Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Bapa mangsa kelar leher dedah sikap sebenar teman lelaki Nursyuhada

$
0
0
Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki pada Isnin pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,"
katanya kepada pemberita.


Anaknya Nursyuhada, 20, yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak, Isnin.

Johari berkata namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih menganggunya.

Beliau berkata keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Beliau berkata pemuda tersebut pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.

"Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

"Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,"
kata Johari.

Beliau berkata bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya telah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi Selasa - mStar.


8 Foto pernikahan Shila Amzah secara senyap-senyap?

$
0
0
Mungkin ada yang terkejut sebaik membaca tajuk di atas. Mana tidaknya, OHBULAN! sendiri pun seakan tak percaya sebaik melihat foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru.

Melihat kepada foto-foto yang dikongsikan, ramai tertanya-tanya tentang tujuan Shila bergaya seakan pengantin yang bersedia untuk diijabkabulkan. Adakah penyanyi ini sudah menemui pengganti cinta hatinya di negara orang?

Namun kalau anda nak tahu, Shila sebenarnya terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan.

Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol.

Menerusi video rakaman persembahan Shila, OHBULAN! percaya ramai peminat Shila yang berbangga dengan pencapaiannya hingga berjaya mencipta nama di China.

Bagi yang belum berkesempatan melihat persembahan Shila tempoh hari, di bawah ini OHBULAN! sertakan video rakaman dan foto-foto perkongsian Shila. Semoga terhibur!

Sumber asal : Portal Ohbulan
Sumber copy & paste : Blog Kalamungu









Miela buat pendedahan mengejutkan mengenai Siti Nurhaliza

$
0
0
Seorang pekerja SNP telah menggelar bosnya iaitu penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri di dalam contact number di telefon bimbitnya.

Ada yang bertanya kenapa simpan nombor Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri, adakah kerana dia seorang bos yang garang?

Namun sebenarnya, berdasarkan sumber, pekerja bernama Miela itu seorang pekerja yang rapat dengan Siti Nurhaliza dan suka bergurau dan bersenda dengan Siti Nurhaliza.

Sehinggakan mereka berdua pernah berebut bantal di dalam kereta, begitlah rapatnya hubungan mereka berdua.

Jadi mungkin dia save contact number Siti Nurhaliza sebagau bahan gurauan sahaja. Bukan betul-betul mimpi ngeri pun.

Kiranya perangai mereka berdua ni gila-gila sikit dan juga mendedahkan perangai Siti Nurhaliza sebagai bos yang baik - Figuramalaya.




3 Gambar kenderaan mewah Johan Raja Lawak akhirnya didedahkan

$
0
0
Johan raja lawak memang banyak memenangi anugerah yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Ini belum dicampur lagi gaji sebagai DJ di Era FM,duta dan jemputan berbayar ke majlis korporat.

Dengan kejayaan dan betapa murahnya rezeki Johan Raja Lawak ini, ramai yang tak sangka kenderaan yang dinaiki oleh Johan untuk pergi ke kerja di Eram FM.

Ramai sangka Johan naik kereta mewah, namun beliau hanya menaiki motosikal ke tempat kerja. Jom lihat kenderaan milik Johan Raja Lawak kat bawah.

Bagus la tu Johan... ketika orang lain semua berjoli sakan menghabiskan duit yang ada, Johan boleh simpan dan berjimat untuk masa depan dan anak-anak - Infolaju.

Jom saksikan 3 gambar kenderaan mewah Johan Raja Lawak kat SINI.


Rintihan sedih Ibu kepada Nursyuhada, mangsa kelar leher teman lelaki

$
0
0
Wanita terbabit, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia dan suami, Johari Hashim, 55, pernah beberapa kali menasihatkan suspek supaya tidak mengganggu mangsa, Nursyuhada, 20, namun tidak dihiraukan.

Nor Azlina juga memberitahu, mereka menghalang suspek yang merupakan rakan sekampung daripada menjalinkan hubungan dengan Nursyuhada itu kerana dia disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

“Namun saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian terhadap anak saya. Insiden semalam tidak dapat dilupakan apabila saya menerima panggilan daripada rakan Nursyuhada mengatakan dia diculik dengan diacukan pisau oleh lelaki itu.

“Saya cuba menelefon untuk merayu agar anak saya tidak diapa-apakan namun tidak dijawab sehingga suami terpaksa menelefon keluarganya sebelum diberitahu dia telah menikam anak saya.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Kenapa sanggup dia bertindak kejam terhadap anak saya yang baik hati,”
katanya ketika ditemui di Kampung Cherok Mokkan, Napoh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Nursyuhada yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.


Menurut Nor Azlina, walaupun terkejut dan bersedih dengan tragedi tersebut, keluarganya reda dengan pemergian anak kedua daripada enam adik-beradik itu.

“Arwah seorang anak yang periang dalam keluarga dan beberapa hari sebelum kejadian sikap manjanya menjadi-jadi kepada kami sehingga saya tertanya-tanya namun saya tidak sangka perkara seperti ini akan menimpanya,” katanya.

Baca selanjutnya SINI : Nomi

Akhirnya Zizan Razak buka mulut beri amaran kepada Fazura?

$
0
0
Panas dan makin panas! Itu reaksi kami apabila melihat foto terbaru yang dimuatnaik oleh Zizan di laman Instagramnya.

Sekali pandang, foto yang menunjukkan dirinya dan Johan itu mungkin nampak seperti tiada apa-apa namun kapsyen yang digunakan seperti dituju buat seseorang. Zizan warning siapa itu?

Sebelum ini Zizan pernah ditegur oleh Fazura ekoran sikapnya yang mencelah ketika prorram Maharaja Lawak Mega. Malah Zizan turut beberapa kali dicemuh peminat kerana prestasi hambarnya bersama Virus.

Namun persoalannya sekarang, kapsyen ini ditujukan buat siapa? Berdasarkan pemerhatian kami, ramai pengikut Zizan di Instagram mengaitkan nama Fazura (baca kapsyen tersebut kat bawah).

Mungkin kerana tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi, ramai peminat mendesak Zizan mengambil positif kritikan juri di MLM. Tambah mereka, Zizan perlu move on.

Apa-apa pun Zizan ada alasan tersendiri mengenai kapsyen terbarunya ini - Portal Ohbulan.






Penjelasan sebenar Zizan Razak mengenai status Warning buat Fazura?

$
0
0
Apabila Nur Fazura mengumumkan nama Virus sebagai kumpulan yang terkeluar minggu lalu daripada cabaran MLM2014, ribuan para peminat Virus membanjiri akaun Instagram pelakon tersebut dan meletakkan penyingkiran itu sebagai kesalahannya.

Sedih juga jadi Fazura. Jalankan tugas sebagai juri pun kena bahan oleh para peminat. Memang ada sesetengah peminat yang agak taksub dengan selebriti sehingga apa yang dibuat walaupun tak best, tetap nampak super duper best.



Kami tersenyum kambing apabila melihat kata-kata Fazura yang ditulis buat peminat Virus yang menyalahkan dirinya. Pandai juga Fazura ini bermain kata. Sempoi!!! 

Kalau si peminat tak terasa lagi, tak tahulah nak kata apa. Biasalah tue adat menang kalah dalam pertandingan. Namun terbaru, satu gambar Zizan yang dimuatnaik bersama dengan satu kapsyen telah disalaherti oleh para peminat. Kononnya kata-kata Zizan itu ditujukan kepada Fazura.


Namun Zizan telah mengubah kapsyen di gambarnya bersama Johan dan menafikan ia ditujukan kepada Fazura. Menurut Zizan, ia hanyalah satu rap. Terang Zizan:


Diharap para peminat dan pemerhati di luar sana tidaklah menyangkut pautkan lagi setiap perbuatan Zizan dengan Fazura dan begitu juga sebaliknya. Kesian kepada mereka berdua. Nanti nak muatnaik apa-apa pun kena fikir 5,6 kali. 

Takut-takut tersalah anggap sedangkan realitinya tak ada kaitan pun. Cukup-cukuplah menyalahkan Fazura atas penyingkiran Virus. Memang sudah tertulis bukan rezeki mereka. Tak gitu?

Sumber asal : Beautifulnara

2 Gambar terkini bentuk badan Ozlyn, isteri Johan Raja Lawak paling mengejutkan

$
0
0
Ramai yang nak tau kan apa rahsia Ozlyn nie maintain jer kurus. Apabila kita lihat foto nie kita dapati pelakon jelita Ozlyn yang juga merupakan isteri kepada Johan Raja Lawak terkenal nie memang maintain kurus dan bertambah cantik. Apa rahsia Ozlyn nie yer???

Antara sebab utamanya ialah Ozlyn sentiasa mengamalkan minuman air akar kayu ketika berpantang. Yang lebih memeranjatkan lagi ialah Ozlyn telah berjaya mengurangkan berat badannya ke bentuk asalnya dahulu iaitu 55 kilogram hanya dalam masa dua bulan.

Pergghhh ramai yang teruja nak tau apa rahsia nie kan? Pasti ramai gadis di luar sana yang mengimpikan bentuk tubuh badan secantik Ozlyn. Tak gitu?

Walaupun usia umur Ozlyn kini telah mencecah 34 tahun, beliau nampaknya semakin cantik dan kurus kerana hampir setiap hari Ozlyn akan mengambil segelas air herba. Beliau mengamalkannya hanya pada waktu pagi walaupun telah habis tempoh berpantang selama 44 hari.

Ozlyn akui walaupun pada mulanya agak kurang selera, loya dengan bau air akar kayu tersebut yang agak piau namun lama kelamaan dirinya sudah terbiasa dan berjaya mengurangkan berat badan ke tahap yang memuaskan.

Ozlyn yang berjaya mengurangkan berat badan mengakui kebaikan mengamalkan pengambilan air akar kayu turut menghilangkan selulit yang terdapat pada badannya selepas bersalin dan membantu proses penghadaman selain membuatkan dirinya lebih bertenaga ketika melakukan aktiviti seharian.

Ozlyn juga berkata belum masanya lagi untuk beliau kembali aktif dalam bidang seni kerana tanggungjawabnya sebagai seorang ibu terhadap anak-anaknya. Namun beliau mungkin tidak akan menolak sebarang tawaran berlakon sekiranya ia tidak melibatkan waktu penggambaran yang terlalu panjang.

Memang sepatutnya wanita di luar sana mengikuti cara-cara dan rutin Ozlyn nie kalau nak kekal cantik dan kurus dan langsing seperti nya. Air akar kayu nie memang banyak kebaikannya untuk dalaman wanita, Antara kebaikannya ialah boleh cantik, boleh kurus dan mantappp. - Blog Cintahatiku85.

Berikut ialah dua keping gambar bentuk badan terkini Ozlyn, isteri Johan Raja Lawak yang tetap langsing meskipun baru dua bulan melahirkan anak keempat mereka. 




Fazura balas status amaran Zizan Razak

$
0
0
Persengketaan di antara Fazura dan Zizan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sejak berlangsungnya program Maharaja Lawak Mega 2014 mungkin tidak benar.

Menerusi foto terbaru yang dimuatnaik oleh kedua-dua selebriti ini di laman Instagram masing-masing mungkin menceritakan hal yang sebenar. 

Andai benar tiada persengketaan, baguslah. Namun foto lain yang dimuatnaik oleh Fazura beberapa jam sebelum itu ditujukan buat siapa?


Selang dua jam selepas Zizan memuatnaik foto dengan kapsyen yang menimbulkan seribu satu persoalan itu, Fazura turut memuatnaik foto seolah membalas kenyataan tersebut. 

Namun tidak terlalu direct, cuma berkongsi maksud sore loser yang diertikan sebagai seseorang yang menyalahkan orang lain atas kesalahan dan kekalahan diri sendiri.


Menerusi perkongsian Fazura yang mengajak pengikutnya memahami maksud sore loser ini, sejujurnya kami yakin Fazura layak untuk diberi watak guru di dalam musim baru Oh My English bergandingan dengan Zain Saidin.

Sumber : Ohbulan

4 Foto sekitar Baby Shower Zarema Zainal, isteri Aidil Zaquan

$
0
0
Ramai melemparkan komen negatif berkenaan majlis 'Baby Shower' tersebut yang dikatakan tidak Islamik dan lebih baik kelahiran anak itu disambut dengan mengadakan kenduri doa selamat.

Melalui akaun Instagram beliau, Zarema telah melahirkan rasa terkilan kerana dia telah mengadakan dua kenduri doa selamat sebelum majlis baby shower tersebut.

Majlis tersebut telah diadakan di Klang dan Johor Bahru. Bagaimanapun, Zarema memaafkan mereka yang mengata dan selebihnya adalah urusan orang tersebut dengan Allah.

Melalui maklumat yang kami terima, majlis baby shower biasanya dianjurkan oleh kawan-kawan rapat ibu mengandung yang diraikan untuk memberi hadiah kepada bayi. 

Majlis ini hanya dihadiri oleh perempuan sahaja dan kos penganjuran adalah ditanggung oleh rakan-rakan ibu mengandung tersebut.

Diharap selepas ini tiada kekeliruan berkenaan isu tersebut memandangkan Zarema telah tampil memberi penjelasan. Untung juga bila kita ada rakan-rakan rapat yang sudi meraikan kita, bukan? Doakan segalanya dipermudahkan buat Zarema.

Sumber asal : Eblog011





Shila Amzah pula beri amaran kepada penyebar foto dan videonya tak bertudung

$
0
0
Penyanyi Shila Amzah hari ini mendesak pihak yang masih menyiarkan foto dan videonya tidak berhijab berhenti berbuat demikian.

Shila yang mula berhijab sepenuhnya sejak 2012 terpaksa menyuarakan pendirian tersebut setelah ramai pihak masih menyiarkan foto dan video dirinya tidak bertudung di laman sosial.

Tambah Shila lagi, dia bakal block siapa-siapa yang masih lagi tag dirinya dengan gambar yang tidak berhijab. Namun tidak pasti jika amaran ini turut ditujukan buat stesen TV memandangkan ada dramanya tidak bertudung masih disiarkan.

Pada masa sama, Shila turut menyuarakan pendiriannya itu di laman Twitter. Shila mungkin ada sebab tersendiri disebalik tindakannya itu. Harap ada pihak yang mendengar keluhan Shila ini.

Bagi kami yang lepas itu biarlah berlalu pergi dan pandang kehadapan. Lagipun bukan salah mereka juga untuk siarkan - Ohbulan.





4 Foto terbaru Zamani Slam sedang jalani pemulihan

$
0
0
Untuk pengetahuan umum semua buat masa ni Zamani sedang menjalani terapi pemulihan. Jangkamasa berapa lama belum lagi diketahui lagi. Harap peminat semua dapat sama2 berdoa agar beliau cepat pulih dan sembuh," begitulah info mengenai perkembangan Zamani Slam melalui FB officialnya semalam.

Bagaimanapun, tidak diketahui di manakah penyanyi itu menjalani rawatan. Namun ada tekaan kemungkinan Zamani dirawat di Rumah Pengasih sebagaimana Jamal Abdillah mendapat rawatan.

Malah minggu lalu, Pengerusi Pengasih, Datuk Yunus Pathi ada berkata, pihaknya sedia membantu Zamani untuk pulih daripada ketagihan dadah.

"Pihak kami tidak ada masalah dan sedia menerima dia (Zamani) masuk ke rumah Pengasih jika dia benar-benar mahu berubah. Kalau mahu berubah, di mana-mana pun bo#leh, kita akan bantu sekiranya dia mahu.

"Dengan kaedah dan rawatan yang disediakan, saya yakin Zamani mampu pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. 

"Kita ada contoh terbaik iaitu Datuk Jamal Abdillah pernah menerima ra#watan di sini dan berjaya pulih," tambahnya - Eblog011.





3 Foto dan video aksi peluk Awie & Erra Fazira

$
0
0
Gambar dan video Awie dan Erra Fazira berpeluk dalam hutan ini diupload oleh Erra Fazira sendiri. Ia bukanlah aksi peluk suka-suka kerana mereka hanya melakonkan salah satu babak dalam drama Takhta 3 Ratu.

Takhta 3 Ratu arahan Erma Fatima pastinya akan mengundang sedikit kontroversi. Ini kerana drama yang menceritakan kisah pemerintahan Sultan Mansur pada tahun 1546 memerlukan pelakon wanita berkemban agar suasana pemakaian zaman dahulu akan nampak hidup.

Drama Takhta 3 Ratu menampilkan beberapa pelakon hebat tempatan seperti Erra Fazira,Awie, Elli Suriati dan aktres kelahiran Indonesia, Feby Febiola.

Ramai peminat mengharapkan dua pelakon ini berkahwin semula memandangkan mereka pernah putus tunang pada zaman filem Sembilu dahulu.

Sumber asal : Blog Infolaju
Tonton video aksi peluk itu sini : INFOLAJU




Abby Abadi dikecam lagi kerana aibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

$
0
0
Foto dan video Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang membuat lawatan mesra ke Batu Caves bersempena sambutan Thaipusam pada hari Selasa lepas sangat mencuri perhatian ramai di laman sosial.

Tak terkecuali, Abby Abadi juga seperti biasa mempunyai pendapat sendiri terhadap sesetengah isu termasuklah perkara ini.

Disebabkan tindakan Abby yang memuat naik foto PM bersama isteri sambil meletakkan keratan berita dipercayai dari sebuah portal bertarikh 10 Februari 2012, Abby teruk dihentam di laman Instagramnya.



Rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Abby berkongsi foto tersebut kerana menganggap bekas penyanyi itu sengaja mahu mengaibkan pemimpin negara.


Korang rasa Abby berdiam diri ke? Mestilah tidak. Ibu kepada tiga anak itu mendakwa apa yang dibuatnya adalah bersebab.



Mungkin penjelasan individu bernama @lydiaelmi di atas sedikit sebanyak dapat menjernihkan keadaan dan membuatkan segelintir pihak lebih memahami maksud sebenar Abby.

Sumber : Ohbulan

Foto penampilan baru Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memeranjatkan

$
0
0
Pasangan sensasi yang baru sahaja melangsungkan majlis persandingan mereka hujung bulan lalu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali mencuri tumpuan dengan penampilan baru yang pasti sangat mengejutkan orang ramai.

Kami yakin ramai yang turut terpegun dan tidak menyangka perubahan mereka ini. Jom saksikan gambar perubahan mengejutkan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal di bawah.




Sesi Photoshoot Pertama Lara Alana Sebagai Model Majalah

$
0
0
Nampaknya, selepas Aaisyah Dhia Rana jadi penghias cover majalah, kini tiba giliran Lara Alana pula.

Untunglah, kecil-kecil muka dah boleh jual jadi model. Bukan calang-calang, model muka depan tu. Mek ni muka setakat keluar kat majalah sekolah je tau! Hihi.

Untuk pengetahuan peminat Lara seluruh Malaysia, Awal Ashaari ada berkongsi gambar sekitar photoshoot. Teruja betul Lara!

Walaupun si kecil ni baru berusia 6 bulan, keletahnya mengalahkan kanak-kanak usia setahun. Patutlah Lara dipilih sebagai cover majalah Glam Deco edisi April ini.

Amboiii, kecil-kecil dah diva. Gurau jela! Lucu pula kami baca kapsyen yang ditulis di IG Lara ni. Punyalah penat sampai tertidur Lara di set.

"Okay Rara nak cakap thank you, team @glamdekomy yg sgt professional dan sanggup tunggu Rara tidur masa shoot tadi haha. Can’t wait for April’s issue."

Tapi tak apa, krew produksi sanggup tunggu Lara bangun demi mendapatkan shot-shot menarik.

So, macam mana? Dah tak sabar nak beli majalah Galm Deco? Tunggu bulan depan ya.

Sumber : Ohbulan




2 Foto adik perempuan Syaiful Zero yang cun melecun

$
0
0
Salah seorang ahli kumpulan Zero yang sering menjadi perhatian ramai setiap kali muncul dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), Syaiful mengumumkan yang beliau bakal berkahwin selepas tamatnya persaingan peringkat akhir program itu.

Menurut laporan Astro Gempak, Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Bin Doli Sharif berkata yang beliau akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini dan jika ada rezeki mahu menggunakan sebarang duit kemenangan sebagai belanja kahwin.

“InsyaAllah, saya akan tamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin. Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu,” ujarnya.

Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati turut mengakui tidak risau dengan status sebagai suami orang kelak dan berkata cukup dengan seorang ‘peminat wanita’ sahaja. Sempat bergurau. Tahniah Syaiful dan bakal isteri nanti!

Berikut ialah dua keping gambar adik perempuan Syaiful Zero yang sangat cun melecun. Kredit kepada blog sinarharian.




7 Foto koleksi kereta mewah Jep Sepahtu

$
0
0
Wowww....tu diaaaa. Jep Sepahtu dilaporkan memiliki sebuah kereta Honda Civic berwarna biru yang dahulunya berwarna putih (tukar kaler).

Selain kereta Honda Civic itu, Jepp juga memiliki kereta mini cooper berwarna merah yang awesome. Orang bujang katakan...ape ada hal kan. Tahniah Jepp Sepah.

Jom layan 7 keping foto koleksi kereta mewah Jepp Sepahtu yang pasti mengejutkan anda.








Foto meletop Fazura di Final program Maharaja Lawak Mega 2014

$
0
0
Waduh... cantiknya penampilan Nur Fazura di Final program Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung malam tadi sehingga memukau ribuan penonton yang hadir.

Lagi mengejutkan, gambar tersebut menjadi viral di laman sosial dan menerima puluhan ribuan likes dan ratusan komen dari peminat serta hater.

Pergh... macam demam Fazura pula di MLM 2014 kali ini. Betul tak?

Sumber gambar & screenshot : Eblog011





Mesej mengejut KETUM FC buat kumpulan Zero selepas juarai MLM 2014

$
0
0
Kumpulan Zero yang menjadi pilihan ramai pihak sebelum ini menepati ramalan apabila mereka bertiga diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), malam tadi.

Pengumuman kejuaraan itu diumumkan oleh hos MLM 2014, Dato` AC Mizal dalam di Gelanggang Akhir MLM 2014 yang bersiaran dari Stadium Putra, Bukit Jalil.

Kejayaan Zero ini sememangnya dramatik apabila mereka pada asalnya hanyalah peserta Hot Seat MLM 2014 namun atas kerja keras dan kreativiti mereka sepanjang 13 minggu MLM 2014 berlangsung, mereka akhirnya kini dinobatkan sebagai juara.

Kejayaan ini juga membolehkan mereka tiga beradik iaitu Syaiful, Shahril dan Atu menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Juara tahun lalu, Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib juga boleh berpuas hati di mana rezeki terus berpihak kepada mereka untuk merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.


Satu-satunya peserta solo, Nabil pula terus gah di pentas Maharaja Lawak apabila dia menduduki tempat ketiga kali ini dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Ajak dah Shahrol yang membentuk kumpulan Shiro pula menghuni tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi dan kumpulan Bocey terpaksa berpuas hati di tempat ke-5 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Untuk peringkat akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis di mana untuk pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan - Astroawani.

Di sebalik kemenangan kumpulan Zero, ada satu mesej kurang sopan dimuatnaik di laman sosial oleh seseorang yang menggunakan akaun nama KETUM FC. Korang boleh baca kat bawah.


Viewing all 4594 articles
Browse latest View live