Are you the publisher? Claim or contact us about this channel


Embed this content in your HTML

Search

Report adult content:

click to rate:

Account: (login)

More Channels


Showcase


Channel Catalog


older | 1 | .... | 180 | 181 | (Page 182) | 183 | 184 | .... | 227 | newer

    0 0

      
    Sumber: Hotlips-yuya





    0 0

    Siapa yang tak kenal Dian Sastro? Sosoknya sempat menjadi wanita impian banyak pria. Ya, Dian Sasto menjadi salah satu ikon wanita cantik di Indonesia. Tapi bagaimana wajah Dian Sastro bila tanpa make up. Masihkah tetap cantik?

    Di akun Instagram miliknya, Dian Sasto mengunggah foto terbarunya. Kali ini ia menunjukkan wajahnya tanpa riasan make up sedikit pun.

    "#nomakeup #selfie ... Happy afternoon..," begitu Dian menulis judul di foto yang diunggahnya pada Selasa sore (30/6/2015).

    Dalam foto tersebut, Dian Sasto mengenakan kaos hitam. Rambutnya diikat ke belakang. Wajahnya terlihat lelah, namun ia tetap memberikan senyum manisnya.

    Meski tanpa make up dan terlihat lelah, Dian Sastro tetap terlihat cantik. Garis alisnya terlihat tebal, meski ada bagian yang tak dipenuhi bulu.

    Dian Sastro tak takut menunjukkan kekurangan wajahnya dengan mengunggah foto tanpa make up ini. Noda-noda hitam di wajahnya terlihat jelas, terutama di bagian jidat dan tulang pipi. Di bagian lain, hidung Dian Sastro terlihat mancung.

    Meski tanpa make up, wajah Dian Sastro tetap terlihat cantik. Banyak komentar yang memuji kecantikan wajah ibu dua anak ini.

    ygadi_98Biar tnpa make up tetap cntik
    lukman211Cantiknya ngga ketulungan ka dian
    zahidakuDasarnya emang cakep..
    meutiayosepTetep ada semburat flek hitam didkt tulang pipi ya kak @therealdisastr tapi over all cantik alami banget
    ronnyardhiwalaahh...non make up aja udah naudzubillah cantiknya.ckckckk....cantik banarrrrrrr


    Nama Dian Sastro terus menjadi pembicaraan orang sejak ia berperan dalam film Ada Apa dengan Cinta, di saat usianya masih remaja. Dian mengawali kariernya sebagai model sampul majalah Gadis. Dian pun tumbuh menjadi sosok wanita dengan kecantikan natural wanita Indonesia.


    Sumber: Showbiz







    0 0

    Sejak Bergelar Artis Penampilan Fina AF9 Yang Mengejutkan Ramai Peminat, bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini. Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.

    Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu Menangis Lagi telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya. Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.


    Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

    Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka. Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu.

    Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.


    Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah.

    Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka, tambahnya lagi.

    Tidak cukup disitu, pihak OHBULAN! turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.

    Saya rasa saya bukanlah seperti apa yang orang kata. Maklumlah, mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam tu je, saya ni murahlah?

    Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Ibu saya sendiri tahu saya ini macam mana, jelas Fina menafikan tuduhan tersebut.


    Terdapat juga tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam dan penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan tersebut.

    Kalau saya pergi kelab malam pun, saya cuma pergi tengok live band dan akan ditemani oleh ibu serta adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk tengok live band bersama keluarga saya.

    Mengakhiri perbualan, Fina turut memberitahu,Kalau benar pun saya mahu bersosial, takkanlah saya nak masukkan ke dalam laman sosial. Saya tahu diri saya berada di mana.

    Sumber: Cakapmalas





    0 0

    Dalam beberapa waktu terakhir ini Marshanda kerap kali gonta-ganti gaya rambutnya. Seperti apapun mahkotanya, Caca tak pernah gagal tampil cantik di depan kamera.


    Jelas saja, mantan istri Ben Kasyafani ini memang memiliki wajah yang sudah cantik natural, tak peduli seperti apa rambutnya. Kira-kira gimana wajah Caca ketika tak mengenakan make up ya? Masih tetap cantik?

    Meski dicaci-maki, Caca tak pernah ambil pusing dan tetap hidup bahagia.

    Sumber: Kapanlagi










    0 0

    Semua mengetahui bahawa lawak Nabil Ahmad sering kalanya kasar sehingga menerima kecaman hebat daripada segelintir pihak yang kurang senang sekaligus menyifatkan lawaknya melampau.

    Tapi menurut Nabil, lawaknya yang dilakukan bersama pasangan pengacaranya, Jihan Muse, ketika mengendalikan program realiti fenomena Gegar Vaganza 2 (GV2), sebenarnya sudah dirancang dan diatur lebih awal.

    Walapun dirinya dikecam, Nabil bagaimanapun berkata bahawa jenaka sebegitu adalah pendekatan baru bagi menyuntik kelainan dalam program berkenaan sekaligus ia sebagai tarikan penonton untuk terus kekal menonton program tersebut dalam konsert minggu-minggu seterusnya.

    "Pihak produksi bagi kami kebebasan untuk kami sendiri mencorak jenaka yang bagaimana ingin kami sampaikan.

    "Kebanyakan lawak yang saya dan Jehan termasuklah lawak-lawak berkaitan hal rumah Datuk Ramli MS juga sudah mendapat keizinan beliau terlebih dahulu. Itu semua kami memang dah rancang awal malah kami buat reheasal.

    "Ia sebagai satu pendekatan yang lain sebab konsert saban minggu semakin mencabar tambahan apabila peserta pun semakin berkurangan selepas penyingkiran. Jadi setiap minggu kami memerah otak memikirkan bagaimana untuk menjadikan program itu tambah menarik dan penonton akan kekal mengikut pada minggu-minggu seterusnya.

    "Jadi memang kami sengaja buat lawak yang orang-orang dewasa dikalangan mak ayah kita boleh 'relate', jenaka yang memang kita di rumah biasa buat dengan adik beradik dan sebagainya atau jenaka yang mungkin berbaur agak kasar sedikit untuk jadikan konsert pada minggu tersebut lebih menarik,"
    ujar Nabil dipetik sebagai berkata.


    Pun begitu, Nabil tidak menafikan kerisauannya setiap kali mempersembahkan lawak sebegitu lebih-lebih lagi beberapa kali dia menerima kritikan pedas.

    Dek kerana asyik dikecam, justeru sewaktu konsert minggu ketiga dia membawakan pendekatan mengurangkan jenaka sebegitu namun maklum balas kurang memberangsangkan daripada banyak pihak mengatakan dia tidak menjadi diri sendiri dan lawak pada minggu tersebut tidak menghiburkan.

    "Saya akui, dalam pada saya melawak dan gelak-gelak tu sebenarnya saya risau juga dengan sebarang kecaman yang bakal saya terima. Tapi daripada kecaman tersebut sebenarnya secara tidak langsung mempromosikan lagi program berkenaan dan buat orang ternanti-nanti konsert seterusnya.

    "Saya pernah 'tone down' sikit pada minggu ketiga tapi selepas tamat saja bersiaran ramai pula yang komen kata, saya tidak jadi diri sendiri lah, tak best lah dan sebagainya. Mereka mahu saya kembali buat jenaka seperti sebelum ini,"
    jelasnya yang turut mengakui sudah lali dengan kritikan.

    Sumber: Myartis


    0 0


    Sumber: Apeciter




    0 0

    Jika dilihat wajah tembam dan kebotakan anak ketiga Harith Iskander... memang sebijik macam bapanya. Heh!

    Untuk makluman, Harith baru-baru ini telah mengadakan majlis cukur jambul buat anaknya, Zydane Xayne Iskander yang kini berusia sebulan lebih.

    "Just after his cukur jambul and he was NOT a happy camper. Got to enjoy the moment when I share the same haircut with one of my sons. It won't last long.," ujar Harith di laman IGnya.

    Sumber: Myartis






    0 0

    Terbaru, rakan kenalannya yang juga artis kelahiran dari Program Raja Lawak ini mendedahkan foto anak angkat arwah. Foto tersebut di ambil ketika rakan-rakan artis memberi penghormatan terakhir mereka di hari pengebumian arwah.


    Mengenali arwah sepanjang 19 tahun, terlalu banyak pengalaman yang dikongsi arwah dan Jon. Nyata Jon masih lagi merindui arwah.

    Kepada Jon abadikan kenangan anda dengan berdoa untuk arwah. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    Sumber: Myblastmedia







    0 0

    Keadaan rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, 39, dikhabarkan semakin goyah.

    Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.

    Namun tidak dipastikan kunjungan Fasha ke pejabat agama Islam itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling perihal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.

    Menurut sumber sahih, keretakan rumah tangga aktres itu dan Jejai disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.



    Salah satu screen shot komen Nora yang dikatakan menjadi punca konflik rumah tangga Fasha dan Jejai.

    Menurut sumber itu lagi, bekas isteri Jejai, pelakon Nora Danish didakwa turut terlibat sama dalam hal ini.

    "Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.

    "Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah," kata sumber tersebut kepada MStar Online.

    Tambahnya, isu berkenaan telah menjadi perdebatan peminat Fasha dan Nora di laman sosial mereka.


    Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

    Sebelum itu, Jejai pernah berkahwin dengan Nora pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.

    Sumber: Murai


    0 0

    Mawar merupakan isteri kepada Fizo Omar yang juga pemilik tudung jenama Fareeda yang semamangnya popular.

    Mawar sendiri memiliki wajah cantik serta penampilan yang ayu menjadikan dirinya sendiri sesuai sebagai model tudung Fareeda.

    Baru-baru ini mawar ada memuatnaik gambar wajahnya tanpa make-up atau solekan ketika berselfie bersama kuda miliknya.

    Ini caption Mawar:

    "With my lovely horse, Grace Kelly. Huh muka tak make up nampak jerawat."

    Jom lihat wajah Mawar Fareeda tanpa make up ini. Maintain dan tetap cun.

    Sumber : Hotlips-yuya





    0 0

    “Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen. Terima kasih.”


    Demikian kata pelakon terkenal Fasha Sandha, 31, mengenai dakwaan rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai goyah seperti yang tersebar di Internet hari ini.

    Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ketika dihubungi sebentar tadi enggan mengulas mengenai perkara itu dengan media dan lebih selesa untuk mendiamkan diri.

    Dakwaan kononnya rumah tangga pasangan itu berantakan mencuri tumpuan umum apabila Fasha dikatakan dilihat mengunjungi sebuah pejabat agama Islam, di sini, baru-baru ini.

    Dua hari lalu, Fasha turut memuat naik status berbunyi, "Allah Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya. Amin!" di Instagram, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa perkahwinannya kini mengalami masalah.

    Sumber: Metro Online



    0 0

    Asmirandah dan Jonas Rivanno telah membina rumah tangga sejak 2013. Kini, keduanya pun sudah pantas untuk memiliki seorang anak. Baru-baru ini, beredar sebuah foto yang menampilkan Andah dan Jonas yang sedang menggendong seorang bayi.

    Apakah bayi tersebut adalah anak Andah dan Jonas? Rupanya, bayi bernama Kent Leopold Sibarani ini adalah putra Donnie Sibarani vokalis ADA Band dan istrinya yakni Sonya.

    Dalam foto yang diunggah oleh akun Facebook milik Jonas, keduanya terlihat bahagia sambil memeluk baby Kent. "Mami Andah, papi Vanno. Kent pengen banget punya adik sepupu buat nemenin Kent main," tulisnya pada keterangan foto.

    Netter pun beramai-ramai mendoakan agar pasangan suami istri tersebut bisa segera dikaruniai seorang anak. "Aamiin, semoga kak Andah dan kak Vanno bisa segera dapet bayi juga. Tuhan memberkati," kata salah seorang netter.

    Sumber: Wowkeren






    0 0

    Tahun 2013 silam sempat menjadi tahun bahagia, namun berlanjut dengan berbagai masalah yang datang bagi pasangan pengantin Asmirandah dan Jonas Rivanno. Pasangan tersebut menikah secara tertutup pada tanggal 17 Oktober 2013, namun pada 7 November 2013 Asmirandah sempat mengajukan pembatalan nikah.

    Setelah berbagai konflik yang juga melibatkan perbedaan agama, akhirnya pasangan itu disebut menikah kembali di luar negeri. Hampir dua tahun berlalu, sayang Asmirandah dan Jonas belum menampakkan tanda-tanda bakal segera memiliki momongan.

    "Tanda (kehamilan) belum, Kita minta doain aja," tutur Jonas ditemui di pesta pernikahan Chelsea & Glenn di hotel Mulia, Senayan, Jakarta Pusat, Sabtu (3/10/2015).

    Selain itu ada yang berbeda dari penampilan Asmirandah dari masa-masa ketika ia masih sangat aktif bermain sinetron. Tubuh wanita tersebut sekarang terlihat jauh lebih gemuk. Asmirandah sendiri sebenarnya mengaku tak menunda momongan.

    "Menunda sih nggak pernah menunda," ungkap Asmirandah.

    Asmirandah lantas mengungkap mengapa tubuhnya jauh lebih gemuk sekarang. Walau dihempas beragam masalah di awal perkawinan mereka, pasangan ini kini jauh lebih tenang dan Asmirandah pun memiliki bisnis fashion dengan menjadi seorang desainer.


    "Iya, bahagia soalnya. Kita bersyukur," tandas Asmirandah.

    Sumber: Kapanlagi





    0 0

    Ketika Fazura mempertahankan kritikannya mengenai isu 'KimK', individu yang menjadi mangsa hinaan aktres tersebut memberitahu dia tidak pernah berniat untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon itu.

    Wanita yang dikenali dengan nama Vii Narza di Instagram itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk memberi komen buruk sedangkan dia sudah lama meminati Fazura sebagai artis kesayangannya.

    "Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.

    "Saya adalah orang biasa yang meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia muat naik,"
    ujarnya.

    Vii Narza berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang menjadi viral pada Rabu lalu apabila komen yang ditinggalkannya disalahtafsirkan oleh Fazura.



    Dalam sekeping gambar yang dimuat naik oleh Fazura, Vii Narza telah memberi komen menyamakan salah seorang dalam gambar itu seperti aktres antarabangsa Kim Kardashian dengan menggunakan singkatan KimK.

    Namun perkataan KimK yang sinonim dengan gelaran artis itu ditafsir sebagai bahasa kesat dan mencarut oleh Fazura sehingga mendorong dia memuat naik foto mengkritik peminat berkenaan termasuklah menyentuh imej bertudung wanita itu.

    Selain itu Vii Narza memberitahu dia terkejut apabila komennya menimbulkan kemarahan Fazura sehingga memuat naik gambarnya di laman sosial.

    Sementara itu, ditanya sama ada dia akan berjumpa dengan Fazura dalam masa terdekat bagi menjernihkan keadaan, Vii Narza berkata perkara tersebut perlu ditanya kepada pihak pelakon berkenaan.

    "Saya tidak dapat nak komen panjang sebab keadaan masih tidak mengizinkan dan tentang saya bersedia untuk jumpa dia, itu kena tanya pihak dia," ujarnya.

    Dalam pada itu, Instagram Vii Narza turut meningkat secara mendadak daripada 300 ke 26,000 ribu pengikut sejak kontroversi berkenaan menjadi viral dan trending di media sosial sejak Rabu lalu.

    Kebanyakan pengikut laman sosial menyatakan sokongan mereka kepada wanita itu dan menyelar sikap tidak matang Fazura yang seharusnya mengetahui singakatan nama KimK adalah gelaran kepada artis antarabangsa Kim Kardashian yang sudah lama digunakan.

    Sumber: Ohmedia



    0 0

    Al-Fatihah…


    Tunku Laksamana Diraja Johor, Tunku Jalil telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi sekitar jam 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

    Tunku merupakan penghidap kanser stage 4. Jenazah dikebumikan esok selepas Zohor di makam Diraja Mahmoodiah.

    Salam takziah buat keluarga Diraja Johor kerana kehilangan anakanda diusia muda. Info terima dari Tunku Puan Pahang dan DT.

    Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    Sumber: Infokini






    0 0

    Sebentar tadi kita sekali lagi dikejutkan dengan kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil. Perkara sedih ini dikongsi sendiri oleh Tengku Puan Pahang di laman Instagram miliknya.

    Menerusi Sinar Harian, Tunku Laksamana Johor dilaporkan mangkat sekitar jam 7 malam tadi. Almarhum dikenali sebagai seorang yang ceria dan merendah diri walaupun menghidapi sakit kanser. Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang yang beriman.


    Tunku Idris memuat naik gambar di Instagram sebentar tadi selepas kemangkatan Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil. Walaupun Almarhum nampak seorang yang ‘happy go lucky’ tetapi sesungguhnya Almarhum memang seorang kuat dan tabah. Takziah kami ucapkan.

    Sumber: Ohbulan





    0 0

    Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.

    DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    ----

    To my beloved brother... Out of all the sleepless nights, tonight is the most difficult for me. We all love and miss you so much. You have been the one who always puts a smile on our faces. You are our strength and inspiration. You have the one quality that none of us possess; your humble, loving heart. I love you with all my heart and I miss you dearly. You will never be forgotten. Your name will be carried by my bloodline. Your smile will be my strength. May Allah bless you, little brother. Love you always.

    HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor






    0 0



    Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil merupakan anak ke-4 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor.

    Tunku Jalil bersifat berjiwa rakyat dan amat di senangi ramai orang ramai dek kerana keramahan, kemesraan dan senyuman yang terukir di wajahnya.

    Berikut adalah fakta menarik mengenai Tunku yang boleh kita ketahui, jom kita intai.


    1. Seorang pencinta haiwan antaranya ialah buaya dan juga tapir yang bernama Lucy


    2. Pernah bekerja di Zoo di Singapura


    3. Tunku pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama 9 bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011


    4. Bersahabat baik dengan penyanyi no 1 negara Dato' Siti Nurhaliza dan Nomad


    5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini


    6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beranah mesra dan bertanya khabar


    Sumber: Murai


    0 0

    Personaliti tanah air, Faizdickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, turut meratapi pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat malam tadi.

    Menerusi laman Instagramnya, Faizdickie menyatakan rasa kesal kerana tidak sempat meluangkan masa untuk melawat Almarhum Tunku Jalil ketika kesihatannya semakin tenat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

    “Jangan tunggu. Itu sahaja nasihat abang. Jangan tunggu. Kalau ada sesiapa yang patut anda jumpa, pergilah. You will never know,” tulis Faizdickie sambil memuat naik sekeping gambar perbualan WhatsAppnya dengan Almarhum, dua minggu lalu.



    Menurut Faizdickie, dia sepatutnya menziarahi Almarhum di hospital, dua minggu lepas ketika menghantar anak buahnya ke Segamat, Johor Bahru.

    Tetapi, oleh kerana kesuntukkan masa, Faizdickie tidak sempat untuk menziarahi Almarhum pada masa itu.

    Tambah Faizdickie, Almarhum juga merupakan seorang insan yang kuat dan tabah kerana apabila setiap kali bertanya mengenai kesihatannya, Almarhum akan berkata, ‘still surviving’.


    Namun, pada 17 November lalu, apabila Faizdickie bertanya khabar menerusi Whatsapp, Almarhum menyatakan bahawa keadaannya semakin tenat.

    “Saya amat sedih dengan berita pemergiannya. Ralat sungguh hati abang. Dua minggu lepas saya sepatutnya melawat baginda selepas mengetahui bahawa Tunku sakit. Sebelum ni, setiap kali abang tanya pasal kesihatan Tunku, Tunku akan jawab 'still surviving'. Tunku memang seorang insan yang kuat dan tabah.

    “Tapi, pada hari itu bila abang tanya, dia cakap dia tenat. Jadi, abang rancang hendak melawat dia masa hantar anak buah abang ke Segamat.

    “Tetapi malangnya, abang kesuntukan masa pada masa itu. Jadi, abang tidak sempat pergi melawat.

    “Membaca ayat terakhir di WhatsApp itu benar-benar menyedihkan saya. Tunku, anda berada di tempat yang lebih baik sekarang. Berehatlah Tunku Jalil," tulis Faizdickie di laman Instagramnya.

    Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

    Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.

    Sumber: Astroawani


    0 0

    Suasana pilu menyelubungi Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini, apabila orang ramai mula berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

    Rakyat Johor dan orang ramai mula berbaris di luar perkarangan Istana Besar sejak jam 9 pagi tadi bagi upacara berkenaan.

    Orang awam dibenarkan melawat jenazah dari pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi, sementara orang kenamaan dibenarkan melawat dari pukul 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

    Mereka yang hadir dilihat mematuhi kod etika berpakaian dengan wanita Islam mengenakan baju kurung putih dan kain batik serta bertudung putih sementara lelaki Islam, mereka mengenakan baju Melayu teluk belanga berdagang luar putih, kain samping hitam dan songkok lilitan jalur putih.

    Sementara lelaki bukan Islam mengenakan pakaian baju dan seluar hitam, tali leher dan toha hitam di lengan kiri manakala wanita bukan Islam memakai baju dan seluar sopan dan toha hitam di lengan kiri atau tudung hitam.

    Pegawai istana dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditugaskan di perkarangan istana bagi mengawasi tingkah laku, ketertiban dan etika pemakaian orang ramai.

    Orang ramai diberikan tempoh kira-kira seminit untuk memberikan penghormatan terakhir serta mensedekahkan Al-Fatihah.

    Keranda baginda yang dilitupi bendera Jalur Gemilang dengan topi polis dan pedang di atasnya diletakkan di tengah-tengah Bilik Singgahsana.

    Bersebelahan keranda itu, sekumpulan lelaki dari Jabatan Agama Islam Johor membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

    Sementara itu, seorang warga emas, Fatimahzahrah Abdul Ghani, 69, antara rakyat negeri ini yang turut tidak ketinggalan menziarahi jenazah Tunku Abdul Jalil.

    Fatimahzahrah yang menaiki bas seorang diri, berkata Almarhum adalah kerabat raja yang berjiwa rakyat dan kali terakhir dia bertemu Tunku Abdul Jalil ialah pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi dan sempat bersalam-salaman dengan Almarhum.

    "Saya berkunjung ke rumah terbuka di Istana Pasir Pelangi setiap tahun sejak 1997. Tetapi, kunjungan tahun ini paling bermakna dan memberi kenangan kerana itu adalah pertemuan terakhir dengan Almarhum," katanya.

    Sementara itu, bendera Johor dikibarkan separuh tiang di setiap bangunan kerajaan sebagai menghormati kemangkatan Tunku Laksamana Johor.


    Sumber: Berita Harian





older | 1 | .... | 180 | 181 | (Page 182) | 183 | 184 | .... | 227 | newer