Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Dah Beli Kereta Baru Lagi Rupanya!! Inilah 4 foto kereta mewah terbaru Dato' Vida yang baru dibeli baru-baru ini

0
0
Sekarang ni siapa yang tak kenal dengan Dato Seri Vida. dari kanak-kanak hinggalah warga emas semunya pun kenal dengan tokoh bisnes ini.

Dato Seri Vida popular dengan produknya iaitu Pamoga dan juga Qu Puteh dengan tag line yang sering dimainkan di corong radio dan juga kaca tv iaitu "Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh.."


Melalui rancangan Gegar Vaganza pula, rezeki Dato Seri Vida mencurah-curah apabila berjaya mempopularkan jenama Qu Puteh.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih, kini Dato Seri Vida mampu memiliki kereta mewah idaman ramai sesuai dengan statusnya sebagai jutawan.


7 Foto aksi manja Yatt Hamzah dengan suami barunya, Muhammad Zulfadli ketika berbulan madu di Krabi, Thailand

0
0
Amboii... bukan main manja Yatt Hamzah dengan suami barunya, Muhammad Zulfadli ketika berbulan madu di Krabi, Thailand baru-baru ini. Siap baring lagi di kaki suaminya. Heh!

Menerusi Instagram Yatt, dia telah berkongsi beberapa keping gambar sekitar bulan madu mereka.

Jom lihat!

Sumber: myartis








PALING MELETOP 2016!! 17 Foto sekitar majlis pernikahan Shahrol Shiro dan Anna Danisha yang amat meriah malam tadi di Kluang, Johor

0
0
Akhirnya, Shahrol Shiro mengakhiri zaman dudanya apabila sah bergelar suami kepada Anna Danisha atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi dengan tiga kali lafaz.

Mereka berdua bernikah hari ini di Dewan Jemerlang, Intan Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor. 

Untuk makluman, majlis persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan esok manakala bagi sebelah pihak lelaki pula akan diumumkan oleh Shahrol pada bulan Julai. 

Tahniah diucapkan!

Sumber: myartis  


















4 Foto pra-perkahwinan Jihan Muse dan Ungku Hariz

0
0
Bakal melangsungkan perkahwinan esok, Jihan Muse, 33, telah melakukan sesi fotografi pra-perkahwinannya bersama pasangannya Ungku Hariz Ungku Faizal, 31.

Gambar-gambar sekitar sesi fotografi pra perkahwinan mereka telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu CST Production.

Enjoyzzz...!!

Sumber: myartis





42 Foto sekitar majlis malam berinai Jihan Muse yang bertemakan Kebaya Nyonya

0
0
Jihan Muse, 33, yang bakal menamatkan zaman solonya Ahad ini, telah mengadakan malam berinai pada malam ini dengan memilih tema 'Kebaya Nyonya'.

Jihan yang menjalin percintaan selama sembilan tahun bersyukur kerana hasratnya untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Jihan juga terharu kerana bakal suaminya, Ungku Hariz Ungku Faizal, 31, memahami malah setia menemaninya ketika melewati susah dan senang.

Jihan dan bakal suaminya bakal disatukan dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat di Shah Alam.

"Alhamdulillah setelah sembilan tahun menyemai kasih akhirnya kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini.

"Jadual yang padat antara faktor kami mengambil masa yang lama untuk berkahwin," ujar Jihan dipetik sebagi berkata.

Dalam majlis tersebut, Jihan kelihatan anggun berkebaya nyonya berona merah jambu dan pakaian sama dikenakan oleh kebanyakan tetamunya yang hadir bagi memeriahkan majlisnya malam ini.

"Seperti kawan rapat yang lain, saya juga memilih tema kebaya nyonya untuk digayakan pada malam ini.

"Saya sendiri menggemari imej tradisional dan menggunakan kesempatan ini untuk melunaskan impian itu.

"Seronok melihat tetamu yang hadir menepati tema yang dipilih. Semuanya anggun menghormati permintaan saya untuk memakai kebaya nyonya," jelasnya.

"Saya berharap agar majlis pernikahan pada Ahad ini berjalan lancar dan saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat diri dan pasangan saya.

Antara rakan artis yang hadir adalah Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Marsha, Sherry Al Hadad, Nana Mahazan, Nabila Huda, Fara Fauzana, Rafidah Ibrahim dan Azza Elite.














































40 Foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Shahrol Shiro dan Anna Danisha

0
0
Gambar-gambar suasana majlis persandingan Shahrol Shiro dan Anna Danisha atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi yang berlangsung hari ini.

Di dalam majlis tersebut, Shahrol kelihatan segak mengenakan sut manakala Anna pula anggun dengan busanan berwarna hijau.

Jom lihat!









































10 Foto aksi-aksi mengejutkan Fasha Sandha ketika bercuti bersama keluarga di Bali, Indonesia

0
0
Mahu meninggalkan segala masalah di Kuala Lumpur, Fasha Sandha dan keluarga kini berada di Bali, Indonesia untuk menikmati percutian bersama.

Malah, Fasha menggunakan peluang tersebut untuk meraikan ulangtahun kelahiran adik lelakinya yang ke 19.

Seronok juga dapat lihat Fasha begitu gembira disamping keluarga tercinta. Anaknya Putra Rayfal juga ada bersama-sama Fasha.

Tidak kami nafikan, Fasha kelihatan begitu jelita dan cantik hampir setiap masa.

Jom kita layan beberapa lagi foto percutian Fasha Sandha di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya.











10 Foto terlampau romantik Nora Danish dan Nedim Nazri di Iceland

0
0
Cemburu betul melihat Nora Danish, Nedim dan keluarga mereka meluangkan masa bercuti bersama di Iceland. Lebih manis lagi, putera kesayangan Nora, Rayqal turut menemaninya di sana.

Perkongsian gambar di Instagram pelakon tersebut pastinya mengundang komen yang menyatakan rasa cemburu kerana menikmati cuaca yang dingin di sana berbanding di bumi Malaysia.

Sebelum ini Nora pernah menafikan bahawa dia dan juga Nedim akan berkahwin dalam masa yang terdekat selain menyatakan bahawa dia tidak akan merahsiakan hal tersebut jika waktunya sudah hampir. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar pecutian Nora Danish bersama kekasih hati dan juga keluarga.












Paling Bangang & Memalukan!! Foto-foto photoshoot pasangan pengantin melayu yang memalukan umat Islam

0
0
Seorang lelaki memuat naik gambar sepasang pengantin yang bergambar dalam gaya yang agak pelik dan kurang menyenangkan mata di laman Facebook mencetus pelbagai reaksi netizen.

"Macam ini ke adat orang Melayu, adat orang Islam? Nak photoshoot pun agak-agaklah kalau nak lain dari yang lain sekali pun.

"Apa pandangan orang dan bangsa lain kalau tengok gaya seperti ini? Saya yang beragama Islam pun rasa malu bila kawan saya bangsa lain yang WhatsApp gambar ini kepada saya.

"Mohon kita yang lain tidak terikut dengan cara ini. Islam itu indah dan mudah. Bukan nak kata diri ini bagus, maaflah kalau tak suka," kata sumber.


Sementara itu, netizen juga memberikan pandangan masing-masing.

"Aku kahwin dulu tak adalah macam ini. 10 tahun lepas kot. Tapi masa itu jalan laju pun orang tua dah bising. Kalau bergaya macam ini, memang heart attack mak bapak aku malu dengan orang kampung.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa gaya apa sekali pun adalah hak pasangan pengantin itu sendiri dan orang lain tidak boleh menegur mereka.

"Suka hati dialah nak menonggeng ke, nak melentang ke, itu gambar dia, diri dia. Yang pergi viralkan gambar orang tu kenapa?" kata Rethuan Bin Jaafar.

Inilah cerita sebenar gadis 18 tahun tiba-tiba kahwin Pakcik 62 tahun

0
0
“HINA sangat ke kahwin dengan orang tua”, kata Nur Nasirah Nazri yang berusia 18 tahun dan baharu berkahwin dengan suaminya yang berusia 62 tahun, Ismail Lambak baru-baru ini.

Nur Nasirah membuat komen tesebut susulan gambar-gambar perkahwinannya menjadi viral di Facebook sehingga mendapat komen negatif daripada netizen yang mempersendakan perkahwinan pasangan itu.

“18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha,” tulis sebuah laman fan page di Facebook yang disertai dengan emoticon gelak ketawa.


Hilang sabar dengan apa yang dituliskan itu, Nur Nasirah, isteri kepada Ismail Lambak, tampil mempersoalkan tindakan laman berkenaan.

“Terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya. Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak.

“Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah buat saya jadi hotsuff sekejap.

“By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Hal orang sedap saja kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita, pandai pula nak melenting.

“Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin,“ katanya.

Menurut Nur Nasirah, dia sebelum ini ambil pendirian untuk berdiam diri, namun disebabkan gambar dia dan suaminya dijadikan bahan jenaka, menyebabkan hilang sabar lalu tampil menegur tindakan sesetengah pihak itu.

Gambar perkahwinan pasangan bahagia ini turut membuatkan selebriti dan pengacara terkenal, Faisal Ismail berkongsikan di ruangan Facebooknya sambil mengucapkan tahniah.

“Tahniah diucapkan kpd Pak Cik Ismail Lambak 62 yang kahwin dengan gadis comel 18 tahun… inilah dinamakan jodoh, jangan jeles-jeles..jadikan inspirasi.. eh?,” katanya di laman Facebooknya.-MYNEWSHUB.CC


PANAZZZ!! Inilah jawapan mengejutkan suami Raja Farah ketika isterinya difitnah mandul dulu sebelum kini akhirnya disahkan hamil anak sulung

0
0
"Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya," ujar Raja Farah, 27, yang pernah rasa bimbang pada perkahwinan terbarunya seandainya dia gagal memberi zuriat seperti perkahwinan yang terdahulu.

Untuk info, sebelum ini Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz pernah terpalit dengan tuduhan mandul selepas lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa zuriat bersama bekas suami.


"Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas – tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa. Itu sahaja," tambahnya yang disahkan hamil sebaik pulang mengerjakan umrah Disember lalu.

Mengenai ada yang meminta maaf kerana pernah menuduhnya macam-macam sebelum ini, bagi Farah perkara ini normal kerana semua orang membuat kesalahan. Bagaimanapun, pesannya perlulah berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain kerana ia ditakuti akan menimbulkan fitnah.

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang ahli perniagaan, Iskandar Ismail, 33, pada 6 September tahun lalu.



17 Foto terbaru Maream Esabel, anak perempuan Ally Iskandar dan Farah Lee

0
0
Lagi gambar-gambar terkini Maream Esabel, anak perempuan Ally Iskandar dan Farah Lee yang sangat comel.

Jom kita tengok ragam Maream ni!


















DUNIA AKHIR ZAMAN! Inilah 7 foto & VIDEO pejabat khas untuk lelaki menderma Sperma yang amat menjijikkan sekali...Kaum Hawa dilarang tengok sama sekali

0
0
Mari lihat bagaimana rupa Bilik Pendermaan Sperma yang pasti buat orang ramai mahu beratur untuk menderma Sperma masing-masing.




Have you ever wondered what the sperm donation room at a fertility clinic looks like? Well wonder no more! 


Magazines and towels



ALLAHUAKBAR! Wanita tua 76 tahun ini tinggal seorang diri bersama bau najlis tahi, namun dengan kuasa Allah S.W.T tiba-tiba satu keajaiban berlaku kepadanya, lihat 2 foto seterusnya

0
0
Sebaik sahaja pintu pondok usang itu dibuka, rongga hidung mula dipenuhi bau najis yang memenuhi kediaman pasangan warga emas yang kelihatan tidak terurus.

“Bang..oo..bang,” panggil wanita tua itu yang menyangka suaminya telah pulang.


Lebih menyayat hati apabila wanita tua yang dikenali sebagai Samini Subryono mengikut sijil nikahnya, tidak mengetahui suaminya Ahmad Jumadi sudah seminggu meninggal dunia.

Wanita berusia 76 tahun itu kelihatan sangat uzur, tidak mampu bergerak dan matanya rabun kronik menyukarkan untuk mengecam tetamu yang datang.

Menurut Timbalan Presiden Skuad Kasih Malaysia, Khairul Khuzaini Zamsani, dia telah menemui makcik tersebut pada Jumaat lalu selepas berjumpa dengan seorang pengusaha kolam pancing yang mengatakan ada seorang makcik terbiar menumpang di rumahnya.


“Saya ikut dan saya lihat makcik itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan dipenuhi najis dan sebagainya.

“Saya menelefon pasukan saya dan esoknya kami hadir, mandikan makcik itu dan bersihkan kawasannya.

“Kita telah hubungi pihak-pihak yang berkaitan memohon untuk membantu makcik ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sendiri,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di sini.

Kata Khairul, tiada ada sesiapa yang sanggup untuk menguruskan wanita itu kerana masalah bau najis tetapi tuan tanah tetap memberi makan dan menjaganya juga.

“Makcik ini juga diberi makan dalam keadaan ala kadar dan tidak ada yang hendak uruskan kerana masalah bau najis, tiada siapa yang sanggup,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat kesukaran daripada pihak tertentu untuk menguruskan warga emas itu kerana dia tidak mempunyai dokumen peribadi.

Menurut Khairul, hari ini pihaknya telah membuat keputusan untuk menghantar wanita tersebut ke sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas Insyirah di Bangi.

Jelasnya, ia bagi memudahkan pihaknya menyelenggara kerana masing-masing mempunyai komitmen lain.

“Kita ada hubungan dengan Lembaga Zakat Selangor dan mereka telah datang untuk buat tinjauan untuk salurkan sumbangan mana yang perlu.

“Belum ada sebarang keputusan setakat ini tetapi mereka akan bawa perkara ini ke ibu pejabat untuk diputuskan,” katanya.

Sementara itu, kata Khairul, jenazah suami wanita itu masih lagi berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang dan tidak dapat dikebumikan meskipun sudah tujuh hari meninggal dunia disebabkan tidak mempunyai identiti pengenalan diri yang sah.


“Suami makcik sudah meninggal dan pihak hospital tidak membenarkan jenazah itu dibawa keluar sehingga hari ini kecuali mempunyai dokumen atau ada waris menuntut.

“Kita sedia maklum waris tiada di sini, mereka hanya tinggal berdua,” ujarnya.

p/s: Tak tahu lah apa cerita makcik ni sekarang


Masih ingat wajah lelaki ini yang didakwa membunuh penuntut UiTM Nor Syuhada Johari pada Februari tahun lalu, inilah cerita terbarunya setelah 13 bulan berlalu

0
0
Tukang masak berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nor Syuhada Johari, 20, pada 2 Februari lalu.

Syarafi Abu membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan.

Dia dituduh melakukan jenayah itu di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, pada 11.55 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Mac dan 17 dan 18 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karem dan Mohd Amril Johari, manakala Syarafi diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Terdahulu dalam kejadian itu, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh lelaki berkenaan ketika kedua-dua mereka menaiki kereta menghala ke selatan pada hari kejadian.

Sumber: Harian Metro


Dulunya artis bollywood Aishwarya Rai pernah memenangi gelaran Miss World 1994, namun setelah 21 tahun berlalu inilah 7 foto bentuk tubuh terbarunya

0
0
Selepas lima tahun ‘menyepi’ daripada dunia lakonan di India secara sepenuh masa, bintang wanita terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, kembali semula ke layar perak, lapor media tempatan di sini pada Khamis.

Aktres jelita berusia 41 tahun itu kali terakhir berlakon pada 2010 menerusi filem romantik ‘Guzaarish‘ menjadi jururawat dan sebagai heroin kepada aktor kacak Hrithik Roshan beraksi sebagai bekas ahli silap mata yang lumpuh badan.

Kali ini Miss World Pageant pada 1994 itu kembali untuk menjayakan sebuah filem seram, ‘Jazbaa‘ yang diadaptasikan daripada filem seram popular Korea Selatan, ‘Seven Days‘ bersama pelakon lain seperti Irrfan Khan, Shabana Azmi dan Anupam Kher.

Pengarah filem Hindi tersebut, Sanjay Gupta memuat naikkan gambar Aishwarya Rai, ke laman sosial Twitternya semasa penggambaran filem tersebut sambil menulis: “Aishwarya kini kembali dan sedang menjalani penggambaran Jazbaa“.


‘Jazbaa’ menampilkan watak utama Aishwarya Rai sebagai peguam mengendalikan kes misteri melibatkan seorang anggota polis digantung kerja lakonan Irrfan Khan dan ia juga bakal ditayangkan pada festival filem berprestij Cannes di Perancis.

Aishwarya Rai yang berkahwin dengan aktor Abhishek Bachchan sejak 2007; kemudian dilaporkan lebih menumpukan kepada urusan keluarganya setelah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaradhya Bachchan pada 2011.

Biarpun sibuk dengan hal keluarga, beliau yang pernah dinobatkan sebagai antara wanita tercantik di dunia oleh banyak majalah ternama Barat seperti Maxim, Peopledan Harper’s, malah turut diiktiraf aktif dalam pelbagai organisasi antarabangsa.

Antaranya duta muhibah Pertubuhan Bangsa Bersatu dan menerima pingat kebesaran kedua tertinggi Perancis pada 2012 selain model produk jenama ikon seperti Lux, Coca-Cola, Pepsi, L’Oreal, Casio, Palmolive, Philips, Titan dan Fuji Film.













3 Gambar saat bahagia Jihan Muse dan Ungku Hariz

0
0
Gambar menarik saat bahagia Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz yang dirakamkan secara eksklusif oleh CST Production untuk kenangan mereka.

Untuk makluman, pasangan ini sekali lagi akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan pada 27 Mac ini di Shah Alam.

Jadi khas untuk peminat Jihan dan Ungku Hariz, kami paparkan gambar-gambar saat bahagia mereka itu untuk tatapan bersama. Selamat pengantin baru..!


cstproductionJihan: Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang paling bahagia?

Ungku Hariz: Rumah saya dekat kampung.
Jihan: Salah... Jawapannya, rumah tangga kita la....



Dulunya gadis berhijab ini sering dihina kerana tidak cantik dan kelihatan selekeh, namun setelah membesar jadi dewasa inilah 6 foto terbarunya pada usia 22 yang amat cantik mengalahkan bidadari hingga ribuan lelaki berebut memperisterikannya

0
0
Dulunya gadis berhijab ini sering dihina kerana tidak cantik dan kelihatan selekeh, namun setelah membesar jadi dewasa inilah 6 foto terbarunya pada usia 22 yang amat cantik mengalahkan bidadari hingga ribuan lelaki berebut memperisterikannya.

Pernahkan anda melihat perempuan yang kelihatan selekeh pada suatu masa dahulu semasa zaman kanak-kanak dan awal remaja tiba-tiba berubah menjadi sangat cantik apabila sudah dewasa?

Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan sebab biasalah, dulu waktu kecil-kecil, tidak ramai yang pentingkan kecantikan diri mereka ataupun tidak ambil kisah sangat.

Wanita dibawah ialah salah satu contoh terbaik di mana dulunya kelihatan selekeh dan seperti tidak pandai bergaya boleh menjadi sangat cantik apabila sudah dewasa dan pandai bergaya.









Sumber: Redkami

Punca Yatt Hamzah terlibat kemalangan mengerikan

0
0
Malang tak berbau!

Itulah yang boleh diungkapkan buat Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, apabila dia terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Karak sekitar jam 7 malam semalam.

Kereta jenis Kia Optima K5 yang dipandu oleh Yatt telah mengalami kerosakan teruk.

Yatt bersama adik ipar dan pembantu peribadinya yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Saya bersama adik ipar dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim.

"Kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak apabila secara tiba-tiba tayar kereta saya pecah dan saya hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali dan kemudian melanggar pembahagi jalan," ujar Yatt dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Yatt berkata, dia sudah melaporkan mengenai kemalangan tersebut di Balai Polis Karak.

"Alhamdulillah saya dan yang lain selamat. Namun saya masih lagi terkejut dan trauma dengan kejadian itu," jelasnya.

GEMPAR!! Rupa-Rupanya Ini PENGAKUAN SEBENAR Murid Yang Dipaksa Potong Lidah Sendiri

0
0
KLANG – Dalam satu kejadian buli yang disifatkan paling tragis pernah berlaku, seorang murid tahun dua, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, dipaksa memotong lidahnya sendiri di sebuah sekolah rendah di sini.

Dia mendakwa dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama ketika waktu rehat.

Menurut Muhammad Alif Shukran, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.45 petang Khamis lalu semasa dia ke tandas berseorangan.

Ketika hendak keluar dari tandas, dia ditahan oleh murid-murid tersebut yang memaksanya menggunting lidah sendiri.

‘‘Saya terpaksa mengikut arahan mereka kerana takut ditumbuk,’’ katanya ketika ditemui di rumah­nya di Bukit Tinggi di sini hari ini.


Dalam keadaan berlumuran darah dan menangis kerana kesakitan, Muhammad Alif Shukran kembali ke kelas manakala kesemua murid berkenaan melarikan diri.

Bagaimanapun, jelasnya, dia tidak dapat mengecam murid yang memaksanya melakukan perbuat­an tersebut kerana kesemua mereka memakai topeng kertas.

Muhammad Alif Shukran mendakwa, dia sebelum ini sering­ dibuli termasuk ditumbuk oleh murid-murid lain.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata, dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 6 petang sebelum bergegas ke sekolah.

Dia kemudiannya menghantar Muhammad Alif Shukran mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Katanya, akibat kejadian itu, lidah anaknya putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan.

“Doktor bagaimanapun mengesahkan ia tidak memberi kesan apa-apa kerana hanya sebahagian kecil yang terpotong tetapi bahagian yang terpotong itu tidak akan tumbuh semula.

“Keadaan anak saya kini juga telah stabil dan dia tidak takut ke sekolah. Dia hanya boleh makan makanan yang lembut dan minum menggunakan penyedut,” jelasnya.

Siti Nurhuda mendakwa, sebelum ini dia telah memaklumkan kepada pihak sekolah yang anaknya sering dibuli, tetapi tiada tindakan diambil sehinggalah kejadian ini berlaku.

‘‘Sebelum ini, saya pernah ke sekolah dan berjumpa beberapa murid yang membuli anak saya selepas mendapati mata anak saya lebam,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti murid yang terlibat serta punca kejadian.

Viewing all 4594 articles
Browse latest View live