Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

10 Foto terkini Maria Farida cetuskan kejutan di Malaysia

$
0
0
Subhanallah... terkesima kami sebentar melihat koleksi foto Maria Farida yang keadaan bertudung. #Maria Farida yang pernah mencetuskan kontroversi dunia hiburan dengan memuatnaik foto-foto berbikini di laman instagram beliau, kali ini memuatnaik pula foto-foto beliau bertudung.

Tapi foto-foto beliau bertudung ini sebenarnya adalah atas urusan kerja. Kebanyakkannya adalah untuk sesi fotoshoot produk dan ketika Maria menunaikan umrah.

Sudah tentu sebagai peminat, kita harapkan artis cantik ini akan terbuka hatinya untuk berhijab suatu hari nanti. #SubhanAllah, indahnya ciptaan Allah.

Sumber : Nomi











Romie buat pengakuan sayu mengenai Hanez Suraya

$
0
0
Hmmmmmm. Tak tahu nak rasa terharu atau nak rasa pelik apabila membaca kenyataan tunang kepada Hanez Suraya, Romie Razin Adilha ini. Mana tidaknya, menurut usahawan berjaya ini, dirinya memang bercita-cita mahu memperisterikan Hanez sejak awal perkenalan mereka.

Namun kalau tak silap kami, Romie sudah pun bergelar suami orang ketika itu. Mungkin Romie bercadang untuk berpoligami. Iyerlah, orang kaya dan berkemampuan memang selalu beristeri lebih dari satu. Tak gitu?

Namun rintangan, dugaan dan halangan yang telah menimpa Romie dan Hanez tiada siapa menduga. Walaupun begitu, jodoh mereka memang amat kuat. Kini Romie dan Hanez telah pun selamat bertunang dan akan bernikah pada bulan Jun ini. 


Membaca kata-kata Romie, memang jelas menunjukkan lelaki ini seorang yang tidak mudah berputus asa untuk memiliki cinta Hanez. Kata Romie:

"Syukur Alhamdulillah segala-galanya terus dipermudahkan. Niat saya dari awal mengenali Hanez memang nak jadikan dia sebagai teman hidup saya. Tetapi lumrah dalam mana-mana hubungan pasti ada rintangan yang melanda.

Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Dalam hubungan kami pun, kami pernah melalui fasa berantakan. Tetapi saya tak pernah putus asa untuk terus memilikinya sekali gus memperisterikannya.

Ketika kami putus. Saya rasa kehilangan. Anak saya (dari perkahwinan terdahulu) pun sudah rapat dengannya. Jadi saya cuba memujuknya kembali. Tetapi bukan senang untuk memenangi semula hatinya."


Rasanya para pengikut perkembangan dunia hiburan juga sudah dapat menerima apa yang terjadi kepada Hanez dan Romie. Rata-rata sudah memaafkan bakal pasangan suami isteri ini. 

Satu ketika dahulu, memang nama Hanez Suraya dan Romie cukup dibenci orang ramai. Semoga apabila mereka berkahwin kelak, segala kisah-kisah tersebut akan dilupakan. 

Apa pun, tahniah kepada Romie kerana akhirnya apa yang dicita menjadi kenyataan. Selamat bergelar suami !!! - Beautifulnara

Bekas isteri Jimmly Shanley respon isu dipenjara 7 hari

$
0
0
Persengketaan antara Jimmu Shanley Norjahan Saleh, 33, dengan bekas isterinya Nursuhaila Eliani, 29 telah berlangsung bertahun lamanya. Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan kedua belah pihak mengenai perkahwinan mereka yang berakhir dengan perceraian.

Bagaimanapun, semalam, Suhaila telah dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Syariah Shah Alam selepas didapati sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anaknya.

Suhaila dikatakan gagal menyerahkan anak mereka, Zahrah Rania, 5, kepada Jimmy pada tiga tarikh

iaitu 16-18 April, 23-25 April dan 30 April-2 Mei 2013.

Suhaila memberitahu Sinar Harian bahawa dia akur dengan keputusan mahkamah walaupun terkejut pada awalnya.

"Saya akan lakukan apa saja demi Zahrah Rania.

Saya tak rasa hubungan kami boleh baik kerana dia sendiri tak pernah ambil tahu hal anak.

Menurut Suhaila juga, Jimmy tidak ambil tahu mengenai belanja dan keperluan anak."

Jimmy tidak pernah memberi duit untuk membeli susu, lampin pakai buang dan keperluan anak.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan ibunya, Datin Muniroh Kassim.


Biasanya yang menjadi mangsa persengketaan pasangan yang bercerai ialah anak mereka. Diharap kedua belah pihak boleh bertolak ansur dan mencari jalan penyelesaian untuk berdamai, sekurang-kurangnya untuk Zahrah Rania yang masih kecil itu.

Untuk makluman anda, Suhaila hadir ke mahkamah ketika hukuman dibuat tetapi Jimmy tidak hadir, khabarnya untuk menjalani latihan pengacaraan sebuah rancangan televisyen.

Sumber : Beautifulnara

Sebab sebenar Hanez Suraya percepat akad nikah

$
0
0
Pelakon Hanez Suraya mengesahkan akan bernikah 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Akad nikah Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz dengan pasangannya, Romie Razin Adilha dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban.

Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.

Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

Hanez dan Romie sebaik mungkin cuba mempercepatkan perkara baik ini. Pasangan ini bertunang 3 Januari lalu di Seremban.

Ikuti temubual Hanez dan Romie kepada BH Online baru-baru ini.

"Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.

"Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.

"Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap,"
kata Hanez.


Menurut Hanez untuk majlis perkahwinannya nanti tiada tajaan besar daripada mana-mana pihak. Seperti biasa Hanez turut mahu mengabadikan hari bahagiannya dengan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa.

"Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.

"Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu,"
katanya.

Hanez memberitahu ketika beliau sedang sibuk merencana hari bahagia, ada tawaran berlakon yang bertandang.

"Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan," katanya - Berita Harian.

4 Foto terkini Lisa Surihani selepas disahkan hamil anak pertama

$
0
0
Desas desus mengenai status Lisa Surihani yang sebelum ini didakwa hamil akhirnya terungkap setelah disahkan sendiri oleh suami tercinta, Yusry Abdul Halim.

Tak apa lah memandangkan semua dah terjawab, jom kita ushar sikit foto-foto terbaru Lisa setelah disahkan hamil di majlis pelancaran filem Cicakman 3.

Memetik laporan Sinar Harian, Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua.

"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.

Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut."


Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.

Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium."


Apa-apa pun tahniah daripada kami di atas berita gembira ini - Ohbulan.





Info terkini pesawat MH370 oleh DCA mengejutkan

$
0
0
Malaysia hari ini secara rasmi mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, perisytiharan itu membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya dalam proses pampasan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman khas berkaitan pesawat berkenaan yang disiarkan menerusi TV1 RTM, sebentar tadi.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan.

"Carian dasar laut untuk pesawat MH370 adalah berterusan, melibatkan empat kapal.

"Malaysia amat terhutang budi kepada semua negara dan individu atas bantuan dan sokongan yang diterima untuk MH370,"
katanya.

Sumber : Berita Harian


Luahan sayu Sharnaaz Ahmad putus cinta dengan Anis?

$
0
0
Teka-teki mengenai status terkini percintaan diantara Sharnaaz Ahmad dan kekasihya, Anis Al-Idrus nampaknya masih menjadi tanda tanya.

Terbaru, menerusi sekeping foto yang dimuatnaik oleh Sharnaaz di laman Instagram, ada sesuatu yang cuba disampaikan olehnya kepada peminat di luar sana.

Rasanya umum mengenali kekasih hati Sharnaaz, Anis yang merupakan seorang pengusaha tudung dan model. Malah Anis juga pernah beberapa kali membintangi drama tempatan.

Namun tindakan Anis memadam foto Sharnaaz di laman Instagram miliknya mengundang perhatian peminat. Semalam, Sharnaaz memuatnaik sekeping foto dengan kapsyen yang agak menyentuh hati.


"Adik, awak datang masa abg ada musibah, tapi awak bagi abang sedar yg hidup kita mungkin susah, tapi kita ada istimewa masing masing..

Kami pasti ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Sharnaaz selain daripada rasa terharu dan kagum terhadap kedatangan seorang kanak-kanak kurang upaya ke fitness center nya."


Sehingga kini Sharnaaz mengambil keputusan untuk merahsiakan status hubungannya. Namun sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap Sharnaaz tidak pernah putus malah sentiasa mendoakan yang terbaik.

Jika benar percintaan antara mereka berdua sudah pun berakhir, harap Sharnaaz tabah dan cekal dalam mengembangkan keriernya - Ohbulan.


16 Foto sambutan harijadi Umie Aida

$
0
0
Untung jadi Umie Aida. Walaupun dah dua minggu hari lahirnya berlalu, tapi masih ramai lagi yang bersemangat meraikan selebriti jelita ini. Kalau kita, belum tentu ada orang nak sambut. Haha!

Surprise birthday party ini nampaknya dirancang rapi oleh sahabat-sahabat baik Umie di Bangsar Avenue. Malah, setiap momen indah di majlis tersebut juga dirakam oleh jurugambar khas, Little Stars Photography - Ohbulan.


















Anak perempuan Awie dedah sikap sebenar Rozana Misbun

$
0
0
Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung penyanyi Awie yang kini sedang naik turun mahkamah akibat kesnya bersama isteri Rozana Misbun.

Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun telah terpanggil untuk menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu tinggal dan hidup bersama ibu tirinya, Rozana Misbun.

Baru-baru ini, Rozana Misbun ada membuat kenyataan media apabila berjaya mendapat hak jagaan anak. Ini kenyatan dari Rozana Misbun: (temubual bersama mStar)



Bagi anak gadis ini, kenyataan Rozana Misbun ternyata banyak penipuan dan dia sedia menjadi saksi untuk menceritakan kisah sebenar sekiranya diperlukan.

Ini pula kisah dari pengalaman sendiri Puteri Aleeya Antasha: - Hotlips


Akhirnya Siti Nurhaliza kini berpurdah?

$
0
0
"Fesyen baru tokti. Kesian pulak tokti kena pakai mask sebegini. Kt uss tu kalau time cuaca panas sgtlah rimas!! Dgn sesaknya lagi." - Forum Cari.

Menurut tajuk yang ditulis di laman forum cari, penyanyi tersohor ini dianggap sudah berpurdah? Kami tak tahu betul ke tak andaian penggiat forum ini.

Apapun, korang bolehlah layan sekeping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza kat bawah yang dikatakan sudah mula memakai purdah.




3 Foto anak Erra Fazira atas sejadah yang mengejutkan

$
0
0
"Alhamdulillah... semangat nak belajar tu ada... tapi lepas satu rakaat dah tumbang. Toleh belakang... dah sekiannnnn wabillahhhh," begitulah seloroh Erra Fazira mengenai ragam anak sulungnya Engku Aleesya ketika belajar sembahyang.

Kata orang... melentur buluh biarlah dari rebungnya ya tak? Tahniah buat Erra!! - Myartis.




Komen Johan Raja Lawak kontroversi Virus tersingkir di MLM 2014

$
0
0
Nasib tidak memihak kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor di sini sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.

Sejak awal lagi, Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.

Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.

Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.


Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.

Berikut pula ialah screenshot komen Johan Raja Lawak selepas kumpulan Virus tersingkir semalam di separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014.

Sumber screenshot : Blog Sinarharian-on9


8 Foto terbaru Cikgu Aishah paling HOT

$
0
0
Baru-baru ini sebuah kisah bapa yang menulis surat cinta kepada gurunya menjadi viral di media sosial terutama whatsapp.

#Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah…

#Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya…

Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?

Rupanya…cikgu tersebut finalist Dewi Remaja tahun 2014. Macam ni nak pergi sekolah balik boleh tak? - Blog Nomi









Kandungan mesej mesra Zaquan Adha dan gadis misteri

$
0
0
Di laman Rotikaya, sekeping lagi gambar bukti Zaquan Adha membuat panggilan video dan mesej mesra dengan seorang gadis telah diupload.

Ini merupakan kali ketiga perbualan dan mesej Zaquan Adha dengan gadis lain tersebar.

Melalui sekeping printscreen gambar itu, Zaquan Adha sempat bermesej dengan gadis misteri itu sebelum tidur. Isteri Zaquan, Ayu Raudhah dikatakan ketika itu berada di tingkat atas.

Sebelum ini, Ayu Raudhah menafikan gambar-gambar yang tersebar di laman sosial itu membabitkan suaminya.

Zaquan masih lagi belum membuat sebarang kenyataan dari pihaknya - Blog viral-otak.


7 Foto meletop Emma Maembong di Majlis Resepsi Perkahwinan Eina Azman

$
0
0
Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Eina Azman dan Dato Paduka Kaiser Gurmeet telah mengadakan sebuah majlis resepsi bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.

Pasangan suami isteri berkenaan mengenakan busana dari warna putih dan menggunakan tema perkahwinan warna ungu dan putih.

Majlis Resepsi Eina Azman Dan Dato Paduka Kaiser Gurmeet itu telah dihadiri beberapa orang artis antaranya Miera Liyana, Fasha Sandha, Michael Ang, Erin Malek, Sharifah Sakinah, Zizan Razak dan Emma Maembong.

Apapun, mari kita skodeng beberapa gambar majlis resepsi Eina Azman dan Dato Paduka Kaiser Gurmeet yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. Selamat berhujung minggu dan ong gedek gedek.









3 Foto sekitar majlis resepsi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

$
0
0
Media Hiburan Online kongsikan foto menarik yang dikongsikan oleh pembaca setia kami ketika menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang berlangsung pada 31 Januari lalu.

Seperti yang telah kami maklumkan sebelum ini, majlis persandingan yang diadakan di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK) ini adalah bersempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF) yang mana mereka telah dilantik sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

Menerusi foto yang dikongsikan, majlis tersebut berlangsung mengikut adat dengan lengkap diiringi kompag serta diadakan majlis memotong kek.

Sumber : Mediahiburan




Foto Nora Danish tunjuk lurah?

$
0
0
Terkejut kami tadi apabila melihat sekeping foto terkini yang dimuatnaik oleh aktress comel Nora Danish di akaun Instagramnya.

Apa tidaknya, baju yang dipakainya terlalu seksa sehingga menampakkan bahagian lurah dadanya yang putih melepak. 

Apapun, Nora tetap cantik dan menawan sekali.. hehe.. jom saksikan foto Nora dibawah.. jangan pandang lama-lama dahlah.




Sebab sebenar pelajar UiTM dikelar leher teman lelaki?

$
0
0
Seorang wanita berusia 19 tahun dibunuh kejam oleh rakannya apabila lehernya dikelar di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang, di sini.

Mangsa seorang remaja perempuan, yang juga pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Nur Syuhada Johari, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang tadi selepas dia dipercayai dikelar di bahagian leher dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.


Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

“Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggang dan melihat ramai orang awam turut berhenti menyaksikan kejadian terbabit.

“Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah dikelar dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,”
katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

“Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”
katanya.

Sumber : Sinar Harian

2 Foto terakhir Nursyuhada, mangsa kelar teman lelaki amat menyedihkan

$
0
0
Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi semalam.


Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.

Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,”
katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.



6 Foto terakhir Fathia Latiff & Aiman Hakim Redza sebelum putus cinta

$
0
0
Sebelum ini pernah timbul beberapa gossip mengatakan yang pasangan ini sudah tidak bersama namun masing masing mengambil keputusan untuk mengulas lanjut tentang perkara itu selain menganggap ianya resam dalam bercinta untuk bergaduh manja, katanya.

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Fathia Latiff mengesahkan yang hubungannya dengan Aiman Hakim Redza kini sudah berakhir namun tidak meletakkan sebarang tarikh bilakah mereka putus dan menganggap tiada jodoh antara mereka berdua.

“Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, Fathia Latiff yang enggan mendedahkan punca mereka putus cinta kini mahu lebih fokus terhadap kerjaya dan tidak akan sesekali memusuhi Aiman Hakim Redza hanya kerana tiada jodoh antara mereka.

“Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya”

“Kini, saya berbalik kepada soal jodoh dan saya tidak akan pernah memusuhinya,”
tambahnya lagi yang sudah dua tahun menjalin cinta dengan pelakon lelaki itu.

Sumber : Rotikaya







Viewing all 4594 articles
Browse latest View live