Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Selepas pemergian Pak Yus, inilah yang terjadi kepada Kumpulan Jambu dalam Juara Parodi yang sedang berlangsung

$
0
0
Juri tetap Juara Parodi, Afdlin Shauki menjelaskan pelawak Tauke Jambu dan penyanyi Misha Omar belum membuat keputusan sama ada mahu terus bertanding dalam program tersebut.

Afdlin yang juga merupakan penerbit eksekutif Vision Works berkata, Tauke dan Misha diberi kelonggaran sama ada mahu meneruskan persaingan mereka dalam Juara Parodi atau menarik diri.

“Mereka yang berada dalam kumpulan Kobis Pedas bersama Allahyarham Yus Jambu masih belum membuat keputusan sama ada mahu terus berada dalam persaingan Juara Parodi atau sebaliknya,” kata Afdlin.


Tiada sebarang halangan untuk Misha dan Tauke, Afdlin turut menjelaskan pihak produksi memahami situasi yang dihadapi oleh mereka.

“Pihak Astro dan Vision Works sendiri tiada bantahan atas keputusan yang bakal mereka lakukan kelak. Ini kerana, kami faham dengan keadaan Tauke dan Misha yang masih bersedih atas pemergian Allahyarham,” kata Afdlin lagi.

Juara Parodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.

Juara Parodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Sumber: akuhebat8385


Punca sebenar Sabri Yunus berhenti melawak secara mengejut

$
0
0
Pelakon dan pelawak Sabri Yunus mendedahkan keputusannya untuk berhenti melawak juga dipengaruhi oleh Allahyarham Yus Jambu.

Sabri Yunus merupakan antara juri kepada Raja Lawak musim pertama yang mana Yus Jambu telah menjadi juara di dalam rancangan itu.

Sabri Yunus juga merupakan pelawak hebat yang pernah memenangi anugerah dan juga merupakan pelakon komedi racangan popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Kata Sabri Yunus Allahyarham Yus Jambu terlalu menghormatinya sehingga tidak mahu mengadakan persembahan dan melawak dengannya di pentas.


Ini komen Sabri:

"Saya berhenti melawak kerana Yus terlalu menghormati saya hingga tidak mahu melawak dengan saya ketika kami sama-sama di pentas.

"Apa yang kami bincangan semua perkara serius sahaja dan dia selalu menceritakan impian-impannya yang tidak kesampaian,"

Sabri Yunus juga mengatakan ada dua buah drama lakonan Yus Jambu yang bukan genre komedi tetapi sebagai pelakon serius dan juga karyawan. Drama itu masih sedang dalam proses editing.


7 Foto terbaru Qalif Khan, anak lelaki Linda Jasmin yang iras-iras Justin Bieber

$
0
0
Masih ingat dengan Linda Jasmin? Kali terakhir dia ke kaca tv adalah sewaktu dia menjadi guru tarian di Akademi Fantasi 2014 baru-baru ini.

Untuk pengetahuan Linda Jasmin kini merupakan isteri kepada pelakon Que Haidar. Linda Jasmin mempunyai 3 orang anak. Seorang bersama suami sebelum Que dan 2 orang anak bersama Que Haidar.

Anak pertama Linda Jasmin dengan suami terdahulu bernama Qalif Khan berusia dalam 14 tahun. Dah meningkat remaja dah.

Nampaknya, Qalif Khan menajdi perhatian kerana wajahnya yang mat salleh atau kaukasian selain kekacakkannya ada iras Justin Bieber. Hehe.

Jom layan gambar Qalif Khan, anak sulung Linda Jasmin.

Sumber: mforum.cari








Kapsyen menyayat hati Tengku Puan Pahang Tunku Azizah "when I die..."

$
0
0
Hari ini Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah menulis satu pesanan dalam Instagram miliknya yang pasti akan membuatkan anda berasa terkesan apabila membaca bait-bait ayat tersebut.

Kami terjemahkan untuk pembaca Vocket:
Apabila aku mati
Aku akan offline di Facebook.
Aku akan offline di 2go.
Aku akan offline di BBM.
Aku akan offline di WhatsApp.
Aku akan offline di Viber.
Aku akan offline di Tango.
Aku akan offline di Twitter.
Aku akan offline di Eskimi.
Aku akan offline di Instagram.
Aku akan offline di WeChat.
Nombor telefon ku akan dimatikan, ku tidak lagi akan mengulas posts atau menerima mesej, atau informasi dari keluarga dan rakan.
Keluarga dan rakan-rakanku dan juga musuh-musuhku akan menangis tetapi ku sudah tiada lagi.
Tetapi adakah anda tahu apa yang akan kekal apabila ku sudah pergi nanti?
Al-Quran yang ku baca akan online.
Solat ku 5 kali sehari akan online.
Zakat ku akan online.
Perbuatan-perbuatan baik ku akan online.
Puasa ku akan online.
Semua apa yang ku lakukan kerana Allah akan online bersama ku di dalam kubur.
Mari kita semua berfikir tentang ini!
Akhirnya kita semua akan mati. Kerana setiap jiwa yang bernyawa akan merasai kematian.
Kenapa tidak bersiap sedia untuk masa itu di mana hanya akan ada anda sahaja?
Kenapa tidak berhenti takut pada orang?
Kenapa tidak berhenti takut dengan apa yang orang akan katakan?
Kenapa tidak anda mengambil keputusan yang akan memberi manfaat kepada anda semasa hari akhirat kelak?
Kenapa tidak anda mengambil keputusan yang akan membantu anda di kubur?
Kenapa tidak mencari keredhaan Allah dan memperolehi kebahagiaan, keseronokan dan kenikmatan yang kekal abadi?
Ingat!!!
Setiap jiwa pasti akan merasai mati.
Semoga Allah membuat ia mudah buat kita.
Ameen Yaa Rabbi.
Sila berkongsi untuk mengingatkan saudara-saudara anda sepertimana saya mengingatkan anda sekarang.


Selepas itu Tunku Azizah yang kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah menulis satu kapsyen video di post yang seterusnya:

“begini lah nanti kita di padang mashar…. tdk kira bangsa, keturunan atau kedudukan…. semuanya sama…. alhamdulillah”

Tonton video di SINI...

Sumber: Thevocket

5 Foto wajah terbaru Nik Fariz Nik Fadzil pelakon kanak-kanak Cili Padi

$
0
0
Inilah rupa Shafik yang terkini. Shafik atau nama sebenarnya ialah Nik Fariz Nik Fadzil memang terkenal dengan wataknya sebagai Shafik di dalam drama bersiri remaja, Cili Padi yang disiarkan pada tahun 1993.

Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satu memang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama.

Turut sama membintangi rancangan itu adalah Melissa Saila, Tam Suhaimi (Salim), Anne Ngasri (Lili) dan Jaafar Onn (Cikgu Jaafar). Masa berlakon cerita Cili Padi ni, Nik Fariz baru berumur 10 tahun.

Sekarang dia dah berumur 28 tahun dan dah jadi ayah dah pun kepada seorang anak perempuan yang kini berumur 1 tahun 5 bulan! Mesti cute anak dia sebab ayahnya pun cute! Tak nak teruskan karier lakonan ke? Hehehe

Sumber: Otakceria





Inilah harga tiket sebenar tempat duduk VIP di Final Gegar Vaganza 2

$
0
0
Ikhlasnya... kami tak tahupun yang konsert akhir Gegar Vaganza 2 Ahad ini ada tiket yang berharga RM1,000 mengalahkan konsert antarabangsa. Malah yang lebih mengejutkan, tiket yang berharga RM1,000 itu telah habis dijual. Fulamak!

"Alhamdulillah sambutan luar biasa daripada penonton untuk musim kedua ini cukup luar biasa dan ia terbukti apabila jualan tiket menyaksikan peringkat akhir itu habis dijual.

"Walaupun ada rungutan diterima berhubung harga tiket namun pihak Astro akan menyajikan persembahan eksklusif untuk penonton yang hadir di pada siaran langsung acara itu nanti,"
jelas Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dipetik sebagai berkata.

Jelas Raqim lagi, selain tiket VIP bernilai RM1,000 itu, tiket-tiket lain yang berharga RM380 dan RM300 juga sudah habis sejak dijual tiga hari lalu.


Untuk makluman, Konsert akhir GV2 bakal diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Ahad ini bermula jam 9 malam.

Pertandingan akhir GV2 bakal menyaksikan persaingan daripada enam peserta iaitu Siti Nordiana, Farah Dhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong (Sweet Child).

"Kita sebenarnya berhasrat untuk mengadakan peringkat akhir itu di tempat lebih besar memandangkan sambutan luar biasa penonton terhadap Gegar Vaganza musim ini.

"Bagaimanapun pihak kami tiada pilihan kerana kebanyakan dewan yang boleh memuatkan jumlah penonton lebih besar sama ada sudah ditempah atau pun sedang menjalani proses pengubahsuaian," tambahnya.

Sumber: Myartis

6 Foto romantik Wak Doyok & Azrinaz yang dikatakan kerap keluar bersama

$
0
0
Dah lama juga Murai Batu perasan dengan dua personaliti ini iaitu Wak Doyok dan juga Azrinaz Mazhar Hakim kelihatan sering keluar bersama.

Selalunya mereka berdua ini akan keluar makan dan minum di mana-mana restoran atau café yang Murai Batu pun tak pasti di manakah lokasinya itu.

Ia ditambahkan lagi dengan perkongsiaan gambar-gambar mereka di laman Instagram yang begitu bersahaja.

Murai Batu tertarik dengan satu gambar dengan kapsyenya ‘menemani orang sebelah yang demam makan tomyam di tengah malam’.

Alo-alo suweeetnyaaa Wak Doyok teman Azrinaz yang sedang sakit itu baru-baru ini. Apa-apa pun Murai Batu pun tak pasti adakah mereka ini mempunyai hubungan istimewa atau sekadar teman tapi rapat.

Jawapannya itu ada pada mereka. Netizen pun boleh nyatakan pendapat secocok tak mereka berdua?

Sumber: Murai







4 Foto wajah terbaru Siti Musliha pada usia 29 tahun yang semakin matang

$
0
0
Masih ingatkah dengan Siti Musliha yang pernah popular sekitar tahun 90-an dulu? Aku membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3 dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu. Namun, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita.

Tiba-tiba, tadi aku terpandang satu post di facebook yang memaparkan gambar terbaru Siti Musliha. Lantas, tergerak hati aku untuk berkongsi dengan kalian semua mengenai beliau bagi membangkitkan nostalgia mereka yang pernah mengenali beliau selama ini. Juga untuk tatapan anda yang masih belum lahir ketika itu yang tidak tahu menahu mengenai kisah Siti Musliha.

Latar Belakang Hidup

Nama penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan. Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal.

Setelah 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara. Bermula saat itulah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat dan mula muncul di televisyen pada 1994.

Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.

Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membantu Siti Musliha.


Bidang Seni

Banjir air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.

Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang tidak dapat menerima anaknya yang cacat.

Kehidupan sekarang



Kini, usianya sudah mencecah 29 tahun. Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri. Siti Musliha juga sekarang ini terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.

Ketika ditemuramah oleh akhbar Utusan pada tahun lepas, Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Menurutnya, beliau bukan menghilangkan diri. Tapi mendekati Ilahi. Menariknya, beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian. Tetapi juga berkebolehan menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran.

Doa Siti Musliha di hadapan Kaabah :

”Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini. Ya tuhanku, pelihara juga kesihatanku agar dapat aku terus beribadat kepada-Mu tanpa perasaan jemu...”

Sumber: Sembanghangit





3 Foto bukti Rita Rudaini sedang dilamun cinta dengan jejaka kacak

$
0
0
Menerusi laman Instagram Rita Rudaini, dia telah memuat naik gambar serta kapsyen 'Cinta datang tanpa di undang.... ermmm', 'The best things happen unexpectedly' dan 'My dream come true...' yang memberikan gambaran seolah-olah empunya diri sedang dilamun cinta.

Malah rata-rata pengikutnya, berkongsi kegembiraan serta mendoakan terbaik untuknya.

Lebih ketara apabila, ahli keluarganya sendiri yang dikenali sebagai Cik Ala, turut memberi komen yang mengesahkan lagi pelakon jelita itu sedang jatuh cinta.

"Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena adik kami ni. Nampaknya hati sedang berbunga-bunga," demikian komen ahli keluarganya itu.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Rita berkata, buat masa sekarang dia masih belum sedia untuk berkongsi mengenai perkara itu. Bagaimanapun, ibu kepada dua anak ini sedia berkongsinya apabila tiba masa sesuai nanti.

"Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap," jelas Rita.

Jika benar Rita kini sedang dilamun cinta... tahniah kami ucapkan!

Sumber: Myartis




Foto terbaru Che Ta bertudung namun tanpa mengenakan mekap

$
0
0
Mungkin tidak ramai peminat yang pernah melihat gambar Rozita Che Wan tanpa mengenakan sebarang mekap di wajah. Ini kerana, isteri Zain Saidin itu jarang berkongsi gambar peribadinya kepada peminat di laman sosial.

Apapun, korang kini tak perlu tercari-cari lagi foto Rozita tanpa mekap kerana kami telah sertakan gambar beliau tanpa mekap di bawah yang kelihatan lebih cantik.

Lebih menarik, sebahagian pengikut di sebuah page hiburan terkenal di Malaysia mengakui model dan pelakon itu lebih muda berbanding usianya jika tidak mengenakan sebarang mekap. Betul ker? Jom baca beberapa komen peminat tentang gambar Rozita tanpa mekap di bawah.


DYMM Sultan Ibrahim mencium tangan KDYMM Sultan Pahang pada tahun 1989

$
0
0
DYMM Sultan Ibrahim (ketika bergelar DYAM Tunku Mahkota Johor) mencium tangan KDYMM Sultan Pahang sewaktu Mesyuarat Raja-Raja ke-146 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 28 Febuari 1989.



Kerana dilanda masalah rumahtangga, inilah wajah terkini Fasha sandha yang dikatakan semakin kurus dan selalu bersedih?

$
0
0
Kerana dilanda masalah rumahtangga, inilah wajah terkini Fasha sandha yang dikatakan semakin kurus dan selalu bersedih... kesian fasha... bersabarlah..

Semalam pelakon hebat Fasha Sandha telah memuat turun gambar dia bersama Ozlynn iaitu isteri kepada pelawak terkenal Johan.

Namun ramai di kalangan peminat yang memberi komen bahawa pelakon kesayangan mereka ini kelihatan semakin kurus dan wajahnya kelihatan sedih.

Ramai yang beranggapan ini mungkin disebabkan oleh kisah rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.


Jumaat lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Fasha yang dibina bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, 39 atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Turut dikaitkan adalah bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish.

Fasha & Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang anak.

4 Foto wajah artis bollywood Kajol Devgan tanpa make up

$
0
0
Aktris cantik Kajol terlihat sedang berada di bandara internasional Mumbai dengan gaya airport fashion yang berbeda dari biasanya. Jika setelan kaos dan celana kerap menjadi item fashion pilihan para artis Bollywood kebanyakan, namun tidak bagiKajol. Istri Ajay Devgan itu tampil beda dengan 'daster' bercorak yang sederhana.

Saat itu Kajol baru saja mendarat usai bertolak dari Hyderabad untuk merampungkan jadwal syuting film terbarunya, DILWALE. Lokasi syuting tersebut adalah persinggahan ketiga Kajol dan Shahrukh Khan, setelah Bulgaria dan Islandia.

Dilansir dari Indian Express, kedatangannya di bandara sontak menjadi pemberitaan berbagai media India, terlebih dengan pilihan gayafashionnya yang simple kali ini. Lalu, seperti apa model 'daster' yang dikenakan oleh aktris MY NAME IS KHAN itu ya?

Dalam foto tersebut terlihat Kajol mengenakan outfit tanpa lengan yang benar-benar mirip dengan daster, dan dipadu dengan cardigan berwarna kuning. Parasnya tampak serius dan sedikit letih, namun tetap cantik meski pun polos tanpa menggunakan riasan wajah sama sekali.


Barang yang dibawanya pun cukup simple, yakni tas punggung yang hanya ia pakai satu selempang kanannya saja. Sementara itu di tangan kiri Kajol memegang handphone yang tersambung dengan headset di telinga kirinya. Tak lupa pula kacamata gelap, yang kerap digunakan untuk menutupi mata sayu akibat kelelahan usai melakukan perjalanan jauh.

Kajol sendiri pun kini hanya disibukkan dengan penggarapan filmDILWALE arahan sutradara Rohit Shetty dan fokus menjadi ibu dari kedua buah hatinya, Nysa dan Yug Devgan. Usai melihat gaya Kajol di bandara tersebut, bagaimana pendapatmu? Benarkah ia masih cantik?

Sumber: Kapanlagi





(5 Foto) Syahrini bikin kontroversi pakai baju tembus pandang ketika di Malaysia

$
0
0
Siapa orang indonesia yang tidak kenal dengan artis sensasional yaitu Syahrini. Artis cantik yang selalu menarik perhatian publik karena kerap menuai kontrofersi. 

Meskipun sering menuai kontroversi namun bisa dikatakan bahwa syahrini termasuk deretan artis bergensi indonesia karena kepiawaiannya menyanyi dan juga fashionnya yang sering menjadi trend center bagi masyarakat indonesia mulai dari remaja hingga ibu-ibu.

Syahrini kerap kali mengumbar kehidupan mewah dan glamournya di sosial medianya seperti instagram. Namun baru-baru ini syahrini mengunggah sebuah video di instagram pribadinya yang membuat mengundang berbagai macam komentar dari penggemar dan hatersnya.

Seperti dilansir dari Kapanlagi, Sosok Syahrini selalu lekat dengan yang namanya kehidupan mewah dan glamour. Sosialita yang cetar membahana ini tak jarang pamer berbagai barang-barang mahal, mulai dari sepatu, tas, hingga busana di akun Instagram pribadinya.

Pelantun lagu Sesuatu ini sendiri juga sering kali plesir ke luar negeri, entah itu untuk berlibur maupun urusan pekerjaan. Yang terbaru, Syahrini baru saja berkunjung ke negara tetangga, Malaysia.

Seperti biasa, mantan rekan duet Anang Hermansyah ini pun mengunggah sebuah momen yang gokil ketika berada di Kuala Lumpur. Dalam bentuk sebuah video, Syahrini terlihat berjalan melenggak-lenggok seksi kala memasuki sebuah ruangan.

Pada kesempatan itu, Syahrini sendiri mengenakan busana yang cukup mencuri perhatian, yakni dress panjang menerawang yang tampak pas di tubuhnya. Sebuah efek slow motion dari video itu sendiri ditambahkan untuk menambah kesan dramatis dan menggoda.

Sumber: Kekadang





Ucapan romantik hari lahir Abby Abadi yang amat sweet

$
0
0
Semperna ulang tahun kelahiran isterinya, Abby Abadi yang ke-39 pada 1 Disember lalu, Muhammad Faizal Zakaria (Jai Ezzany) menerusi Instagramnya telah memuat naik sekeping gambar Abby yang sedang tersenyum manja sambil meletakkan dagu dibahunya serta berkongsi ucapan 'berbunga'.

"Isteri ku tersayang Abby Abadi sempena hari istimewa sayang, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun...ketahuilah tiada yang lebih bahagia selain memiliki kasih sayang dari mu.

"InsyaAllah perkahwinan ini mendapat rahmat Allah dan kekal hingga ke syurga. Akan ku berikan sepenuh kasih sayang untuk mu, bersama-sama kita mengejar akhirat untuk kebahagian kita didunia dan akhirat nanti.

"Masih ku ingat setahun lalu, saat ulangtahun sayang kita di Kuala Kangsar....terlewat sedikit untuk aku ucapkan ulangtahun untuk sayang...tapi ketahuilah tarikh 1 Disember telah aku simpan sejak dari awal kita kenal....tidak pernah ku lupa tarikh itu walaupun kita terpisah oleh waktu untuk seketika.

"Namun sekarang tidak lagi, hari bahagia mu...kita telah mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri...thanks sayang menerima saya sebagai suami sayang.

"Ya Allah aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodohku bersama isteri ku sehingga ke saat ini.

"Ya Allah kekalkanlah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikanlah kami berdua suami isteri dunia dan di akhirat,"
tulis Jai di laman IGnya.

Menerusi luahan tersebut jelas menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang Jai terhadap Abby.

Ruangan komen pada gambar itu turut dipenuhi ucapan pengikut Instagram pasangan ini yang rata-ratanya mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.

Untuk rekod, Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu.

Sumber: Myartis





10 Foto Almarhum Tunku Jalil ketika umur 18 tahun...memang hensem dan wajahnya menyejukan mata yang memandang

$
0
0
Berdebar juga hati apabila kali pertama menemu bual seorang kerabat diraja. Namun sebagai persediaan, beberapa carian maklumat mengenai latar belakang anakanda keempat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris, ini sempat dibuat.

Pertemuan yang diatur di penthouse Hotel Hyatt di Johor Bahru berlangsung dalam suasana santai dan lebih rileks. Sementelah Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail seorang yang mudah didekati.

Lebih mesra dengan panggilan Jalil atau Lil di kalangan keluarganya, beliau kelihatan lebih kurus berbanding gambarnya di dalam laman-laman web.

"Saya akui, sebelum ini berat badan saya pernah mencecah sehingga 86 kilogram (kg) dan atas nasihat doktor serta keinginan sendiri, saya berjaya menurunkannya hingga 50 kg.

"Namun, akibat kelihatan terlalu kurus, saya menambah sedikit berat badan dan sekarang, berat saya sudah mencecah 60 kg,"
ujar beliau yang mempunyai ketinggian 180 sentimeter.


Menurut Tunku Jalil, apa yang dilakukannya ialah mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak serta banyak bersenam. Dan sudah tentu, lokasi pilihan beliau ialah di gimnasium Hotel Hyatt sendiri.

Ujarnya, gimnasium tersebut lebih privasi dan beliau yang nampak pemalu itu rasa selesa kerana kedudukannya yang lebih terlindung daripada pandangan orang ramai. Tunku Jalil bersenam di sini sekerap lima kali seminggu.

"Makanan kegemaran saya ialah makanan Jepun serta turut menggantikan hidangan berlemak dengan mengambil salad, makanan kukus serta makanan daripada jenis mediterranean.

"Bagaimanapun, sebagai anak yang dibesarkan dengan asuhan secara sederhana, pemakanan kami sama saja seperti orang lain iaitu ada juga masak gulai serta sayur kangkung,"
katanya lagi.

Sementara jurugambar RAJA JAAFAR RAJA ALI sesekali merakamkan aksi Tunku Jalil ketika sedang ditemu bual, dapat dilihat di sebalik sikapnya yang agak pemalu itu, terpancar betapa beliau sebenarnya bijak beraksi di depan lensa kamera.

Ketika diusik dengan pertanyaan adakah beliau ingin menceburi bidang peragaan, dengan pantas beliau menggelengkan kepala.

Bagi anak muda yang akan mencapai usia 18 tahun pada 5 Julai nanti, dunia peragaan yang menuntut pengorbanan masa yang meletihkan. Itu bukan minatnya.

Tunku Jalil yang meneruskan persekolahan di Sekolah Sri Utama sebelum berpindah ke YPJ Zaikarim International School Johor, mengakui gemar mendekatkan diri dengan aktiviti alam sekitar termasuk meminati haiwan peliharaan eksotik.

Beliau yang mula meminati haiwan sejak kecil juga mengakui, sehingga kini, lebih 20 haiwan telah dipeliharanya termasuk iguana, biawak, ular sawa, harimau, kala jengking, kucing hutan dan monyet.

Ada antara haiwan itu ditempatkan di Zoo Johor dan ada juga yang diletak di depan biliknya di Istana Pasir Pelangi sebagai koleksi peribadi. Kebanyakan haiwan itu diperoleh Tunku Jalil semasa mengikuti ayahandanya melawat perkampungan Orang Asli di negeri ini dan selebihnya daripada kenalan yang mengetahui minatnya itu.

Tunku Jalil tanpa berselindung mengaku membawa sesetengah haiwan itu tidur bersamanya.

Malah Tunku Jalil tanpa berselindung mengaku membawa sesetengah haiwan itu tidur bersamanya. Namun haiwan yang berbisa akan diletakkan di dalam akuarium. Haiwan yang paling disukai beliau ialah piairie dog iaitu spesies tupai tanah berwarna coklat muda yang kini berusia sembilan tahun.

Perbualan kami yang bermula lewat petang dan berlarutan hingga pukul 9 malam itu masih rancak berakhir dengan Tunku Jalil membawa kami bersiar-siar di Zoo Johor sambil menyaksikan beliau memberi makan seekor harimau bernama Azra berusia hampir empat tahun.

Kata Tunku Jalil, Azra pernah dipeliharanya di kawasan istana semasa pak belang itu berumur tujuh bulan.

"Sekarang saya sedang mengikuti latihan praktikal di Zoo Singapura dan demi minat terhadap haiwan peliharaan, saya tidak kisah untuk turut serta melakukan kerja-kerja pembersihan di kandang zoo tersebut.

"Saya juga turut memandikan haiwan serta membersihkan najis mereka. Kerja-kerja itu berlangsung dari pukul 8 pagi dan hanya berhenti kira-kira sebelum waktu tengah hari,"
ujarnya. Namun, ia sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk bergelar ahli zoologi.

Diajak berbicara tentang kehidupan sebagai kerabat diraja yang tentunya dikelilingi dan dilimpahi dengan kemewahan, dengan pantas Tunku Jalil menafikan semua itu. Bagi adinda Raja Muda Johor, Tunku Ismail ini, kehidupan seharian beliau bersama kekanda dan adindanya yang lain sama sahaja seperti kebanyakan orang lain di luar istana.

Ini kerana, menurutnya, mereka juga diberi wang saku dan perlu bijak menguruskan perbelanjaan seharian. Cuma bezanya, ke mana mereka pergi, ia perlu ditemani dan diawasi oleh pengawal peribadi.

"Dan seperti orang lain, jika kami buat salah, kami tetap menerima hukuman dari ayahanda dan bonda," ujarnya.

2 Foto anak perempuan Kajol yang semakin cantik bergaya

$
0
0
Tidak terasa waktu berlalu dengan cepat, kini putri sulung Kajol dan Ajay Devgan, Nyla sudah tumbuh menjadi seorang gadis remaja. Dan semakin besar, Nyla semakin terlihat mirip dengan sang ibunda.

Dalam sebuah foto yang diunggah oleh Nyla di jejaring sosial, sudah tidak ada lagi kesan anak-anak di wajahnya. Yang kini terlihat hanyalah seorang remaja cantik dan bergaya masa kini.

Kalau dilihat-lihat, wajah Nyla sangat mirip dengan putri Shah Rukh Khan, Suhana. Tetapi kalau diperhatikan lebih dalam lagi, wajah Nyla mirip dengan masa muda Kajol, lengkap dengan kacamata yang sering jadi ciri khas ibunya.


Kajol sendiri belum pernah membawa Nyla secara terang-terangan ke hadapan publik. Karena itulah, kemunculan Nyla di jejaring sosial langsung mendapatkan perhatian dari publik.

Mari lihat 2 foto terbaru Nyla, anak perempuan Kajol yang sudah membesar jadi seorang gadis remaja cantik di bawah.


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V





Haiza kesal ada pihak jadi Batu Api lagakan Azian Mazwan Sapuwan & Faradhiya

$
0
0
Kerana satu gambar dengan caption bertulis “Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’… Bukan karok mendatar ye!” oleh Azian Mazwan Sapuwan, terus timbul desas-desus bahawa kata-kata itu ditujukan kepada Faradhiya.

Semua sedia maklum bahawa Azian Mazwan Sapuwan telah tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 2 yang menyaksikan para peserta berentap dengan tema “Karok Tarik”.

Susulan caption tersebut, ramai yang beranggapan ia ditulis dengan tujuan mahu menyindir Faradhiya yang gagal memberikan persembahan terbaik kerana masalah kesihatan.


Secara jujur, Abang Nara baca kata-kata yang ditulis oleh Azian Mazwan Sapuwan memang tak ada terlintas ia adalah satu sindiran. Cuma ia adalah satu luahan hati dari Azian yang puas hati dengan persembahannya di Gegar Vaganza 2.

Pelik sungguh bila ada manusia-manusia yang cuba mengaitkan kata-kata itu dengan Faradhiya. Enggan pihak luar salah faham, salah seorang finalis GV2, Haiza tampil menjelaskan hubungan mereka di dalam GV2 adalah seperti adik beradik. Kata Haiza:-

"Kami sesama bintang GV semuanya dah macam adik-beradik. Saya kesal dan terkilan ada segelintir pihak cuba nak melaga-lagakan kami.

Kami rapat dan saling menyokong antara satu sama lain tetapi macam-macam analisis yang orang di luar sana buat hingga cuba melagakan kami.

Saya harap kami bintang peringkat akhir GV tidak termakan atau terpengaruh kata-kata yang melaga-lagakan. Harap semuanya bertenang dan bersangka baik pada dunia hiburan.

Untuk mereka yang suka menjadi batu api harap hentikanlah sikap begitu sebab ini cuma hiburan. Rasanya pengguna laman sosial perlu tahu ini bukan medan bertempur untuk dapat jawatan penting hingga perlu nak berbalah.

Kami kembali ke pentas GV untuk menghiburkan semua peminat dan kami berterima kasih di atas sokongan yang sangat luar biasa."


Kadangkala Abang Nara kagum dengan mereka yang boleh spekulasi macam-macam hanya daripada beberapa patah perkataan. Tinggi sungguh imaginasi mereka.

Kadangkala sian pun ada. Tak penat ke buat analisis dan cuba mencipta teori? Kalau Abang Nara baiklah tidur ataupun buat kerja lain. Tak gitu?


Foto terbaru Maria Farida setelah berkahwin dengan Datuk Rahman

Siti Nordiana bercerita mengenai isi hatinya dan dedah siapa teman lelakinya

$
0
0
Mengakui selesa dan bahagia dengan hidup sendiri, Siti Nordiana menjelaskan bahawa belum bersedia untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki walaupun ada yang cuba mengusiknya mengenai perkara tersebut namun sampai sekarang masih tiada lelaki bertapak di hatinya.

“Kalau betul ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang ini saya tak akan terima kerana ingin dan mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak saya. Rasanya saya masih belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang dan bersyukur selalu dan ada sebab saya tidak membuka hati lagi kepada lelaki kadang-kadang dalam perhubungan juga ada pasang surutnya, serik buat masa sekarang siapa rasa dia pasti akan tahu buat masa ini kekasih saya adalah anak saya je ”

" keasih hati dan teman lelaki saya ketika ini adalah anak saya lah hero saya " dalam nada seloroh

“Setakat ini saya selalu bahagia je hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal tercinta saya iaitu Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun,”
jelasnya melalui Harian Metro.


Menurut Siti Nordiana lagi atau lebih mesra dengan panggilan Nana menyatakan bahawa sepanjang tempoh enam tahun hidup solo, dia masih belum terbuka hati untuk berkahwin dan tidak mengambil serius apabila rakan-rakan suka mengusiknya mengenai hal berkaitan jodohnya bukan senang bagi dia untuk terima.

Jom layan Lagu Sepanjang Zaman Siti Nordiana duet dengan Lan Kristal yang menggantikan arwah Achik Spin. Memang superb kedua-dua mereka.

Sumber: opsmeletop


Viewing all 4594 articles
Browse latest View live