Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Sembunyi pengganas Sulu di Tanduo, Koperal Hassan Ali Basari dipenjara 7 tahun

$
0
0

Koperal Hassan Ali Basari dipenjara 7 tahun kes Tanduo - Seorang anggota polis berpangkat koperal berdepan hukuman penjara tujuh tahun atas perintah Mahkamah Tinggi semalam selepas didapati bersalah menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari lalu.

Menurut laporan Kosmo, keputusan itu dibuat oleh Hakim P. Ravinthran ke atas Koperal Hassan Ali Basari selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam perkembangan sama, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan agar tertuduh yang berusia 61 tahun itu menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditahan iaitu pada 3 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, Hassan yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan berasal dari Semporna, Sabah didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Ketua Cawangan Khas IPD berkenaan antara Januari hingga 3 Mac 2013.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Trending Articles