Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Datuk Hasbullah Awang sah meninggal dunia

0
0
Astro Awani melaporkan sebentar tadi yang pengulas sukan popular, Datuk Hasbullah Awangtelah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini dipercayai akibat komplikasi jantung.

Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 lalu menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu. Takziah kepada keluarga Datuk Hasbullah Awang.

Sumber : Rotikaya




Foto wajah terkini Saiful Bukhari di Masjid

0
0
Bekas pembantu ketua pembangkang, Saiful Bukhari sudah pasti lega dengan kejayaannya mempertahankan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim.

Bukan beliau sahaja berasa gembira malah para penyokong kuatnya di luar sana.

Apapun, korang pasti terkejut dengan wajah terkini Saiful Bukhari ketika berada di Masjid yang sungguh kacak dan semakin tampan.



5 Foto nikah Zul Ariffin & Izara Aishah tersebar?

0
0
Kami tengok gambar ini pun sudah tersenyum sendiri apatah lagi peminat dan juga bakal penonton drama Mr London Ms Langkawi. Kami suka melihat senyuman Izara Aisyah dan jugaZul Ariffin yang dikongsikan oleh Nizam Zakaria selaku pengarah drama tersebut.

Di dalam drama adaptasi daripada novel terbitan Astro ini, Zul akan membawakan watak Aidid manakala Izara pula membawakan watak Liyana. Jika diikutkan gambar, mereka akan kahwin nanti atau mungkin pembaca novel ini lebih tahu.

Katakanlah, jika Zul dan Aisyah masing-masing masih lagi single, memang tidak habis akan diusik oleh peminat dan juga media.

Apa yang pasti, peminat novel ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang menonton watak novel mereka direalisasikan dengan pelakon yang kelihatan sangat secocok bersama.

Sumber : Rotikaya






10 Foto wajah comel Ayden, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal

0
0
Berita kelahiran anak pertama pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal disambut para peminat pemain bolasepak untuk Johor Darul Takzim (JDT) ini dan ramai juga teruja apabila sekali lagi Aidil Zafuan dikurniakan cahayamata lelaki.

Menurut sumber kami sebelum ini, Zarema Zainal telah selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah hospital swasta di Klang beberapa hari lalu dan hari ini kami menerima beberapa keping gambar sekitar fotografi kelahiran baru ini.

Camora Arts yang mengirimkan e-mail berkata sesi fotografi ini dijalankan hanya selepas lima hari kelahiran Ayden Zeeyad, oh ya, itu nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada anak sulung mereka. Ringkas dan senang disebut.

Ini merupakan buat pertama kalinya pasangan Aidil Zafuan & Zarema Zainal mendedahkan wajah anak mereka kepada umum dan menurut jurugambar, mereka ketengahkan konsep dongeng (fairy tales) untuk sesi fotografi kali ini - Rotikaya











4 Foto terkini Nadia AF6 yang paling menggoda

0
0
Penyanyi Nadia AF 6 bakal mengikat tali pertunangan pada 18 April depan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang penolong pengurus di sebuah gimnasium bernama Hafiz Hamdan, 28. Nadia atau nama sebenarnya Haswani Hasnan, 25, berkata, dia kini sedang sibuk membuat beberapa persiapan untuk majlis yang bakal berlangsung itu.

“Alhamdullah, saya akan bertunang pada 18 April ini bersama kekasih saya iaitu Hafiz Hamdan dan berkahwin mungkin pada Disember depan. Sekarang sedang buat persiapan pertunangan untuk jemputan seramai 100 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan media.”

Imej Nadia semasa di awal kemunculannya dalam Akademi Fantasia musim keenam.

Tambah Nadia, keputusan tersebut dibuat selepas merasakan ia adalah masa yang paling sesuai untuk dia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sementara itu, Nadia berkata, dia bakal bersiaran sebagai pengacara sukan di saluran Astro Arena tidak lama lagi.

Malah dia menganggap tanggungjawab sebagai pengacara rancangan sukan sebagai satu cabaran baharu buat dirinya.

“Saya akan bersama Astro Arena sebagai pengacara Sorotan 12 yang bakal bersiaran tidak lama lagi. Saya hadiri uji bakat itu dan tidak sangka terpilih kerana saya akui pengetahuan dalam bidang sukan tidak terlalu luas berbanding calon lain yang hadir temuduga. Namun, mungkin mereka melihat keyakinan saya dalam mengacara rancangan tersebut dengan baik.”

Dalam perkembangan lain, Nadia bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Kamu Aku Satu ciptaan Farah Asyikin - Portal Budiey.





Pendedahan Hafiz Hamidun mengenai kematian Tok Guru Nik Aziz

0
0
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, yang meninggal dunia malam tadi adalah seorang ahli politik hebat dan mengabdikan dirinya dengan parti itu sejak 1967.

Sejarah bukan saja mencatatkan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan paling lama, bermula 1990 hingga 2013 tetapi juga seorang ahli politik paling kontroversi.

Nik Aziz atau lebih dikenali sebagai Tok Guru dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada 1931.

Beliau yang mendapat pendidikan di India, Pakistan sebelum mendapat Sarjana Perundangan Islam di Mesir pada tahun 1960-an.

Selepas pulang ke tanah air, Nik Aziz yang ketika itu berusia 31 tahun, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis, Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang juga pilihan kedua orang tuanya.

Bapa kepada 10 cahaya mata itu memasuki PAS pada 1967 dan dipilih sebagai calon Ahli Parlimen Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) berikutan kematian Ahmad Abdullah pada 1969. Beliau menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu sehingga 1986 sebelum berpindah ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api.

Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990 selepas pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menang dalam Pilihan Raya Umum dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Sepanjang menjadi Menteri Besar selama 23 tahun, Nik Aziz terkenal dengan kelantangannya sehingga menimbulkan banyak kontroversi.


Antara kontroversi yang dicetus Nik Aziz adalah menjelang Pilihan Raya Umum 1999, apabila beliau mengemukakan kiasan 'tak salah berkawan dengan syaitan' yang merujuk kepada 'perkahwinan' antara parti PAS dengan DAP.

Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ''Tuhan pun mencarut', 'Tuhan gedebe' serta ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.

Pada Mei 2013, sebaik sahaja PAS mendapat mandat memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum, Nik Aziz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan diganti oleh Datuk Ahmad Yaakub.

Ia adalah satu kejutan terutama bagi rakyat Kelantan dan khasnya ahli PAS sendiri kerana sebelum itu tiada ura-ura yang beliau akan melepaskan jawatannya itu.

Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Menteri Besar, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Mursyidul Am PAS dan sering memberi komen terhadap pelbagai isu politik semasa.

Dalam pada itu, penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun telah memuatnaik satu status di twitter mengenai kematian Nik Aziz yang sangat mengejutkan. Korang baca kat bawah ni.


Kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz paling menyentuh hati

0
0
Awal pagi hari ini, kelihatan orang ramai hadir ke rumah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin ulung itu.

Makluman terkini jam 11.55 malam:

1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka utk dikebumikan.

2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg.

3. Tetamu2 dari kalangan pimpinan parti politik & lain2 yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.

4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal.

Berikut ialah antara kata-kata dari Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyentuh hati kami dan korang semua.



Kata-kata terakhir Datuk Hasbullah Awang kepada Zainal

0
0
"Salam. Aku ok aja. Cuma akan buat angiogram pada Selasa nanti.. Bukan dibedah. Masuk Hospital dulu kerana kaki bengkak rupa-rupanya ada kaitan dengan jantung. Anyway terima kasih atas perihatin semua."

Demikian adalah masej yang disampaikan Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang lewat malam tadi kepada rakan seperjuangannya, Haji Zainal Abidin Rawop menerusi aplikasi Whatsapp.

Sambil menunjukkan skrin masej berkenaan ketika ditemubual, Zainal menjelaskan beliau begitu terkejut setelah mendapat tentang pemergian Hasbullah Awang pada jam 1.00 tengah hari tadi.

"Saya sungguh terkejut, tidak terkata sehingga menitis air mata selepas mendengar berita ini. Saya menganggap pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada industri penyiaran sukan," kata Zainal.


Mengimbas kembali pengalaman bekerja bersama pada 1985 sebagai DJ Radio Malaysia dalam sekmen Arena Sukan, Zainal berkata Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang adalah segala-gala padanya.

"Sejak mula bekerja dengannya pada 1985 hubungan kami benar-benar rapat. Nak cakap betapa rapat saya dengan Allahyarham, saya menganggapnya sebagai ayah, abang, guru serta kawan karib. Pendek kata beliau adalah segala-galanya pada saya," kata Zainal.

Datuk Haji Hasbullah Awang menghembus nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.

Allahyarham yang dilahirkan pada 9 September 1952 di Teluk Intan, Perak bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian sukan Astro Arena sejak Januari 2014.

Beliau memulakan kariernya sebagai juruhebah radio di Radio 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum berhijrah menjadi pengulas sukan terkemuka tanah air.

Sumber asal : Astroawani


2 Foto kejadian aneh di langit Kediaman Tok Guru Nik Aziz berjaya dirakam

0
0
Sekeping Gambar menunjukkan bentuk awan seperti tulisan Allah tersebar pagi ini ketika orang ramai berpusu-pusu menziarahi kediaman Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka.

Gambar kedua yang tersebar pula ialah ratusan burung berlegar di kawasan kediaman Tok Guru selepas subuh.

Kedua-dua gambar ini walaupun tidak ditentukan kesahihannya memberikan kesan kepada ramai pengguna media sosial dan mengagumi kebesaran Allah. 

Allahyarham Tok Guru Nik Aziz sememangnya tokoh Politik dan Agamawan yang dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.





15 Foto Fadzil Zahari & Yana Samsudin selamat bergelar suami isteri

0
0
Mengambil tempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Yong Peng, Johor pasanganYana Samsudin dan Fadzil Zahari selamat diijabkabul dalam satu majlis sederhana yang diadakan selepas solat Jumaat hari ini. Mereka dinikahkan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars.

Fadzil Zahari & Yana Samsudin selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Pihak lelaki telah menyediakan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran. Pihak lelaki telah menyediakan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 sebagai pelengkap hantaran.

Resepsi perkahwinan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari akan dilangsungkan esok iaitu 14 Februari secara besar besaran di Dataran Gemilang, Yong Peng dan pasangan ini memilih lokasi itu untuk berkongsi kegembiraan dengan para peminat.

Tahniah buat kedua dua belah keluarga atas penyatuan dua hati ini. Semoga ikatan yang terbina ini kekal selamanya dan cepat dikurniakan cahayamata. Untuk anda, berikut beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini hari ini.

Sumber : Rotikaya
















4 Foto terkini anak kembar Nurul Syuhada Nurul Ain semakin besar biji mata

0
0
Peminat nyata teruja dengan kelahiran baby kembar pasangan Nurul Syuhada dan Raja Amir Syah.

Bayi kembar ini lahir pada 21 September 2014 dengan nama masing-masing Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan.

Jom tengok koleksi foto baby kembar mereka yang cuteness overload - Onlinesviewer.






Luahan sedih isteri Allahyarham Nik Aziz amat menyentuh hati

0
0
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 9.45 malam semalam di rumahnya di Pulau Melaka.

Isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak dapat menahan sedih tetapi pada masa yang sama turut terhari apabila ratusan orang membanjiri Pulau Melaka untuk memberikan penghormatan terakhir kepada suaminya itu.

Kesemua anak dan cucu Allahyarham Nik Aziz sempat menemui arwah sebaik sahaja tiba di rumah di Pulau Melaka malam semalam.

“Saya sentiasa ada di sisi arwah sebelum dia pergi. Sempat jumpa. Anak cucu pun sempat berhimpun. Semua sempat balik jumpa Tok Guru dan kami reda dengan semuanya,” katanya lagi.

Sumber : Ohviral


Fesyen pelik Neelofa di majlis harijadinya

0
0
Pejam celik pejam celik usia Neelofa sudah pun mencecah 26 tahun. Masih teringat lagi di awal kemunculan pelakon jelita ini.

Neelofa mula popular selepas pertandingan Dewi Remaja seiring dengan rakan-rakannya yang lain seperti Izara Aishah dan Anzalna. 

Dihimpit pelbagai kontroversi, kini Neelofa tampak lebih matang dan fokus dalam kerjaya serta perniagaan. 

Selain menjadi pelakon dan pengacara, Neelofa juga kini aktif meniaga pelbagai produk seperti tudung, contact lens dan macam-macma lagi.

Sumber : Iskandarx













Respon sebenar Taufik Batisah isu gosip bertunang dengan Fazura

0
0
Mengenai gosipnya dengan Fazura yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa, penyanyi yang mempunyai kelulusan dari Singapore Polytechnic itu mengatakan ia hanyalah andaian penonton setia program lawak terbabit.

Katanya, penonton suka dan memberi reaksi setiap kali dia dan Fazura memuat naik gambar bersama di laman sosial masing-masing.

“Dari situ timbul cerita mengatakan kami sedang menjalin hubungan cinta. Hakikatnya, tidak mungkin saya dan Fazura mempunyai apa-apa hubu­ngan istimewa kerana menganggapnya seperti adik,” katanya.

Fazura pula sebelum ini mengakui suka berkawan dengannya dan tidak menolak jika Taufik sudah jodohnya. Fazura juga memuji Taufik sebagai seorang yang bijak dan memang sukakan karaktor lelaki begitu.

Sumber : Mummynemo


Antara sebab sebanar Rita Rudaini mengamuk sebaik isteri Aidil Zafuan bersalin

0
0
Umum mengetahui Aidil Zafuan telah mendapat cahaya mata yang baru. Aidil Zafuan selamat mendapat seorang anak lelaki bersama isterinya Zarema Zainal.

Sementara itu, ekoran berita Aidil Zafuan kini mempunyai seorang lagi anak lelaki, ada beberapa peminat dan follower yang menyampaikan berita itu di laman instagram milik Rita Rudaini.

Sensitif dengan berita itu, demi anak-anak, Rita Rudaini dikatakan berang dengan berita yang disampaikan. Mereka dikatakan penyibuk dan mengganggu emosi anak-anaknya.

Rita Rudaini jelas tidak menyukai berita tersebut - Katakcomel.


Ini antara komen dari Rita Rudaini:



Luahan sedih Yana Samsudin buat suaminya, Fadzil Zahari selepas berkahwin

0
0
Jujurnya ketika menonton VIDEO ini, terasa sangat manis dan berbaloi penantian pasangan ini dalam mendirikan ikatan perkahwinan yang sah ditambah lagi dengan muzik latar yang bakal membuatkan anda mampu mengalirkan air mata.

Dalam video ini, Fadzil dan Yana menceritakan kembali pengalaman mereka di hari pernikahan dan antara yang paling kami tidak tahan di akhir video ialah pesanan Yana kepada Fadzil. Sediakan tisu awal-awal untuk anda lap air mata.

“I tahu I kuat pendirian, so you salah seorang yang boleh lembutkan hati I. I harap I mati dulu sebelum you sebab I tak tau macam mana kalau life I, I hilang kawan baik,” kata Yana dalam suara yang menahan sebak.

Setiap perkataan yang diucapkan Yana dan Fadzil kedengaran penuh kejujuran. Apa-apa pun, kami doakan pasangan pengantin baru ini agar berkekalan jodoh dan dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat.

Sumber asal : Rotikaya


Respon pedas Shaheizy Sam kontroversi Syatila Melvin perli Fazura

0
0
Sebelum ini Shaheizy Sam menafikan pernah bercinta dengan Fazura, manakala pelakon Syatila Melvin pula dikatakan memerli Fazura kerana Sam tidak pernah mengumumkan atau mengiyakan mereka pernah bercinta, melalui Utusan Online kedua-dua pelakon itu masih berteka-teki tentang hubungan mesra mereka berdua.

Kata Sam, Syatilla ialah kawan perempuannya yang paling rapat waktu ini manakala kata Syatilla, adalah lebih manis jika Sam sebagai seorang lelaki memberi penerangan tentang hubungan mereka. Kata Syatila:

"Saya tidak akan mengulas cerita hubungan kami . Tetapi saya akan mengiyakan apa saja yang Sam katakan.

Saya memilih untuk menjadikan hubungan saya dengan Sam seperti teka-teki. Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan.

Ini kerana lazimnya, wanita yang kerap dipersalahkan masyarakat jika bersikap terbuka tentang soal peribadi. Justeru saya bimbang jika hubungannya itu tidak menjadi kelak dan menjadi bahan yang diperkatakan."


Sam, 33, pula tidak pula menolak untuk bercerita tentang hubungannya dengan aktres berusia 24 tahun itu. Baginya, Syatilla mempunyai ciri jodoh idaman serta befikiran positif dan tidak berikap hipokrit.

"Saya tidak akan merendah-rendahkan wanita terutama dalam memilih calon isteri yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya.

Saya turut menitikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya yang turut menafikan pernah mengalami fasa putus cinta dan kemudiannya menyambung kembali hubungan dengan Syatilla seperti didakwa sebelum ini.

Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya.

Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga. Akhirnya yang cantik itu akan bertukar menjadi buruk."


Daripada gaya jawapan mereka memberi bayangan seolah-olah keduanya mempunyai hubungan istimewa malah Syatilla serinng memuatnaik gambarnya bersama keluarga Sam di Instagram.

Jika benar mereka bercinta takda salahnya, bak kata Sam cantik itu tidak penting asalkan pandai mengambil hati ahli keluarganya. Semoga mereka berdua bertemu dengan jodoh idaman suatu hari nanti.

Sumber : Beautifulnara

Penjelasan sebenar Syatilla Melvin kontroversi status twitter perli Fazura

0
0
Menerusi portal Murai hari ini, Syatilla telah tampil menafikan yang kata-katanya itu ditujukan kepada Fazura atau pun Shaheizy Sam. Ia lebih kepada luahan hatinya tentang kehidupan. Amboi, metafora sungguh. Memang seni sungguhlah artis-artis Malaysia ini. Kata Syatilla:-

"Tilla mohon maaf dengan status Twitter yang di muat naik baru-baru ini, tetapi status itu bukan ditujukan kepada mereka berdua sama ada Fazura mahupan Sam.

Ia cuma luahan hati Tilla mengenai masalah peribadi seperti orang lain yang mempunyai kehidupan biasa yang pelbagai warna dan ragam, jadi tak perlulah nak terasa.

Tilla tiada masalah dengan dia pun (Fazura) lagipun kami tak pernah berborak mahupun keluar bersama untuk minum secawan kopi.

Itu adalah Twitter Tilla, jadi Tilla ada hak untuk ‘up’ apa jua status yang dirasakan perlu tetapi jika isu ini dimanupulasikan oleh sesiapa, Tilla tak mampu nak halang dan berbuat apa-apa."

Penerangan Syatilla Melvin memang agak menarik. Mungkin secara tak sengaja kata-kata Syatilla sebelum ini boleh dikaitkan dengan Fazura. Apapun, beberapa lagi gambar pelakon jelita ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

Sumber : Beautifulnara







3 Foto terakhir Eizlan Yusof & Vie Santie bersama anak-anak sebelum bercerai

0
0
Pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Eizlan, 44, terhadap Vie Santie, 29, pada 28 September tahun lalu adalah sah dan mengikut syarak.

Mahkamah juga merekodkan perjanjian persetujuan bersama pasanganya itu antaranya nafkah edah diserahkan pada budi bicara Eizlan dan Vie Santie tidak akan menuntut mutaah.

Selain itu,pasangan berkenaan bersetuju hak penjagaan anak diserahkan kepada Vie Santie namun Eizlan diberi hak bersama dan bermalam dengan tiga anak mereka pada bila-bila masa yang munasabah.

Vie Santie, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan V Zaalia berusia antara dua hingga enam tahun.

Sumber asal / Baca selanjutnya : Harian Metro & Ohmedia





Azwan Ali dedah wajah artis popular yang hantar sihir ke atasnya

0
0
Baru-baru ini, Azwan Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya di sihir oleh salah seorang rakan artis.. kami di Melastik Bintang Media cuba menyiasat siapakah artis yang di dakwah oleh Azwan ali itu.. ter nyata sangat mengejut kan.. Terdiam seketika kami bila mendapat tahu Gambar ini dari azwan ali. Lihat dibawah.. anda pasti mengenali siapakah artis ini.

Sumber : Pasalartis



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live