Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

35 Foto terbaru Nur Iman Shafi'e anak lelaki Haiza Gegar Vaganza 2015 yang semakin comel

$
0
0
Alahai comelnya si kerinting ni.... rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia. Siapa lagi kalau bukan Nur Iman Shafi'e anak lelaki Haiza bersama suaminya, Norhanafpe Omar yang kini berusia tiga tahun lebih.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Haiza, Iman dilihat suka menyanyi dan menari. Mana taknya kalau maknya seorang penyanyi dangdut dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ye tak?

Disini kami kongsikan beberapa keping gambar serta video gelagat si kerinting ini.

Jom tengok!

Sumber: Myartis





































MELETOP! 17 Foto Polis Wanita Tercantik Di Indonesia

11 Foto keadaan dalaman hotel mewah ini yang diperbuat dari emas tulen

$
0
0
Hotel mewah ini dikenali dengan nama Swisshorn Gold Palace yang merupakan antara hotel yang terkenal di Hong Kong. Bagi menarik kedatangan pelancong kaya, maka segala barang dan perabot di hotel ini dihasilkan daripada emas asli.

Luas bangunan ini ialah 650 meter padu yang telah dibina oleh sebuah syarikat pengeluar perhiasan, Lam Sai. 

Pemilik hotel berkenaan, Mr Lam mendapat ilham bagi membina hotel mewah ini berdasarkan daripada keinginan Raja Han yang menginginkan istana untuk dihadiahkan kepada isterinya.

Sumber: Canggihhebat












Luahan satu Liyana Manan bekas isteri Romie setelah terserempak anak-anaknya di The Curve

$
0
0
Masihkah anda ingat lagi pasal gosip antara Hanez Suraya, Romie Razin Adilha dan Liyana Manan yang begitu panas suatu ketika dahulu? Sehingga mengadakan 'press conference'.

Namun bukan kisah lama yang kami ingin ketengahkan tetapi baru-baru ini timbul cerita bahawa Hanez dan Romie tidak membenarkan Liyana (bekas isteri) berjumpa anak-anaknya dan atas alasan apa, tidak dapat dipastikan.

Semuanya terbongkar apabila Liyana telah memuat naik status bahawa beliau sangat gembira apabila terserempak dengan anak-anaknya di pusat beli belah baru-baru ini. Liyana mengakui teramat rindukan anak-anaknya setelah berbulan-bulan tidak berjumpa.

Ketika terserempak, anak-anaknya pada ketika itu seperti tidak 'excited' sebagai mana Liyana, mungkin juga kerana tidak berjumpa berbulan-bulan lamanya.


Anak kedua Liyana pula dikhabarkan seakan-akan tidak mengenali Liyana sebagai ibu kandungnya dan bersembunyi di belakang Romie. Hanez Suraya pula dikatakan seperti tersenyum sinis, tak tahulah kebenarannya.

Jika perkara tersebut benar, kami berharap Liyana tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Myartis


3 Foto Agnes Monica tayang peha gebu

$
0
0
Baru-baru ini penyanyi popular dari Indonesia telah menggemparkan dunia hiburan Indonesia apabila bertindak berani tayang peha kekar. Peha kekar selalunya sinonim dengan lelaki-lelaki sasa yang melibatkan diri dalam arena sukan bina badan. Agnes Monica yang kini semakin obses untuk dapatkan bentuk badan kekar berbanding wanita-wanita lain semakin aktif dalam dunia kecergasan.

Agnes Monica sebelum ini pernah dihimpit kontroversi menerusi artikel ‘6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang‘ kini imej terbarunya yang mempunyai peha kekar berkemungkinan juga mencetuskan kritikan dari peminatnya.

Namun dari awal lagi Agnes Monica memohon agar fotonya terbarunya tidak dikritik membabi buta dan berharap pengikutnya juga sentiasa menjaga kecergasan diri. Ingin dapatkan peha kekar tidak salah tetapi yang salahnya apabila terlalu mendedahkan bentuk tubuhnya kepada umum. Kami disini lihat pun berbulu mata apatah lagi mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sangat mementingkan penjagaan aurat.

Apa pun Agnes Monica telah selesa dengan imej terbarunya dan impiannnya untuk mendapatkan peha kekar telah tercapai.

Sumber: Rahsiaberita




TAHNIAH! Fouziah Gous selamat lahirkan bayi lelaki sulung

$
0
0
Khamis lalu, Fouziah Gous, 32, telah selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada pukul 11.40 pagi.

Bagaimanapun, Fouziah dan suaminya Mohd. Zhafran Md. Yusof sehingga kini masih belum mendedahkan wajah anak pertama mereka untuk tatapan umum.

Perkara serupa (enggan berkongsi perihal anak) terjadi pada golongan selebriti yang bergelar ibu. Jika Lisa Surihani masih enggan mendedahkan gambar anak kesayangannya. Lain pula ceritanya dengan Fouziah.

Ketika dihubungi, pengacara Nona itu meminta masa untuk mendedahkan mengenai anak pertamanya itu.

"Nanti bila sudah bersedia saya akan kongsikan. Buat masa sekarang, saya masih berasa penat dan ingin berehat," luahnya selain turut mengucapkan terima kasih atas ucapan kelahiran anak sulungnya itu.

Memperoleh anak pertama selepas dua tahun lebih mendirikan rumah tangga juga membuatkan Fouziah masih memerlukan masa menyesuaikan diri sebagai ibu.

"Saya baru lepas menyusukan anak, jadi pening sikit. Mungkin sebab tidak makan lagi agaknya," ujarnya yang turut memberitahu, tidak dapat membaca kesemua kiriman WhatsApp yang dihantarkan kepadanya yang ingin bertanya mengenai bayinya.

Sementara itu, suami Fouziah iaitu Mohd. Zhafran Md. Yusof berkongsi rasa gembiranya menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya.

"Syukur ke hadrat Allah. Isteri saya, Fouziah Gous selamat melahirkan anak kami. Terima kasih atas doa yang dipanjatkan. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh," katanya yang menyertakan status bersama gambar puting berwarna biru di laman Intagramnya.

Melalui gambar puting berwarna biru itu, ramai yang menelah pasangan itu menerima cahaya mata lelaki.

Sejak awal kehamilan lagi, pasangan terbabit enggan mendedahkan jantina bayi mereka dengan alasan mahu memberi kejutan kepada ahli keluarga.

Untuk rekod, Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 21 September 2013 selepas mengikat tali pertunangan pada 1 Jun 2013.

Sumber: Myartis









Gadis cantik dari Sabah pikat hati Abam Bocey & Keluarga

$
0
0
Bagi peminat peminat Abam Bocey di luar sana, pastinya anda mengetahu bahawa bagaimana pelakon dan pelawak ini kecewa beberapa kali apabila melibatkan kisah cinta. Namun kini tidak lagi apabila Abam telah berjumpa dengan pilihan hati yang turut disenangi oleh kelaurganya.

“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

“Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,”
jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

Selain itu, Abam turut berkongsi bahawa wanita berkenaan mula meminati dirinya selepas menonton program masakan selain turut memahami kerjayanya. All the best untuk Abam dan juga pasangan. Semoga segala urusan ke fasa yang lebih serius dipermudahkan.

Sumber: Rotikaya





Foto wajah sebenar Cita Citata tanpa mekap

$
0
0
Siapa tak kenal pedangdut cantik Cita Citata. Wajahnya yang imut dan menggemaskan selalu membuat penasaran netizen di media sosial.

Apalagi, saat pelantun Sakitnya Tuh Disini mengunggah foto terbarunya, netizen langsung berkomentar. Tak hanya memberikan jempol untuk foto tersebut, netizen juga memuji Cita.

Seperti kali ini, Cita menyapa penggemarnya di dunia maya dengan wajah cantiknya tanpa riasan. Foto tersebut Cita ambil saat bangun tidur di atas tempat tidurnya.

"selamat pagi Citatones .. selamat pagi Ayah yg setiap saat aku rindukan dariku mulai memejamkan mata hingga membuka mata .. alfatihah ????," tulis Cita.

Penggemar Cita berkomentar. Mereka ingin sekali bertemu sang idolanya itu.

"Ka @cita_citata cantik.naturall ??," tulis netizen.

"Cantik badaaiiiiii teh ?? gak bosen2 liatnya ??," tulis netizen lainnya.

"Udh cantik dari sonoh nya suka bgt sama #citacitata ??????," tulis netizen lainnya.

Sumber: life.viva











Pelakon cilik Mia Sara kini sudah berhijab?

$
0
0
Tahniah diucapkan kepada pelakon comel molek, Mia Sara Nasuha kerana bakal menjejakkan kaki di Tanah Suci Disember ini setelah permohonan visa untuk menunaikan umrah bersama bapanya, Muhammad Ridhuan diluluskan.

“Perancangan cuti sekolah ini, Mia dan keluarga akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. InsyaAllah, doakan yang terbaik untuk Mia. Mia harap semuanya selamat pergi dan balik. Tolong sama-sama berdoakan Mia ya,” jelasnya kepada portal AgendaDaily.

Peluang tersebut merupakan peluang kali pertama buat Mia menjejakkan kaki di bumi Makkah. Sebelum ini Mia pernah menyatakan rasa syukurnya kerana berpeluang menjana pendapatan sendiri di usia muda.


Malah di awal penglibatannya di dalam dunia lakonan, dia mengakui diejek rakan-rakan di sekolah namun lama kelamaan dia sudah lali dengan perkara tersebut. Apa-apa pun, semoga perjalanan Mia dan kelaurga ke Tanah Suci baik-baik belaka.

Sumber: Rotikaya

Guru Korea ini amat cantik hingga tiada pelajarnya tidak datang ke kuliahnya

$
0
0
Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.

Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.

Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.

Wanita bernama Lee Nayeong tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik paling cantik di Korea Selatan.

Umumnya selama ini, kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.

Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang manis secara semula jadi itu.

Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan yang terkenal, Miss Korea.

Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan.

Sumber: Terkini






Pelakon Bawang Putih Bawang Merah, Revalina S Temat kini hamil 7 bulan

$
0
0
Kabar seputar kehamilan selebritis selalu menjadi topik yang menarik untuk dibahas. Terlebih lagi jika hal itu sudah menyangkut nama artis-artis cantik Indonesia, salah satunya adalah bintang perempuan berkalung sorban, Revalina S Temat.

Memasuki kuartal kedua dalam usia kehamilannya, aktris cantik asal Jakarta ini mengalami banyak perubahan pada penampilannya. Salah satunya adalah tubuhnya yang makin gendut dan perutnya yang kian membuncit.

Meski begitu, hal ini tetap menjadi kebahagiaan tersendiri bagi Revalina dan suaminya, Rendy Aditya Gunawan. Tak ingin menyimpan rasa senangnya seorang diri, Revalina pun berbagai potret kehamilannya di Instagram.


Mengenakan dress nude bermotif stripes, penampilan Revalina benar-benar stunning. Gayanya semakin sempurna dengan sandal cantik bernuansa futuristic, dan senyum manis yang menghiasi wajah ayunya.

Tak seperti ibu hamil lain yang biasanya cuek soal penampilan, ternyata Revalina masih peduli dengan outfit yang dikenakannya. Sebisa mungkin ia menjatuhkan pilihannya pada dress yang terbuat dari bahan nyaman dan membuatnya bisa bergerak bebas.

Bersamaan dengan diunggahnya foto ini, ia pun menuliskan caption yang berbunyi, "Lagi hamil paling enak pake dress karena biar gampang bolak-balik kamar mandi." Well, menurut kamu bagaimana penampilan Revalina kali ini?



Sumber: Gegarmeletop






Afdlin Shauki sahkan pelawak Yus Jambu meninggal dunia

$
0
0
Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua.

Punca dan sebab pemergian pelawak popular ini masih belum diketahui dan berita sedih ini sangat mengejutkan ramai pihak ketika ini. al-fatihah dan takziah buat keluarga Yus Jambu.

Sumber: Rotikaya



Foto dan tanda-tanda terakhir di dahi arwah Yus Jambu yang sempat dirakam sebelum meninggal dunia

$
0
0
Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi. Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),

Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.

"Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah terus pulang pada 11.30 malam.

"Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Sumber: h2m9363


Ni gambar dari seorang sahabat yang telah bergambar dgn Arwah sebentar tadi jam lebih kurang 10mlm, arwah nampak keletihan selepas perform, kelihatan tanda kalimah ALLAH didahi arwah.
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Al-Fatihah




Foto-foto update dari rakan-rakan Arwah Pak Yus yang berada di Hospital Selayang..








10 Perkara menarik di Gegar Vaganza 2 Minggu Ke-7

$
0
0
Minggu ke-7 Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan ‘Rockdut’ telah memukau perhatian penonton tidak kira di Auditorium MBSA mahupun di rumah.

Lebih-lebih lagi persembahan Haiza yang menyanyikan lagu Kopi Dangdut serta Faradhiya dengan lagu Enter Sandman.

Nyata amat berbeza dengan perubahan dari segi susunan muzik, persembahan pentas dan interaksi bersama dengan pemuzik.

Untuk minggu depan masih lagi 7 peserta yang akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan ‘Karok Tarik'.


Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 10 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu ke-6 Gegar Vaganza.

1. 1.Kemunculan pelakon wanita Rabeeca Nur Islam yang sedang hamil beberapa bulan itu membuatkan penonton di Auditorium MBSA men oleh ke arahnya.
2. Produser drama TV Ziela Jalil mengambil gambar bersama kenalan dalam dewan amat bersahaja dan selamba sekali
3. Wow.. Personaliti TV3 Maria Tunku Sabri turun padang menyaksikan Gegar Vaganza secara langsung di Auditorium.
4. Tok Ram gelak besar ketika Jihan dan Nabil nyanyi ketika pembuka acara langsung kerana lucu dengan gaya nyanyiannya Jihan yang ‘over’
5. Ketika iklan, nabil membetulkan seluarnya yang sedap ‘selop’ iaitu seluar dalam terselit di celah punggung.
6. Tok Kat dan Mamat Khalid menari ala-ala comel di kerusi juri ketika persembahan Haiza.
7. Nabil baru menyedari pengasas idea Gegar Vaganza iaitu Micheal Ang tidak hadir pada minggu ini.
8. Ketika iklan, Jihan usik Tok Ram dengan berkata ‘Tok tak pergi ke semifinal muzik-muzik sokong Alyah’, terus gelak besar penonton.
9. Dewan menjadi gamat apabila Datuk Seri Vida rupa-rupanya fasih berbahasa Mandarin.
10. Ketika iklan juga, Tok Ram tiba-tiba mengusik Nabil dan Jihan dengan berkata “Korang tengok, kalau Nabil dan Jihan tiada aman sahaja”. Semasa Tok Ram bercakap demikian, Nabil dan Jihan sedang menerima arahan daripada pihak produksi.

Sumber: Murai

Luahan sayu Tauke Jambu atas pemergian sahabat karibnya Yus Jambu

$
0
0
Ketika pihak wartawan mendekati pelawak terkenal iaitu Taukey Jambu dan ingin dia kongsikan perasaan.... dan dalam keadaan menangis tersedu-sedu Taukey berkata dia tak mampu lagi untuk menjawab soalan... dia tak mampu tanpa Pak Yus.... bukan sahaja Taukey tapi artis lain juga di lihat seperti terlalu sebak masing-masing meratapi pemergian Pak Yus... terutama rakan karibnya juga iaitu Afdlin Shauki

Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi. Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),

Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.


"Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah terus pulang pada 11.30 malam.

"Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Sumber: Mymal1


Respon balas Jihan Muse setelah dikecam netizen kerana tidak bertudung ketika melawat arwah Yus Jambu

$
0
0
Berita kehilangan pelawak terkenal Pak Yus amat memeranjatkan rakan-rakan pelawak. Dan semestinya Jihan Muse yang agak rapat dengan pelawak tersebut.

Satu gambar Jihan Muse tanpa bertudung mengundang Kritikan di media sosial.

Ada yang menyatakan si Jihan ini tidak menghormati pemergian Pak Yus. Dan Ini respon Jihan Muse.




Pesanan terakhir Yus Jambu kepada Misha Omar

$
0
0
KUALA LUMPUR: "Jaga kesihatan, jangan jadi seperti saya." 

Begitulah pesanan terakhir pelawak Allahyarham Yussry Edoo yang lebih dikenali sebagai Yus Jambu kepada rakan sekumpulannya dalam program realiti, Juara Parodi iaitu penyanyi terkenal, Misha Omar, Jumaat lalu. 

Misha yang masih terkejut dengan berita pemergian arwah memberitahu BH Online, pesanan berbaur nasihat itu menjadi kata-kata yang tidak akan dilupakan penyanyi Bunga Bunga Cinta itu sampai bila-bila. 

Menurut Misha, sepanjang hampir sebulan bersama Yus dalam program Juara Parodi, arwah sangat menyenangkan dan tidak lokek. 

"Saya tidak menyangka rupa-rupanya keakraban kami pada sesi latihan tempoh hari akan menjadi kenangan terakhir saya dengan arwah. 

"Sebelum ini, ketika sesi latihan, kami lebih banyak buat hal sendiri. Tetapi entah kenapa, Jumaat lalu, saya banyak meluangkan masa dengannya. 

"Banyak yang kami bualkan terutama sekali mengenai hal kehidupan. Dalam perbualan itu, Yus sempat menasihatkan saya supaya menjaga kesihatan dan tidak menjadi sepertinya. 

"Arwah bukan saja mengambil berat kepada saya, malah krew dan juga teman rapatnya yang lain," katanya. 


Misha berkata, arwah sering membawa alat menguji kandungan gula dalam darah dan menasihatkan rakan-rakan melakukan ujian sama. 

"Jadi setiap kali hendak menguji darahnya, arwah akan suruh rakan-rakan yang lain menguji darah mereka. 

"Walhal kertas ujian gula itu bukannya murah, tetapi arwah tidak lokek demi menjaga kesihatan rakan-rakannya," kata Misha. 

Tambah Misha lagi, kehilangan mengejut Yus menyebabkan beliau tidak mampu berfikir mengenai perjalanan kumpulan Kobis Pedas yang turut disertai Tauke dalam program realiti itu. 

Misha berkata, bagaikan ada kebetulan apabila tugasan yang menanti kumpulannya Jumaat ini adalah sketsa menggunakan sebuah bingkai gambar dengan tajuk 'Aku Suka Benda Ini Kerana Ia Mengingatkan Aku Kenangan Pada Kau'. 

Tugasan itu, menurut Misha, seolah-olah kena dengan situasi sekarang. 

"Saya tidak tahu bagaimana kami akan membuat persembahan Jumaat ini lebih-lebih lagi dengan tugasan yang diberi. 

"Nampaknya saya sudah tahu gambar siapa yang perlu diletakkan pada bingkai yang diberikan kepada kami tempoh hari," katanya.

Sumber: Berita Harian

Lelaki ini dedah cerita sebenar perubahan sikap arwah Yus Jambu sehari sebelum meninggal dunia

$
0
0
Rakan serumah pelawak Allahyarham Yussry Edoo, Wan Sharizon Rahim tidak menyangka perubahan sikap arwah yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Wan Shahrizon yang sudah mengenali Yussry atau Yus selama hampir 20 tahun berkata, selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.

“Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

“Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi.
“Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya,”
kata Shahrizon yang berada di sisi ketika Yus menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Shahrizon berkata, ketika Yus tampil membuat persembahan pada pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.

“Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.

“Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan,”
katanya yang menemani Yus menjayakan persembahan itu.

Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.

“Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi,” katanya.

Beliau berkata, sebaik melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri.

“Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal,” katanya.

Shahrizon berkata, arwah sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kencing manis.

Yus yang juga anak bongsu dari tiga beradik, tidak pernah berkahwin. Salah seorang abang Yus juga dikatakan sudah meninggal dunia.

Sumber: Infokini

7 Foto jenis makanan yang harus dimakan The Rock setiap hari

$
0
0
Sebut saja nama The Rock pasti ramai yang mengenali terutama dengan lakonan beliau yang bersahaja dan penuh aksi. Namun, apa yang mengkagumkan badan The Rock sentiasa kelihatan mantap dan sasa.

Berketinggian 6 kaki 7 Inci, dan berat mencecah 270 Paun (122.47 KG) Bintang Hollywood dan juga bekas ahli sukan Wrestling WWE ini mampu membuatkan penonton kagum setiap kali beliau beraksi di depan kaca TV.

Tetapi bagi Dwayne ‘The Rock’ Johnson, untuk memiliki bentuk badan yang sasa dan tegap seperti itu bukanlah suatu perkara yang biasa dan ia tidak datang semudah rutin senaman harian yang selalu kita lihat.


Untuk bergelar bintang Hollywood beliau perlu terikat kepada beberapa rutin diet yang benar-benar ketat dan ekstrim, dan perlu mengambil sejumlah mungkin jumlah kalori yang diperlukan setiap hari.

Jumlah kalori yang diambil oleh The Rock adalah 5165 kalori/sehari dan perlu makan sebanyak 10 Paun (4 Kilo) sehari. Setiap hidangan wajib mengandungi karbohidrat dan protein yang secukupnya. Memang betul betul berdisiplin dia ini.

Sarapan Pagi: Selepas sesi kardio pada awal pagi, ini adalah hidangan pertama The Rock

Aktor berusia 43 tahun ini mendedahkan beliau perlu bersenam seawal 4 pagi dan makanan yang disenaraikan oleh pakar diet beliau terdiri daripada daging, ikan, telur, nasi dan sayuran.

Itu adalah hidangan wajib yang The Rock perlu makan setiap hari disamping menghabiskan masa sepenuhnya di Gymnasium.

Mampu kah anda untuk menjalani rutin harian sebegini?

Sumber: Ahmadalbabs

Hidangan lewat pagi: Ikan Kod, sayuran dan ubi keledek manis jadi sajian kedua beliau

Makan Tengahari: Daging/ayam serta secaawan nasi dan sedikit sayur sebagai syarat makan tengahhari The Rock

Petang: Antara makanan kegemaran adalah Ikan Kod sayuran dan juga nasi.

Hidangan lewat petang: The Rock bertukar dari nasi kepada hidangan stik dan kentang bakar

Beberapa waktu selepas hidangan lewat petang, The Rock perlu menikmati hidangan Ikan Kod, nasi dan juga sayuran

Hidangan lewat malam (Sebelum tidur): Pada bahagian akhir ini, beliau perlu menghabiskan 10 biji telur putih (Omelette Egg) sebagai hidangan akhir diet harian.

12 Foto terbaru Preity Zinta bakal nikahi jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough

$
0
0
AKTRESS cantik Hindustan, Preity Zinta, 40, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan.

Menurut laporan Bollywoodlife, Preity kini berpacaran dengan seorang jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough.

Preity bertemu Gene, 30, seorang penganalisis kewangan di Los Angeles ketika pelakon itu sedang bercuti di negara Uncle Sam, beberapa tahun lalu.

Yang menariknya, ramai peminat sukakan kombinasi nama Preity apabila digabungkan dengan nama keluarga bakal suaminya yang dianggap sangat unik iaitu Preity Goodenough.

Sumber: Terkini












Viewing all 4594 articles
Browse latest View live