, Adira dan Alyah.

EH! juga akan meraikan selebriti Yang Anggun & Disenangi di acara tersebut. Setiap tahun acara EH! Yang Anggun & Disenangi meraikan barisan selebriti baru. Namun, kerana tahun ini EH! meraikan ulang tahunnya yang ke-15, EH! membuat keputusan untuk meraikan 15 selebriti tempatan popular. EH! 15 Yang Anggun & Disenangi dipilih berdasarkan pencapaian dan sumbangan mereka kepada industri hiburan. Mereka adalah Lisa Surihani (duta The Body Shop), Diana Danielle, Dayang Nurfaizah, Tiz Zaqyah, Awal Ashaari, Nora Danish, Nabila Huda, Neelofa, Sazzy Falak, Fouziah Gous, Fathia Latiff, Hafiz, Bront Palarae, Keith Foo dan Nazim Othman. 15 selebriti yang diraikan ini juga tampil sebagai penghias muka hadapan istimewa Majalah EH! keluaran Oktober, terdapat dalam 3 versi muka hadapan berbeza yang memaparkan lima selebriti setiap edisi.

EH! edisi Oktober 2014 juga merupakan edisi EH! paling tebal dalam sejarah penerbitannya. Tidak hanya menampilkan 15 selebriti di muka depan, malah lebih 50 selebriti, pereka fesyen dan jurusolek selebriti lain turut menghiasi beberapa ruangan istimewa edisi ini.

Tiket konsert dijual pada harga RM50. Eksklusif untuk pelanggan The Body Shop, (yang juga menyambut ulang tahun ke-30), tiket akan dijual pada harga RM10 dengan sebarang pembelian produk The Body Shop di sekitar Lembah Klang. Juga terdapat 1,000 pek eksklusif Majalah EH! keluaran Oktober yang mengandungi tiket konsert untuk RM 17 (RM7 untuk Majalah dan RM 10 untuk tiket) di Borders, Popular, MyNews dan Times Bookstores yang terpilih. Senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian boleh didapati di laman web EH!, www.eh.com.my . Pek ini terhad, sementara stok masih ada.

Juga sempena Ulang Tahun EH! ‘s ke-15 tahun ini, buku kecantikan – EH! Rahsia Cantik 15 Selebriti, yang memaparkan rahsia kecantikan 15 selebriti telah dilancarkan pada bulan Mei kini boleh didapati di kedai-kedai buku utama - PORTAL BUDIEY.

Berikut ialah enam keping gambar menarik Nur Fazura menggayakan busana paras peha di konsert berkenaan. Cukup mengancam dan memikat hati.

p/s : Semua gambar diambil dari ruangan komen forum CARI.








9 Foto nikah Elly Mazlein & Azmi Hatta

$
0
0
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 34, sah bergelar isteri kepada pengarah drama dan filem, Azmi Hatta, 39, dengan dua kali lafaz pagi ini.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Surau As Sakinah. Pemilihan surau berkenaan juga kerana pusara arwah ibu Elly Mazlein, Sabariah Yoon yang terletak berdekatan

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Hanafi Syed Abdullah disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Taman Putra Perdana, Ahmad Baie Jaafar. Elly menyerahkan sembilan dulang dan dibalas tujuh dulang oleh suaminya. Elly menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran pula dirahsiakan.

“Dalam gembira segala galanya berjalan seperti dirancang, hati saya bercampur baur. Sebak kerana ibu sudah tiada untuk menyaksikan hari bersejarah ini. Saya dan suami pun sepakat untuk tidak mengadakan sebarang majlis selanjutnya”

“Dengan fasa baru ini, saya mahu menjadi isteri yang terbaik. Suami pun tak menghalang kerjaya lakonan. Selepas ini pun saya tak memilih watak tapi keutamaan lebih kepada rumah tangga. Tawaran berlakon pun saya terima sekitar KL saja,”
kata Elly Mazlein.

p/s : Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh PORTAL ROTIKAYA.










Punca sebenar Dynas Mokhtar bercerai dengan Hafizy Hafiz

$
0
0
Sekitar Februari 2014 yang lalu, timbul khabar angin yang mengatakan pelakon Dynas Mokhtar sudah bercerai dengan suaminya, Hafizy Hafiz namun ianya dinafikan oleh empunya badan hingga beberapa bulan selepas itu masih mengatakan semuanya baik sahaja.

Namun menerusi temubual eksklusif dengan Berita Harian hari ini, Dynas Mokhtar akhirnya buka mulut dan mengakui yang kisah penceraian mereka pada Februari lalu benar belaka dan mereka sudah pun tamat tempoh edah sekitar Mei yang lalu.

“Masalah komunikasi menyebabkan hubungan kami jadi hambar. Tak macam di awal perkahwinan komunikasi menjadi teras kekuatan kami. Kami berkongsi itu dan ini. Tapi ketika kami bergelut mempertahankan perkahwinan ini, masing masing buat hal sendiri,” jelasnya.

Dynas Mokhtar menambah yang pada mulanya masalah mereka hanya perkara kecil namun ianya berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi. Tetapi, beliau menafikan yang ianya berpunca dari isu bekas suaminya itu yang tidak mempunyai kewangan yang stabil.

“Kami pernah cuba untuk mengatasi kehambaran yang timbul tapi ternyata perpisahan menjadi jalan terakhir buat kami. Kami masih menjadi kawan baik biarpun sudah tidak bersama malah beraya naik satu kereta dengan anak anak,” tambahnya lagi.

Perkahwinan yang dibina bersama Hafiz Hafizy pada 15 Mac 2008 terpisah secara rasmi pada 25 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan KL.


2 Foto awek baru Ammar Alfian yang hampir seiras

$
0
0
Kira-kira empat tahun lalu, nama Ammar Alfian sememangnya hangat di dada-dada akhbar disebabkan kontroversi ugutan bunuh kepada wartawan hiburan sehingga dirinya digam oleh semua media.

Malah, pada tahun lalu, Ammar dikatakan hampir bertumbuk dengan Syamsul Yusof dek kerana berebutkan Puteri Sarah Liyana yang kini sudah sah menjadi isteri kepada pengarah terkemuka itu.

Bak kata pepatah ‘barang yang lepas jangan dikenang’. Ammar sudah mengakui segala kesalahannya yang lalu dan kini khabarnya sudah memiliki kekasih baru. Model katanya!

“Saya gembira dengan kehidupan peribadi saya sekarang. Saya tak mahu ingatkan kontroversi saya yang lepas. Saya juga mengakui kini saya sedang mengenali seorang model bernama Casandra Azman yang berusia 22 tahun.

Usia hubungan kami baru mencecah 5 bulan. Walaupun dia muda, tetapi dia memiliki perwatakan yang lebih matang dan kami sama-sama faham dengan kerjaya masing-masing.”


Bagaimanapun, pelakon itu belum lagi merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya kerana mahu fokus kepada karier terlebih dahulu.

“Saya sudah mula shooting sejak 3 bulan lalu selepas bertahun-tahun digam oleh wartawan. Saya juga sudah jumpa wartawan tersebut dan minta maaf. Saya akui saya memerlukan wartawan untuk bantu saya dalam industri.

Dulu saya akui saya culture shock. Masa tu muda, terikut dengan budaya dan ibu bapa pula jauh daripada saya. Sekarang ni, saya mula berlakon pun dengan kebenaran ibu dan dorongan daripada peminat.”


Bercakap mengenai hal karier, Ammar kini sedang dalam proses penggambaran filem berjudul ‘Langit Cinta’ dan juga drama ‘Bila Chacha Masuk Asrama’.



Imej Afdlin Shauki & Emma Maembong

$
0
0
Dua selebriti terkenal tempatan, Afdlin Shauki dan Emma Maembong kini mengalami perubahan imej dalam aspek penampilan diri ke arah lebih baik. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni.

Di dalam foto tersebut, Afdlin kelihatan segak bergaya dengan mengenakan songkok manakala Emma Maembong pula cantik manis dengan tudung hitam.

Ramai tentu tidak senang duduk dengan kejelitaan kekasih kepada Zizan Razak itu. Betul tak?


Raja Azmi dan Eddie CRK bakal bercerai esok

$
0
0
Krisis rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman sejak tiga bulan lalu dijangka bernoktah esok apabila penerbit dan penulis itu mengesahkan bakal bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, esok.

Raja Azmi, 55, yang dihubungi berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes itu sehingga proses perceraian itu selesai petang esok.

"Ya memang betul (akan bercerai) petang esok. Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya. Apa-apa, saya akan berkongsi selepas selesai semuanya esok," katanya.

Sumber mendakwa Raja Azmi dan suaminya, Eddie Ghazali akan bercerai petang esok di mahkamah berkenaan selepas tiga bulan tinggal berasingan.

Konflik yang dipercayai tercetus kerana tiada persefahaman menjadi faktor utama perceraian itu.

Sebelum ini, Harian Metro bertarikh 16 dan 17 September pernah melaporkan krisis perkahwinan pasangan ini yang mengakui hubungan mereka mulai renggang sejak Julai lalu.

Pasangan itu bernikah pada 13 Oktober tahun lalu.


Viewing all 4594 articles
Browse latest View live