Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Video gol Selangor vs Kelantan 15 Februari 2013

$
0
0

Video gol Selangor vs Kelantan 15 Februari 2013 - Semalam telah berlangsung perlawanan hebat di antara Selangor menentang Kelantan. Kemenangan memihak kepada Selangor yang nyata memanfaatkan bermain di tempat sendiri, Stadium Shah Alam dengan menewaskan Kelantan 2-0. Kedua-dua gol Selangor dijaringkan oleh Francis Doe pada minit ke-13 dan Ramez Dayoub minit ke-26. Jom tonton video penuh bagaimana kedua-dua gol Selangor dihasilkan.

Video gol Selangor vs Kelantan 15 Februari 2013




Pelakon terkenal, Kuswadinata disahkan meninggal dunia

$
0
0

Pelakon terkenal, Kuswadinata disahkan meninggal dunia - Ini berita tergempar terkini bagi industri hiburan negara apabila pelakon terkenal tanah air, Kuswadinata telah disahkan meninggal dunia oleh Liza Abdullah melalui laman Twitternya sekitar jam 4.00 petang tadi di Hospital Ampang.


Sebagai info, Allahyarham Kuswadinata telah menderita penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak empat tahun lalu. Pada 7 Oktober tahun lalu dia pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau.


Live Streaming Johor Darul Takzim FC vs T-Team 16 Februari 2013

$
0
0

Live Streaming Johor Darul Takzim FC vs T-Team 16 Februari 2013 - Perlawanan tumpuan malam ini ialah pertembungan menarik di antara Johor Darul Takzim FC menentang T-Team pada jam 8.45 malam nanti di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Jangan lupa saksikan siaran langsung di TV1 atau di sini.

Live Streaming Johor Darul Takzim FC vs T-Team 16 Februari 2013



Keputusan terkini Johor Darul Takzim vs T-Team 16 Februari 2013

$
0
0

Keputusan terkini Johor Darul Takzim vs T-Team 16 Februari 2013 - Perlawanan tumpuan di antara Johor Darul Takzim dan T-Team sedang berlangsung ketika ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.  Berikut ialah keputusan terkini pertembungan dua gergasi ini. Ianya akan diupdate dari masa ke semasa sehingga perlawanan tamat.


Liga Super 2013
 Johor Darul Takzim vs T-Team 
Stadium Tan Sri Hassan Yunos
16 Februari 2013 (8.45 PM)
Keputusan Terkini : 1 - 0
Penjaring : Daniel Guiza (32') - Full


Video gol Johor Darul Takzim vs T-Team 16 Februari 2013

$
0
0

Video gol Johor Darul Takzim vs T-Team 16 Februari 2013 - Sebentar tadi telah berlangsung perlawanan hebat di antara Johor Darul Takzim menentang T-Team. Kemenangan memihak kepada Johor Darul Takzim yang nyata memanfaatkan bermain di tempat sendiri, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dengan menewaskan pasukan bimbingan Peter James Butler, T-Team, 1-0. Gol tunggal dan kemenangan Johor Darul Takzim dijaringkan oleh Daniel Guiza pada minit ke-32. Jom tonton video penuh bagaimana gol kemenangan Johor Darul Takzim dihasilkan.

Video gol Johor Darul Takzim vs T-Team 16 Februari 2013



Rupanya Kereta McLaren MP4-12C bernilai RM3.6 juta - Apa kata Rosyam Nor

$
0
0

Rupanya Kereta McLaren MP4-12C bernilai RM3.6 juta - Pelakon dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor semalam menafikan dakwaan kononnya beliau membeli sebuah kereta mewah berjenama McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta di negara ini.

Rosyam, 46, ketika dihubungi memberitahu, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.

"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya," tegas pelakon filem Castello itu.


Menurut beliau, meskipun syarikat penerbitan miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. telah banyak menerbitkan drama dan filem tempatan, namun dia menyifatkan kejayaan tersebut belum cukup untuk membolehkan dirinya membeli kereta mewah seperti itu.

"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan drama-drama tempatan,"
katanya.


Semalam, sebuah blog hiburan tempatan melaporkan bahawa Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin telah membeli sebuah kereta McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta.

Turut dimuatkan dalam blog tersebut ialah sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang berada di pekarangan sebuah rumah sambil melihat ke arah kereta McLaren yang berwarna hitam itu.

Dalam perkembangan yang lain, Rosyam memberitahu, bahawa dia akan terbang ke Bangkok, Thailand pada minggu hadapan bagi menyiapkan proses terakhir pembikinan filem terbaharu terbitan Suhan Movies iaitu Balistik yang diarahkan oleh Silver.


"Selepas kejayaan filem Castello pada 2006, kini saya kembali di layar perak untuk filem ala gangster yang kedua terbitan Suhan Movies.

"Selain itu, sebuah lagi filem terbitan Suhan Movies berjudul Isyarat Cinta sedang giat disiapkan dan ia diarah oleh pengarah KL Menjerit, Bade Azmi,"
ujarnya.

Filem pertama terbitan syarikatnya, Castello yang ditayangkan pada tahun 2006 berjaya mencatat kutipan mencecah RM1.56 juta.

Anak kelahiran Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur itu juga telah memenangi pelbagai anugerah dalam dunia lakonan. - Kosmo


Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8

$
0
0

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8 - Rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia telah bersiaran semalam bagi episod ke-8 melalui saluran Astro Ria (104) dan Astro Mustika (134). Seperti biasa, terdapat dua cabaran yang akan dilalui oleh setiap peserta. Dalam cabaran pertama yang melibatkan ketinggian, kumpulan Elfira dan Ajak Shiro memenanginya selepas mencatat masa terpantas.


Kumpulan kedua terpantas pula ialah Arja dan Alam Wakaka. Ini bermakna kumpulan Elfira/Ajak Shiro dan Arja/Alam Wakaka layak secara automatik untuk mendapat hadiah imuniti di cabaran seterusnya.


Bagi cabaran kedua, kumpulan Hefny dan Hafizul berjaya mendapat masa terpantas dan seterusnya dinobatkan juara keseluruhan Fear Factor Selebriti Malaysia minggu ini. Mereka membawa hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.


Agak malang bagi kumpulan Ezlynn dan Nik Michael kerana mereka terpaksa pulang awal selepas tersingkir semalam. Ezlynn dan Nik Michael mencatat masa yang paling lama. Penyingkiran kumpulan Ezlynn dan Nik Michael menjadikan jumlah baki kumpulan yang akan meneruskan cabaran bagi minggu seterusnya ialah lapan kumpulan.


Gambar Tiz Zaqyah pakai gaun lutsinar 90%

$
0
0

Gambar Tiz Zaqyah pakai gaun lutsinar 90% - Inilah beberapa gambar seksi pelakon terkenal Tiz Zaqyah yang hanya memakai gaun paras dada. Baju berkenaan kelihatan lutsinar 90 peratus, menampakkan keseksian beliau yang menggamit naluri hati. Cantik dan cun giler Tiz Zaqyah. Pakaian ini dikenakannya ketika Anugerah Skrin 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.









(8 Gambar) Super Hot Emma Maembong pakai baju biru

$
0
0

Gambar Super Hot Emma Maembong pakai baju biru - Jom layan beberapa gambar super seksi pelakon sedang meningkat naik, Emma Maembong yang hanya memakai baju biru berpadankan seluar hitam. Semua gambar di bawah diambil ketika beliau menyertai Program Amazing Race anjuran Majalah Mangga. Walaupun Emma hanya berpakaian santai namun kecantikannya tetap terserlah dan menggamit hati naluri. Siapa tak terpikat, tak gitu? - Rotikaya









Gambar Anuar Zain cium Nora Danish ketika Konsert 3 Dekad

$
0
0

Gambar Anuar Zain cium Nora Danish ketika Konsert 3 Dekad - Berita panas dan tergempar hari ini ialah berkenaan tindakan penyanyi lagenda, Anuar Zain yang mencium jari-jemari Nora Danish ketika Konsert 3D beliau yang berlangsung semalam. Difahamkan, seramai 6,000 orang telah menghadiri Konsert 3D Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil.


Babak yang paling membuat peminat dan penonton histeria dengan persembahan Anuar Zain ialah ketika kemunculan artis comel, Nora Danish secara tiba-tiba. Anuar Zain yang sedang menyanyikan lagu Ajari Aku bertindak menarik tangan Nora Danish sebelum menciumnya dengan lembut dan romantik. Persoalannya, ada mereka berdua memang sedang hangat bercinta? Jom tengok lagi tiga gambar Anuar Zain dengan romantiknya mencium tangan Nora danish.




Video Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8

$
0
0

Video Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8 - Semalam (16 Februari 2013) telah berlangsung rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia bagi Episod ke-8 di saluran Astro Ria (104) dan Astro Mustika HD (134). Kalau korang belum menonton video penuh Fear Factor Selebriti Malaysia episod 8, korang boleh layan video yang disediakan di bawah.


Untuk info, peserta yang dinobatkan juara minggu ini ialah kumpulan Hefny dan Hafizul, manakala yang tersingkir ialah kumpulan Ezlynn dan Nik Michael. Penyingkiran kumpulan Ezlynn dan Nik Michael menjadikan jumlah baki kumpulan yang akan meneruskan cabaran bagi minggu seterusnya ialah lapan kumpulan.

Video Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8




(4 Gambar) Santai Nelydia Senrose yang berbaju biru dan seluar hitam ketat di bawah pokok

$
0
0

Gambar terkini Nelydia Senrose - Pelakon Nelydia Senrose yang sinonim dengan watak Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa, menyatakan bahawa dia akan berhenti berlakon dan kembali fokus kepada pelajarannya selepas sebulan lebih menghabiskan masa di lokasi penggambaran.
“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana drama tersebut diterima ramai dan saya menganggap bahawa itu merupakan salah satu bonus bagi saya untuk terus bekerja dan mengembangkan lagi bakat yang saya ada dalam dunia lakonan” 
“Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya”
“Lebih kurang setahun lagi jangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara,” kata Nelydia Senrose ketika ditemui.
Bagaimanapun, menurut Nelydia Senrose, beliau tidak berhasrat untuk berhenti dari dunia lakonan selama-lamanya, cuma mahu memberikan tumpuan kepada pelajarannya yang masih berbaki setahun lagi sehingga tamat. Jom layan beberapa gambar santai Nelydia Senrose yang berbaju biru dan seluar hitam ketat di bawah sepohon pokok






Susulan kes pencerobohan Askar Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah

$
0
0

Susulan kes pencerobohan Askar Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah - Kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini telah bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan untuk bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.

Beliau yang enggan mendedahkan nama personaliti berkenaan bagaimanapun memberitahu bahawa Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini.

“Ya tetapi tidak tahu bila. Tidak perlu saya kata lagi kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini, semalam. - Kosmo



Gambar romantik Lisa Surihani peluk Yusri, suaminya

$
0
0

Gambar romantik Lisa Surihani peluk Yusri, suaminya - Wow, romantik sungguh pasangan popular, Lisa Surihani dan Yusri. Lisa Surihani dilihat memeluk dengan erat Yusri ketika mereka sedang bergambar di sebuah bangunan pejabat. Lisa Surihani dan Yusri nampaknya kelihatan begitu bahagia dan mesra. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.



Gambar Zarema Zainal, kekasih baru Aidil Zaquan

$
0
0

Gambar Zarema Zainal, kekasih baru Aidil Zaquan - Nama Zarema Zainal menjadi popular semalam selepas dia telah dikaitkan sedang hangat bercinta dengan suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini iaitu Aidil Zaquan. Menurut Rita, Aidil telah merancang untuk menceraikannya pada 25 Februari ini dan bakal berkahwin dengan Zarema Zainal pada bulan Julai 2013. Jom tengok dua lagi gambar Zarema Zainal yang memang sedang hangat dalam radar carian blogger gosip.





(10 Gambar) Banjir teruk di Puchong, Selangor 18 Februari 2013

$
0
0

Gambar banjir teruk di Puchong, Selangor 18 Februari 2013 - Nampaknya, bencana banjir kilat yang sebelum ini berlaku di Kelantan, Pahang dan Terengganu telah menyerang negeri Selangor selepas hujan lebat berterusan, tanpa henti. Kejadian banjir kilat berkenaan berpunca daripada kegagalan Majlis Perbandaran Sepang untuk membersihkan sampah yang terkumpul di dalam longkang.


Ekoran daripada itu, beberapa kawasan di Selangor telah dinaiki air seperti Kg Tengah dan Kg Kenangan di Puchong, serta Kg Baru Hicom dan Desa Kemuning di sempadan Shah Alam dan Klang. Berikut ialah beberapa gambar banjir teruk yang telah di capture oleh rakan-rakan Facebook di sekitar Bandar Puchong.










(6 Gambar) Aksi Erin Malek melentur badan di bilik tidur

$
0
0

Gambar aksi Erin Malek melentur badan di bilik tidur - Menerusi laman Instagram, Erin telah memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang melenturkan badan ke arah atas secara membelakang dari bawah lantai. Memang kagum sangat dengan pelakon yang semakin popular ini. Rupanya Erin mempunyai kebolehan lain yang tidak dimiliki oleh kebanyakan artis wanita tempatan. Jom layan lima lagi gambar comel Erin Malek.







Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami - Askar Kesultanan Sulu

$
0
0

Kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah - Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)

"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila.

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina.

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian.

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana.

"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah," katanya kepada AFP.

Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.

"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka'.

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan. - mStar


Nama Kad Pengenalan yang tak boleh blah - KONEK BIN ABU SEMAN

$
0
0
Nama Kad pengenalan yang tak boleh blah - Inilah dua nama dalam Kad Pengenalan yang tak boleh blah langsung dan amat melucukan.



Gambar kekasih baru Nelydia Senrose, Qi Razali

$
0
0

Gambar kekasih baru Nelydia Senrose, Qi Razali - Nelydia Senrose yang terkenal melalui drama setia hujung nyawa dikatakan sedang rapat dengan seorang jejaka dikenali Qi Razali. Walaupun, hubungan mereka belum ke tahap bercinta namun pengakuan Qi Razali melalui Utusan Malaysia semalam cukup menjelaskan bahawa mereka berdua memang ke arah alam percintaan.
"Memang saya selesa dengannya, rasanya tidak ada masalah untuk saya bersama dengan orang yang saya selesa. Jangan terlalu cepat membuat andaian, kami sudah kenal lama dan buat masa ini kami masih sedang mengenali. Saya mahu ia berjalan dalam proses yang betul, biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa."






Viewing all 4594 articles
Browse latest View live