Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

10 Foto Rabecca Nur Al-Islam bercuti di Paris

0
0
Untung selebriti popular Rabecca Nur Al-Islam dapat bercuti dan shopping di Paris. Bukan calang-calang orang tau dapat ke sana.

Apa yang dilihat sekarang ramai sahaja artis bercuti ke luar negara memandangkan duit berkepuk-kepuk hasil terlibat dalam industri hiburan.

Lebih menjadi bonus kepada selebriti wanita ialah bila menjadi isteri kepada Dato’ yang terkenal, eh! kalau dah kaya semuanya menjadi mampu.













7 Foto bertudung isteri Zahiril Adzim, Shera Aiyob mengejutkan

0
0
Sejak minggu lalu, ramai mula memperkatakan tentang khabar yang mengatakan pelakon dan juga isteri kepada Zahiril Adzim, Shera Aiyob kini sudah mengenakan tudung sepenuhnya selepas kesemua gambar beliau tidak bertudung sudah dipadam di laman sosial.

Berita itu disambut baik oleh ramai peminat yang suka dengan penampilan terbaru Shera Aiyob itu dan melalui Utusan Malaysia Isnin lalu, beliau kongsikan sedikit kisah disebalik penghijrahan itu.

Pelakon ini berkata yang keputusan untuk bertudung penuh ini diambil baru baru ini sahaja dan tidak ramai yang mengetahuinya dan apabila ditanya jika ada peristiwa istimewa yang berlaku mendorong keputusannya itu, ini jawapan beliau.

“Tidaklah, tiada apa berlaku sebelum saya membuat keputusan ini. Tetapi perasaan itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang,” ujarnya.

Shera Aiyob turut berkata yang suaminya Zahiril Adzim tidak memaksa untuk beliau berubah kerna percaya perubahan perlu datang dari diri sendiri.

“Dia tidak ada cakap apa-apa, cuma saya tahu memang dia juga nantikan keadaan ini sudah lama. Mungkin ini doa dia dan saya juga. Kali pertama saya mengenakan tudung ketika keluar rumah dia cuma tanya, betul ke? Bila saya cakap ya, dia hanya senyum,” tambahnya lagi.









15 Foto Ziana Zain berjalan-jalan di Turki bikin mata terbeliak

0
0
Lama tidak mendengar perkembangan terkini Ziana Zain. Baru-baru ini, diva bersuara tinggi ini telah berkongsi beberapa keping gambarnya ketika berjalan-jalan di Turki. 

Menarik sungguh... Antara tempat yang telah dilawati oleh Ziana Zain ialah Masjid Biru. Sedikit sebanyak timbul juga rasa teringin menjejakkan kaki ke Turki selepas melihat gambar-gambar yang telah dikongsi menerusi Instagram Ziana Zain ini.

Kembara Ziana Zain di bumi Turki ini telah mengambil masa selama 9 hari. Untuk peminat Ziana Zain, khabarnya penyanyi ini akan muncul dengan lagu baru pada awal tahun 2015. 

Pastinya ramai yang dah tak sabar kan? Untuk mengubati rindu di dada, silalah tengok beberapa keping foto Ziana Zain ketika berjalan-jalan di Turki. Menarik sangat-sangat.

















9 Foto malam berinai Yaya Maembong & Wan Raja

0
0
Selepas Shikin Maembong selamat bergelar isteri kepada Chef Riz, kini giliran seorang lagi adik-beradik Maembong untuk menjadi milik orang.

12 Disember ini (esok), Yaya Maembong akan dinikahkan dengan pelakon Wan Raja di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang. Kedua-dua bakal pengantin ini telah pun membidik gambar pra-perkahwinan dan juga turut sama menganjurkan malam berinai untuk memeriahkan lagi majlis yang bakal berlangsung.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan  bakal diadakan pada 14 Disember ini di Dewan Sri Putra, KL manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk sebelah keluarga pengantin lelaki. 

Untuk makluman, Yaya Maembong dan Wan Raja telah pun bertunang pada 10 Syawal lalu. Perkenalan mereka bermula ketika sama-sama berlakon dalam drama Diari 3G.

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Yaya dan Wan Raja. Semoga majlis esok akan berjalan dengan lancar. Lepas ini bolehlah Emma Maembong menamatkan zaman gadisnya sebab kakak-kakak semua dah selamat kahwin. 

Tak sabar rasanya nak tunggu saat itu. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.












3 Foto Anzalna Nasir mandi buih di Singapura

0
0
Pelakon jelita Anzalna Nasir kini berada di Singapura untuk mempromosikan filem lakonannya berjudul A Love to Remember untuk pasaran stesen TV Singapura.

Menariknya, beberapa keping gambar Anzalna yang agak mengancam di akaun Instagram peribadinya telah menjadi bualan hangat para netizen. Salah gambar yang menjadi tumpuan itu ialah gambarnya mandi buih di Marina Bay Singapura.

Semestinya setiap gambar yang dimuatnaik oleh aktres jelita itu pasti mendapat pelbagai komen. Apa yang pasti Anzalna kini semakin jelita dan bakatnya semakin berkembang ke Sebarang Tambak Singapura.

5 Foto terbaru kereta mewah Zizan Razak

0
0
Memang bertuah betul si Zizan Razak ini. Kereta GTR milik Zizan ini memang menjadi idaman kepada ramai lelaki kacak dan gadis comel di luar sana.

Jom lihat beberapa keping gambar kereta GTR milik Zizan Razak sambil menggayakan Baju Melayu Jakel di khalayak ramai.

Sumber : Penmerah






10 Foto romantik Fouziah Gous & Zhafran sambut majlis ulangtahun perkahwinan

0
0
Hehe.. Hati kami pula rasa berbunga-bunga apabila melihat kemesraan pasangan romantis, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof.

Mana taknya, Zhafran melakukan kejutan sempena ulangtahun Fouziah Gous yang ke 32 tahun semalam. Siap berdukung bagai tau. Jangan jeles!

Wah, nampak tak betapa sayangnya Zhafran kepada pelakon cantik ni. Siap bawa pusing-pusing dengan mata bertutup supaya Fouziah tidak dapat mengecam lokasi yang ingin dibawanya.

Apalagi, jom kita tengok koleksi foto mereka di bawah!












8 Foto terkini Fazura di Facing Up To Fazura

0
0
Malaysia’s own Nur Fazura Sharifuddin (Nur Fazura) is set to make history as the star of Facing Up To Fazura, a 5 x 30min Malaysian miniseries for E! – the pop culture powerhouse of NBC Universal International Television. Set to premiere across Asia on Sunday, 14 December 2014 at 10pm (MAL) – and air weekly in this timeslot – Facing Up To Fazura is the first-ever E! miniseries to feature a Malaysian personality.

The sensational docudrama will offer viewers unprecedented access to this polarising personality’s life, loves, challenges, triumphs and joys in everyday life as a leading entertainment and fashion socialite in Malaysia and South East Asia. Throughout the series, viewers will be treated to an in-depth and unscripted look at Nur Fazura’s often-controversial life on and off the camera.











Foto wajah bayi Aida, madu Erma Fatima

0
0
“Malang bagi seorang perempuan yg tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga,” itu tulisan Erma Fatima di akaun Instagram beliau hari ini sebagai menyambut kelahiran anak kepada madunya, Aida.

Sedih juga kami baca kenyataan itu & rata rata peminat turut merasa simpati dengan Erma Fatima serta berharap penerbit juga pelakon popular ini lebih tabah dalam kehidupan. Seperti kata mereka, Erma Fatima masih sebaik baik wanita di mata Allah.

Tiada maklumat terperinci tentang kelahiran anak kepada pasangan Aida & Bade Hj Azmi ini tetapi kami pasti keluarga kecil ini pasti gembira dengan kelahirannya.

“Welcome to the family baby Jihad. Congratulation Bade and Aida,” tambahnya lagi.



Pesanan terakhir arwah ibu Awie sebelum meninggal dunia

0
0
Ibu Awie Allahyarhamah Azizah Abd Hamid 75, sempat menyanyikan sebuah lagu di ‘group whatsapp’ sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ketika itu Awie merasakan sangat gembira melihat tingkah laku ibunya yang menyanyi secara spontan yang ditujukan khas untuk anak-anak dan cucu-cucunya.

“Saya tidak menyangka nyanyian itu adalah untuk kali terakhir buat kami sekeluarga. Ibu saya kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang petanda yang dia sakit.”

“Namun semua ini sudah ditakdirkan, dalam pukul 8 pagi tadi, orang gaji hubungi saya yang ibu saya jatuh di bilik air. Tiba saya di rumah, saya pegang tangannya tetapi dah sejuk, nak sedapkan hati, saya hubungi ambulans.”

“Setelah selesai pegawai kesihatan membuat pemeriksaan ke atas ibu saya dan mengesahkan ibu saya sudah meninggal dunia,”
ujar Awie kepada portal Murai.com.my.


Awie juga menyeru kepada sesiapa yang mengenali arwah ibunya, sekiranya ingin menuntut hutang sila bertemu dengannya di rumah di Taman Ukay Bestari.

“Kepada yang ingin menuntut hutang sila berjumpa dengan saya, kalau ada yang ingin halalkan saya ucapkan berbanyak terima kasih.

“Dengan kesempatan ini juga saya ucap terima kasih kepada para tetamu, rakan-rakan dan pihak media yang meluangkan masa untuk solat jenazah, saya amat hargai,”
kata Awie mengakhiri bicara.

Sumber : Portal Murai

5 Foto posing mengancam Izara Aishah dan Ummi Nazeera

0
0
Cantik sungguh penampilan Izara Aishah dan Ummi Nazeera ketika menggayakan fesyen Adila Long baru-baru ini. Ramai memuji kecantikan tersendiri kedua-dua artis tempatan ini.

Tentunya, penampilan berhijab Ummi Nazeera paling mencuri tumpuan. Bukan sahaja kelihatan anggun dengan busana yang dipakai malah nampak manis bertudung sehingga membuatkan ramai jejaka di luar sana tidak senang duduk.

Adakah korang antara jejaka yang terpikat dengan penampilan terkini Izara Aishah dan Ummi Nazeera? Jom lihat foto kat bawah.






5 Foto terdedah Salwa Razak di AIM 2014 memeranjatkan

0
0
Beberapa keping foto Salwa Razak di program Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014 edisi ke-21 telah mendapat kritikan dan kecaman dari peminat seni tanahair kerana beliau dikatakan tampil dengan pakaian yang agak seksi.

Apa yang dimaksudkan mereka ialah pakaian Salwa Razak seperti terlalu menonjol di bahagian rahsia. Apa pandangan anda mengenai fesyen pakaian Salwa Razak yang dianggap seksi ini?

Sumber asal : Blog Kamithemedia






Pelakon filem seram berusia 33 tahun ditangkap khalwat

0
0
Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro


Foto Chacha Maembong yang mengejutkan

0
0
Menerusi video Chacha Maembong yang dikongsi di laman sosial instagram miliknya seminggu yang lalu menimbulkan kritikan dari peminat malah ada yang menyatakan Chacha Maembong semakin bambam. Betul ke?

Tujuan sebenar Chacha Maembong berkongsi video tersebut adalah kerana menyahut #Cabaran101010 yang sebelum ini ramai lagi artis yang turut terlibat menyahut cabaran tersebut antaranya ialah Emma Maembong, Nora Danish dan ramai lagi.

Sebelum ini, gadis comel ini juga pernah mencetuskan beberapa kontroversi seperti ‘Aksi Intim Chacha Maembong, Kekasih Tersiar ‘Live’ Di TV‘ yang diakuainya tidak disengajakan.

Lihat sendiri video tersebut dan selepas itu boleh la mencari jawapan di setiap kritikan yang dibuat oleh peminat. ‘Video Gedik Chacha Maembong Di Dalam Kereta‘ sebelum ini juga banyak menerima kritikan dari pengikut laman intagram miliknya. Fuhhh! apa kata anda?




Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia

0
0
Hero legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada Isnin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi akibat komplikasi masalah paru-paru.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Bandar Baru Sentul sekitar pukul 10.30 pagi dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang bersebelahan pusara isterinya, Roseyatimah.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju.

Dilahirkan pada 1 Januari 1935, hero legenda ini cukup terkenal dengan lakonannya sebagai tunggak utama di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Keris Sempena Riau, Sumpah Pontianak dan banyak lagi.

Allahyarham menjejakkan kaki ke Cathay Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan kerjaya seninya bermula dengan filem Pendekar Bujang Lapok.

Mustapha mula mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan merupakan antara pelakon lelaki kacak yang menjadi pujaan ramai ketika itu.

Antara yang terbaru, seniman lagenda ini telah membintangi filem 1957 Hati Malaya (2007) dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang pada tahun (2009).

Berasal dari di Kuala Lumpur, Allahyarham Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof pernah menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.

Isterinya, Allahyarham Roseyatimah telah terlebih dahulu pulang ke rahmatullah pada 14 Disember 1987.

Seniman negara ini meninggalkan tiga anak, menantu dan tujuh cucu.

6 Foto terkini Putri Mardiana dicekup khalwat dengan Shahrizam Abdullah

0
0
Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa seorang selebriti berstatus janda anak tiga yang berusia 33 tahun telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki di kondomium di Ukay Perdana.

Susulan kes tersebut, Astro Gempak telah menerima maklumat daripada sumber yang mengatakan bahawa selebriti itu adalah Putri Mardiana.

Malah, lebih mengejutkan pelakon tersebut dikatakan dicekup bersama lelaki berstatus suami orang. Lelaki yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah tersebut dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang baru berusia 2 tahun.

Selain itu, foto lelaki tersebut turut didedahkan oleh sumber yang mendakwa bahawa Shahrizam mula mengenali Putri Mardiana sejak setahun yang lalu. Berikut merupakan antara mesej yang disampaikan oleh sumber menerusi aplikasi whatsapp: 

“Shahrizam berstatus suami dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil berusia 2 tahun.Tidak dinafikan Shahrizam dan isterinya mempunyai masalah rumahtangga dan sedang ‘turun-naik’ mahkamah. Rumahtangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa.

Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang). Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la…Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’.

Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri…Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’?”

Sumber : Portal Ohbulan







Punca Ezad Exist terlibat penyalahgunaan dadah didedahkan

0
0
Sekitar November yang lalu industri seni tanah air dikejutkan dengan penangkapan seorang artis lelaki, Ezad Exist yang disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Bin Mohamad Lazim telah ditahan pihak polis sekitar jam 1.30 petang di sekitar kawasan kompleks Selayang Mall dan ujian saringan awal polis mendapati sampel air kencing Ezad positif dadah.

Terbaru Ezad telah dijemput untuk menghadiri temubual eksklusif h Live! di dalam segmen khas Apa Kata Malaysia.

Menampilkan Pak Nil sebagai pengacara, Ezad tampil mendedahkan kisah pembabitannya di dalam penyalahgunaan dadah sehingga membawa kepada penangkapannya oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Ketika ditanya bagaimana mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah, Ezad mengaku ianya bermula sekadar hanya suka-suka dan faktor pergaulan antara punca utama dia terjerumus.


Ezad yang pernah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaan dan pertunangan menganggap segala yang berlaku ini ada hikmahnya. Kesudian Ezad untuk tampil dalam rancangan temubual bersama h live ini jelas menunjukkan niatnya yang mahu menjauhkan diri daripada terus terjebak dengan dadah.

"Bila saya fikirkan isteri, bila saya fikirkan anak saya, saya rasa menyesal sangat. Perkara ini banyak buat saya terfikir kalau boleh saya taknak lagi jadi macam ini.

Masa saya kena tangkap itu, isteri saya gugur. Memang saya rasa menyesal. Pernah sekali saya dukung anak dan saya menangis. Saya terkapai-kapai tak tahu mcm mana nak berhenti. Isteri tahu saya terlibat dengan benda ini. Saya merayu agar isteri beri peluang."


Di penghujung rancangan, Ezad memohon maaf kepada semua pihak dan mahu mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku. Rasanya tak adil untuk kita terus menghukum Ezad ini kan? Semua orang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Moga Ezad belajar dari kesilapan lalu, kuat dan tabah menghadapi hari mendatang.

2 Foto dua artis wanita terkenal bergaduh di PWTC

0
0
Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!! Inilah beberapa keping gambar dua artis wanita iaitu Liza Abdullah dan Tengku Hanis di PWTC tengah hari tadi yang menjadi viral di media sosial kerana dikatakan bergaduh ketika sedang bekerja.

Alamak, apa pasal pulak diorang bergadu hah..? Ni mesti ada perkara buat mereka saling tak puas hati. Betul tak?




Foto wajah Ayden, cucu Dato’ Siti Nurhaliza

0
0
Setelah meraikan kemenangan di AIM edisi ke-21, penyanyi popular negara Dato’ Siti Nurhaliza telah terbang ke sebuah kepulauan yang indah terletak di lautan Hindi.

Pulau yang Murai Batu maksudkan ialah Pulau Maldives, berdasarkan gambar yang beliau muatnaik di Instagram, difahamkan beliau juga telah meraikan hari ulangtahun kelahiran cucunya iaitu Ayden

Murai Batu tertarik dengan kapsyen yang ditulis iaitu “Birthday Boy having good time in Maldives.”

Walaupun Dato’ Siti tidak memuatnaik gambar sambutan harijadi Ayden itu, Murai Batu rasa majlis itu dibuat secara tertutup dan telah diraikan sesama keluarga terdekat. Gambar beliau di sekitar pulau itu pun, Dato’ Siti tidak berkongsi sangat di Instagram.

Tak kan semua gambar nak kongsikan, mestilah ada ‘privacy’ betul tak? Apa-apa pun Murai Batu nak ucapkan syabas dan tahniah, kerana berjaya menjulang piala AIM21 dalam kategori vokal wanita terbaik dan album terbaik.

Semoga kerjaya Dato’ Siti terus sukses dan menjadi pencetus semangat kepada penyanyi baru untuk berjaya sepertinya.

Sumber : Portal Murai



Foto terkini Nabila Huda yang mengejutkan

0
0
Pelakon cantik yang berbakat ini pernah dikaitkan dengn beberapa artis lelaki sebelum ini. Mari kita tengok latar belakang beliau bagi mengenali lebih dekat lagi.

Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman dilahir 2 Disember 1984 adalah seorang pelakon Malaysia kelahiran Kuala Lumpur yang mula menempa nama menerusi pelbagai lakonan.

Nabila adalah anak sulung kepada legenda rock Amy dari kumpulan Search. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur & Duhai Si Pari-pari.


Viewing all 4594 articles
Browse latest View live