Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

5 Foto aset kereta dan rumah mewah Siti Nurhaliza paling mengejutkan

0
0
Jika ini hakikatnya, pasti ramai yang bersetuju dengan kebenaran laporan terkini yang menyatakan bahawa penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Siti dilaporkan memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.

Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Berita tersebut telah dipetik melalui sesawang, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia sebagai wanita terkaya di negara ini.

Antaranya ialah isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi (RM21.32 billion) disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh ($245 juta).

Tempat keempat pula ialah Pauline Chai iaitu pemilik rangkaian Laura Ashley dan juga bekas Miss Malaysia 1969 yang berpendapatan RM244,568 sebulan. Manakala tempat kelima wanita terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David, pemain squash yang memiliki RM1.4 juta.

Sumber : Myartis








Antara sebab utama Vie Santie failkan penceraian terhadap Datuk Eizlan Yusof

0
0
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini mengesahkan telah gugur talak satu dalam pernikahan antara Datuk Eizlan Yusof dan isterinya berikutan lafaz cerai yang dibuat oleh pelakon itu pada 28 September tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas meneliti tiga afidavit ke-terangan saksi yang difailkan serta berpuas hati dengan keterangan Datin Vie Santie Harun, 29, dan Eizlan sekali gus mensabitkan lafaz cerai yang dibuat secara lisan pada pukul 11 malam itu adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Terdahulu, peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Vie Santie selaku plaintif membe­ritahu, Eizlan atau nama sebenar­nya Idris Md. Yusof, 45, melafazkan “Aku lepaskan kau. Aku tak nak kau lagi. Kau pergi ambil surat, aku sign (tandatangan) je” terhadap anak guamnya.

“Walaupun perkataan ‘lepaskan’ sahaja yang digunakan, itu adalah jelas bahawa lafaz tersebut adalah sah dalam konteks syarak dan disokong dengan niat defendan (Eizlan) untuk bercerai,” kata Zulkifli.

Eizlan yang merupakan pelakon drama Jaguh Jaguh itu juga mengakui beliau dalam keadaan waras dan sedar terhadap apa yang berlaku ketika itu selain mengingati lafaz yang telah disebutkan.

Zulkifli turut memberitahu, kedua-dua pihak telah bersetuju terhadap satu perjanjian selepas perceraian antaranya menyerahkan hak penjagaan anak kepada pihak plaintif, nafkah idah diserahkan kepada budi bicara kedua-dua pihak dan plaintif tidak akan menuntut mutaah.

“Dalam perjanjian itu juga, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga nama baik masing-masing dan tidak akan memburukkan mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung,”
katanya.


Sebelum prosiding bermula pada pukul 3.50 petang, Eizlan dan Vie Santie sempat berbual-bual di pekarangan mahkamah dengan kedua-duanya dilihat menitiskan air mata. Mereka kemudian keluar dari mahkamah pada pukul 4.30 petang selepas prosiding berakhir dan pulang secara berasingan.

Vie Santie memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 14 Oktober tahun lalu di mahkamah tersebut mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pasangan itu berkahwin pada 7 Julai 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.


Foto bayi perempuan Almy Nadia & Fizz Fairuz yang amat comel

0
0
Tahniah kami ucapkan kepada Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia yang sudah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada pukul 6.59 petang semalam.

Berita gembira itu telah diberitahu oleh Fizz Fairuz melalui laman Instagram miliknya dan pengumumannya itu disusuli dengan ratusan ucapan tahniah daripada peminat mereka berdua.

Buat masa ini, Almy mahupun Fizz belum lagi mengumumkan nama anak mereka dan seperti yang pernah diberitahu oleh Fizz sebelum ini, mereka hanya akan mendedahkan gambar si comel mereka selepas berusia 40 hari.

Apa-apa pun, kami pasti ramai peminat di luar sana menantikan gambar dan juga sentiasa mendoakan kebahagian pasangan ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru dapat memeriahkan lagi suasana kelaurga Fizz dan juga Almy.

Sumber : Rotikaya





Fesyen terkini Che Puan Khaleeda paling mengejutkan

0
0
Sweet betul tengok fesyen dan penampilan terkini Che Puan Khaleeda, isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang pasti mengejutkan korang.

Kelihatan comel pula jadinya, macam keanak-anakan pun ada. Sebenarnya gambar tersebut diambil atas pemintaan lagenda rock negara, Amy Seach.

Jom lihat foto tersebut di bawah. Jangan terkedu sudah.

Sumber gambar : Blog Nomi


Inilah antara gambar Arwah Tuan Guru Nik Aziz ketika muda

0
0
Pemergian Arwah Tuan Guru Nik Aziz ke rahmatullah minggu lalu pernah menggemparkan seluruh Malaysia bukan sahaja dari kaum Melayu malah kaum-kaum lain.

Allahyarham seorang pemimpin yang begitu sederhana dan tidak mengejar kekayaan semata-mata seperti kebanyakan pemimpin tertinggi yang lain.

Nah... siapa yang belum pernah melihat wajah Arwah Tuan Guru Nik Aziz ketika muda, kami kongsikan kat bawah sekeping gambarnya yang amat kacak.



Respon Jaafar Onn dituduh sihir selebriti popular

0
0
Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Jaafar, 64, berkata, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis.

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing.

Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.


Kepada sebuah portal hiburan personaliti berkenaan bagaimanapun menafikan dia memuatnaik status dan gambar Jaafar Onn sebaliknya mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu Jaafar berkata dia mengetahui mengenai status hinaan itu selepas dimaklumkan seseorang selain dihubungi ramai wartawan mengenai isu itu.

Kata Jaafar, dia sudah lama tidak berurusan dengan personaliti berkenaan dan terkejut bagaimana boleh timbul isu kononnya dia menyihir individu tersebut.

Kata Jaafar, tiada sebab dia hendak menyihir artis berkenaan kerana mereka tidak bersaing dan masing-masing tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

"Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu," katanya.

Tambah Jaafar lagi, dia berserah kepada Allah agar memberi petunjuk kepada personaliti tersebut supaya insaf dengan perbuatannya.

Sumber : mStar

Foto fesyen belahan dada Juliana Evans dikecam lagi

0
0
Terkejut beruk kami apabila melihat foto fesyen terbaru Juliana Evans yang dimuatnaik di laman Instagram peribadinya sebentar tadi.

Rata-rata follower Juliana mengutuk tindakan beliau mengenakan baju ketat berwarna hitam yang menampakkan belahan payudaranya. Seksi betul !

"I fcking love this photo but trust me it will be a big issue in another few minutes," kata seorang peminat beliau.

Biasalah kan bila dah bergelar seorang artis, apa-apa sahaja pakaian yang dipakai pasti akan menjadi perhatian. Btw, awak tetap kelihatan cantik dan menawan memakai baju tu. Semoga Juliana Evans terus maju kehadapan dalam dunia hiburan.

Sumber : Pasalartis



3 Foto adik perempuan Fazura yang cun melecun

0
0
Mungkin ramai tak tahu selebriti jelita, Fazura mempunyai adik perempuan yang cantik dan jelita. Sesiapa yang melihat foto-foto mereka di bawah pasti akan terus terpikat.

Menariknya, raut wajah mereka langsung tak sama dan jauh berbeza. Ini memang perkara normal kerana semuanya merupakan anugerah dari Allah.

Apapun, jom layan 3 keping gambar adik perempuan Fazura yang cun melecun.

Sumber foto : Kalamungu






Respon sedih Siti Nurhaliza dilapor wanita ke-3 terkaya di Malaysia

0
0
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) terkejut dengan laporan penyenaraian namanya sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia seperti yang dilaporkan sebuah portal berita beberapa hari lalu.

Menurut penyanyi popular itu, penilaian jumlah kekayaannya sebanyak RM50 juta seperti yang dilaporkan portal berkenaan tidak begitu tepat dan beliau secara peribadi, kurang senang dengan berita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu.

“Saya ada membaca berita tersebut dan agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. Apa yang boleh saya katakan saya amat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Portal berita savemoney.my dalam laporan berita mengenai lima wanita terkaya di Malaysia menyenaraikan nama Siti Nurhaliza, 36, di kedudukan ketiga dengan anggaran aset kekayaan mencecah angka RM50 juta.

Kedudukan pertama dalam senarai itu ialah pewaris kekayaan pengasas Genting Highland, Puan Sri Lee Kim Hua dengan aset kekayaan berjumlah RM21.32 bi­lion sementara pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh pula berada di kedudukan kedua dengan jumlah kekayaan sebanyak RM875 juta pada 2013.

Dua lagi personaliti wanita Malaysia yang turut disenaraikan ialah bekas Ratu Cantik Malaysia 1969, Pauline Chai yang berada di kedudukan keempat serta Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David di kedudukan kelima.

Penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Cindai itu turut me­negaskan, beliau masih lagi bekerja keras dalam bidang seni selain memberi tumpuan serius dalam cabang perniagaan lain.

“Saya tidak begitu senang dengan jumlah yang dinyatakan, kerana saya masih bekerja keras dalam bidang seni dan perniagaan dan tidak begitu tepat untuk membuat penilaian berdasarkan jumlah yang dinyatakan,” ujar Siti Nurhaliza yang juga pengasas produk kecantikan jenama SimplySiti.

Siti Nurhaliza merupakan an­tara penyanyi Melayu yang mencapai rekod cemerlang dalam industri hiburan sepanjang 20 tahun menceburi bidang seni dengan jumlah anugerah kejayaan yang diraih sepanjang tempoh itu melebihi 200 anugerah.


Foto anak perempuan Ustaz Azhar Idrus semakin comel

0
0
Mungkin ramai lagi peminat yang belum pernah melihat gambar anak perempuan bongsu Ustaz Azhar Idrus pakai tudung yang cun melecun.

Siapa kata budak perempuan tak nampak comel kalau hanya memakai jubah dan tudung. Memang amat comel dan cantik.

Kalau ikutkan pemikiran orang zaman sekarang, ramai beranggapan bahawa budak perempuan yang kelihatan comel dan cantik mesti memakai gaun ketat, skirt dan lain-lain yang seksi.

Tetapi, semua itu tidak perlu sebenarnya, cukuplah hanya mengenakan pakaian seperti anak perempuan bongsu Ustaz Azhar Idrus di bawah. Tetap sejuk mata memandang.

Sumber : Mazeermohamad



Foto wajah dan bentuk badan Rozita Che Wan di usia 19 tahun mengejutkan

0
0
Pengacara dan pelakon terkenal, Rozita Che Wan telah berkongsi beberapa gambar dirinya ketika bergelar anak dara iaitu berusia 19 tahun.

Aktres jelita yang kini berusia 42 tahun itu berbuat demikian menerusi akaun Instagram peribadinya buat tatapan para peminat.

Sumber : Katakcomel



Punca sebenar Rosyam Nor terlibat kemalangan di Jalan UIAM

0
0
Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor terselamat daripada kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada malam Rabu.

Rosyam berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kereta jenis Peugeot miliknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat.

"Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.

"Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan,"
katanya kepada mStar Online, Khamis.


Dalam pada itu Rosyam berkata, kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.

"Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan," katanya.

Sehubungan itu Rosyam berkata, satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu.


Inilah wajah sebenar tunang Shahrul Shiro?

0
0
Tahun lalu pernah timbul gosip mengenai pelawak Shahrul Shiro yang dikatakan telah bertunang secara senyap-senyap dengan seorang gadis berasal dari Kluang, Johor bernama Ana Danisya.

Begitupun, gosip berkenaan tidak ada sebarang pengesahan lanjut daripada Shahrul. Terbaru, pelawak itu telah membawa seorang gadis cantik ke Segamat, Johor untuk meraihkan sambutan tahun baru cina. Adakah gadis bertuah itu ialah tunangnya? Setakat ini kami tak pasti.

Apapun, jom saksikan 2 keping gambar wajah gadis misteri yang didakwa tunang Shahrul Shiro. Kami juga sertakan screenshot komen seorang peminat mengenai gadis tersebut.






Sebab utama personaliti terkenal tinggalkan TV3 secara beramai-ramai

0
0
Antarapos diberitahu, pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).

Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.

Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.

Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.

Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.


Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu.

Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.

Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.

Sumber : Cantikje

Nora Danish kongsi foto tak berbaju dikecam teruk peminat

0
0
Pelakon jelita Nora Danish telah memuatnaik sekeping gambar di laman sosial peribadinya. Gambar tersebut menunjukkan aksi menggoda Nora Danish untuk tatapan para peminat. Ekoran itu, macam-macam andaian timbul mengenai gambar tersebut oleh pengikut laman sosialnya.

Biasalah peminat mudah melatah setiap apa yang selebriti kesayangan mereka buat benda yang elok pun mereka berperasangka buruk itu lah asam garam dunia selebriti.

Sumber : Ohmy-gummy




3 Foto perubahan mendadak kening Elfira Loy sangat mengejutkan

0
0
Ramai tentu mengenali pelakon comel, Elfira Loy yang kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan selebriti dari Indonesia iaitu Baim Wong.

Kejelitaan dan kecantikan tubuh badan Elfira Loy begitu memikat hati ramai jejaka di luar sana namun hanya mampu bermimpi sahaja.

Terbaru, beberapa keping foto Elfira Loy yang jelas memperlihatkan bentuk keningnya tak disangka-sangka mencuri tumpuan dan mengejutkan ramai.

Ini kerana telah berlaku perubahan mendadak pada bentuk kening Elfira Loy. Macam kami tak percaya je. Kenapa tiba-tiba berubah pula?

Hmm.. itu kami tak pasti. Apapun, jom layan 3 foto di bawah.

Sumber gambar : Blog Nomi




Foto wajah sebenar Beyonce tanpa mekap yang amat menyeramkan

0
0
Sebaik saja foto Beyonce tanpa touch-up yang diambil sempena Kempen Infallible L'Oreal Beyonce 2013 terlepas di internet, beberapa laman sosial media mula dihujani dengan perdebatan hebat di kalangan peminat terhadap foto tersebut.

Imej foto itu telah dimuatnaik di dalam sebuah laman peminat Beyonce dengan nama, The Beyonce World dan daripada foto tersebut, peminat dapat melihat wajah penyanyi berusia 33 tahun ini yang penuh jerawat serta kulit wajah yang tidak sekata, sekalipun ia dilitupi dengan lapisan mekap yang tebal.

Penyani lagu The Crazy In Love ini masih belum memberikan apa-apa komen berhubung fotonya yang masih belum di touch-up itu, namun kalangan peminat telah pun menunjukkan pelbagai reaksi yang berbeza.

Dalam laman Twitter, seorang peminat telah mempertahankan Beyonce sambil bertanya: Mengapa semua orang terkejut? Beyonce juga seorang manusia?....

"Seorang lagi memuatnaik posting yang berbunyi: "Mengapa semua orang mahu memperbesarkan isu foto Beyonce yang masih belum di touch-up ini. walau apapun, dia masih kelihatan bagus dan dia tidak perlu melakukan apa-apa pembedahan atau botok.

"Ada pula yang berkata: "Melihat foto Beyonce itu, saya mula rasa lega dan bersyukur dengan diri saya, manakala yang lain memberitahu bahawa foto tersebut benar=benar mengecewakan diri mereka."


Sumber : Murai



Identiti lelaki yang peluk dan cium dahi Neelofa

0
0
Susulan tersebarnya beberapa keping gambar Neelofa dipeluk dan dicium di bahagian dahi oleh seorang lelaki, pelbagai spekulasi liar timbul.

Untuk korang yang belum tahu, lelaki tersebut ialah ayah tiri Neelofa yang jelas kelihatan masih muda ditambah pula dengan gaya rambut panjang.

Ayah tiri Neelofa memeluk dan mencium dahi Neelofa kerana mahu meraihkan sambutan hari jadinya pelakon dan pengacara pujaan ramai itu.

Jom saksikan 4 gambar momen-momen romantik ayah tiri Neelofa.

Sumber foto : Yasmeencute





Foto Sharifah Sakinah tayang punggung seksi

0
0
Syarifah Sakinah kini bukan lagi gadis gila-gila yang pernah peminatnya kutuk dan hentam. Semuanya gara-gara video tak senonoh yang pernah dimuat naik di Keek dan Youtube.

Syarifah Sakinah kini tampil dengan lebih seksi dan lebih ‘menyihatkan’ apabila beliau memuatnaik tubuhnya yang semakin fit dan mantap ke akaun Instagramnya.

Setiap aktiviti kesihatan dan senaman yang dilakukan termasuklah aktiviti pemakanan dimuatnaik ke laman sosial. Semakin kurang peminat yang menghentam, tetapi lebih ramai yang memuji tubuh yang sedang beliau ‘bina’ sekarang.

Jom tengok aktiviti beliau di bawah:

Sumber asal : Kamithemedia




Foto wajah kekasih baru Sara Ali yang amat kacak?

0
0
Akhirnya Sara Ali mengaku yang beliau telah menjalinkan percintaan dengan seorang lelaki muda. Wah untungnya Sara dapat lelaki muda yer.

Lelaki tersebut adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai lelaki John Shaqeel, 22. Walaupun jarak antara mereka 3 tahun tetapi itu tidak menjadi satu halangan ujar Sara lagi.

“Ya, dia adalah kekasih saya dan kami sudah beberapa bulan bercinta dan sekarang masih dalam proses untuk mengenali satu sama lain."

Memang hensem jejaka nie... Semoga kekal yer Sara...

Sumber : Onlinesviewer



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live