Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Luahan sangat sayu Zulfazil Ibrahim, abang Zamani Slam isu video rakaman

$
0
0
Abang kepada Zamani Slam, Zulfazil Ibrahim memaklumkan kepada media petang ini yang adiknya itu telah pun memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan video beliau menyanyi dalam keadaan bergari ketika berada dalam tahanan.

“Saya sudah bertemu dengannya pagi tadi dan menceritakan mengenai videonya yang kini sudah menjadi viral di internet. Apabila dia mengetahuinya, dia mengatakan sudah memaafkan pelaku yang bertanggungjawab dan tidak mahu ia terus dipanjangkan dan diperbesarkan,” ujarnya.

Zulfazil yang ditemui para media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang berkata beliau bangga dengan keputusan yang diambil oleh adiknya itu dan memaklumkan yang ahli keluarga tidak akan mengambil apa apa tindakan dan hanya menyerahkan hal ini untuk tindakan polis.

“Saya bersyukur kerana Zamani kini dalam situasi yang baik & pada kesempatan ini saya mewakili Zamani ingin memohon maaf kepada semua peminatnya dan berharap agar dia diberi peluang kedua,” ujarnya lagi apabila ditanya keadaan Zamani ketika ini.

Peguam Zamani, Ahmad Zahiril Muhaiyar memberitahu, sebutan kes penyanyi itu akan dibuat pada hari Selasa ini di Mahkamah Majistret Ampang - Rotikaya.



Respon Siti Nurhaliza terhadap tweet Saari Amri

$
0
0
Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu."

Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau.

"Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain," katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini - Berita Harian.


Akhirnya Shah Slam dedah perangai sebenar Zamani Slam

$
0
0
Penyanyi terkenal, Zamani Slam telah ditangkap pihak polis selepas terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah jenis heroin baru-baru ini.

Rakan karib kepada Zamani Slam, Shah merangkap ahli dalam kumpulan Slam telah tampil mendedahkan perangai sebenar penyanyi terkenal itu.

“Dia punya adab dan sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati bila berbicara mengenai seseorang takut-takut tersalah kata walaupun di belakang orang itu,” katanya.

Pemilik nama Shah Nizam Bin Abdul Halim itu turut membuka perihal peribadi mulia rakannya, Zamani yang telah banyak mengajar dan pengubahnya menjadi seorang insan yang lebih baik.

Sumber : Katakcomel



Mesej mengejutkan Shila Amzah buat Sharnaaz Ahmad selepas AJL29

$
0
0
Kat mana nak mula.. Shila menang 2nd place ajl29, sharnaz tweet tahniah , pastu shila dah siap wat lagu masih aku cinta tukar lirik ke tidak ku cinta. Klakar gila. Korang tepekla ig dia cepattt sapa yg pandai tuu... Dlam plan duk nak wat lagu untuk alyah plak. Wah mesti lagu edisi keciwa...

Plus, si anis alidrus mami nanaz mcm dah delete semua post yg ada nanaz.
Korang rasa apakah semua ni? Ke meols salah siasat? Kalu salah siasat ampunkan meols. Kalu post dh ada silalah report mod.

Copy & paste dari Forum Cari




Kata-kata terakhir Abby Abadi buat bekas suami, Norman Hakim sangat menyentuh hati

$
0
0
Umum mengetahui yang Abby Abadi mempunyai 3 anak hasil perkahwinan dengan pelakon terkenal Norman Hakim. Baru-baru ini Abby abadi ada memuatnaik mesej di laman instagramnya, sesiapa yang membacanya pasti tersentuh.

Tak ada yang lebih sejati dari kasih sayang ibu bapa. Korang yang masih mempunyai ibu bapa tu, hargailah mereka sementara masih ada. Hah! Apasal pulak kami emo pagi-pagi ni? Sebenarnya, kami tersentuh apabila membaca pesanan aktor kacak, Norman Hakim kepada anaknya, Maria Danisha Hakim sempena ulang tahun kelahiran anaknya ini.

Dari mana kami baca? Dah tentulah dari kiriman seorang pembaca kepada kami. Bukan ucapan Norman je yang buat kami tersentuh tau. Kata-kata Abby turut membuatkan kami sebak. Mungkin tersentuh dengan ucapan dari bekas suaminya itu, Abby menulis kapsyen yang mendoakan hubungan anaknya dan Norman akan kekal hingga bila-bila.


Yang buat kami bagai nak nangis tu bila Abby berkata, “Andai saya pergi dulu, jagalah anak-anak ini dengan sebaiknya. Jangan dibeza-beza”. Haa, sangat menyentuh perasaan kan? Nak tahu apa ucapan Norman kepada anaknya ini, jom baca :

"HAPPY 6TH BIRTHDAY babyku sayang #mariadanishahakim ! Papa sayang baby sangat2 tau…baby be a good muslimah ok! Kalau papa termarah sikit ke, papa minta ampun maaf. Baby jangan ambil hati ok sebab marah tu tandanya sayang jugak. Papa akan sentiasa menjadi semut baby yang besar yang akan sentiasa berada dengan baby bila-bila masa baby perlukan papa InshaaAllah. Allah & para malaikat, pls keep my daughter #mariadanishahakim safe & warm dibawah lindunganMu. Kurniakanlah segala kebaikan, keceriaan & kegembiraan buat dirinya. I love u till the last breath of my life sayangku baby #mariadanishahakim."

Hmm, siapa yang tak tersentuh dengan ucapan sebegini kan? Kami lihat, peminat Abby pun turut merasai perasaan ibu tunggal ini. Sampai ada yang menitiskan air mata tau! Tak lupa, ada juga yang mendoakan Abby akan bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh dan dapat membimbingnya dengan lebih baik.

Apapun, kami mendoakan kebahagian buat Abby Abadi dan anak-anak. Ketabahan beliau sebagai ibu tunggal membesarkan anak wajar di contohi. Syabas buat Norman Hakim walaupun sudah bercerai dengan Abby Abadi, anak-anak tidak dilupakan. Happy Birthday Maria Danisha!

Sumber : Nadiaspirasi

6 Foto terkini Zaman Slam selepas dibebaskan sangat mengejutkan

$
0
0
Bercakap kepada media buat pertama kalinya selepas penahanan beliau Rabu lalu, Zamani Slam mengakui yang tidak wujud unsur paksaan ketika anggota polis merakamkan beliau menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang ketika masih dalam tahanan.

Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata beliau menyanyi dengan kerelaan hati selepas anggota polis terbabit memberitahu mereka adalah peminat Slam.

“Saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja,” ujarnya seperti dilaporkan mStar Online.

Zamani juga mengakui silap tidak periksa semula video yang dirakamkan dan berasa malu selepas mengetahui keadaan beliau dalam video ditonton oleh semua masyarakat.

“Perkara itu sudah berlaku dan dia tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” jelasnya apabila ditanya tentang tindakan undang undang.

Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas berkuatkuasa serta merta.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit tapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Rotikaya.







Luahan sebak Zamani Slam ketika sidang media

$
0
0
Vokalis Slam, Zamani Ibrahim yang dibebaskan daripada tahanan reman kira-kira pukul 9.45 pagi ini kelihatan cukup tabah dan reda atas insiden yang berlaku termasuklah video dia menyanyi dalam keadaan bergari di dalam lokap tersebar. Bertemu dengannya satu jam selepas dibebaskan, Zamani tetap berpenampilan tenang di samping tidak mengelak sorotan pihak media.

Dia malah muncul dalam sidang akhbar sebagai menghormati permintaan pihak media dan peminat yang ingin mengetahui keadaannya selepas empat hari direman di Balai Polis Hulu Klang.

“Ini adalah pengajaran untuk diri saya lebih menghargai orang lain yang sayangkan diri saya.

Dalam apa juga keadaan diri saya, keluarga, peminat dan media terus memberikan bantuan dan sokongan mereka kepada saya. Ini adalah sesuatu yang mengharukan diri saya. Semua ini membuatkan saya semakin kuat,”
katanya yang sebak.

Zamani, 43, ditahan bersama seorang rakan wanitanya kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.2 gram dalam satu serbuan di Taman Keramat, 21 Januari lalu. Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini.


Ikuti sebahagian perbualan antara Zamani dengan wartawan Mingguan Malaysia, GARRET DAWUM bersama jurugambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN ketika pertemuan di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Kota Damansara, Selangor, semalam.

MINGGUAN: Bagaimana keadaan selepas dibebaskan hari ini?

ZAMANI: Syukur dan lega. Saya baik-baik sahaja. Tidak ada apa-apa. Terima kasih kerana beri peluang kedua untuk saya perbetulkan kesilapan. Terharu kerana keluarga dan rakan-rakan masih beri sokongan. Pada hari ini semasa dibebaskan, mereka ada bersama saya. Itu yang penting. Saya tidak bersendirian.

Juga terima kasih kepada media kerana sering memberi semangat kepada saya. Kalau ikutkan, saya memang tidak mahu berjumpa media hari ini. Saya mahu berehat dan bertenang dahulu. Perjumpaan bersama dirancang hari lain tetapi bila pihak media berusaha mencari saya, jadi saya perlu jumpa dan selesaikan dahulu apa yang patut. Saya hargai dan hormati media.

Apa sebenarnya berlaku?

Semasa kejadian saya baru sahaja ditahan dan menunggu untuk ujian air kencing. Ketika anggota polis berkenaan merakam, saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan. Saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam di hadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali. Dia berjanji rakaman itu hanya untuk simpanan peribadi. Tidak tahu pula, video itu sudah disebarkan. Saya memang terkilan kerana penyebaran video itu telah mengaib dan menjatuhkan maruah saya serta keluarga.

Silap saya juga kerana tidak melihat semula rakaman video yang nampak jelas tangan saya bergari. Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat yang menontonnya. Apa yang saya mahu, tolonglah hentikan perkongsian video tersebut di mana-mana laman sosial. Saya tidak mahu simpan apa-apa lagi.

Mengapa cepat sangat maafkan penyebar video itu?

Saya tidak mahu isu ini dipanjangkan. Memang tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang lain. Biarlah perkara ini menjadi pengajaran buat semua yang terlibat. Benda sudah berlaku, Saya tahu orang itu tiada niat untuk memalukan saya.

Ramai bantah video, apa komen?

Oh, saya tidak tahu tentang semua itu. Memang selama ini saya banyak berdiam. Mungkin saya tidak tahu peminat masih lagi menghargai dan memberi sokongan kepada saya. Sebenarnya saya malu benda berlaku macam ini. Yelah, apa yang saya buat ini salah. Namun, dalam masa sama sebenarnya saya tahu ada yang masih sayang pada saya.

Apa yang saya sangkakan ketika ditahan hari itu adalah saya akan kehilangan peminat. Habislah terutama kerjaya saya. Tapi semuanya meleset. Rupanya, ramai lagi peminat suka pada saya. Nampaknya saya perlu buat sesuatu untuk mereka. Sangat tersentuh dengan sokongan mereka. Saya perlu buktikan kepada mereka tetapi tidak mahu mendedahkannya lagi. Takut, bila saya janji nanti tidak buat pula.

Sudah bersedia dengan hukuman?

Insya-Allah, saya akan terima sebarang hukuman dengan sikap yang terbuka. Saya tahu semua ini membawa ke arah kebaikan.

Pernah pergi ke pusat pemulihan sebelum ini?

Sejak terbabit dengan gejala dadah 10 tahun lalu, sudah dua kali saya pergi secara sukarela ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan pada 2010 dan 2012. Tapi, saya gagal pulih sepenuhnya. Sebagai orang yang dikenali masyarakat, sukar untuk saya pergi ke pusat pemulihan tanpa diketahui ramai. Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tanggapan orang ramai. Namun, sekarang orang semua sudah tahu dan ini akan lebih mudahkan saya mendapatkan pemulihan.

Ada usaha untuk berubah?

Rancangan itu ada. Siapa yang tidak mahu berubah? Saya akan banyakan tawakal selepas ini dan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini. Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga. Doakan untuk saya ya.

Bagaimana pula dengan anggota Slam yang lain dan masih menerima tawaran nyanyian?

Setakat ini, saya masih belum berjumpa dengan mana-mana anggota Slam. Yang saya tahu, mereka masih bersama saya dan memberikan sokongan. Mereka sudah lama bersama saya dan tahu apa yang saya buat. Ya, saya masih ada undangan. Nasib sepanjang saya ditahan reman, tiada persembahan yang saya perlu lakukan. Selepas ini, Insya-Allah ada.

Tahniah Lisa Surihani kini hamil anak pertama?

$
0
0
Pasangan yang sangat romantis ini sentiasa tersenyum apabila disoal tentang anak. Pastinya mereka juga seperti pasangan lain yang mahu cahaya mata sebagai penyeri kehidupan namun Allah lebih tahu dan telah menetapkan rezeki buat mereka.

Terbaru, artikel dari cik pang mengundang persoalan "lisa mengandung", jika benar alhamdulillah. Kami semua peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat lisa sekeluarga, tahniah.



10 Foto nikah anak perempuan Datuk Jaluddin Hassan

$
0
0
Datuk Jaluddin Hassan merupakan pelakon Malaysia dan hos Who Wants to Be a Millionaire? Datuk Jalaluddin dilahirkan pada 18 Februari 1954 di Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tag nama iaitu "Anda pasti" dan "Jawapan Muktamad" semasa menjadi hos rancangan kuiz Who Wants To Be A Millionaire menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu.

Baru-baru ini beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Tuanku Jaafar (DPTJ) yang membawa gelaran "Datuk" oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar sempena hari keputeraan baginda.

Beliau adalah anak ketiga kepada tokoh pengajian Al-Quran iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. Abangnya sulungnya ialah Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara dan abang keduanya ialah Dato' Fuad Hassan, bekas ADUN Ulu Klang dan kini Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khasatau JASA Kementerian Penerangan.

Sumber : Hotlips










10 Foto terlampau cantik kakak Emma Maembong

$
0
0
Nama Maembong tidak asing lagi dalam Industri hiburan tahan air Malaysia.. Sangat terkenal dengan kecantikan dan Kejelitaan anak-anaknya.

Kali ini blog eblog011 sajikan 10 keping gambar Effa, Kakak Emma Maembong yang sangat cantik untuk santapan mata korang. Boleh kalah Emma Maembong ni, betul tak?

Terpegun seketika kami bila melihat kecantikan ciptaan Ilahi ini. Terkejut kami... memang super cantik mengalahkan bidadari.











Foto basah Sharifah Sakinah yang amat pelik

$
0
0
Grr... seramnya gambar Sharifah Sakinah ni. Ingatkan sape tadi, terkejut kami dibuatnya hehe.

Korang tahu tak, sekarang ni Sharifah Sakinah berada di Bali, Indonesia. Perghh bestnya. tetapi siapa lah sakinah tanpa gambar dia yang hot. betul tak?

Sumber asal : Eblog29


Abby Abadi kritik Adi Putra pula isu aksi ranjang?

$
0
0
Belum habis kisah Abby Abadi menyelar tindakan JAKIM tentang insiden gadis dipeluk artis K-Pop, kini Abby kembali lagi dengan teguran khas buat seorang pelakon lelaki.

Hmm, kalau lihat daripada artikel yang dimuatnaik Abby melalui laman Instagramnya, sudah terang lagi bersuluh, tegurannya kali ini ditujukan kepada Adi Putra.

Tapi, kami tak mahulah pakai serkap jarang je. Kalau korang nak pastikan, cuba cek sendiri di google. Hehe. Apapun, jom tengok apa nasihat Abby.

Walaupun Abby tidak menyebut mana-mana nama pelakon, tetapi ia seolah-olah berkait rapat dengan kenyataan Adi Putra sebelum ini.


Kata Abby :

"Orang yang melakukan maksiat secara terbuka atau terang-terangan di hadapan manusia. Seperti apa yang dilakukan para penyanyi dan pelakon, yang menyanyi atau berlakon tanpa batas, shooting depan krew yang ramai, kemudian disiarkan pula dlm tv, panggung wayang, youtube dan sebagainya. Jenis pekerjaan yang seperti inilah telah melakukan dua perbuatan dosa sekaligus, iaitu:


"Menampakkan kemaksiatannya dengan bangganya dan membuka pula keaiban sendiri dgn mendedahkan aurat dan bersentuhan. Dan telah kita ketahui bersama bahwasanya kedua hal tersebut adalah perbuatan yang sangat hina dan tercela disisi DIA. Berlipat kali ganda lagi dosa bila yang melakukan itu pasangan yang bukan mahram atau dipasangkan dengan suami atau isteri orang."

Raja Azmi dan Eddie CRK rujuk semula?

$
0
0
Raja Azmi menerusi Melodi TV3 memberitahu bahawa dia terkejut apabila bekas suaminya menyampaikan hasrat untuk rujuk semula dengannya ketika rakaman satu program televisyen terbitan TV3 iaitu ‘Ya ke?’.

Khabarnya dia juga mengalirkan air mata kerana terharu dengan kesungguhan Eddie. Kata Eddie:

"Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Bukakanlah hati yang baik itu untuk kita rujuk semula. Saya hari-hari berdoa agar Tuhan jodohkan kita balik."

Apakah reaksi Raja Azmi dengan permintaan Eddie?


Raja Azmi mengakui masih keliru dan takut untuk memberi harapan dan mahu keadaan yang menentukan sama ada dia dan bekas suami akan rujuk semula.

Raja Azmi berkahwin dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 13 bulan.

Ia ialah perkahwinan kedua Raja Azmi yang sebelum ini berkahwin dengan Datuk Seri Jalani Sidek selama 28 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan ialah satu keputusan yang serius. Mungkin Raja Azmi masih memerlukan masa untuk membuat keputusan sama ada mahu kembali kepada bekas suaminya. Kita doakan Raja Azmi akan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.

7 Foto anak lelaki Linda Jasmin

$
0
0
Lama tak dengar cerita pasal Linda Jasmin kan? Kali terakhir pun selepas dia menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasi 2014 yang lalu.

Ala Murai Batu pun bukan ada cerita baru pasal guru tari ini pun, cuma baru-baru ini ada rakan Murai Batu kirimkan beberapa keeping foto seorang budak remaja mat salleh yang comel dan kacak, rupayanya anak kepada Linda.

Murai Batu tak sangka anak terunanya hasil perkahwinannya sebelum bersama pelakon Que Haidar itu sudah besar remaja dan semakin kacak. Wajah mat salleh yang diwarisi itu tak ubah macam penyanyi antarabangsa Justin Bieber pula.

Tak silap Murai Batu usia anak kepada Linda yang bernama Qalif Khan itu berusia dalam 14 tahun tahun ini. Patutlah dah besar remaja kan anak Linda tu.

Nampaknya, Qalif pandai juga membawa dirinya sendiri walapun ibunya sudah punya family baru dengan adik-adiknya yang lain.

Tak mengapalah, rasanya Murai Batu tak payah berceloteh panjang. Jom kita layan foto-foto Qalif terkini ini:








Sebab sebenar Mas Idayu cekik Hos Mentor Legend

$
0
0
Anda mesti kenal pengacara dan wartawan sensasi Zuan Azmi bukan? Saban minggu muncul di program hiburan Melodi selain kini menjadi hos belakang pentas untuk program Mentor Legend di TV3. Ada kisah menarik dari belakang pentas katanya semalam.

Melalui akaun Twitter beliau, Zuan Azmi menulis yang Mas Idayu yang sebelum ini pernah menjadi bualan apabila naik angin dengan peserta uji bakat Mentor Legend telah mencekik dan menyerang beliau ketika salah satu slot belakang pentas Ahad lalu.

Dalam temubual ringkas bersama kami, Zuan Azmi berkata yang Mas Idayu juga ada mencekik & menyerang beliau ketika rehearsal dijalankan dan telah diberi nasihat untuk tidak mengulanginya ketika siaran langsung namun perkara itu tidak diendahkan.


“Sebab dia perempuan, kalau dia lelaki memang saya sudah lawan balik sebab saya diajar untuk hormat perempuan. Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap professional apabila asyik dikenakan soalan panas,” ujarnya.

Sekali baca seakan Mas Idayu mahu bergurau dengan hos Mentor Legend itu namun kenyataan dari Zuan Azmi tidak menunjukkan perkara ini seperti boleh dibuat main. Kalau asyik kenakan artis dengan soalan panas, apa salahnya sesekali kena cekik ‘kan?

Sumber : Rotikaya


6 Foto anak gadis Saida, kakak Siti Nurhaliza

$
0
0
Wajah persis artis terkenal, Nora Danish, gadis manis ini kelihatan berseri-seri dan cantik sekali. Siapa sangka beliau rupa-rupanya merupakan anak gadis kepada kakak penyanyi terkenal Malaysia iaitu Saida Taruddin.

Sekali tengok, macam tak percaya pun ada, sebab tak macam mak dengan anak. Tapi lebih kepada adik dan kakak.

Saida kekal awet muda, anaknya, Nisa turut terkena tempias ibunya. Sama cantik sama muda. Ini belum lagi tunjuk anak Saerah, Umai, si cilik yang comel tu. Ehehe. Korang rasa macam Nora Danish tak? Kami rasa begitu. Cantik sungguh !!!

Sumber : Forum Cari







Luahan sedih Diana Rafar selepas fail penceraian

$
0
0
Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab apabila Diana bertindak memfailkan perceraian terhadap Zamarul pada 15 Januari lalu.

Namun penampilan terbaru Diana yang dikatakan telah bertudung sepenuhnya selepas krisis rumahtangga mendapat perhatian kami.

Menerusi beberapa keping foto terkini yang dikongsi olehnya di laman Instagram, Diana dilihat manis bertudung. Malah foto beserta ayat motivasi ini jelas menunjukkan Diana cuba untuk melupakan apa yang terjadi dan membuka lembaran hidup baru.

Jika benar Diana sudah berhijab sepenuhnya, baguslah kerana peminat pun sentiasa mendoakan yang terbaik buat Diana. Harap Diana terus tabah mengharungi hari mendatang dan menjaga kebajikan anak walaupun sudah berpisah nanti.

Sumber : Ohbulan




Sebab sebenar Sharnaaz & Anis Al-Idrus putus cinta?

$
0
0
Korang ingat lagi tak baru-baru ini Sharnaaz ada mengakui timbul salah faham antara dia dan kekasihnya ekoran dia mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah? - dipetik dari Portal Ohbulan.

Cerita Shila ni sebenarnya dah lama berakhir. Tetapi, status terbaru Sharnaaz yang dimuatnaik di laman Instagramnya mengundang 1001 persoalan di hati kami.

Bukan kisahnya dengan Shila, tetapi hubungannya dengan Anis Al-Idrus.


Melalui kapsyen yang ditulis, Sharnaaz seolah-olah sedang makan hati je. Ada masalah percintaan ke?

"Terbanglah, bebas lah.. Cahaya pasti kan kau temui.. Semoga Allah berkati Keluarga mu yg dikasihi..Amin.. Kebahagiaan bukan di tangan aku, tetapi di dunia yg bebas.."


Bila kami intai ruangan komen, ramai juga yang memberikan kata-kata perangsang kepada abang sado ini.

Malah, siap ada yang menasihati Sharnaaz untuk melupakan kisah silam. Ish..mengundang betul komen-komen tersebut.

Bikin kami rasa nak korek je apa sebenarnya yang bersarang dihati Sharnaaz sekarang ni.

Apapun, kami harap tak adalah apa-apa yang buruk berlaku dalam kehidupan Sharnaaz mahupun dari segi peribadi atau karier.

Sumber asal : Ohbulan



Rita Rudaini akhirnya mengaku Aidil Zafuan konsisten bayar nafkah RM2,000

$
0
0
Pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar mengakui bahawa bekas suaminya, Aidil Zafuan memasukkan wang RM2,000 ke dalam akaunnya secara konsisten bermula Januari sehingga Disember 2013.

Namun katanya, pada tahun 2012, Aidil Zafuan tidak memberikannya wang secara tetap setiap bulan.

“Saya lupa bulan berapa defendan gagal berbuat demikian. Saya kena semak semula,” katanya.

Menurutnya lagi, Aidil Zafuan mula memasukkan wang ke dalam akaunnya pada Mei 2012.

“Jumlahnya RM1,500 hingga RM2,000,” katanya.

Beliau berkata, wang yang diberikan itu bukan digunakan untuk dirinya.

“Saya tidak pernah menggunakan duit itu kerana dia (Aidil Zafuan) memberitahu wang yang dimasukkan tersebut adalah untuk nafkah anak,” katanya.


Ketika berjumpa dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini pernah memaklumkan bahawa jumlah wang yang diberikan oleh suaminya ketika itu tidak mencukupi untuknya dan dua anak mereka.

“Selain berjumpa, saya juga ada memberitahu melalui perkhidmatan pesanan mesej (SMS),” katanya ketika soal balas oleh peguam defendan, Rushdan Sujak Rafee, hari ini.

Rita Rudaini memfailkan tuntutan nafkah tertunggak RM5100 sebulan yang merangkumi perbelanjaan tempat tinggal, pakaian, makan dan pengangkutan serta keperluan asasi lain selama 20 bulan yang berjumlah RM102,000.

Perbicaraan permohonan tuntutan itu berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 14 April depan.

Sumber : Sinar Harian

6 Foto anak perempuan Linda Jasmine & Que Haidar

$
0
0
Pejam celik, pejam celik dan semakin membesar dan comel Murai Batu lihat puteri kesayangan Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Cleopatra dan Tengku Ratu.

Tengku Ratu Haidar dilahirkan pada 26 Oktober 2009 manakala Tengku Cleopatra dilahirkan pada 26 April 2012 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur secara pembedahan.

Melihat gambar mereka berdua di Instagram milik Que Haidar, Murai Batu sangat geram dan ingin mencubit-cubit pipi anak Que.

Ditambah lagi dengan berpakaian uniform sekolah,menyerlahkan lagi kecomelan Ratu dan Cleopatra yang seperti tidak sabar-sabar untuk bertemu rakannya di sekolah.

Que juga berkongsi telatah anaknya berada di dalam kelas yang kelihatan mereka berdua sungguh gembira, mesra dan tidak menangis.

Diharapkan anak Que dan Linda membesar dengan bijak dan dapat berjasa kepada ibu dan ayahnya kelak, Inshaa Allah. Jom kita lihat foto-foto mereka.







Viewing all 4594 articles
Browse latest View live