Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Foto selfie pertama Syamsul Yusof dan Puteri Sarah selepas bernikah

$
0
0
Sejak pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bernikah pada 8 Mac lalu, tidak banyak cerita yang kita dengar mengenai mereka selepas isu Puteri Sarah terlibat kemalangan dan Syamsul dijangkiti penyakit denggi.

Malah, selain gambar-gambar pernikahan mereka, tidak sebarang gambar romantik mereka yang boleh menjadi tatapan peminat setia.

Begitupun, hari ini Syamsul Yusof menerusi akaun Instagram peribadinya telah berkongsi sekeping gambar selfie pertama mereka yang paling sweet. Jom tengok gambar tersebut di bawah.



Foto terbaru Sharifah Sakinah buat kejutan lagi

$
0
0
Ramai pasti terkejut dengan penampilan terkini Sharifah Sakinah selepas kontroversinya berpakaian menjolok mata di Konsert Ulangtahun Majalah EH! 2014 baru-baru ini.

Apa yang pasti, perubahan yang kami rasa mengejutkan ini adalah sesuatu yang amat positif dan sering ditunggu-tunggu peminat. Korang rasa apa ya? Jom tengok gambar kedua di bawah.

Gambar tersebut diambil dalam kereta ketika pasangan ini sedang dalam perjalanan untuk menghadiri kursus kahwin. Wah, Sharifah dah mula belajar ilmu rumahtangga. :)



Akhirnya Emma Maembong mengamuk kerana adiknya Chacha

$
0
0
Susulan daripada isu kontroversi antara pereka fesyen Ezuwan Ismail dan pelakon, Chacha Maembong, kakak kepada pelakon cantik berkenaan, Emma Maembong telah memberikan kenyataan balas berhubung isu berkenaan.

Emma Maembong menerusi laman Instagramnya telah meluahkan pendapatnya terhadap rasa tidak puas hati dan kekecewaan Ezuwan Ismail selepas Chacha Maembong tidak menggayakan pakaian rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini.

Melalui gambar dan mesej yang dimuat naik berkenaan, Emma Maembong telah menyatakan beberapa perkara penting mengapa adiknya, Chacha Maembong telah mengambil keputusan untuk tidak menggayakan gaun rekaan pereka fesyen berkenaan.

Jelasnya, dia terpaksa berbuat berkenaan (menulis di dalam Instagram) bagi menerangkan perkara sebenar dan tidak mahu pihak terbabit terasa hati jika apa yang ditulisnya menyinggung hati mana-mana pihak.

“Saya ada dengan Chacha time dia nak pakai baju designer tersebut. And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pun lari.

“Masa fitting Chacha ada bagi tahu bahu ni senget, tapi dia cakap ‘you jangan tengok sekarang, belum siap lagi ni’. So she didn’t expect la on the event day baju dapat macam tu sebab dia dah ambil pin cucuk kat mana yang kena alter masa fitting.

“Sebab bila dapat baju dua-dua belah tangan lari tak sama,”
katanya dalam Instagram yang turut disertakan dengan gambar pakaian merah jambu terdedah di bahuyang dihiasi dengan butiran manik.

Emma Maembong yang mewakili adiknya menulis, dia telah menghubungi pereka fesyen berkenaan melalui kiriman Whasapp sebaik sahaja majlis berkenaan selesai untuk meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

Malah adiknya, Chacha Maembong telah meminta maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan semata-mata untuk meleraikan segala salah faham.

Bagaimanapun dia agak terkejut apabila hal berkenaan telah menjadi isu dan diperbesar-besarkan oleh Ezuwan Ismail.

Emma Maembong dalam kenyataannya itu lagi, kebarangkalian untuk adiknya menggayakan gaun berkenaan pada majlis lain cukup cerah kerana tidak sempat untuk menyarungkan pada majlis anugerah berprestij berkenaan.

“Kadang-kadang ada juga terjadi dekat Emma sendiri and usually designer lain faham dan amat professional, siap event lain pakai baju yang tak jadi pakai itu. Tapi ini macam over sangat.

“Jangan nak cakap time nak sponsor okay saja. Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dapat seperti yang dijanjikan. Oh! Kita tak boleh bersuara pulak? Its fair and square lah, designer buat baju kita tolong mereka promote, sama-sama untung,”
katanya.

Sumber asal : Portal Murai



6 Foto terkini aksi manja Zizie Ezette dan Bung Mokhtar

$
0
0
Pergh.. tak sangka penampilan terkini bekas pelakon terkenal, Zizie Ezette yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar semakin mengancam seiring dengan peningkatan usianya.

Bertuah sungguh Datuk Bung Mokhtar kan. Siapa setuju? Kami tumpang gembira dengan kebahagian rumahtangga yang sedang dikecapi oleh kakak kepada aktor Shaheizy Sam itu.

Sejak berkahwin sekitar lima tahun lalu, jarang timbul kontroversi yang dikaitkan dengan mereka. Pandai Zizie jaga kehidupan peribadinya, betul tak? Apapun, jom layan 6 foto terkini Zizie Ezette di bawah.







5 Foto wajah sebenar S, kekasih baru Hanez Suraya

$
0
0
Pelakon wanita yang cantik ni, Hanez Suraya pernah beritahu kepada media yang dia sudah putus cinta dan tiada lagi hubungan dengan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais

Tiba-tiba, Murai Batu dapat kiriman email oleh peminat ruangan ini yang mengatakan dia kini intim pula dengan Juruterbang.

Tak silap Murai Batu jejaka ‘S’ ini adalah juruterbang Malaysia Airlines. Wahhh.. patah tumbuh hilang berganti. Murai Batu juga dapatlah beberapa keping gambar mereka berdua.

Adakah jejaka ‘S’ ini punca perpisahan Hanez dengan Romie? Entahlah Murai Batu pun tak nak komen panjang-panjang.

Hanya empunya badan yang mampu memberi jawapan. Kalau betul mereka berdua ini memang rapat atau bercinta. Kita doalah yang terbaik yaa… Kita manusia siapa yang mahu sunyi.. Cewaahhh….






Kolekasi foto bayi perempuan Fasha Sandha tersangat tembam

$
0
0
Putri Raysha Jemaima ialah nama kepada bayi perempuan pasangan Fasha Sandha dan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli yang dilahirkan pada 7 November lalu.

Kecomelan raut wajahnya benar-benar menarik perhatian orang ramai di serata Malaysia sehingga ada yang membandingkannya dengan anak perempuan Rozita Che Wan yang dilahirkan 7 hari lebih awal.

Berikut ialah koleksi foto bayi perempuan Fasha Sandha yang paling comel dan tembam.







10 Foto Elfira Loy jalan-jalan di Nizami Street, Azerbaijan

$
0
0
Bukan main seronok lagi percutian Elfira Loy bersama rakan-rakan di Nizami Street, Baku, Azerbaijan sambil bekerja baru-baru ini.

Untuk info, Nizami Street merupakan antara laluan termahal di dunia. Jealous pula kami tak pernah melancong ke sana macam artis kesayangan kami ini. Hehe

Tak pelah, tunggu setahun dua lagi, kalau duit cukup kitorang pergi lah kat sana juga. Nak juga merasa bahang laluan kat situ. Betul tak?

So, jom layan foto menarik Elfira Loy jalan-jalan di Nizami Street, Baku, Azerbaijan.











5 Foto aksi manja dan romantik Elfira Loy & Baim Wong

$
0
0
Pastinya Wak Doyok adalah orang yang paling kecewa melihat kemesraan yang terjalin di antara Elfira Loy dan Baim Wong ini. Apa tidaknya, Baim Wong telah menjemput Elfira Loy untuk menjadi peneman dirinya ketika menghadiri majlis perkahwinan Raffi Ahmad. 

Satu ketika dahulu, Baim Wong pernah secara bergurau membuat pengakuan yang mereka sebenarnya memang bercinta. Adakah dengan kemesraan terbaru ini membuktikan yang gurauan itu palsu dan mereka sebenarnya memang mencintai antara satu sama lain?

Sekiranya anda seperti Wak Doyok yang ada menyimpan perasaan terhadap si comel ini, penjelasan Elfira Loy ini pastinya melegakan jiwa anda. Elfira memaklumkan yang dirinya tak gemar bercinta dan hanya mahu terus berkahwin. Bukan senang nak cari gadis seumpama ini di zaman moden. Kata Elfira menerusi Berita Harian:-

"Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya. Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.

Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM. Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana.

Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.

Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka. Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir."


Menariknya Baim Wong menerusi laporan media Indonesia memaklumkan yang Elfira Loy adalah kekasihnya. Hmmmmm. Adakah Baim Wong bergurau sekali lagi? Atau Elfira Loy malu-malu kucing mahu mengakui percintaan mereka? Apa pun, kalau dah tertulis jodoh, pasti akan berkahwin juga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Amin.

Sumber artikel : Beautifulnara








6 Foto Nur Anis, anak perempuan Rosyam Nur semakin manis bertudung

$
0
0
Tidak hanya pelakon, pengarah, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor akan hadir berkongsi pengalaman serta ilmu perniagaannya menerusi slot Tips Memburu Kejayaan di Fiesta Muslimah BH 2014 pada 23 November ini, malah lebih istimewa lagi apabila anak keduanya, Nur Anis Mohd Noor, 21, turut memberi sokongan untuk acara itu.

Anak aktor terkenal itu akan membuka gerai jualan produk berimej muslimah miliknya yang diusahakan di bawah jenama, Bidadari Contemporary.

Rosyam dan Nur Anis begitu teruja kerana buat julung kalinya mereka akan bersama di bawah penganjuran acara yang sama. Ditemui pada sidang media Fiesta Muslimah BH 2014, di Balai Berita, Bangsar, Khamis lalu, mereka akui bagaikan tidak sabar untuk menyerikan lagi festival berkenaan yang bakal berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur.


Mana tidaknya, perusahaan Bidadari Contemporary baru saja berusia sembilan bulan, justeru adanya pendedahan menerusi festival sebegini, secara tidak langsung membantu mempromosikan produknya yang merangkumi tudung dan aksesori. Gembira apabila anaknya perlahan-lahan berkecimpung dalam dunia perniagaan, Rosyam menyatakan idea berniaga dalam talian itu sudah lama diutarakan olehnya tetapi baru tahun ini direalisasikan.

"Sebenarnya, idea itu timbul lima lalu tahun di mana saya menyuruh anak sulung saya, tetapi disebabkan dia berkahwin, jadi dia tidak dapat memberi komitmen. Mujur Anis berminat, jadi dia ambil peluang ini sebab saya memang menggalakkan anak-anak saya berniaga. Tambah lagi, bila kita bercakap pasal islamik, tak kira dari penganjuran program hinggalah ke fesyen, semuanya disambut positif.

"Fesyen muslimah bukan lagi satu kesukaran tapi sudah jadi satu trend, malah sebab ini juga orang semakin dekat dengan Islam. Adanya fiesta islamik sebegini, dianjurkan oleh sebuah akhbar Melayu yang kuat pengaruhnya, pastinya ia akan menjadi satu agenda besar nanti.

"Selain itu, saya juga akan terbabit, saya akan berkongsi pengalaman saya sebagai seorang peniaga, jatuh dan bangunnya saya dalam bidang ini. Saya harap slot saya nanti tidak hanya akan menarik barisan vendor saja, tapi juga golongan belia. Slot saya akan bermula jam 4 petang dan saya harap ramai orang luar turut hadir nanti,"
ujar Rosyam.

Bukan hanya itu , Fiesta Muslimah BH 2014 turut disertai usahawan dalam talian seluruh negara serta selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Hamidun, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Alyah serta pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo yang akan memperagakan 28 koleksi baju Muslimah rekaannya. - BERITA HARIAN







4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5

$
0
0
Penyanyi kecil molek Mila Jirin mengakui mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman solo pada tahun hadapan, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.

"InsyaAllah. Memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya," ujar Mila seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

Pelantun lagu "Aku Lebih Tahu" ini dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih yang sudah dikenalinya sejak berusia 18 tahun dan jejaka bernama Isz itu merupakan pengurusnya sendiri.

Walaubagaimanapun Mila mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai identiti kekasihnya itu.

"Susah hendak cakap. Sebagai seorang perempuan, saya juga tidak mahu cakap lebih-lebih. Saya lebih selesa untuk tidak memberikan jawapan. Dia (kekasih) juga tidak mahu saya dedahkan. Bila sudah dekat tarikh kahwin nanti, kelak kami bercadang untuk dedahkan."

Penyanyi berusia 26 tahun ini menjelaskan dia masih belum membuat persiapan perkahwinan kerana perlu menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu seperti melancarkan lagu dan klip video terbaru.

Bercerita tentang perkenalannya dengan kekasih, Mila yang mula bertudung pada bulan Ramadan lalu memberitahu dia mengenali jejaka tersebut sebelum bergelar penyanyi dan mula serius selepas kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan mereka - Portal Tupai






Izreen Azminda tampil fesyen menjolok mata dikecam netizen

$
0
0
Fesyen terbaru yang dipakai oleh pelakon jelita, Izreen Azminda menerusi official instagram Media Hiburan baru-baru ini mendapat kritikan daripada peminat kerana terlalu seksi dan terdedah.

Tidak dapat dinafikan ada yang mengomen secara negatif dan ada pulak yang memberi komen yang positif dengan mendoakan semoga Izreen baik-baik dalam kejayaannya sebagai pelakon.

Diharap selepas ini beliau lebih berhati-hati memilih fesyen pakaian, tak pasal-pasal kena dikutuk pulak. Bagi kami, fesyen yang ditampilkan Izreen kurang sesuai.

Sumber asal : Blog Topsharepost




Foto Nora Danish dicium Putra Rayqal cetus kekecohan

$
0
0
Terdapat sesetengah pihak yang menyelar tindakan Nora mencium anaknya tu.. Miss A pun tak faham kenapa yang nak bising sangat.. 

Rasanya diorang ni jeles kot tengok anak Nora ni dapat ciuman dari Nora.., yelar Nora ni kan ramai peminat.. Ekoran itu Nora telah membalas komen-komen negatif tu.., nampak Nora dah seperti hilang sabar dengan perangai hater-hatersnya..

Tapi yang sweetnya perkara ni.. Bila muncul, Nedim menyokong tindakan kekasihnya tu.. sweet sangat Nedim ni selalu ada untuk support Nora..

Apapun, kesian juga dengan Nora, ada sahaja tak betul perlakuannya di mata haters. Kalau nak sentiasa betul je, bukanlah manusia namanya.

Sumber artikel: Blog Kamithemedia 



Sebab sebenar Elyana belum mahu bertudung sebaik pulang dari Mekah

$
0
0
Ketika ini kisah mengenai artis berbakat besar iaitu pelakon dan penyanyi Erneelya Elyana Emrizal atau lebih popular dengan panggilan Elyana agak jarang kedengaran.

Kelihatan seperti memencilkan diri daripada industri hiburan, tiba-tiba ada sumber yang menyatakan penyanyi itu kini sedang bertarung dengan penyakit kanser. Namun begitu, sumber berkenaan tidak menyatakan jenis kanser yang dihidapnya. 

Apa yang lebih mengejutkan, akibat penyakit yang dideritainya itu membuatkan Elyana pergi mengerjakan umrah baru-baru ini dan berdoa di depan Kaabah agar penyakitnya itu sembuh.


Bagi mendapatkan cerita yang sebenar, Kosmo! menghubungi Elyana yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang kerana ingin pergi bercuti bersama ibu dan kakaknya ke Vietnam.

Kosmo!: Rasanya sudah agak lama tidak mendengar perkembangan Elyana. Apakah aktiviti anda sekarang?
Elyana: Buat masa ini saya sedang sibuk dengan proses pembikinan album terbaharu yang dijangka dilancarkan pada tahun ini. Ia merupakan album yang kelima selepas Jaga Diriku yang dihasilkan pada tahun 2007. 

Kosmo!: Minta maaf, saya ingin bertanya tentang kesahihan berita ini. Betulkah anda sedang menghidap penyakit kanser? 

Elyana: Sakit kanser? Rasanya sekarang saya masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal. Kalau setakat demam itu memang ada, tetapi tidak pula mengalami penyakit kronik seperti kanser.

Kosmo!: Ada orang kata pemergian anda ke Mekah untuk mengerjakan umrah tempoh hari kerana mahu berdoa di depan Kaabah agar penyakit itu cepat sembuh. Boleh komen sedikit?

Elyana: Sebenarnya pemergian saya ke Mekah bersama suami merupakan undangan daripada pihak produksi rancangan Romantika yang akan disiarkan di Astro pada bulan Ramadan ini. Secara jujurnya saya agak terkejut dan ia undangan pada saat-saat akhir. Sebelum ini rancangan tersebut menyiarkan pasangan selebriti yang bercuti di tempat percutian yang menarik, tetapi apabila tiba giliran saya mereka buat keputusan untuk membawa kami ke Mekah dan saya rasa sangat bertuah.

Kosmo!:Biasanya kebanyakan artis wanita yang pulang dari Mekah, pasti mereka akan membuat perubahan terutamanya tampil bertudung. Bagaimana pula dengan imej anda selepas mengerjakan umrah?

Elyana: Secara jujurnya saya masih lagi tampil seperti biasa, namun sentiasa berdoa agar terbuka pintu hati untuk bertudung nanti. Buat masa ini saya mahu menjaga solat terlebih dahulu.

Sumber asal : Kosmo

4 Foto Rozita Che Wan & Fasha Sandha berpantang didedahkan

$
0
0
Bulan ini memang ramai selebriti yang menimang cahaya mata. Antaranya , Rozita Che Wan, Amyza Aznan, Zahid AF, Fasha Sandha dan beberapa nama lagi.

Kami pun tumpang seronok dengan kehadiran si comel ini tau! Iyalah, bila buka je akaun Instagram, penuh dengan wajah baby. Sejuk je hati memandang.

Namun, pagi ini, foto Rozita Che Wan dan Fasha Sandha yang kini sedang berpantang menarik perhatian kami.

Bukan apa, teruja pula melihat kejelitaan mereka berdua ni. Berpantang pun wajah tetap glowing! Tak percaya? Korang lihatlah foto-foto yang kami kongsikan ini.

Kalau dah cantik, dalam apa jua situasi pun pasti nampak menawan kan.

Jika Che Ta akan menjaga pantang bersalin selama setahun untuk mengekalkan kecantikan tubuh badannya, rasa-rasanya Fasha akan berpantang berapa lama pula ya? 45 hari? 100 hari?

Sumber asal : Portal Ohbulan





Ucapan romantik Alyah buat Ramli MS di ulangtahun kelahiran

$
0
0
Pasangan ini pernah menggemparkan industri hiburan Malaysia apabila mereka berdua disahkan sudah berkahwin semasa diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman mereka.

Tapi, kami rasa perkara tersebut seharusnya tidak menjadi masalah kerana mereka pasti mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakan perkahwinan yang diadakan di Batam, Indonesia itu.

Maka, seperti kebanyakan pasangan yang lain, Alyah pun mesti nak membuat ucapan hari lahir buat suaminya yang tercinta kan? Hurm..Untunglah Datuk Ramli MS dapat isteri sweet macam Alyah.

Kami pun pelik juga kenapa Alyah dan Ramli MS tak pernah mengambil gambar bersama-sama. Ada pun hanya nampak wajah Ramli MS sipi-sipi sahaja.

Tapi, sebenarnya bersikap low profile itu juga adalah satu perkara yang patut dipuji. Takdelah nanti orang cakap sengaja mahu show off kebahagiaan pula.

Apapun, kami juga nak ucapkan selamat hari lahir buat Ramli MS. Semoga terus success dalam karier! - Portal Ohbulan




5 Foto wajah terbaru Azwan Ali berhijab sepenuhnya

$
0
0
Jangan sakit jantung, diva Azwan Ali kesayangan ramai ni bertudung ala-ala Yuna, Shila Amzah dan ala-ala balik dari Mahkamah Syariah kerana dia baru saja dilantik menjadi wajah Domino Pizza.

Dalam TV Comercial terbaru Domino Pizza, Azwan Ali akan memegang berpuluh-puluh watak orang awam, termasuk watak makcik-makcik kaki order 1300888333 order domino.

Semoga rezeki Azwan Ali kesayangan ramai ini terus melimpah-ruah. amin. Jom tengok 5 keping foto adik kepada Menteri Besar Selangor itu cantik berhijab - mforum.cari






Foto selfie Nora Danish sebelum tidur meruntun jiwa

$
0
0
Sekeping foto selfie Nora Danish yang diambil sebelum tidur dan dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya mencuri tumpuan sebahagian besar pengikutnya.

Kami tidak nafikan aura dan kecomelan yang dimiliki ibu kepada Putra Raqyal itu boleh membuat ramai jejaka-jejaka kacak di luar sana makan hati.

Ada tak yang kurang setuju dengan pandangan kami ini? Kalau yang tak setuju tu, korang mungkin ada pendapat peribadi sendiri. Betul tak?

Jom tengok gambar selfie terbaru Nora Danish yang amat meruntun jiwa kami.



3 Foto wajah terkini dan luahan hati Shima isu cerai 4 kali

$
0
0
Begitulah suratan takdir yang harus dilalui oleh penyanyi popular 1990-an, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45. 

Kali terakhir dia bercerai ialah dua tahun lalu selepas mengahwini rakyat Kanada pada tahun 2003. Perceraian itu merupakan perceraiannya kali keempatnya... oleh yang demikian, kini dia tidak mahu lagi memikirkan soal pasangan hidup.

Untuk info, Shima juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.

Selepas itu, dia berkahwin pula dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.

"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.

"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan,"
ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.

"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu,"
tambah Shima yang tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan Allah bertemu dengan jodoh lain.

Sumber asal : Blog Myartis





4 Foto Nora Danish mengamuk jatuh dalam air longkang

$
0
0
Sebuah video yang dimuatnaik oleh Nora Danish menerima 20 ribu likes daripada peminatnya kerana video tersebut menayangkan insiden pelakon jelita itu terjatuh ke dalam parit. Tergelak besar kami dibuatnya.

Siapa kata jadi pelakon itu senang? Apabila adanya babak-babak yang memerlukan anda untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, nak atau tidak, kena buat juga kan? Tak pedulilah anda artis gred apa sekalipun.

Tapi perkara itu dianggap sebagai satu pengalaman berharga buat Nora yang nampaknya perlu melakonkan scene jatuh parit semasa penggambaran filem ‘Suamiku Jatuh Dari Langit‘. Nampak realokay!

Khabarnya filem itu bakal menyaksikan Nora berlakon bersama Qi Razali. Nak tahu best ataupun tak filem tersebut, kenalah tunggu hari tayangannya.

Tonton video penuh di SINI (Portal Ohbulan)





2 Foto kereta mewah Syamsul Yusof?

$
0
0
Syamsul Yusof ialah seorang pengarah dan pelakon Melayu yang sering muncul menerusi filem-filem bercorak aksi di Malaysia. Beliau mencipta rekod sebagai pengarah termuda memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 26 tahun.

Masyarakat umum mengenali syamsul sebagai anak kepada pengarah tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man iaitu sutradara Dato' Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskannya dengan cemerlang setelah penghasilan beberapa filem yang pecah panggung.

Terbaru, Syamsul Yusof sedang sibuk untuk penggambaran filem Desolasi dan salah satu yang menarik perhatian kami ialah kereta jenis F12 berlinetta yang dipakai. Itu memang kereta amat mewah namun tidak diketahui ia milik Syamsul atau sekadar pinjaman.

Jom tengok foto Syamsul dengan F12 berlinetta di bawah.



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live