Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Siti Nordiana berani mati dedahkan kisah kegelapan hidup selepas berkahwin dahulu

$
0
0
Populariti dikecapi Siti Nordiana atau Nana, 31, tidak berpanjangan. Lima tahun selepas kemunculannya di persada seni, namanya terus tenggelam.

Keputusan mendirikan rumah tangga pada 29 April 2006 antara faktor penyumbang zaman malapnya.
Apatah lagi ketika itu pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias ini nekad memperlahankan kerjaya seni kerana mahu menumpukan perhatian terhadap suami.

Sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bahtera yang dibina bersama Allahyarham Mohd Faizal Yusup tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 14 September 2009.


Bagi meneruskan hidup, ibu kepada Muhammad Rayyan Nakhaie ini kembali aktif menyanyi. Namun, malang buat penyanyi lagu cinta Hanya Sandaran ini apabila kemunculan semulanya dipandang sepi.

Sumber: Apeciter


5 Foto anak perempuan A.Aida yang dah jadi anak dara cun melecun

$
0
0
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 44, telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, malam Jumaat lalu.

Aida merupakan antara 80 penerima darjah kebesaran dan antara mereka yang menerima pingat daripada DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi sesi kedua sempena Hari Keputeraan ke 85 baginda tahun ini di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Aida menyangkal dakwaan bahawa beliau membeli gelaran Datuk yang diterimanya.

Menurut Aida, anugerah pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu diterima berdasarkan sumbangan dan kerja amal yang dilakukan kepada masyarakat tanpa liputan media.
"Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai.

"Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini," jelas A Aida.

Tambah Aida, dia enggan mengambil peduli tentang pandangan negatif masyarakat yang hanya mahu mencari kekurangannya sahaja. 


Aida berkata surat penganugerahan itu diterima dari Istana Pahang pada 16 November lalu.

"Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi. Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat.

"Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Dalam pada itu, Aida berkata, gelaran Datuk itu memberi suntikan semangat kepadanya untuk terus bergiat aktif dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Pemilik A Aida Production Sdn Bhd ini juga, mahu apa yang dimiliki ini memberi inspirasi kepada golongan artis lain.

"Ia seperti kekuatan pada saya meneruskan perniagaan penerbitan drama dan mungkin saya akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan lain juga.

"Saya juga berharap, sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada artis-artis lain untuk membina kerjaya yang lebih stabil," katanya.

Dalam pada itu, Aida berkata, dia bukan sahaja aktif menerbitkan drama, malah kini sedang berjinak-jinak menerbitkan lagu-lagu tema serta menulis lirik.

Katanya, lagu nyanyian Nomad berjudul 'Sorry Sayangku' untuk lagu tema drama 'Hello Mr Perfect' mendapat sambutan baik apabila ditonton lebih 1.7 juta di Youtube biarpun belum dimainkan di radio tempatan.

Sumber: myartis







12 Foto terbaru Anzalna Nasir yang tampil begitu mengancam sekali

$
0
0
Pelakon jelita Anzalna Nasir mengumumkan akan berkahwin pada 21 Februari depan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Persandingan mereka pula akan berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2016.

“Kepada peminat Anzalna, thank you so much, support Anzalna dulu sampai sekarang. Saya bukan nak elak, bukan nak rahsiakan apa-apa. Selagai tak confirm, takut nak bersuara. Kita hanya mampu merancang dan harap semua berjalan dengan lancar,” jelas pelakon ini.

Anzalna yang memberitahu telah bersedia untuk berkahwin seterusnya membuat pengumuman secara ‘live’ dalam rancangan hiburan, Melodi, TV3 hari ini selaku media penyiar rasmi perkahwinannya dengan kekasih hati, Hanif Zaki.

Sumber: Rotikaya













9 Foto terkini Fouziah Gous selepas 18 hari bersalin anak sulungnya yang kelihatan begitu berseri-seri

$
0
0
Tanggal 11 Disember merupakan hari lahir Fouziah Gous yang ke-33 dan semperna hari itu, suami Fouziah, Zhafran Yusof telah berpakat dengan Sugar Surprise untuk membuat surprise birthday buat isteri tercinta.

"Tengah2 malam ni beriya2 suami ajak turun bawah konon2 nak suruh tengok kereta baru, dan lihatlah dunia inilah yg saya nampak.

"This is so romantic with 1000 candles !! Seperti biasa terkena lagi surprise daripada suami tercinta bersama tok dalangnya @sugarsurprise, memang susah betul nak predict @sugarsurprise!!

"Thank you to all my friend,maid and family member yg beriya2 nyalakan lilin ni! Dengar cerita mcm2 cabarannya. I love you guys thank you so much.. I am truly blessed.

"Thank you to the most wonderful man in the world! The man who showed me the real happiness in life. The man who made me feel that I’m a true woman. I will be forever thankful to Allah SWT for giving me a wonderful husband like you!

I cannot imagine life without you! My dear husband, Thanks for making me complete! I really love you from the bottom of my heart! I love you forever and ever sayang," kata Fouziah di laman IGnya.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Zhafran Yusof, dia telah memuat naik gambar serta ucapan yang sangat 'sweet'

"Dear Wifey, before the night ends, theres something I need to tell you. Firstly, I would like to say thank you for being such a great mother to Muhammad. Going thru sleepless night together is another great adventure to go through with you Sayang.

"For me your birthday is just like another day. With you being by side everyday is a celebration. Thank you so much for being in my life and making it so meaningful especially with the presence of our Baby Muhammad. My love and respect grows for you with each passing year. I am truly blessed to have you as my life partner and mother to Muhammad.

"May you'll be blessed by Allah swt, Abundance of rezeki and happiness together as one Family ... Semoga Allah swt memberi perlindungan kita semua.. Much Bee...," ujar Zhafran.

Sumber: Myartis










Ini respon balas Datuk Seri Vida bila diperbandingkan dengan Datuk Aliff Syukri

$
0
0
Siapa tak kenal dengan dua orang pengasas produk terkenal, Datuk Seri Vida dan Datuk Aliff Syukri. Keberkesanan produk dan kekayaan yang dimiliki membuatkan mereka menjadi ‘ikon’ bagi rakyat Malaysia.

Terkenal dengan tarikan tersendiri menerusi trademark mereka iaitu Qu Puteh, barulah putihdengan dua jari di pipi dan Terlajak Laris dengan intonasi suaranya yang nyaring itu.

Mereka sering dibandingkan yang mana menjadi ‘ikon’ kegemaran netizen. Jadi, ini respon Datuk Vida…


“Saya ni dah senja”


datoserivida Salam sayang semua?.Yang mana satu sayang suka?..Saya tanya sekadar nok tahu jer..Dato Aliff usahawan muda yg patut dicontohi.Dalam usia setahun jagung..Dia dah memiliki semuanya yg diimpikan..Saya ni dah senja..Tuhan bg anugerahSebegini..Alhamdulillahhh..

Amat tertarik dengan kata-kata Datuk Vida ini, sebuah persaingan yang sihat tanpa sebarang unsur negatif dalam memajukan perniagaan mereka.

Ia patut dijadikan contoh kepada kita terutamanya dalam kalangan peniaga diluar sana.Harap mereka akan terus success dengan perniagaan mereka. Jadi, bagi korang pula, yang mana satu korang suka? *tanya soalan dalam nada ala-ala Datuk Aliff Syukri sambil letak dua jari di pipi.

Sumber: Ohbulan

Dato' Ramli MS dedah perkara sulit yang akan terjadi di Final Gegar Vaganza 2

$
0
0
Barisan peserta Gegar Vaganza 2 (GV2) perlu lebih berhati-hati dalam persembahan yang bakal dibuat pada malam final program itu Ahad ini kerana mereka akan dinilai dengan lebih ketat dan teliti.

Ketua juri GV2, Datuk Ramli MS berkata, peserta-peserta perlu memastikan tiada kesalahan yang akan dibuat ketika melakukan persembahan walaupun hanya terlupa lirik sahaja.

"Sekarang ini, semua yang akan ke final GV2 mempunyai persembahan yang bagus.

"Jadi saya dan barisan juri lain akan memastikan pemenang GV2 nanti langsung tidak membuat sebrang kesalahan. Salah lirik pun tak boleh,"
katanya yang dihubungi mStar Online.

Enam peserta lain yang layak ke akhir ialah Acong (Sweetchild), Siti Nordiana, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Haiza dan Farahdhiya.

Selain Ramli MS, peserta akan diadili oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan seorang juri undangan.


Dalam pada itu tambah Ramli MS, barisan peserta juga harus tampil kreatif dalam persembahan untuk melihat kemampuan dan kehebatan idea masing-masing.

Ditanya adakah peserta-peserta yang pernah popular dan kemudiannya sepi dalam industri akan diterima umum selepas tamatnya program tersebut, kata Ramli MS, dia yakin, mereka akan mendapat tawaran menyanyi dengan lebih banyak.

Namun, tidak pasti sejauh mana kemampuan mereka untuk mewarnai arus perdana seni muzik tempatan.

"Saya lihat, kalah atau menang, perniagaan nyanyian mereka akan berkembang dipenuhi dengan jemputan persembahan.

"Tetapi kalau nak buat album dan mahu mengikut pasaran, saya tak berani nak cakap adakah mereka akan sebaris dengan penyanyi arus perdana,"
ujarnya.

Sumber: otakjambu

Luahan hati Haiza di saat-saat Final Gegar Vaganza 2 hanya beberapa jam akan berlangsung

$
0
0
Penyanyi Haiza bersimpati dengan segelintir peminatnya yang tidak mampu membeli tiket akhir konsert Gegar Vaganza 2 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 35, berkata, dia memahami harga tiket yang agak mahal itu membebankan peminat-peminatnya untuk datang beramai-ramai memberi sokongan seperti mana yang dilakukan setiap minggu.

"Ada segelintir peminat meluahkan rasa sedih kerana tidak mampu beli tiket pada konsert akhir nanti, saya pun faham keadaan ekonomi mereka dan tidak mahu mereka terbeban.

"Saya hanya boleh bersimpati dan tidak memaksa mereka datang walaupun secara jujurnya saya mengharapkan laungan semanagat dari peminat-peminat saya," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Haiza berkata, dia masih berharap keajaiban berlaku agar peminat-peminatnya dapat melihat dia beraksi pada pentas akhir itu.

Tiket Gegar Vaganza 2 Akhir yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dijual dengan harga bermula RM200, RM250, RM300, RM380 dan RM1,000.

Namun, tiket RM1,000, RM380 dan RM300 telah habis dijual.


Sementara itu, Haiza berkata, dia juga merancang percutian bersama peminat-peminatnya iaitu Haiza Tropers bagi menghargai usaha mereka yang menyokong perjuangannya dalam program realiti itu.

"Saya sangat terharu dan menghargai sokongan mereka bukan sahaja yang datang setiap minggu, malah ada sebuah kedai di Johor Bahru menggantung banner gambar dan kata-kata sokongan kepada saya.

"Saya tidak sangka sebegitu sekali dan saya rancang untuk bertemu mereka dan menganjurkan sebuah percutian ke Langkawi bersama mereka selepas tamat Gegar Vaganza 2 ini," ujarnya.

Sementara itu, Haiza yang bakal membawakan lagu Puisi Cinta pada konsert akhir itu, memberitahu sedang membuat persediaan bagi memastikan vokal tidak terjejas.

Katanya, dia perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin beberapa hari terakhir bagi mengelakkan kehilangan suara.

Tambahnya, dia juga berharap tidak diberikan giliran pertama persembahan yang dianggap terlalu memberi tekanan.

"Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar dan saya fokus pada vokal sahaja, baju dan solekan tiada masalah. Saya juga harap kesihatan dan suara tidak hilang pada hari tersebut.

MBSA boleh memuatkan 1,000 penonton pada satu masa.

Pertandingan akhir Gegar Vaganza 2 bakal menyaksikan persaingan daripada enam peserta iaitu Siti Nordiana, Farah Dhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong (Sweet Child).

Pemenang bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Sumber: mStar

12 Foto bentuk badan Farahdhiya yang paling seksi

$
0
0
Raut wajahnya yang hampir seiras dengan penyanyi terkenal Mariah Carey membuatkan Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 29, kelihatan seperti selebriti Hollywood.

Bukan setakat memiliki kecantikan paras rupa yang semulajadi malah dianugerahkan bentuk badan yang sempurna serta seksi bergaya.

Terbaru, cerita tentang diri Farahdhiya kembali kedengaran di media-media hiburan selepas dia didakwa baru sahaja putus cinta dengan suami orang yang juga seorang saudagar hotel, berbangsa ala-ala Arab.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu tampil menafikan gosip lair berkenaan dan memaklumkan yang beliau sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita dia sudah putus cinta dengan suami orang.

Sumber: d.zonemedia













Raffi Ahmad diglear artis paling kaya Indonesia, inilah 5 foto kereta dan rumah mewahnya yang belum pernah didedahkan

$
0
0
Raffi Ahmad digadang-gadang sebagai artis terkaya di Indonesia. Tentunya kita semua masih ingat saat pernikahannya dengan Nagita Slavina yang berlangsung pada hari Jumat tanggal 17 Oktober 2014, dikatakan sebagai pesta perkawinan paling mewah yang pernah ada.


Pernikahaan Raffi dan Nagita telah menghabiskan dana kurang lebih 10.3 Milliar Rupiah. Coba anda bayangkan, acara pesta pernikahannya saja sebesar itu apalagi yang lainnya. Mari kita intip lagi kekayaan lainnya yang dimiliki oleh Raffi Ahmad.

Kendaraan Mewah


Raffi Ahmad dikenal sebagai pecinta kendaraan mewah, ini bisa kita lihat dengan beberapa koleksi kendaraan mewah yang dimiliki oleh Raffi Ahmad. Terdapat mobil mewah Chevrolet Camaro yang harganya mencapai 1.9 Milliar Rupiah. Namun menurut kabar berita yang di dapatkan, kalau Raffi telah melego mobilnya tersebut pada saat tersangkut masalah hukum karena mengonsumsi narkoba.

Ada lagi kendaraan mobil mewah yang dimiliki oleh seorang Raffi Ahmad dan harganya lebih fantastis lagi yaitu sebuah Lamborghini Aventador yang harganya berkisar 8-15 Milliar Rupiah. Tidak sampai disitu saja, beberapa kolesi motor gedenya seperti Ducati, Triumph, dan Harley Davidson yang juga memiliki harga sampai ratusan juta rupiah.

Rumah Mewah


Rumah mewah yang akan ditempati oleh Raffi dan Gigi pasca menikah berada dikawasan Green Andara Residence, Pondok Labu, Jakarta Selatan. Dikabarkan kalau rumah milik Raffi dan Gigi ini mencapai harga 11 Milliar Rupiah. Ukuran tanahnya seluas 1000 meter persegi terdiri dari 3 lantai, 6 kamar tidur, kolam renang, menggunakan lift, ruang studio, dan taman yang indah.

Memiliki 13 Apartemen


Raffi Ahmad telah memiliki sekitar 13 apartemen, investasi aparteman dan properti lainnya telah ia jalanin sejak tahun 2013. Beberapa apartemen yang Raffi sudah beli, salah satunya di Casablanca terdapat 2 apartemen, investasi yang dikeluarkan sebesar 6 Milliar. Sementara apartemen yang terdapat di Serpong terdiri dari 10 apartemen, besar investasi yang dikeluarkan 4.8 Miliar. Kemudian ada satu lagi apartemen yang dimiliki oleh Raffi dan jauh lebih besar dibandingkan apartemen yang berada di Casablanca maupun di Serpong. Lokasinya begitu strategis di Permata Hijau, nilai investasi yang dikeluarkan Raffi sebesar 13.8 Milliar.

Tak heran memang kalau Raffi Ahmad dikatakan sebagai artis terkaya di Indonesia saat ini. Kalau dihitung-hitung dana yang dikeluarkan untuk membeli semua fasilitas mewah telah mencapai angka yang sangat fantastik. Bagaimana yang disimpan di Bank, di dompetnya dan lain sebagainya. Tapi hanya satu saja yang bisa mengalahkan kekayaan dari Raffi Ahmad, bahkan bukan hanya Raffi saja tapi seluruh kekayaan manusia di muka bumi dikumpulkan tetap kalah sama "seorang mukmin mengerjakan 2 rakaat sebelum subuh" (dalam hadist "2 rakaat sebelum subuh lebih baik dari dunia beserta isinya").
Sumber: sukasaya

Siti Nordiana juara Gegar Vaganza 2, namun foto adik-beradik Emma Maembong paling mencuri tumpuan

$
0
0
Siti Nordiana akhirnya berjaya muncul juara Gegar Vaganza 2 dan memenangi wang tunai RM100,000 dalam konsert final yang diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor. Selain itu, Nana juga memenangi persembahan terbaik dengan hadiah wang tunai RM5,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Faradhiya manakala ketiga Ezad Lazim. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000.

Nasib tidak menyebelahi Nassier Wahab apabila dia hanya menduduki tempat keempat. Begitu juga dengan Acong dan Haiza yang hanya mendapat tenpat kelima dan keenam. 


Pemenang pada malam itu telah dihakimi oleh juri-juri seperti Datuk Ramli MS, Khatijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

Tahniah diucapkan buat Nana!

Sumber: Myartis


Astro Buat Keputusan Yang Mengejutkan! Inilah yang berlaku di hujung Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 malam tadi

$
0
0
Akhirnya GegarVaganza Musim ke-2 sudah melabuhkan tirainya, namun inilah keputusan yang dibuat oleh pihak astro di akhir konsert Gegar Vaganza 2. Berikut adalah senarai pemenang :-

1 Siti Nordiana
2. Fara Dhiya
3. Ezad
4. Nassier Wahab
5. Achong
6. Haiza

Namun begitu ramai yang terkejut bila Haiza mendapat tempat ke-6.




Sultan ini akan melamar Siti Nordiana selepas menjuarai Gegar Vaganza 2

$
0
0
Tahniah Siti Nurdiana artis pilihan beta kerana menjuarai pentas gegar vaganza 2015. Rezeki nana. Sifat lemah-lembut. Merendah diri yg ada pd nana membuat beta tertawan. Kalau beta jadikan nana calon permaisuri beta mesti ramai yg setuju kan.?

Yerla si manis dgn si kacak bagai pinang dibelah dua. Dgn ini beta berbesar hari mengistiharkan esok sebagai cuti umum bagi seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus di atas kemenangan nana ini. Selamat bercuti beta ucapkan buat seluruh rakyat Negeri Sembilan. Tahniah sekali lg beta ucapkan buat Siti Nurdiana.

#GegarVaganza
#SitiNurdiana
#BetaIsBetter
#BetaIsBetter

Sumber: Norich Media



Akibat jadikan Jamal Abdillah bahan lawak, Nabil terpaksa minta maaf

$
0
0
Semalam kita menyaksikan Siti Nurdiana telah menang Gegar Vaganza. Tahniah buat Nana. Dia memang layak menang kot. Tapi GegarVaganza ada spoil sedikit . Kedatangan Jamal Abdillah di nantikan tetapi di spoilkan oleh dirinya sendiri.

Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat. 

Ini bukti di mana Nitezen bersetuju yang Jamal Abdillah Spoil malam Gegar Vaganza.




Baca lagi komen pedas netizen buat Jamal Abdillah di SINI.

10 Perkara mengejutkan di Final Gegar Vaganza 2 malam tadi

$
0
0
Setelah 9 minggu bertanding akhirnya Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) telah menjadi milik penyanyi berusia 31 tahun iaitu Siti Nordiana Alias.

Berjaya membawa hadiah wang tunai bernilai RM100 ribu dan pakej pelancongan ke Madrid Sepanyol adalah rezeki buat Nana yang tidak pernah putus asa dalam kariernya.

Untuk Malam Akhir GV2, 10 perkara menarik yang mungkin tidak dapat ditonton di kaca TV.

1. Selepas Jihan dan Nabil membuat persembahan nyanyian lagu mereka yang berjudul Laukku Cukup Masin, Nabil terkejut dan terbaring selepas bunyi mercun dinyalakan. 

2. Penonton di Auditorium tetap ‘sporting’ dan sokongan mereka tetap padu walaupun tiket yang dijual agak tinggi. Ini namanya peminat finatik yang tidak berkira soal harga.

3. Ketika iklan, Nabil puji Jihan kerana dia sangat cantik pada malam akhir dan kecantikan Jihan itu seumpama Norlia Ghani. 

4. Micheal Ang kini kembali menyaksikan GV2 setelah berminggu-minggu tidak kelihatan kelibatnya di Auditorium MBSA

5. Penonton di MBSA amat tersentuh dengan persembahan Siti Nordiana menyanyikan lagu Putus Terpaksa. Ada juga yang mengalirkan air mata kerana sebak.


6. Ketika iklan, untuk hilangkan rasa stress Jihan nyanyikan semula lagu Putus Terpaksa dan Janji Manismu dengan caranya. 

7. Agihan coklat tetap diteruskan oleh Tok Ram kepada kenalan selebriti yang hadir pada malam itu. Pemurah dan baik hati Tok Ram

8. Datuk Jamal Abdillah tidak layan Nabil yang mengusiknya dan membuat lawak ketika iklan.
9. Tok Ram dengan rasa ‘kekwat’ tak mahu bergambar dengan Nabil dan Jihan namun itu hanya gurauan Tok Ram yang geram dengan telatah mereka berdua.

10. Ketika sidang media, Tok Ram telah menegur kepada sebilangan hadiran yang ada dalam bilik sidang media kerana mereka membuat bising.

Sumber: Murai

Romie akhirnya dedah sikap sebenar bekas isterinya

$
0
0
Jika sebelum ini kebanyakan cerita hubungan mereka hanya berpihak kepada bekas isteri Romie(suami Hanez Suraya) iaitu Liyana Manan, namun kali ini melalui Berita Harian, Romie menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan bekas isterinya itu.

Menurut Romie, ketika perpisahan merkea, satu perjanjian bertulis telah menjelaskan bahawa anak sulung di bawah jagaannya, manakala anak kedua diberikan kepada bekas isteri. Bagaimanapun berlaku beberapa perkara yang tidak dipatuhi oleh Liyana.

“Selama ini masyarakat hanya mendengar cerita sebelah pihak. Saya pula memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu mengaibkan wanita yang pernah memberikan saya zuriat. Saya tidak kisah jika ego saya dicabar dan diperkotak-katikkan oleh Nurliyana. Tetapi apabila membabitkan anak, saya tidak mampu mendiamkan diri”


“Ketika anak kedua di bawah jagaan bekas isteri, saya terkejut apabila diberitahu anak sulung yang adiknya sudah masuk sekolah. Saya tidak mempertikai tindakan Nurliyana itu, tetapi apa perasaan apabila berjumpa anak dalam keadaan tidak terurus dan calar balar?”

Lebih membuatkan saya terkejut apabila anak kedua menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut tetapi tidak diberikan rawatan segera oleh ibunya. Mengapa perkara itu tidak diceritkan kepada umum? Saya terpaksa mengambil Rayqarl dan membawanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta”

“Sebelum ini saya pernah menawarkan kepada Nurliyana pembantu rumah bagi menjaga Rayqarl tetapi ditolak. Jika Nurliyana mendakwa dia ibu yang bertanggungjawab, mengapa sanggup memperjudikan kesihatan Rayqarl?” jelas Romie.

Tambahnya, Hanez Suraya tidak pernah masuk campur di dalam urusan di antara dirinya dan Liyana. Tidak mengetahui mengapa bekas isterinya bagaikan mahu terus mengasak, Romie menjelaskan dia tahu masyarakat tidak akan percaya kepadanya – walaupun jika dia berada di pihak yang benar.


“Saya tahu masyarakat menyebelahi Nurliyana apabila dia kononnya langsung tidak menuntut apa-apa ketika kami berpisah. Bukan mahu mengungkit, tetapi masyarakat perlu tahu saya sudah sediakan segala-galanya untuk keselesaannya. Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana, tetapi juga bekas ibu mentua”

“Mereka hidup selesa atas hak saya tetapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu. Tetapi kenapa Nurliyana berterusan memburukkan saya? Sekalipun saya berada di pihak yang benar, masyarakat tidak akan percaya. Mereka akan terus meletakkan kesalahan di bahu kami,” memetik antara luahan perasaan Romie di dalam akhbar tersebut.

Apa-apa pun, semoga perkara ini akan berakhir dengan baik dan Romie dan Hanez sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

Sumber: Rotikaya


Akibat ramai mengamuk Faradhiya dinobatkan Naib Juara Gegar Vaganza 2, ini penjelasan sebenar Ramli MS yang buat netizen terdiam

$
0
0
Perbezaan markah antara Juara dan Naib Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) hanya 0.3 % sahaja dan akhirnya memihak kepada Siti Nordiana.

Markah Siti Nordiana ialah 68.7% manakala Faradhiya pula mendapat markah sebanyak 68.4%. Perbezaan yang sedikit ini bergantung kepada cara nyanyian mereka ketika berada di atas pentas.

Juri tetap Datuk Ramli MS berkata Nana kelebihannya ketika menyanyi solo manakala Faradhiya ketika menyanyi lagu Rap semasa ‘Battle Round’.

“Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.


“Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.

“Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.

“Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap,” kata Datuk Ramli MS kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, beliau juga memberi komen terhadap finalis yang berada di ‘Bottom 3’ apakah sebabnya mereka boleh berada di kedudukan itu.

“Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.

“Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.

“Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa,” katanya mengakhiri bicara.

Sumber: Murai

30 Foto sekitar majlis Hari Lahir Aniq Ezra, anak kedua Che Ta

$
0
0
Anak kedua kepada pelakon jelita Rozita Che Wan (Che Ta), Aniq Ezra baru sahaja menyambut majlis hari lahirnya yang ke-17 semalam.

Majlis yang berlangsung secara eksklusif dan meriah di Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur itu telah dihadiri oleh keluarga dan juga teman rapat. 

"Happy Birthday sayang.. Aniq Ezra.. I love you so much.. jadilah insan yang terbaik.. dan anak yangg soleh yang akan mendoakan mummy nanti," ujar Che Ta di laman IGnya.

Sumber: Myartis































2 Foto aksi santai Tengku Puan Pahang Tengku Azizah makan nasi bungkus lauk ikan dengan petai

$
0
0
Respect, Terbaik dan Tabik Spring! Santai jer Tengku Puan Pahang Tengku Azizah mkn nasi. Makan nasi bungkus lauk ikan siap ade petai lagi.




2 Foto terkini Baby Jenna, anak angkat Zizie Izette & Bung Moktar

$
0
0
Manisnya kakak Shahziey Sam ni, cantiknya bini Datuk Bung Moktar Radin. Commey nya Baby Jenna.

Comelkan Zizie Izette bersama Baby Jenna.




3 Foto kegembiraan kelihatan terpancar dari wajah jelita Siti Nordiana setelah menjuarai Gegar Vaganza 2

$
0
0
Kata-kata Siti Nordiana setelah dinobatkan juara Gegar Vaganza 2 malam tadi :-

"sitinordiana Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t yg membuka pintu rezeki buat nana dan mempermudahkan segalanya buat nn sepanjang konsert #gegarvaganza. Nana nk ucapkan jutaan terima kasih pada mak ayah nana,rayyan sebagai sumber inspirasi nana, pada abg nana,kak ipar nana,ank2 buah nana, pada #teamgegarvaganza, astro yg bg peluang pada nn untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza. Kepada juri2 tok ram dan tok kat yg byk bagi tunjuk ajar .pada guru vokal @cikgushafi@erniezakri yg menjadi rujukan nn setiap kali konsert, juga sahabat2 baik nana yg senantiasa membantu nana bg semangat pada nana..pada tulang belakang nana yg tiap minggu bertungkus lumus mencantikkan nana @jimmycouture@ayuwahyu79@aidaglam2@shawlbyvsnow@republicofdiva
Dan special thanks pada peminat2 setia nana @sitinordianafc yg datang dari jauh,dari jb,pahang,kedah,penang dan seluruh Malaysia, Singapura, brunei..dan Official fotographer nana @instaqleeqs LOVE UOLSSS SEMUA #sitinordianafc
#teamsitinordiana
#sitinordiana
#gegarvaganza"





Viewing all 4594 articles
Browse latest View live