Are you the publisher? Claim or contact us about this channel


Embed this content in your HTML

Search

Report adult content:

click to rate:

Account: (login)

More Channels


Showcase


Channel Catalog


older | 1 | .... | 176 | 177 | (Page 178) | 179 | 180 | .... | 227 | newer

    0 0

    Gambar terkini penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, isteri kepada Datuk K yang memperlihatkan 'baby bump'.

    Desas desus yang mengatakan bahawa Siti sedang hamil anak sulung terbukti berikutan sekeping gambar yang mula tersebar menunjukkan Siti dengan bentuk badan yang semakin berisi dan perut yang membuncit menguatkan lagi teka-teki peminat meskipun penyanyi itu masih belum membuat pengesahan mengenainya.

    Sebuah laman portal melaporkan, gambar yang tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30).

    Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya sudah berusia hampir dua bulan.

    Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu. 



    Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil dan dikurniakan zuriat.

    Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu apabila Hetty melarang Siti melompat dan terlalu agresif sambil menunjuk isyarat di perut penyanyi itu.

    Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.

    Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan mengesahkan mengenai kehamilannya itu. Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.

    Sumber: Myartis




    0 0

    Farid Kamil berkongsi gambar mengenai perkembangan isterinya, Diana Danielle, yang menunggu detik melahirkan anak kedua mereka di laman Instagram sekitar lima hari lalu. 


    Diana Danielle sendiri turut berkongsi gambar yang sama di laman Instagram miliknya. 

    Namun selepas itu, khabar mengenai jantina anak yang dilahirkan Diana tidak dikongsi atau diumumkan langsung pasangan suami isteri ini. 

    Usaha bertanyakan berita itu disambut baik Farid Kamil sebentar tadi. 

    "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. 

    "Selamat datang ke dunia wahai anakku," kata Farid menerusi khidmat aplikasi WhatsApp yang dihantar ke BH Online.

    Tambah Farid, isterinya melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air dan kedua-dua isteri serta anaknya berada dalam keadaan sihat. 

    Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan anak sulung mereka, Muhammad atau lebih mesra disapa Che Mad sudah berusia dua tahun setengah.

    Sumber: Berita Harian





    0 0

    Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat...

    Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit...Mungkin juga zizan seorang yang low profil...

    Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan....

    Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap....


    Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

    Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri...

    “Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja....

    “Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam.

    Sumber: Beritapsiko



    0 0

    Remaja Muslim yang ditahan selepas seorang guru menyangka jam buatan sendiri sebagai bom, menuntut ganti rugi sebanyak AS$15 juta daripada sekolahnya dan bandar Irving, Texas, menurut peguamnya. 


    Ahmed Mohamed, 14, menjadi terkenal pada September selepas kakaknya memuat naik gambar beliau berdiri dengan tangan bergari dan memakai kemeja T dengan logo NASA. 

    Presiden Barack Obama menyertai orang ramai menyatakan sokongan kepada remaja berbakat itu dan menjemput Ahmed untuk membawa jam itu ke Rumah Putih sebagai sindiran kepada sekolah dan pegawai polis terbabit. 

    Banyak jemputan diterima menerusi from Facebook, Google, PBB dan Ahmed kemudian memuat naik gambar lawatannya ke Makkah, New York, Sudan dan Qatar di Twitter. 

    Namun, peguam beliau, dalam surat tuntutan kepada sekolah dan bandar itu, menegaskan biarpun Ahmed kini terkenal tetapi insiden itu menyebabkan "trauma psikologi teruk". 


    Anak imigran Sudan yang tinggal di pinggir Dallas itu amat meminati bidang robotik dan membawa jam yang dibuatnya untuk menunjukkan kebolehannya kepada seorang guru baharu. 

    Sebaliknya, Ahmed dituduh cuba menakutkan orang dengan bom palsu dan diiring keluar dari sekolah dengan tangan bergari. 

    Peguamnya menegaskan pihak sekolah, polis dan pegawai bandar itu melanggar hak Ahmed dengan mendakwa dan menahannya secara salah dan cuba "memburuk-burukkan" beliau apabila media mendapat tahu kejadian itu. 

    "Ahmed jelas diperlakukan sedemikian kerana bangsa, asal usul dan agamanya," kata peguam, Kelly Hollingsworth. 

    Peguamnya menuntut ganti rugi AS$5 juta dari sekolah berkenaan dan AS$10 juta dari bandar Irving dan menegaskan mereka akan mengemukkan saman jika tidak menerima jawapan dalam tempoh 60 hari.

    Sumber: Berita Harian


    0 0

    Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu rambut Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang berwarna perang.

    Pelbagai tanggapan dan teguran yang diberikan oleh netizen terutamanya dalam kalangan ‘haters’ beliau, bagaimanapun masih ada yang menyokong dengan apa jua tindakan TMJ lakukan.

    Oleh itu, lelaki ini memberikan satu kenyataan ‘pedih’ secara terbuka khas ditujukan kepada ‘haters’ TMJ di luar sana.



    Dia Menerima Segala Kutukan, Tuduhan Itu Dengan Selamba. Tidaklah Pula Dia Melatah Tidak Tentu Hala


    Ingat Lagi Teguran Dari Orang Yang Alim Asal Usulnya?


    Dia Menerima Teguran Dengan Sekadarnya..Tidak Pula Menghebohkan Apa Yang Telah Dilakukannya


    Sumber: Ohbulan


    0 0

    Suatu masa dahulu pada bulan April 2010, saya ditugaskan untuk menyambut rombongan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang tiba di Hotel Intercontinental Dar Tawhid, Makkah untuk tujuan menunaikan ibadah umrah.


    Tugas saya hanyalah memberikan minuman sahaja. Ketika itu, saya bertugas sebagai salah seorang staff Tabung Haji Travel di Jeddah. Bos saya pada masa itu sangat terrer. Dia pulang ke Malaysia, tapi dia dah lengkapkan segala jadual, bilik, kelengkapan, aturan dan tinggalkan kami dalam tugas pertama seumur hidup saya menjaga VVIP.

    Segala pesanan beliau telah saya ingati dengan baik. Antara pesanan beliau adalah, ketika Tuanku usai tawaf, hulurkan air kerana mungkin Tuanku kepenatan dan keletihan. Itu adalah personal touch pertama yang saya belajar daripada beliau. Small thing, tapi Big thing.


    Saya masih ingat, Tuanku ucap terima kasih kepada saya sambil meneguk air zamzam yang sejuk fresh mengalir daripada telaga zamzam. Kami berada berhampiran dengan multazam.

    Sejak dari itu, sejarah saya dengan negeri Johor telah bermula. Walaupun saya baru 2 kali sahaja ke negeri Johor sepanjang hidup saya, tapi berbual dengan Baginda, saya dapat merasakan sedang melihat negeri Johor betul-betul berada di hadapan saya.

    Pagi yang hening, Tuanku panggil saya menghadap masuk ke dalam bilik santapan Baginda. Wajah Baginda menunjukkan tanda kerisauan melihatkan makanan yang dihidangkan sepanjang-panjang meja santapan.

    "Ini siapa nak makan?" Soal Baginda kepada saya.

    Saya sudah pucat dan saya dapat merasakan kaki dan jari tangan saya sudah mulai sejuk.

    "Err..Err.. Tuanku dan keluarga. Err.. Err.. Saya, Eh. Patik pun tak tahu. Patik.. Saya.. Patik keluar dulu ya. Ampun Tuanku."

    Itu perkataan yang paling formal boleh saya keluarkan di hadapan Baginda.

    "Membazir ni. Makanlah. Mana habis saya nak makan semua ni. Duduklah dulu. Kita berkenalan. Saya tak kenal lagi kamu. Nama siapa?"


    Bermula dari itu, kami bertukar-tukar cerita dan saya asyik cerita pasal kamera saya sehinggalah saat Baginda panggil saya professor kerana berjaya menghidupkan internet dengan WiFi hotel pada iPad Baginda!

    Saya tidak kenal Baginda dengan begitu rapat. Namun, banyak nasihat yang Baginda telah berikan kepada saya dalam hidup. Baginda begitu 'tak kisah' dengan siapa saya. Berbual seolah-olah saya rakannya.

    Baginda juga menasihati saya dalam berbisnes, kita hendaklah mengetahui semua perkara dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besar operasi perniagaan kita. Jika tidak, kita akan senang ditipu dan dipermainkan.

    Sejujurnya, saya ingin bertemu lagi dengan Baginda kerana ada amanah yang ingin saya sampaikan setelah diamanahkan satu kerja kepada saya. Namun, saya masih belum berpeluang untuk bertemu dengan Baginda.

    Di hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22 November 2013, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang ke-55, Patik ucapkan Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan Ibrahim yang patik kenali.


    Gambar ketika kali pertama saya lihat dan pegang iPad. Apa ke benda ntah komputer ni? Sekeping tapi bijak betul!

    Sumber: Beritapsiko


    0 0

    "Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan," kata Surianti Mohd Nor, 35, balu kepada Harun Salim Bachik yang terpaksa mengambil keputusan membawa diri dengan pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah selepas tidak mampu menanggung sara hidup di ibu kota.

    Menurut Surianti, sumber pendapatan menjual produk kesihatan Legasi Hsb tidak mencukupi bagi menampung kos sewa rumah dan anak-anak yang masih bersekolah.

    "Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

    Dalam pada itu, Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa dipinggirkan selepas pemergian arwah pada 8 Mac lalu. 



    Tambahnya, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka juga tidak benar.

    "Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya.

    "Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.

    "Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut," jelasnya. 


    Sementara itu, kata Surianti, dia pernah memohon untuk berniaga di karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak tertentu atas tiket isteri artis tetapi tidak dilayan.

    Katanya, perkara tersebut membuatkankan dirinya semakin tertekan dan rasa tersisih dari masyarakat.

    "Ada beberapa kali saya mohon untuk sertai karnival jualan tetapi tidak dibenarkan pihak penganjur kerana saya bukan artis, walhal isteri artis-artis lain boleh pula.

    "Tidak apalah mungkin rezeki saya sudah tidak ada di sini dan saya ingin mula hidup baru di kampung. Anak-anak pula saya sedang dalam proses untuk tukar sekolah mereka di sana," katanya.

    Untuk rekod, Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Hakeem Sufy Al-Rashid, 14 dan Siti Hazeera Sofea, 12.

    Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memilki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.

    Sumber: Myartis


    0 0

    Ibu bapa mana yang tidak mahu lihat anaknya berjaya.

    Keutamaan mereka adalah untuk mendidik dan membentuk anak-anak sehingga mencapai kejayaan dan menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

    Tidak terlepas aktor Bollywood Aamir Khan yang gelisah dengan masa depan anak lelakinya, Junaid yang kini berusia 21 tahun.

    Aamir mengakui Junaid tidak pernah menunjukkan sebarang minat untuk berkongsi cerita apa yang ingin dicapai dalam kehidupannya. Perkara ini diakui Aamir ketika menghadiri pelancaran filem Heropanti Jumaat minggu lalu.

    “Saya tidak pernah paksa anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara. Namun sejak akhir-akhir ini saya mula bimbang tentang masa depan mereka. Terutamanya anak lelaki saya, Junaid. Dia tidak pernah berkongsi cerita tentang perancangan masa depannya.

    “Saya mohon anda pihak media bantu untuk tanya Junaid apa yang ingin dicapai dalam kehidupannya dan beritahu saya selepas itu,” ujar Aamir Khan seperti dipetik portal Oneindia.

    Namun mengakui dia sedikit lega selepas anak lelakinya itu kini menunjukkan minat dalam dunia perfileman selepas Junaid melibatkan diri sebagai pembantu pengarah untuk filem terbaru Aamir Khan, P.K. yang akan ditayangkan tidak lama lagi.






    0 0

    Segalanya telah tersebar. Antara yang menjadi viral ketika berita Dato Siti hamil adalah ucapan tahniah dari Fynnjamal buat Dato Siti yang menjadikan berita kehamilan Dato Siti semakin kuat.

    Dan atas rasa bertanggungjawab, Fynnjamal telah memohon Dato Siti memaafkan kekilafannya.





    Seperti yang telah diumumkan Dato Siti sebelum ini, kita tunggu sahajalah berita mengenai kehamilannya di sahkan.

    Sumber: Beritapsiko


    0 0

    Nama Siti Nordiana kembali menjadi hangat setelah menyertai progam Gegar Vaganza 2. Persembahan Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana yang mantap minggu demi minggu menyemarakkan minat peminat terdahulu dan membolehkannya meraih sejumlah peminat baru.

    Pada 23 November lepas, Siti Nordiana Fan Club telah menganjurkan satu kejutan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nana yang ke 31, iaitu selepas berlangsung konsert Gegar Vaganza 2 minggu keenam di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor. Untuk makluman, tarikh ulangtahun kelahiran Nana ialah 22 November.


    Antara selebriti yang turut hadir untuk memeriahkan majlis ini ialah Zul Yahya, Noorkhiriah, Azza Elite, Nubhan, Erry Putra dan pengarah Michael Ang.

    Menangis tengok ada banyak kek cantik-cantik dan nampak sedap yang dihadiahkan peminat buat Nana. Video kejutan sewaktu majlis boleh disaksikan di bawah.


    Kredit gambar kepada #TeamSitiNordiana dan Instaqleeqs.

    Jom saksikan 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

    Sumber: Beautifulnara













    0 0

    Baru-baru ini nama gadis cantik, Diyanah Nadia menjadi viral apabila menerima sebuah kereta Mercedez dari kedua ibu bapanya di hari lahirnya yang ke 17 tahun. Sebelum ini dia pernah dihadiahkan sebuah kereta Audi menerusi pencapaiannya yang menakjubkan.

    Siapa sangka, gadis yang mesra disapa Diyanah ini akan bergelar penyanyi di bawah naungan Indigital Sdn Bhd. Nampaknya semakin ramai peminat Diyanah yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Affendi iaitu anak kepada pelakon, Rozita Che Wan.


    "Sebenarnya saya menerima tawaran ini sebelum nama saya menjadi viral lagi. Buat masa ini saya belum menandatangani sebarang kontrak dan mungkin semuanya akan dilaksanakan pada bulan hadapan. Sememangnya saya cukup gembira dengan tawaran ini dan merasakan ini adalah satu benda yang berbeza dalam hidup saya. Tetapi apa pun yang saya lakukan, nama baik saya dan keluarga perlulah dijaga," ujar Diyanah Nadia yang ditemui ketika Seminar Bisnes Muzik anjuran Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama SukaSucre Kreatif semalam.

    Diyanah yang sememangnya meminati dunia nyanyian sesekali tidak akan mengabaikan pelajarannya setelah bergelar penyanyi. Kini dia merupakan pelajar tahun pertama di Kolej Vokasional Sepang dan bakal menerima segulung diploma dalam tempoh dua tahun lagi.

    "InshaAllah saya akan dapat bahagikan masa dengan sebaiknya antara pelajaran dan bidang seni. Nyanyian adalah minat saya sejak dulu lagi tetapi dalam masa sama saya perlu fokus dalam bidang pengajian. Selepas mendapat segulung diploma nanti, saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di luar negara," ujarnya yang merupakan pelajar jurusan sains komputer.

    Sumber: Mediahiburan







    0 0

    Melihat apa yang terjadi pada kehidupan balu pelawak Harun Salim Bachik selepas kematian pelakon tersebut begitu menyedihkan. Balu arwah, Surianti Mohd Noor serta dua orang anaknya membuat keputusan membawa diri pulang ke kampung halaman kerana tidak mampu menanggung sara hidup di kota. Menurut balu arwah perkara ini terjadi apabila pelawak Achey tidak menyerahkan keseluruhan 'share' serta keuntungan bersama modal yang telah diusahakan bersama arwah.

    Suriati juga turut menafikan tentang kenyataan Achey di mana sebelum ini memberitahu pelawak itu sering menanyakan khabar mereka sekeluarga. Hakikatnya Achey tidak pernah berbuat sedemikian sehingga timbul perasaan kesal di hati Suriati tentang kenyataan pelawak yang merupakan anak didik arwah suaminya.

    Untuk mengetahu kisah sebenar perkara ini, Media Hiburan Online telah menghubungi bagi mendapatkan penjelasan dari Achey sendiri. Ketika dihubungi timbul sedikit kesedihan di suara pelawak ini apabila ramai yang menganggap dirinya terlalu jahat sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian terhadap keluarga arwah tanpa selidik terlebih dahulu.

    "Benda ini sebenarnya saya tidak mahu panjangkan lagi kerana kesian dengan arwah. Apabila kenyataan ini keluar saya anggap ini adalah bahagian yang perlu saya tempuh sebagai anak seni. Tentang bertanya khabar itu sebenarnya saya lebih banyak berurusan dengan keluarga dan anak isteri pertama arwah iaitu Along dan Bobo. Kita kena tahu arwah mempunyai dua keluarga dan sememangnya saya rapat dengan keluarga isteri pertama arwah kerana mereka yang banyak membantu saya ketika mengorak langkah menjadi anak seni.



    "Saya jarang berjumpa dengan Kak Sue dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi facebook sahaja, tambahan anaknya masih bersekolah. Saya ingatkan dia Ok sahaja dan bagi saya jika dia mempunyai masalah pasti dia akan bertanya kepada isteri saya. Selepas kematian arwah, saya tidak mahu menganggu kehidupannya dan hanya menanya dan mengetahui tentang kehidupannya menerusi waris arwah sahaja.

    "Tidak dinafikan saya lebih banyak berurusan dengan anak isteri pertama arwah dan dia kena tahu waris arwah bukan dia seorang sahaja. Apabila perkara ini terjadi, anak isteri pertama arwah iaitu Bobo telah memohon maaf dengan saya kerana nama saya turut terpalit dalam situasi ini. Perkara ini sedikit sebanyak terganggu fikiran saya tambahan kedua ibu bapa saya belum mengetahui perkara ini. Ibu bapa saya sudah berusia, jadi jika dia dengar perkara ini pasti hati mereka juga turut risau," ujarnya.


    Berkaitan perniagaan pula, Achey enggan mengulas panjang dan baginya lebih baik menanyakan perkara ini kepada anak arwah iaitu, Bobo.

    "Saya tak berani nak cakap pasal perniagaan itu dan rasanya Bobo lebih sesuai jelaskan perkara ini. Sebenarnya perniagaan tersebut tiada kena mengena dengan arwah dan penama perniagaan tersebut ialah saya, Bobo dan seorang lagi rakan kongsi.

    "Sebenarnya mereka tidak tahu apa yang terjadi,tapi main cakap sahaja. Kalau boleh saya mahu selesaikan perkara ini secara baik kerana lebih selesa berbanding mengeluarkan kenyataan di mana-mana. Saya risau dengan benda-benda begini kerana orang tidak tahu bagaimana proses yang perlu saya tempuhi setelah arwah pergi. Orang anggap saya buruk tetapi saya hanya mampu serahkan kepada Tuhan sahaja kerana hanya dia yang tahu hati saya," jelas Achey.

    Sumber: Mediahiburan


    0 0

    Apabila berita Siti Nurhaliza hamil mula tersebar, memang tidak boleh gambarkan betapa teruja perasaan peminat beliau bahkan hampir kesemua rakyat Malaysia. Iyalah, agak lama sebenarnya kita tunggu berita gembira ini bukan?


    Walaupun masih belum mengakui beliau hamil, Siti Nurhaliza berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan akan mengumukan berita gembira itu sendiri bila sampai masanya nanti.

    Namun, ada juga segelintir manusia yang kurang senang dengan tindakan Siti Nurhaliza dan telah meluahkan pendapatnya itu dengan cukup biadap sekali menerusi ruangan komen di akaun Instagram milik penyanyi itu.



    Apa yang membuat kami merasa kagum ialah jawapan balas Siti Nurhaliza terhadap individu tersebut memang cukup “halus” bak kata Sharnaaz Ahmad. Kata orang memang “deep” habis lah kalau beliau baca.


    Bagaimana pula pendapat anda? Win habis kan komen Siti Nurhaliza? Hehe..Itulah, bila tengok artis yang sopan dan lembut je mula nak ambil kesempatan komen pedas-pedas. Apa-apa pun tindakan yang Siti Nurhaliza ambil kami doakan yang terbaik buat dirinya. Tidak apa, sabar sikit pasti beliau akan tampil jua menjelaskan hal sebenar.

    Sumber: Beautifulnara



    0 0

    Korang masih ingat lagi Rafique, pelakon drama Diari Ramadhan tahun yang dulunya begitu popular di saluran TV3? Sudah pasti ramai yang mengingati drama ini kan.

    Drama ini pernah menjadi popular pada tahun 2007. Terbaru kami ingin berkongsi 2 foto terbaru pelakon drama ini setelah membesar yang terlajak hensem.






    0 0

    Sylvester Gardenzio Stallone (lahir di New York City, Amerika Serikat, 6 Juli 1946; umur 64 tahun) adalah aktor, sutradara dan penulis naskah film Amerika Serikat. Ia mempunyai nama panggilan "Sly". Nama tengahnya kadang-kadang dipanggil "Enzio," dan ada di A&E salah satu biografi aktor, The Rocky Road to the Top, ibunya memberikan nama tengah "Gardenzio." Ia termasuk salah satu legenda besar yang sukses dalam film aksi laga, peran-perannya antara lain dalam serial Rocky dan Rambo.

    Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkan dia ditangga pintu sebuah sekolah. Akibat kelahiran yang tak lancar, ia menderita kelainan saraf di bagian mukanya, sisi kanan wajahnya menjadi tidak normal. Ia juga berbicara gagap, dan ujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Ia kerap diejek sebagai tokoh film kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip namanya. Karena kekurangannya, di usia remaja ia dimasukkan kesekolah bagi anak yang mempunyai kebutuhan khusus.

    Ia mempunyai mimpi untuk menjadi aktor. Untuk mengejar mimpinya menjadi aktor terkenal, pemuda ini mengikuti audisi kemana-mana. Akan tetapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gaya bicara yang gagap, serta aktingnya yang terlihat kaku, membuat ia selalu ditolak untuk peran apapun yang diinginkannya. Tetapi ia pantang menyerah, anda akan kaget mengetahui berapa kali ia ditolak agen di New York. Ia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah seluruh agen film di New York tidak sebanyak itu. Artinya, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.



    Setelah gagal audisi dimana-mana, akhirnya ia nekat. Untuk mendapatkan peran pertamanya ia terpaksa ngotot. Ia datang kesebuah agency pukul 04.00 sore tetapi agen film yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika sang agen datang ke kantor ia menemukan si pemuda tetap menunggu. Ia menunggu semalaman. Akhirnya agen tersebut tak tega dan memberinya kesempatan.

    Walaupun ia hanya muncul selama beberapa menit sebagai figuran, ini sudah merupakan trobosan baginya. Setidaknya memberi nilai tambah bahwa ia pernah main film. Ia pikir jalannya akan lebih mudah.

    Hidupnya tak kunjung membaik. Istrinya mulai tak tahan dengan obsesinya. Istrinya selalu bilang cari pekerjaan sungguhan yang tidak ada hubugannya dengan acting, tapi ia tetep bersikeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia acting. Hidupnya makin sulit, ia terpaksa menjual perhiasan istrinya. Pada titik terndah dalam hidupnya ia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Ia berusaha keras selama berbulan-bulan sampai satu hari ia sama sekali tidak punya uang. Timmy sangat dekat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa ia menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk bisa menyambung hidupnya, karena sudah betul-betul bangkrut, sampai tidak bisa makan. Saat itu ia menangis.

    Dalam kegalauan ia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang petinju lemah yang menurut ramalah banyak orang akan dapat dirobohkan selama 3 ronde, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Ia dapat menyelesaikan total 15 ronde melawan Ali karena tak mau menyerah. Pemudah itu sangat terinspirasi dengan tontonan tersebut dan muncul sebuah visi tentang sebuah film yang akan ia tulis naskanya. Malam hari itu juga ia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga naskah filmnya selesai. Ia sangat gembira dengan naskah tersebut, akarena dalam pikirrannya ia tahu bahwa naskah cerita tersebut akan menjadi sebuah film yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar saat memandangi naskah itu.

    Lalu utk mengajukan tulisannya kepada para produser film. Namun tidak ada yang memberi tanggapan serius atas naskah cerita tersebut. Tetapi ia tak pernah berhenti berusaha. Ia menawarkan naskah ceritanya dan ditolak lebih dari ratusan kali kepada semua produser dan studio film. Sampai suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli naskahnya senilai US$ 20.000 dengan syarat tokoh utamanya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds. Ia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi ngotot ingin tetap membintangi sendiri film tersebut. Lalu ia menawarkan diri bermain Cuma-Cuma. Sang sutradara menolak. Walaupun sesungguhnya sangat membutuhkan uang, ia bersikeras menolak menjual naskah tersebut kecuali jika ia bisa menjadi bintangnya. Sang produser terus menaikkan tawarannya $80.000, $125.000, $250.000 sampai $325.000, tetapi si pemuda bersikeras tidak akan mau menjual naskah filmnya kecuali ia berperan menjadi tokoh utamanya. Ia berjanji akan bermain bagus.

    Akhirnya produser setuju dan menjadikan dia tokoh utama dalam film tersebut, namun hanya dengan bayaran $20.000 untuk naskah cerita ditamnah $340 perminggu sesuai upah minimal seorang aktor. Setelah dipotong biaya-biaya, komisi agen, dan pajak, ia hanya mendapat penghasilan bersih $6.000 bukannya $325.000.


    Ini adalah kisah sylvester stallone atau bisa disingkat “sly”. Sly sadar, setelah 1500 kali penolakan, naskah film Rocky yang dibuatnya mungkin satusatunya pintu gerbang untuk menjadi peran utama, karena itu ia tidak mau melepas peran Rokcy untuk orang lain. Sekalipun ber-budget rendah US$1.000.000 dan dibintangi akrot tidak terkenal saat itu, yaitu stallone sendiri, film ini meledak di pasaran dan menghasilkan uang senilai US$ 200.000.000 atau 200 kali lipat.

    Dari film Rocky yang dibintanginya ia dinominasikan meraih Academi Award sebagai aktor terbaik. Film tersebut memenangkan tiga Oscar untuk film terbaik, sutradara terbaik dan skenario film terbaik. Setelah Rocky, kesuksesan terus mengiringinya selama beberapa dekade ke depan. Ia kembali sukses menjadi ikon action movie dalam karakter Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikom machismo (kejantanan) dalam film action Holywood.

    Ia menjadi aktor pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 sampai 1990. Serial Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 miliar, dan menjadikan Stallone seoarng bintang film internasional termahal.

    Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang film.

    Seandainya ia merelakan naskah Rocky dibintangi orang lain mungkin ia mendapat US$325.000 untuk naskahnya tapi ia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.

    Tentang penolakan yang dialaminya ia berkata “i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.

    “saya anggap penolakan seperti orang meniupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mundur”

    Sumber: Tommyindra


    0 0

    Sudah namanya artis tidak kiralah walau dia masih kanak-kanak sekalipun, gerak-geri dan tingkah laku pelakon cilik Puteri Balqis atau Aqish sentiasa menjadi perhatian ramai.


    Tidak kurang, setiap kali Pelakon Wanita Terbaik Asia pada Asian Television Awards 2014 ini memuatnaik gambar juga berkongsikan perkembangan terbaru menerusi laman Instagram miliknya @rockingbalqis, pasti akan mendapat ribuan 'like' daripada peminat.

    Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon berusia tujuh tahun ini dikecam ekoran memuat naik sekeping foto memperlihatkan gaya tangannya yang yang kebiasaannya dikaitkan dengan simbol 'Rock' ataupun simbol 'I Love You'.

    Namun, ada sesetengah pihak mempertikaikan aksi Aqish apabila mendakwa ia adalah simbol Yahudi. Tidak cukup dengan itu, ada juga pengikut yang menegur supaya Aqish menutup aurat atau lebih tepat memakai pakaian yang sopan dan bertudung yang sudah tentu menampilkan gaya lebih manis. 

    Begitupun ada peminat berpendapat Aqish masih kecil dan selama ini tidak ada salahnya dengan pemakaian aktres cilik berbakat besar ini.





    0 0

    "Inikah kekasih terbaru pelakon sensasi yang hebat strikes a pose senget, Tasha Shilla? Siapa ya? Ada forumer kenal tak? Muka macam pernah nampak..." - forum cari


    Sejauh mana lelaki ini kekasih baru Tasha Shila sejak putus cinta dengan Hans Wong tidak begitu dapat dipastikan kebenarannya. Namun kalau benar, tahniah kami ucapkan. Boleh tahan kacak mamat ni. Betul tak?

    Sumber: Forum Cari








    0 0

    Nak tengok apa yang monyet lakukan ke atas Farah Mendoza, korang skol kat paling bawah. Untung betul monyet tu kan.

    Sumber: Hotgilerbeb








    0 0

    Setiap gadis mengimpikan lelaki yang ideal sebagai teman hidup mereka. Ada yang mahukan lelaki yang kacak bergaya, ada pula yang mengharapkan lelaki yang dicintai setia dan menyayanginya dengan sepenuh hati.

    Seorang lelaki miskin telah jatuh cinta dengan anak gadis yang kaya raya. Satu hari lelaki ini telah mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hatinya pada si gadis.

    Tapi standard yang diletakkan gadis ini berbeza dah lebih tinggi dari gadis-gadis yang lain.

    Jawapan si gadis ; “Macam mana awak boleh terfikir semua ni? Saya tak mungkin dapat mencintai awak. Lupakan saya dan carilah gadis lain yang sama level dengan awak.”

    Cintanya ditolak oleh si gadis dengan alasan dia tak sanggup untuk hidup dengan lelaki yang tidak mampu menampung gaya hidup sebagaimana yang disediakan oleh orang tuanya.

    Atas rasa cintanya yang mendalam kepada si gadis, lelaki miskin tak dapat lupakan cinta pandang pertamanya ini.



    10 tahun kemudian mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Si gadis dengan segera dapat mengenali siapakah lelaki yang berdiri di depannya dan berkata;

    “Awak apa khabar? Saya sekarang dah kahwin dengan seorang lelaki yang bijak dan gaji dia $15,700 sebulan. Awak boleh lawan ke gaji banyak tu?”

    Si lelaki hanya mendiamkan diri dan cuba menahan air matanya dari menitis apabila mendengar ucapan berbisa bak sembilu dari wanita yang pernah bertakhta di hatinya ini. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.

    Beberapa ketika kemudian, muncul suami kepada wanita ini. Tetapi sebelum si wanita sempat berkata-kata, suaminya telah menegur lelaki ini terlebih dahulu dengan nada girang;

    “Selamat petang tuan. Nampaknya tuan dah berkenalan dengan isteri saya”

    Si lelaki membalas sambil tersenyum “ Selamat petang kembali Tuan…….?

    “Saya Kamal tuan!” Si suami kemudiannya berpaling kepada isterinya dan berkata;

    “Sayang, kenalkan ni lah boss abang. Dialah pemilik projek bernilai $100 juta yang abang uruskan tu.”

    Si wanita terdiam kaku apabila mendengar apa yang suaminya telah perkatakan.

    Kemudiannya si lelaki berkata sambal meminta diri; “Tuan Kamal, saya ada urusan penting perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu.”


    Untuk beberapa minit, pasangan ini hanya mampu memandang si lelaki yang sedang berlalu pergi.

    Baru tersedar dari kejutan yang berlaku, si wanita bertanya kepada suaminya dalam nada tidak percaya; “Itu boss abang?”

    “Ya sayang. Dia seorang yang sangat merendah diri tapi hidupnya agak menyedihkan. Dengar cerita satu ketika dulu dia pernah jatuh cinta pada seorang gadis tapi cintanya ditolak mentah-mentah hanya kerana dia seorang yang miskin.”

    “Disebabkan itu, dia bekerja keras. Oleh kerana dia juga seorang yang bijak, kini dia seorang yang berjaya. Pendapatan bulanan dia bernilai jutaan ringgit sebulan tapi malangnya dia masih tak dapat lupakan gadis yang pernah dicintainya satu ketika dulu. Sampai sekarang dia masih tak kahwin.”

    Si suami kemudian menyambung lagi; “Beruntungnya perempuan tu jika dia terima lelaki ni dulu.”

    Terkejut mendengar ucapan suaminya, si wanita hanya mendiamkan diri.

    Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan pernah menghukum dan menghina seseorang hanya kerana kemiskinannya pada ketika ini. Mereka juga berhak untuk berusaha bagi merubah nasib diri sehingga berjaya dan berada di puncak.

    Sumber: Thevocket


    0 0

    Mungkin ada yang tak pernah melihat wajah bekas suami Che Ta ini... dan mungkin juga ada pernah lihat tapi sudah terlupa.


    Namun yang pasti, Che Ta memang bertuah kerana pernah berkahwin dengan bekas suami handsome... dan kini berkahwin pula dengan jejaka yang tak kurang handsomenya. Heh!




older | 1 | .... | 176 | 177 | (Page 178) | 179 | 180 | .... | 227 | newer