Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

10 Foto sekitar majlis pertunangan Feeya Iskandar

0
0
Penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan selamat bergelar tunangan kepada jejaka pilihannya, Nurashid Wahab dalam sebuah majlis yang diadakan di Puncak Jalil, malam tadi.

Dalam majlis yang bermula pada 9.15 malam, Feeya memberikan tujuh dulang hantaran kepada Rashid manakala Rashid membalas lima dulang hantaran kepada Feeya.

Manis mengenakan busana serba biru, majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran 100 orang tetamu. Feeya dan Rashid dijangka akan berkahwin pada tahun 2016.

Mari kita saksikan koleksi foto di sekitar majlis pertunagan Feeya, ihsan daripada laman Instagram @feeyaiskandar89 @orkidphoto dan @hafizharipin.

Sumber: Hiburan












Hajat Terakhir Tunku Jalil... Coretan Cinta Yang Tidak Kesampaian Buat Kami Menangis

0
0

Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau, maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor, Y.A.M Tunku Abdul

Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Orangnya tinggi lampai, badan agak kurus, tapi muka beliau sangat komersial. Biasalah, family kerabat Johor memang segak segak
belaka.


Kalau tak salah, sejak dahulu lagi, empayar kerajaan Johor yang hebat telah menjalinkan banyak hubungan diplomatik dengan kerajaan

Belanda dan British untuk tujuan perlindungan, perdangan dan sebagainya.
Dan disebabkan itu, ramai putera-putera Johor yang bernikah dengan puteri dan golongan bangsawan daripada dua kerajaan Barat ini.

Sebab itulah lani cucu cicit depa semua hemsem memsem. Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris. Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

Laporan Harian Metro mengenai Tunku Jalil:

Kuala Lumpur: Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab, kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran program realiti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media, awal tahun ini.

Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya.

Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana, katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.

Al-­Fatihah buat Almarhum Tengku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi

Semoga Allah mencucuri rahmat dan rahimNya ke atas roh almarhum.

Berikut ialah catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu:


Tunku laksamana johor Tunku Abdul Jalil dan Baginda Tuanku Sultan ibrahim sultan Iskandar bemain hide n seek.power .Daulat Tuanku


Menurut info, jenazah allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu petang ini(6 dec 2015).



Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu..

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."

Semoga dilimpahi Allah akan rohnya dengan kerahmatan dan belas kasihanNya serta digolong bersama para anbiya', siddiqin, shuhada dan salihin. Al­ fatihah.. Aamiinin

"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"



_________________________________________________________________________________

update­ #johorbahru

Van yang dikatakan membawa jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dibawa keluar dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) menuju ke Istana Besar, Johor Bahru.

> 9-11 pagi: Untuk rakyat jelata menziarah jenazah di Bilik Singgahsana Istana Besar

Johor Bahru: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kira-kira 7.11 petang, hari ini, akibat sakit kanser hati yang dihidapi baginda sejak Disember tahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, jenazah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah selepas waktu Zuhur hari ini.

“Mulai 9 pagi esok, kita memberi peluang kepada rakyat jelata untuk beri penghormatan terakhir di Bilik Singgahsana Istana Besar dan minta kerjasama rakyat untuk berpakaian bersesuaian, sopan dan orang Melayu memakai songkok hitam dengan lilitan putih. 

“Tidak dibenarkan untuk merakam gambar, ini pengebumian separa rasmi kerajaan dan tiada cuti umum diumumkan dan tempoh berkabung bagi kakitangan kerajaan adalah selama tiga hari dan istana selama tujuh hari.

“Bendera negeri perlu dikibar separuh tiang selama tiga hari dan semua aktiviti hiburan ditangguhkan, selain dikurangkan,” katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, malam tadi. Ketika menghembuskan nafas terakhir, semua kaum kerabat berada di sisi Tunku Abdul Jalil termasuk Sultan Johor dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta anakanda yang lain. Jenazah terlebih dulu dimandi dan dikafan serta disolatkan di Istana Bukit Besar sebelum diusung dengan menggunakan pedati khas ke makam diraja. Orang awam lelaki yang ingin menziarahi upacara pemakaman berkenaan dikehendaki memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih, bersamping hitam tidak bercorak, songkok hitam yang berlilit kain putih. Bagi lelaki bukan Islam pula dikehendaki memakai sut hitam, bersongkok dan berlilit putih di lengan manakala bagi wanita Islam perlu memakai baju kurung teluk belanga berwarna putih dan berkain batik. Wanita bukan Islam pula dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata

Istiadat Pemakaman DiRaja.
7-9am: Jenazah akan di mandikan dan di kapankan di istana besar.
9-11am: utk org awam
11-12.30pm: vip, raja2
1.00pm: solat zohor n jenazah
1.15pm: diusung ke makam.
1.45pm: istiadat pemakaman di mahmodiah.
Pakaian baju melayu putih. Sampin hitam. Berkabung 3 hari utk org awam dan 7 hari utk kerabat diraja.

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.




Foto majlis akikah dan doa selamat anak Lisa dan Yusry

0
0
MAJLIS AKIKAH ANAK LISA

Gambar Liyana Jasmay dan Lisa Surihani di majlis akikah dan doa selamat anak Lisa dan Yusry. Maaf, tiada gambar anak yang dapat dilihat dalam majlis ini meskipun ia sepatutnya begitu. Heh.



3 Foto wajah tunang Tauke Jambu yang sangat jelita

0
0
Sekitar tahun lepas, foto Tauke Jambu bersama seorang gadis yang cukup cantik menjadi perhatian ramai sehingga ada yang tidak puas hati dan mendakwa beliau sebagai pelawak kasanova.

Walaubagaimanapun, gosip tersebut tidak menghalang hubungan beliau bersama gadis tersebut yang dikenali sebagai Nadia.

Terbaru menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram, Tauke khabarnya telah sah bertunang dengan Nadia dalam satu majlis yang diadakan di rumah pihak perempuan di Terengganu petang tadi.

Buat masa ini belum ada lagi sebarang butir lanjut mengenai pertunangan mereka. Apa-apa pun kami harap Tauke dan pasangan akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.

Berikut beberapa lagi foto Tauke Jambu dan tunangnya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.





Foto kekasih baru Mamat Sepah yang sangat Hot dan cun melecun

0
0
Foto kekasih baru Mamat Sepah yang sangat Hot dan cun melecun...


Beginilah reaksi Sultan Johor setelah bersemuka dengan Sultan Pahang

0
0
Menghormati Yang Lebih Tua... DYMM Sultan Ibrahim bersama Sultan Pahang tadi..
Saya belum pernah melihat seorang Sultan Merendah Diri sebegini sebelum ini... Anda..?


Raja Azmi, dari penerbit & pengarah...kini hanya pelakon biasa

0
0
"Saya berlakon kerana sudah malas nak menerbit filem lebih-lebih lagi cabarannya sangat besar.

"Selepas ditawarkan oleh David Teo, saya fikir, apa salahnya untuk cuba benda baru.

"Alhamdulillah, rasa seronok pula. Malah saya juga sudah bersedia untuk menerima segala pandangan dan kritikan terhadap lakonan saya ," ujar Raja Azmi yang sebelum ini makin suram tanpa aktiviti terbaru.

Katanya, dia sebenarnya sengaja tidak terlalu menonjolkan diri dalam dunia hiburan kerana enggan lagi menjadi perhatian umum.


"Memang saya sengaja nak low profile. Saya nak elakkan apa-apa isu yang berbangkit.

"Selain beristirehat, saya cuba perbaiki diri mendekatkan jiwa kepada Allah," tamhahnya dipetik sebagai berkata.

Kini, dia kembali aktif dalam dunia seni dengan cuba melibatkan diri dalam dunia lakonan dan sedang menjalani penggambaran drama Sha & Shah, bergandingan bersama Kamal Adli dan Syatilla Melvin, terbitan Mangkin Prestij, yang merupakan anak syarikat Metrowealth International Group (MIG).

Sumber: Myartis

10 Perkara Menarik Separuh Akhir Gegar Vaganza 2

0
0
Minggu Separuh Akhir Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan ‘Karok Tarik’ nyata telah mengembalikan ingatan penonton terutama yang gemar pergi ke karaoke bersama rakan-rakan.

Di minggu ini juga telah menyaksikan Siti Nordiana berjaya mendapat tempat teratas dengan menyanyikan lagu Mengapa milik penyanyi wanita Nicky Astria.

Namun nasib tidak menyebelahi Azian Mazwan Safuan kerana tersingkir pada kali ini. Hanya 6 orang peserta berjaya ke peringkat akhir dan berentap beradu vokal untuk bergelar juara.


Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 10 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu separuh akhir Gegar Vaganza 2.

1. Dress dan baju Datuk Seri Vida dan Jaafar Onn sama warna iaitu warna hijau yang berjaya menarik perhatian penonton Auditorium.

2. Warna hijau juga turut menjadi pilihan peserta GV2 iaitu Siti Nordiana dan Faradhiya.

3. Rata-rata artis kelahiran Negeri Johor telah memakai selendang putih sebagai tanda berkabung. 

4. Penonton di MBSA dihidangkan dengan persembahan GV2 minggu lepas dan sangat enjoy!

5. Nabil telah ‘muah-muah’ dengan abang cleaner di atas pentas ketika iklan sehingga tergelak penonton di MBSA

6. Tok Ram tiba-tiba tergelak kecil apabila komen video Faradhiya yang mengatakan dia adalah Leman apabila membuat persembahan

7. Semasa krew produksi sibuk menyiapkan ‘props’ Haiza, Nabil mengusik dan mengatakan pentas itu umpama nak bina kanopi.

8. Sebelum Siti Nordiana membuat persembahan, namanya telah dijerit-jerit dengan kuat oleh penonton ketika iklan.

9. Jihan ingat vokalis kumpulan Putra yang nyanyikan lagu Cinta Kain Putih adalah Sofi Jikan.

10. Untuk kali ini, sorakan paling kuat dan hebat pernah dilaung-laungkan sebelum umumnya nama finalis GV2.

Sumber: Hiburan


Kesan Donat 10 Sen: Bukan Donat Je Laris, Empunya Badan Pun Laris

0
0
“Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila memikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan, ” itu kata Muhammad Waliuddin Chua, 24, apabila gambarnya menjual donat menjadi viral di media sosial.

Sebelum ini, Siakapkeli pernah memuat naik gambar tersebut yang mana mendapat komen yang positif dari pengguna media sosial.

Waliuddin, yang memeluk Islam pada 2011, berkata idea untuk menjual donut murah tercetus apabila dia melihat orang ramai sukar untuk memilih kuih kegemaran kerana faktor harga.

"Hasil pemerhatian saya ketika membeli kuih, orang ramai sukar membuat pilihan apabila terpaksa mengambil kira harga setiap jenis kuih yang ingin dibeli.

"Justeru, saya mahu mereka menikmati kuih tanpa terlalu memikirkan harga," katanya memetik laporan myMetro.


Walaupun harga 10 sen, Waliuddin berkata dia mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM40 untuk 1,000 donat yang terjual.

Menurut Waliuddin juga, perniagaan donat 10 sennya itu bermula sejak Jumaat lalu dan sejak ia tersebar, permintaan semakin menggalakkan dimana pada hari ini sahaja dia menerima tempahan sebanyak 1,500 biji donat berbanding dengan 100 biji pada hari pertama.

Selain donatnya yang laris, Waliuddin juga berkata dia terkejut apabila dirinya juga menjadi laris apabia ada wanita yang mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita. Lebih dari itu, ada juga ibu bapa yang mahu menjadikannya menantu mereka.

"Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya.

"Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini," katanya.


Namun, Waliuddin turut menzahirkan rasa kecewanya apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menjual kembali donatnya pada harga yang lebih mahal.

"Saya tidak bersetuju jika ada pihak yang mahu menjual donat saya dengan harga lebih mahal.

"Idea asal ialah pengguna menikmati kuih itu dengan harga 10 sen dan saya akan pastikan pembeli menikmati donat dengan harga terbabit," katanya.

Waliuddin yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan sepatutnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada 2013. Namun hasratnya terbantut apabila gagal mendapat pinjaman pendidikan.

Sumber: Siakapkeli.my


Jep Sepahtu buat keputusan mengejutkan selepas pemergian Arwah Yus Jambu yang ramai tidak setuju

0
0
Pelawak popular, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan untuk tidak menyertai “Maharaja Lawak Mega” tahun depan.

Bagi Jep Sepahtu, pengalaman menyertai program kegilaan ramai itu bersama-sama Yus Jambu, juga mesra dipanggil Pak Yus, menjadi kenangan yang cukup istimewa buatnya.

Ini komen Jep Sepahtu:

“Selepas pemergian Pak Yus, saya rasa saya tidak masuk lagi program 'Maharaja Lawak.'

“Program itu cukup meriah dan istimewa kerana adanya orang-orang seperti Pak Yus yang memeriahkan lagi program itu,”

“Program itu juga cukup bermakna bagi saya sendiri kerana kami sebenarnya tidak bertanding sesama sendiri dalam program itu, peminat yang menilai [sebagai pertandingan] dari luarannya. Kami sebenarnya sebagai satu keluarga.

“Jadi saya tidak rasa saya dan Syuib akan masuk Maharaja Lawak dalam masa terdekat ini,”
 


Jep dan Shuib merupakan ahli kumpulan Sepahtu yang merupakan antara peserta kegemaran dalam rancangan ini.

Selain itu Sepahtu juga pernah bersama menampilkan Rahim dan juga Ilya manakala Mamat pula merupakan ahli kumpulan asal kumpulan Sepah.

Sumber: Kainkembang

“Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah..." - Azian Mazwan

0
0
Walaupun tidak tercalon sebagai finalis Gegar Vaganza 2 (GV2), Azian Mazwan Sapuwan akan terus bekerja sebagai pekerja awam dan juga menyanyi seperti biasa.

Bagaimanapun, karier nyanyian itu perlu mendapat izin daripada suami dan anak-anak agar kehidupan keluarganya tidak terabai.

“Bertahan selama 8 minggu dalam pertandingan ini, saya dah raih pelbagai pengalaman yang cukup bermakna bersama dengan semua peserta.

“Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Perasaan tersingkir ini sudah lama saya bersedia setelah 2 minggu berada di bottom 2.

“Jadi, untuk persembahan saya dengan lagu Sedalamnya Mana Cintamu, saya dah lakukan sehabis daya agar penonton semua terhibur,”
kata Azian kepada portal Murai.com.my


Dalam pada itu, Azian juga mengulas mengenai anugerah yang diterimanya baru-baru ini. Anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan dan kecemerlangannya dalam kerja-kerja yang telah dilakukan.

“Anugerah ini terbahagi kepada 2, satu untuk wanita dan satu lagi untuk lelaki. Ia juga antara penyuntik semangat untuk diri saya agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

“Dengan kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan sekerja, peminat dan penonton setia GV2 yang sangat ‘supportive’,”
katanya.

Sumber: Murai

Kisah sedih Almarhum Tunku Jalil melawan kanser hati

0
0
Setelah sekian lama bergelut dengan penyakit kanser hati, anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada sabtu lalu.

Pernah mendapatkan rawatan menjalani pemindahan hati di China, Almarhum sempat muncul dalam sebuah program TV dan bercerita bagaimana Almarhum melawan kanser yang dihidapi.

Tak putus beri kata semangat kepada pesakit kanser.

Menurut salah seorang pesakit kanser di sebuah hospital, Almarhum Tunku Abdul Jalil sering melawat dan memberi sokongan kepada pesakit kanser yang lain. 


Apa yang lebih mengharukan, Almarhum sentiasa merendah diri dan kadangkala merahsiakan kedatangannya ke hospital. Almarhum tidak segan berkongsi cerita bersama pesakit kanser yang lain asalkan ianya dapat membantu mereka. 

Almarhum tak mahu keluarga risau.

Sumber: Unclemaniam

9 Foto sekitar majlis pertunangan Tauke Jambu dan Nadia yang serba mewah

0
0
"Tiada niat pun hendak sorok," demikianlah kata pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, yang tidak mempunyai sebarang niat tidak baik untuk menyembunyikan berita pertunangannya dengan model dikenali sebagai Nadia yang berlangsung pada Ahad lalu.

Ini kerana menurut Tauke, dia sebaliknya enggan menwar-warkan perkara itu kerana ia bersifat peribadi dan hanya diadakan secara kecil-kecilan.

"Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerjaya.

"Memang saya tidak war-warkan kepada umum kerana bimbang ia tidak jadi selain majlis berkenaan diadakan dengan keluarga terdekat sahaja," ujar tauke dipetik sebagai berkata.

Tambah Tauke, majlis berkenaan berlangsung di kampung halaman tunangnya di Dungun, Terengganu.

Pada majlis berkenaan, Tauke turut memberi tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin manakala dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Dalam pada itu, Tauke berkata, mengikut perancangan dia dan Nadia bakal disatukan sebagai suami-isteri pada Disember tahun hadapan.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan pada majlis pertunangan itu namun berharap dapat disatukan segera dengan wanita berkenaan.

"Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. Insya-Allah jika sudah ada tarikh saya akan beritahu," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai keistimewaan Nadia, Tauke berkata, dia sudah mengenali tunangnya itu selama empat tahun dan sudah tiba masanya mereka berkahwin.

Jelas Tauke, selain sikap penyabar, Nadia sangat memahami kerjayanya sebagai artis membuatkan dia selesa bersama wanita itu.

"Sepanjang empat tahun berkenalan kami mengenali personaliti masing-masing dan pada saya dia memahami saya daripada pelbagai segi.

"Insya-Allah dia adalah jodoh saya dan berharap dapat disatukan dengannya sebagai peneman hidup sehingga akhir hayat," katanya.

Sumber: Myartis










Foto wajah tunang Nad Zainal yang sungguh kacak

0
0
Pelakon Nad Zainal telah berkongsi kegembiraan di laman instagram miliknya di mana akan menamatkan zaman bujangnya pertengahan Disember ini. Khabarkan Nad dan tunangnya, Muhammad Faliq Amirudin akan disatukan pada 18 Disember ini di Bukit Jelutong.

"Assalamualaikum, Ya benarlah khabar yang didengar☺dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak, jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang.

Saya dan tunang bakal menamatkan zmn bujang pertengahan disember. Doakan yang terbaik. Terima kasih utk segala kritikan, sokongan selama ini.Terima kasih sekali lagi," ujarnya yang dipetik menerusi laman instagramnya.

Tahniah Nad Zainal dan pasangan. Media Hiburan Online doakan semoga majlis pasangan ini dipermudahkan.

Sumber: Mediahiburan




10 Foto terbaru Siti Nordiana yang cun melecun

0
0
Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2. Berdebar-debar rasanya mahu melihat persembahan 6 peserta di pentas akhir iaitu Siti Nordiana, Haiza, Ezad Lazim, Acong, Faradhiya dan Nassier Wahab. Masing-masing mempunyai aura yang tersendiri. Namun berdasarkan persembahan semasa, nampak gayannya peluang untuk Siti Nordiana merangkul gelaran juara adalah lebih tinggi.

Minggu lalu Siti Nordiana sekali lagi mendapat tempat pertama dengan lagu “Mengapa” nyanyiannya. Tidak dinafikan bulu roma Abang Nara menegak apabila mendengar nyanyian Nana. Powerful sungguh. Jika mutu persembahan yang sama ditunjukkan, pasti dengan mudahnya gelaran juara akan menjadi milik Nana. Tapi jangan pula over confidence. Teruskan berusaha dan berlatih seperti biasa.

Apa pun, akaun Instagram @sitinordiana menunjukkan penambahan pengikut lebih daripada 100 ribu selepas penglibatannya di dalam Gegar Vaganza 2. Mula-mula dulu cuma 100 ribu pengikut. Tadi Abang Nara check, dah 230 ribu dah. Hebat. Kata Nana:-

"Jika dahulu follower Nana lebih kurang 100 ribu sahaja tetapi selepas GV, follower sudah meningkat sehingga lebih 200 ribu. Alhamdulilah, syukur.

Dan jumlah yang like pun dah bertambah. Dulu nak dapat like 500 pun susah. Sekarang alhamdulilah, pos apa-apa pun like ribu-ribu. Terima kasih sangat kepada peminat yang sokong Nana.

Nana gembira sangat. Segala pengorbanan untuk GV, ulang alik dari Seremban, ambil kelas vokal dan sebagainya akhirnya berbaloi.

InsyaAllah, selepas ini Nana akan terus berkarya demi peminat."


Diharap selepas tamatnya Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana akan terus aktif menyanyi untuk melepaskan kerinduan para peminatnya. Good luck and all the best untuk final GV2. Lagi beberapa gambar Siti Nordiana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.













Nukilan pilu Raja Zarith Sofiah untuk anaknya, Almarhum Tunku Abdul Jalil ini buat kami menangis

0
0
Pemergian Tunku Abdul Jalil amat dirasai oleh rakyat Malaysia. Sikapnya yang merendah diri disanjung sehingga digelar putera berjiwa rakyat.

Jika kita yang tidak pernah bersua muka dengannya ini pun terasa kesedihan atas kemangkatannya, apatahlagi ibu kandungnya Raja Zarith Sofiah yang meluahkan perasaan sedih menerusi laman Facebook sebentar tadi.


A letter to my son, Jalil..


My darling Lil,

I know the only reason you wanted to be in hospital was because you were in great pain but that you really wanted to be home : you’ve been in too many hospitals too many times. But Allah, in His Infinite wisdom, placed you there so that we, your family, would spend as much time as we could with you.

I have a thousand and one memories of you during your last days in this world.
I remember, once, you closed your eyes and tears flowed onto your cheeks, as you fought the pain, and I held your left hand and I wept, trying hard not to make any sounds. I thought you could not see me cry because your eyes were closed but you knew, and you put your right hand over mine and you patted it, as if you were saying, “Don’t cry, I am all right.”

I remember all the text messages you sent me. When I wrote that I was praying for you, you wrote back that you had prayed too, but that you had asked Allah to let you bear the burden of my worries.

When I looked at your grave, my heart ached with pain. I watched your father and your brothers fill it up with earth while Boo and Inah stood near me. I looked at your brothers and counted three sons. Boo was beside me.

There are five of you. Where was my fourth son? And then I realised it was you who was missing. I had forgotten you were beneath the mounds of earth.
And I held up my hands and whispered “From You we come, and to You we return. I return to You, O Allah, my son.”

May you be with the righteous, my son.


Warkah buat anakku, Jalil :


Mama tahu, satu satunya sebab Lil pergi kehospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu kerap ke hospital. Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.

Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.

Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis. Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata “Jangan menangis, Lil tidak apa apa.”

Dimana anak mama yang lagi seorang?

Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama. Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi Mama.

Anak lelaki Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.

Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, “Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku.”

Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.




Sumber: Ohbulan

11 Foto wajah terbaru isteri Lan Kristal yang cun melecun

0
0
Pada 5 Disember lalu, Lan Kristal atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yosof dan isterinya, Nur Sheila Hassim telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6.

"Thank You Allah utk 6 thn yg terlalu indah ini.. Happy anniversary my love..," demikian kata Sheila di laman IGnya.









"Throwback our BIGDAY 6 years ago...," ujar Sheila di laman IGnya.




Sumber: Myartis

6 Foto sambutan Hari Raya terakhir Almarhum Tunku Jalil sebelum mangkat

0
0
Hari Raya Terakhir Almarhum Tunku Jalil Tinggal Kenangan

Sungguh kagum melihat telatah keluarga Diraja Sultan Johor yang telah meluangkan masa beraya di Kuala Kangsar Perak baru-baru ini.

Foto -foto ini dirakam ketika sambutan hariraya tahun ini,Ini juga bermakna inilah sambutan hariraya terakhir buat arwah Tunku Jalil,dan sudah tentunya keadaan seterusnya juga tanpa kehadiran arwah,

Sebagai ibu bapa,keluarga bukan senang menghadapi situasi ini setelah kehilangan insan tersayang…

Berdasarkan entri yang dikongsikan menerusi laman Facebook Kesultanan Johor mendapati, Anakanda Sultan Johor telah berjumpa dan beraya bersama dengan sanak saudara sebelah bondanya, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Idris, Tunku Aminah, Tunku Jalil dan Tunku Abdul Rahman kelihatan sungguh gembira dan seronok sekali dapat bertemu sepupu-sepupunya yang kemungkinan sudah lama tidak bertemu.

Sumber: Sembangsembang


Dalam pada itu, keluarga diraja ini juga telah singgah di sebuah kopitam di pekan Kuala Kangsar tanpa sebarang protokol.

Mereka mengabungkan lebih 3 buah meja untuk duduk bersama dan berbual mesra sambil menjamu selera.
Sikap sederhana keluarga Diraja ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai di sekitar Kopitiam itu malah mendapat reaksi positif di laman sosial.

Jom kita lihat foto-foto keluarga Diraja ini meraikan Aidilfitri secara sederhana dan bersahaja






Hajat Tauke jadikan arwah Pak Yus pengapit di Hari Pernikahannya tidak kesampaian

0
0
Pelawak Tauke akui terkilan selepas hajatnya untuk menjadikan Allahyarham Pak Yus sebagai pengapit untuk pihak lelaki di majlis perkahwinannya tidak kesampaian.

Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri bin Zakaria, hajatnya itu pernah disampaikan sendiri olehnya kepada Allahyarham Pak Yus sebelum ini.

“Saya terkilan apabila hajat untuk lihat Allahyarham Pak Yus untuk jadi pengapit di majlis perkahwinan saya nanti tidak kesampaian. Memang saya ada beritahu dia mengenai perkara ini beberapa bulan yang lalu.

“Tapi Allah SWT lebih sayangkan dia dan saya redha dengan pemergian dia,"
katanya kepada Astro Gempak.

Tauke yang mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nadia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Disember tahun hadapan.

“InsyaAllah saya dan pihak perempuan merancang untuk mengadakan majlis persandingan kami pada bulan Disember tahun depan. Setelah empat tahun berkawan, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.


Dalam pada itu Tauke sempat berkongsi kenangan terakhirnya bersama Allahyarham Pak Yus ketika menjayakan program Juara Parodi baru-baru ini.

“Apa yang saya perasan sebelum pemergian Allahyarham Pak Yus, dia sedikit hiperaktif dan sering kali ajak saya bergambar atau rakam video untuk dimuat naik ke media sosial. Pada awalnya saya tak berapa nak perasan perkara tersebut, tapi bila ingatkan balik baru saya faham.

“Lebih mengejutkan, minggu terakhir dia menyertai Juara Parodi, saya dan Misha Omar akan terkejut apabila Allahyarham mampu hafal kesemua lirik lagu yang kami bawakan. Sebab sebelum ini dia tidak berapa hafal sangat lirik lagu.

“Saya bertambah sayu apabila dia mengaku mengapa dia hafal semua lirik kerana tidak mahu kecewakan kumpulan kami,”
ujar Tauke.

Tambahnya lagi, pemergian Allahyarham Pak Yus memberi impak besar buat dirinya selain turut memberi hikmah kepada rakan pelawak yang lain.

“Hati saya memang sebak dan tak mampu nak sorok kesedihan. Tapi saya tidak mahu terus jadi begini dan perlu berfikiran positif.

"Apa yang salah lihat, sejak ketiadaan Allahyarham Pak Yus, hubungan kami antara rakan-rakan pelawak yang lain semakin akrab dan saling ambil berat antara satu sama lain,”
jelasnya lagi.

Tauke turut tidak merancang untuk membubarkan kumpulan Jambu dan akan hanya bergerak secara solo selepas ini.

“Saya tidak merancang untuk membubarkan kumpulan Jambu walaupun kini saya hanya bergerak sendiri. Tetapi Insya Allah jika saya menyertai program-program besar seperti Maharaja Lawak Mega, mungkin saya akan tampil dengan ahli dan nama kumpulan yang baharu,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Astroawani

Shahrizal Jaszle akhirnya dedah kejadian sebenar isu khalwat

0
0
"Saya yakin apa yang berlaku adalah rancangannya," kata Shahrizal Jaszle, 27, yang mendakwa kejadian dia ditangkap khalwat dengan Farah Nurizzati Salleh, 25, pada 16 Mei 2013 merupakan perangkap wanita itu sendiri.

Menurut Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle, wanita berkenaan berbuat demikian kerana cuba memutuskan hubungannya dengan bekas tunang ketika itu Redwani Puteri.

"Saya mengenali Farah tiga minggu sebelum ditangkap khalwat. Dia merupakan penjaga pakaian produksi untuk drama lakonan saya.

"Pada 15 Mei 2013 selepas pulang daripada penggambaran saya berada di rumah kira-kira pukul 11 malam dan kemudian dihubungi oleh Farah meminta saya datang ke rumahnya untuk memilih baju yang perlu dipakai esok, ketika itu dia mahu ambil saya di rumah untuk ke rumahnya.

"Selepas memilih baju, dia kemudian menyuruh saya ke biliknya untuk berehat dan selepas itu saya terlelap di katilnya sehingga pada pukul 3.50 pagi iaitu pada 16 Mei 2013 sehingga saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik dan saya sedar Farah membuka lampu dan pintu,"
ujarnya dipetik sebagai berkata.


Shahrizal memberi keterangan tersebut dihadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah pada hari ini.

Shahrizal berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan oleh peguam syarie Muhammad Hafiz Ab Rashid.

Selain Muhammad Hafiz, dia turut diwakili peguam peguam syarie, Asyraf A. Ranee.

Pendakwaan dilakukan oleh pendakwa syarie, Fairus Jaafar.

Sementara itu ketika menjawab soalan apakah membuatkan dia berasa terdapat elemen rancangan yang diatur oleh wanita tersebut, jawab Shahrizal ia adalah menerusi perkataan pertama wanita itu sebelum membuka pintu.

"Ketika dia (Farah Nurizzati) ingin membuka pintu bilik dan melihat siapa yang ketuk, dia awal-awal memberitahu dia risaukan kerjaya saya.

"Dari situ saya sudah syak bahawa ia adalah satu perangkap dan ketika saya menyerahkan kad pengenalan kepada anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya ada bertanya kepada mereka siapa yang membuat laporan dan pukul berapa laporan dilakukan.

"Anggota Jais memberitahu laporan dibuat pada pukul 11 malam dan dilakukan oleh orang dalam rumah tersebut, walhal ketika pukul 11 malam saya masih berada di rumah saya,"
jelasnya.


Sementara itu, Shahrizal turut memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai bukti kukuh berkaitan kejadian tersebut yang disifatkannya sebagai suatu perangkap.

Kes berkenaan bersambung pada 23 Februari 2016.

Menurut fakta kes dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Bagaimanapun, pada sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000.

Shahrizal pernah bertunang dengan Redwani Puteri pada 8 Disember 2012, namun putus pada sekitar Jun 2013.

Pada 1 Mei lalu, Shahrizal telah berkahwin dalam diam dengan Hanis Husna Mohamad Nadzree.

Sumber: Myartis

Viewing all 4594 articles
Browse latest View live