Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Pelakon Erin Malek sah hamil anak kembar

0
0
Mendirikan rumahtangga dengan Farriz Fauzy sekitar Oktober tahun lalu, pelakon Erin Malek akhirnya disahkan sedang mengandung cahaya mata sulung.

Hal ini disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat Erin Malek yang berkongsi foto imbasan kandungannya.

Lebih manis, Erin dikatakan sedang mengandung anak kembar! Apa-apa pun kami mengucapkan tahniah kepada Erin Malek yang bakal bergelar ibu di usia muda tak lama lagi.

Sumber : Ohbulan




Foto aksi bertelekung Rozita Che Wan di Masjid Al-Haram dikritik peminat

0
0
Cantik sungguh telekung yang dipakai oleh Rozita Che Wan semasa menunaikan umrah.. Nampak ‘eksklusif’ dan mewah sangat telekung tu.. Katanya itu ada telekung pemberian Datin Aida pada Che Ta.. Datin Aida mana Miss A tak tahu pulak..

Bukan kecantikan dan kemewahan telekung tu yang Miss A nak fokuskan, sebaliknya telekung ‘ekskusif’ tu yang menjadi tarikan peminat Che Ta..

Menerusi laman Instagram Che Ta dia berkongsi gambar mengenakan telekung yang diberi oleh Datin Aida tu.. Sekarangkan Che Ta menunaikan umrah, waktu dia mengambil gambar tu dia berada di Masjid Al-Haram..

Terkejut jugak Miss A bila membaca beberapa komen dari peminat Che Ta.., kebanyakan seperti menghentam tindakan Che Ta memakai telekung 'mewah' tu..

Almaklumlah, pernah dengar tak orang cakap bersederhana itu lebih baik? Mungkin itu punca Che Ta dikecam.. Ada jugak peminat yang mengatakan sepanjang dia berada di Mekah tak pernah nampak orang melawa macam Che Ta.. Semua berada disana kelihatan serba sederhana..

Mungkin Che Ta tak tahan dengar kritikan dan kecaman yang diberi, dia pun membalas setiap komen hatersnya.. Dia sertakan hashtag memerli peminatnya..

Apapun, Miss A pasti penampilan Che Ta ni telah menarik mata ramai orang semasa berada disana.., cantik kot telekung tu.. Telekung cantik-cantik memang pakai untuk tunjuk kat orang.. Takkan pakai nak buat sembahyang dalam rumah je.. Secara jujurnya, Miss A rasa bersederhana itu lebih baik.

Sumber : Isusemasa




Penjelasan sebenar Kaka dituduh perampas kekasih Tasha Shilla

0
0
Akhirnya Kaka Azraff membuka mulut di atas dakwaan mengenai dirinya yang didakwa menjadi punca perpisahan kepada hubungan cinta Tasha Shilla dan juga Hans yang kecoh diperkatakan baru-baru ini. Malah dalam dakwaan itu juga turut menyebut bahawa dia dilabelkan sebagai perampas.

“Persoalannya sekarang adalah kenapa Kaka dikaitkan dalam cerita ini? Apa yang boleh saya katakan, saya tidak ada kena mengena langsung dalam hal mereka. Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini”

“Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka,”
katanya bintang kelahiran Mentor ini yang dipetik daripada Berita Harian.

Menurut Kaka, dia pernah terserempak dengan mereka hanya sekali di sebuah majlis. Walaupun mengaku berkawan dengan Tasha, Kaka akui langsung tidak pernah terfikir apatah lagi mahu mengambil tahu hubungan wanita itu bersama kekasihnya.

“Saya pernah terserempak dengan mereka bersama hanya sekali di sebuah majlis. Itu saja dan kami OK saja. Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya. Saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain,” katanya.

Sumber : Rotikaya


Al-Fatihah Harun Salim Bachik meninggal dunia

0
0
Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan niaga selebriti ini, Harun Salim Bachik baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi. Berita itu khabarnya disampaikan sendiri oleh rakan baik beliau, Afdlin Shauki.

Namun, maklumat lanjut masih belum dapat dipastikan. Baca selanjutnya : Rotikaya



2 Gambar terakhir Harun Salim Bachik sebelum meninggal dunia yang amat menyayat hati

0
0
Pelawak terkenal Harun Salim Bachik menghembuskan nafas terakhir selepas rebah di tandas kawasan Rehat & Rawat (R&R) PLUS Bukit Merah, Semanggol, Perak pada petang Ahad.

Berita ini turut disahkan beberapa rakan terapat Allahyarham menerusi laman sosial.

Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim mula dikenali melalui lakonan dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan TV3 pada awal tahun 90-an.

Selepas Rumah Kedai, Allahyarham terlibat dalam sitkom bersiri Gado-Gado yang ditayangkan di TV1, sekaligus menjadi batu loncatan untuknya terbabit dalam dunia lakonan sebagai pelakon lawak.

Kerjaya lakonan Allahyarham kian memberansangkan selepas terlibat dalam filem-filem yang mendapat sambutan hangat penonton Malaysia antaranya Man Laksa, Baik Punya Cilok, Papadom dan Apa Kata Hati.


Rata-rata peminat seni tanah air turut mengenang Allahyarham sebagai kawan rapat pengarah dan pelawak Afdlin Shauki, terutama selepas mereka berganding membentuk Kumpulan Boboi pada pertandingan Maharaja Lawak Mega 2011.


Allahyarham yang merupakan bekas Presiden Seniman juga mempunyai suara yang baik dan pernah bergelar penyanyi serta menghasilkan satu album pada tahun 1996 berjudulBelilah yang menampilkan lagu hit ketika itu, Banjir.

Sumber : Gossipanas



Abby Abadi dan Khairul Azli selamat bernikah?

0
0
Eh... bekas pelakon, Abby Abadi dah selamat bernikah dengan kekasihnya, Ustaz Khairul Azli ke? Ini kerana jika berdasarkan gambar terbaru Khairul yang dikongsikannya di akaun Instagram peribadi, kapsyen pada gambar itu seakan menggambarkan mereka sudah bernikah.

Kalau berita ini benar, kami nak ucapkan jutaan tahniah kepada Abby kerana segala perancangan untuk bernikah sebelum ini akhirnya tercapai.

Jom baca kapsyen Khairul Azli di bawah. Kredit kepada myartis dan mforum cari.





Respon Putri Mardiana isu ditangkap khalwat kali kedua minggu lalu

0
0
Pada hari Sabtu yang lalu, kita digemparkan dengan cerita panas bahawa pelakon Putri Mardiana sekali lagi telah ditangkap khalwat bersama kekasihnya Shahrizam Abdullah ataupun lebih dikenali sebagai E-Jump.

Lebih hangat lagi, pasangan dua sejoli ini telah dicekup di kediaman milik isteri E-Jump, Nor Hasni di Subang Jaya. Perkara tersebut juga telah disahkan oleh isterinya.

Susulan penangkapan tersebut, pelbagai spekulasi mula melanda di media massa serta media sosial. Ramai yang beranggapan Putri Mardiana telah membuat masyarakat memandang serong kepada status janda.

Walaupun sedang dihimpit kontroversi, Putri Mardiana enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.


Putri Mardiana dan E-Jump kali pertama diserbu pada Disember tahun lalu di sebuah kondo di Ukay Perdana. Namun, pelakon tersebut mendakwa ada individu yang cuba memerangkap beliau dan memberikan alasan E-Jump hanya sekadar singgah untuk melepaskan dahaga selepas menghantar beliau ke rumah dan tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh.

Kenapa sekarang sudah tiada komen? Mahu mencari alasan baru untuk menutup kesalahan ke? Apa-apa pun jika anda berdua sudah saling mengasihi adalah lebih baik untuk lekas-lekas mendirikan rumah tangga. Tiadalah fitnah dan gosip hangat lagi kan?

Sumber : Beautifulnara

12 Foto Juliana Evans berjimba sakan di Full Moon Party

0
0
Seronoknya jadi selebriti ni. Mana taknya, apabila kami buka akaun Instaram, pasti penuh dengan foto-foto percutian selebriti tanah air.

Antara selebriti yang kerap memuat naik foto-foto percutian yang selalu buat kami teruja adalah Juliana Evans.

Kalau kornag nak tahu, gadis berdarah kacukan Melayu Inggeris ini sedang menikmati percutian bersama rakan-rakan di Koh Semui Thailand tau! Siap pergi full moon party lagi!

Haa, kan kami dah kata Juliana Evans tak keseorangan. Ezlyn dan Siti Saleha pun ada okay! Tergelak kami saat melihat foto Ezlyn dukung Jue ni.

Kalau dah namanya bercuti di pulau, tak sah kalau tak snorkeling. Betul tak? Cuba korang tengok foto kat atas tu. Haa, agak-agak ikan dalam laut tu teruja tak tengok kejelitaan mereka ni?

Emm, cakap banyak pun tak guna. Jom kita tengok aktiviti percutian Jue nak? Enjoice!

Sumber : Ohbulan














Tahniah Diana Amir selamat bersalin bayi perempuan

0
0
Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung kira-kira jam 5.45 pagi semalam (Ahad).

Perkhabaran Diana yang melahirkan seorang bayi perempuan ini telah dikongsi bersama peminatnya menerusi rancangan hiburan popular, Melodi yang ditayangkan pada tengah hari semalam.

Malah Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim turut berkongsi berita gembira itu melalui sekeping foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya iaitu @dianaamir awal pagi tadi.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Diana, bayi perempuan itu masih belum lagi diberikan nama dan dia juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatannya.

“Alhamdulillah segalanya dengan izin dan kuasa Allah… Allahuakhbar! Thanks semua yang mendoakan keselamatan sy and baby girl, blm bg nama lg, I love u.” tulisnya.

Diana dan suami, Habib Bullah A. Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2013 dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Diana dan suami. Semoga kehadiran orang baru ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Sumber : Murai



Komen pedas isteri kekasih Putri Mardiana

0
0
Fuh panas sungguh hari ni. Isteri mana yang tak melenting kalau suaminya ditangkap khalwat dengan perempuan lain? Dua kali pula tu.

Jadi, kami faham sangat perasaan isteri kepada kekasih Putri Mardiana bernama Nor Hasni sebaik mengetahui hal ini. Tapi bila baca status-statusnya di Facebook, kami tahu dia bukan jenis wanita yang akan berdiam diri sahaja. Boleh tahan berbisa juga ayat yang dikeluarkan.

Difahamkan, masalah rumahtangga antara Nor Hasni dan kekasih Putri Mardiana ini sudah lama berpanjangan. Harapnya mereka jumpa jalan penyelesaian yang terbaik.

Manakala untuk Putri Mardiana dan kekasihnya itu, rasanya lebih elok cepatkan perkahwinan dari terus dilanda kontroversi macam ni.

Baca selanjutnya : Ohbulan






Bukti kegiatan maksiat suami


Foto wajah bakal isteri Taufik Batisah?

0
0
Tahniah kami ucapkan terlebih dahulu kepada penyanyi Singapura, Taufik Batisah mengenai dirinya yang bakal mendirikan perkahwinan pada April nanti dengan kekasih pilihan hati yang juga dikatakan berasal daripada Singapura.

Melalui Media Hiburan, seorang perminat hiburan telah berkongsi sekeping gambar didakwa merupakan kekasih Taufik yang dikatakan bakal isteri penyanyi itu nanti. Wanita yang berjaya mencuri hati pelantun lagu #AwakKatMane ini berasal dari Singapura dan dikenali dengan nama Sheena Akbal.

Sehingga kini, Taufik masih belum mendedahkan wajah atau nama bakal isterinya. Namun, jika betul wanita dalam foto ini adalah bakal isterinya, pasti Taufik adalah insan paling bertuah kerana memiliki isteri yang cantik dan memahami kerjayanya.

Apa-apa pun, kami kagum bagaimana Taufik menjaga kisah peribadinya dengan cukup kemas malah dalam masa yang sama, bakal isterinya juga bijak menyimpan langkah agar tidak dihidu oleh orang ramai mahupun media.

Baca selanjutnya : Rotikaya



Penjelasan sebenar Alyah isu tanggal cincin kahwin

0
0
Januari lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pergaduhan Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS. Tindakan Alyah melanggar kereta Datuk Ramli MS memang tidak disangka-sangka.

Mungkin emosi amarah menguasai diri ketika itu. Namun kini sudah pun masuk bulan Mac 2015, segala peristiwa hitam itu telahpun dilupakan oleh Alyah.

Sering dihimpit persoalan tentang cincin perkahwinannya yang tidak nampak dijari, Alyah menjelaskan yang dia memang sengaja tidak mahu memakainya, bukannya kerana bergaduh dengan Datuk Ramli MS Kata Alyah:-

"Saya memang tak pakai cincin kahwin. Kadang-kadang kita lupa. Saya bukan penggemar emas, hilang nanti susah nak jawab. Sekarang sudah bulan Mac, apa yang jadi sebelum ini (pergaduhan), saya dah tinggalkan di sana (bulan Januari) dah."

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkara biasalah bergaduh dalam perkahwinan. Cuma jangan melampau-lampau sampai berakhir dengan perpisahan sudahlah. 

Bila bergaduh ia akan mengajar kita mengenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam. Tak gitu? Semoga Alyah dan Datuk Ramli MS akan terus hidup bahagia. Mana tahu tahun ini ada rezeki nak dikurniakan cahaya mata. Sama-samalah kita doakan.

Baca selanjutnya : Beautifulnara



5 Foto dan punca pelakon Dazrin Kamaruddin terlibat kemalangan mengerikan

0
0
Pelakon, Dazrin Kamarudin dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya semalam. Hal itu dikongsi Dazrin menerusi akaun Instagram miliknya yang mana memaparkan keadaan diri dan keretanya.

Dalam masa sama, sahabat Dazrin yang juga seorang penyanyi dan pelakon, Salwa Razak memaklumkan kemalangan tersebut berpunca daripada keadaan Dazrin yang mengantuk.

"Pesan saya, jagan teruskan perjalanan kalau mengantuk," tulis Salwa di akaun Instagramnya yang merujuk kepada gambar kemalangan melibatkan Dazrin.

Dazrin bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.





15 Foto Elisya, adik Fasha Sandha yang superhot dan menggegarkan jiwa lelaki

0
0
Secantik kakaknya. Malah, dengan wajah cun melecun macamni, kami yakin adik Fasha Sandha ini memang boleh ‘laku’ dalam industri hiburan Malaysia.

Nampaknya, jangkaan kami memang tepat apabila khabarnya Elisya Sandha bakal berganding dengan kakanya dalam filem Anak Mami. Wah, bergabung meletop lah jawabnya ni!

"so here’s the story.. long time ago i used to follow my sister pergi shooting when i was little mostly semua shooting la. dia too rajin bawa i pergi set selalu since then i start learning about shooting all this and i really wanna be like her dulu she is herself a superwoman and proved that women is not weak but strong mentally and physically .

she taught me SO MANY THINGS! she ajar me how to be a good girl with dignity, how to respect people and banyaaaak lagi. yes, my sister garang like harimau okbut dia garang for a reason..

she always said “marah sebab sayang” and dulu i ingat dia marah sebab tak sayang but sekarang dah tahu unexpectedly i dapat offer belakon with my sister macam ya dulu tengok je dia belakon but now dapat belakon together my dream untuk bekerja with her came true.

alhamdulillah. angah if you are reading this i wanna say I LOVE YOU SO MUCH! we laugh, we cry, we make time fly, bestfriend are we, you and me angah! :’) thanks for being there whenever i need you and THANK YOU FOR EVERYTHING you are a great role model i swear love, your lil sister elisya."


Jom saksikan 15 foto Elisya Sandha yang menggegarkan jiwa lelaki di bawah.
















Pengakuan panas Kaka Azraff isu didakwa rampas kekasih Tasha Shilla

0
0
Hujung minggu lalu, nama Kaka Azraff dikaitkan dengan khabar angin mengenai pergolakan hubungan percintaan antara Tasha Shilla dan kekasihnya, Han.

Lebih parah lagi, Kaka dituduh menjadi orang ketiga dan dikatakan telah merampas Han daripada Tasha. Seriouslah?

"Kaka tak ada kena mengena dalam hal percintaan sesiapa pun. Istilah rampas merampas itu adalah tidak benar sama sekali."

Menurut khabar angin lagi, Kaka juga telah dikeluarkan daripada group WhatsApp yang disertai oleh beberapa rakan artis lain selain dicop perampas.

"Kami tidaklah rapat seperti yang disangka. Kaka cumalah salah seorang rakan selebriti yang mengikut perjalanan mereka ke Bali. Di situ, Kaka okaylah dengan semua, tak ada masalah. Tapi lepas balik dari Bali, Kaka dah tak aktif dalam group WhatsApp tu lagi. Kaka tak pasti group WhatsApp tu ada lagi atau tak, tapi kalau ada lagi, mungkin ada lah. Kaka tak ada dalam tu. – Hot FM"

Hmm soalan di atas tak bertemu jawapan. Tak kisahlah sama ada Kaka yang keluar daripada group WhatsApp itu atau dia dikeluarkan. Yang penting sekarang ni, Kaka dah menjelaskan yang dia bukan punca perpisahan Tasha dan Han.

Mungkin Tasha dan Han boleh berbaik semula dan sambung kembali impian mereka untuk berkahwin tak lama lagi.

Sumber : Ohbulan



Foto terkini Emma Maembong yang kelihatan sayu

0
0
Sejak dua menjak ni, banyak betul kita dengar berita kurang enak mengenai pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak temasuklah perihal peribadi.

Walaupun mempunyai peluang untuk memberitahu umum mengenai status sebenar hubungannya dengan Emma, Zizan masih membisu seribu bahasa.

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, sekali lagi Emma tampil membuat kenyataan. Kata Emma, dia tidak menolak seandainya mereka ditakdirkan kembali bersama.

Secara jujurnya, kami rasa pasangan ini masih menyanyangi. Tak percaya? Nah, baca statement Emma ni.

"Kami sudah berkawan selama dua tahun dan kami saling mengenali keluarga masing-masing serta berbincang untuk ke peringkat seterusnya. Nak ke kita putuskan begitu saja?

Saya tidak pernah memberi kenyataan sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia (Zizan). Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya."

Pasti korang pun tertanya-tanya mengapa Emma kerap hadir menemani Zizan walaupun mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan. Betul tak?

"Orang luar membuat andaian bahawa saya berada disamping Zizan ketika dia senang saja adalah tidak benar sama sekali. Saya ada untuk menyokongnya ketika Maharaja Lawak Mega, Akademi Fantasia, kes mahkamah serta banyak lagi.

Saya sentiasa ada untuk dia. Saya tidak pernah cakap saya benci dia dan kami tidak bermusuh. Walau sekarang pun dia panggil saya untuk bercerita masalah, saya ada untuk dia."

Hmm, tak apalah Emma. Kalau dah jodoh kamu dengan Zizan, lari sampai hujung dunia pun pasti bersatu juga. - Ohbulan.


3 Foto imej baru Zamani Slam yang paling mengejutkan

0
0
Seperti yang ramai tahu,Zamani Slam baru-baru ini ditahan atas tuduhan memiliki dadah.Namun bukan itu yang membuatkan isu Zamani ditahan menjadi sensasi,ia menjadi sensasi apabila ada pihak polis yang merakam Zamani menyanyi seterusnya disebarkan di laman media sosial.

Zamani kini tampil dengan imej baru lebih 'Fresh' dengan berambut lebih pendek dari sebelum ini.Rata-rata peminat memuji imej baru Zamani ketika dia dilihat hadir ke mahkamah Ampang untuk urusan kesnya baru-baru ini.

Berat badan Zamani juga dikhabarkan semakin meningkat sebanyak 9kg setelah menerima rawatan pemulihan dadah.Apa pun kami berharap Zamani terus maju dan tidak mengulangi zaman hitamnya itu dan terus mengekalkan hidup yang normal.

Sumber : Thereadingmore





Baru je nikah, Fadzil Zahari dah mula komplen Yana Samsudin?

0
0
Baru sahaja 3 minggu pasangan ini bergelar suami isteri, nampaknya Yana Samsudin telah menerima aduan daripada suaminya, Fadzil Zahari walaupun mereka ketika ini sangat sibuk dengan kerja masing-masing.

Berkongsi kisah tiga minggu bergelar isteri kepada Harian Metro, Yana akui suami memintanya memasak kerana tahu isterinya suka dan memang pandai memasak namun, baru seminggu merasai masakan air tangan isteri tercinta, Fadzil mula ‘komplen’ perut naik.

“Yalah, selama seminggu saya jaga makan minumnya daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang sehingga kepada makan malam. Selepas seminggu, dia mula minta kurang-kurang­kan,” katanya ketawa.

Comel sungguh pasangan ini kami lihat selepas berkahwin, ditambahkan lagi dengan sikap romantik suaminya, dalam masa yang sama Yana juga akui agak janggal kerana permulaan hubungan mereka sebelum ini adalah bermula daripada kawan rapat.

“Kalau dulu-dulu, saya selalu di temani pembantu peribadi tapi kini ditemani suami ke mana-mana. Seronok juga walaupun dia tak selalu sangat temani saya sebab dia pun ada kerja sendiri. Cuma akhir-akhir ini susah nak berenggang. Tak tahu pula dia sungguh loving, romantik semacam pula!” katanya.

Selain itu, Yana juga memberitahu bahawa dia dan Fadzil tidak merancang mengenai isu cahaya mata walaupun sedar ketika ini Yana sibuk dengan tawaran berlakon serta mengacara dan menyerahkan perkara berkenaan ketentuan Allah sama ada cepat atau lambat.

Sumber : Rotikaya


Foto kereta mewah Elizabeth Tan paling dibenci perempuan

0
0
Betul ke ramai yang tak suka melihat kereta pilihan Elizabeth Tan? Kereta Apakah yang dia beli sehingga boleh dikatakan tidak disukai hampir kesemua wanita? Nak tahu? Lihat gambar di bawah!

''Finally bought my first car! Heheheh beli *** jugak akhirnya. And yes... I'm eating mcd at this time. Lol. Terkantoi pulak..'' kata Elizabeth Tan dalam laman instagram miliknya.

Sumber asal : Sepahturangers



Foto baby bump Mizz Nina, isteri Noh Hujan semakin membesar?

0
0
Mizz Nina adalah seorang selebriti yang bukan setakat sudah lama berhijrah dengan imej terbaru, malah isteri kepada Noh Hujan ini juga aktif terutama dalam bidang perniagaan fesyen busana muslimah sejak mendiamkan diri dari bidang seni. 

Ramai juga yang bertanyakan tentang khabar Mizz Nina sekarang terutama sejak berumah tangga bersama Noh pada Julai 2011, dan soalan lazim yang sering ditanyakan adalah tentang kehadiran cahayamata pertama.

Baru-baru ini, ada sumber terdekat dengan Mizz Nina secara tak sengaja mendedahkan kepada seorang rakan yang Mizz Nina sedang berbadan dua dan juga masih menyimpan rahsia tentang usia kandungan pasangan tersebut. 


Bila diajukan lagi soalan kepada rakan tersebut, beliau terus mendiamkan diri. Bukan itu saja, ada juga sumber yang baru-baru ini terserempak dengan Mizz Nina dan kebanyakkan mereka menyatakan Mizz Nina sekarang lebih gemar memakai baju fesyen berjubah dan kelihatan agak seri berisi.

Tak tahulah mana satu yang betul dan kalau diamati gambar yang diambil dari salah seorang peminat Mizz Nina di laman facebook, selebriti muslimah ini memang kelihatan berisi bahagia sikit. Yelah, manalah tau kalau betul ‘berisi’ kan.

Kalau benar bagai ditafsirkan dan info yang tak sengaja terlepas dari sumber terdekat yang mengatakan Mizz Nina sudah pun mengandung, tahniah dan tumpang gembira diucapkan.

Apa-apa pun, perkara ini masih baru dan mungkin pasangan ini memilih jalan untuk merahsiakan sebelum benar-benar bersedia untuk berkongsi perkhabaran gembira kepada umum.

Sumber : Era FM


Viewing all 4594 articles
Browse latest View live