Empat rumah hangus terbakar di Alor Gajah, Melaka - Hanya sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, nasib malang menimpa tiga keluarga di Kampung Gangsa selepas rumah mereka hangus terbakar sekitar pagi tadi.
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 10.45 pagi itu membabitkan empat buah rumah dengan dua rumah sewa hangus dijilat api manakala dua lagi rosak di bahagian bumbung dan dapur.
Seorang mangsa Amir Abu Hassan, 27, berkata ketika kejadian, dia bersama isterinya Norita Md Rasul, 27, berada di rumah ibunya yang terletak bersebelahan dengan rumah sewanya itu sebelum dia melihat asap tebal.
"Saya sedang menggoreng ayam bersama ahli keluarga lain di luar bahagian dapur rumah sebelum terlihat asap tebal. Saya kemudian meninjau apa yang berlaku dan melihat api sedang marak di rumah saya."
Menurut Amir, segala kelengkapan bagi menyambut hari raya musnah termasuk wang tunai berjumlah RM500 yang disimpan di almari untuk membeli barangan kelengkapan menyambut kelahiran anak sulungnya pada November ini.
Katanya lagi, api turut menyambar rumah ibunya, Kamsiah Ali, 54, sehingga menyebabkan kerosakan teruk di bahagian bumbung ruang tamu.
Selain Amir, seorang lagi mangsa, Anuar Ahmad, 41, turut mengalami nasib sama apabila rumah yang disewanya hangus terbakar menjadi abu dalam sekelip mata.
"Segala persiapan Aidilfitri saya musnah. Rumah yang disewa sejak empat tahun lepas juga menjadi abu."
Sebuah lagi rumah berdekatan milik Razak Abdullah, 40, turut mengalami kerosakan di bahagian dapur, lapor Utusan Malaysia.
Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba Penyelamat Ayer Keroh, Hairul Nizam Ridhuan berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.51 pagi dan tiba di lokasi pada 11.06 pagi dengan dua jentera dari Ayer Keroh dan Bukit Katil bersama 10 anggota termasuk seorang pegawai.
"Bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira 10 minit kemudian sebelum api dipadam sepenuhnya pada 11.38 pagi, bagaimanapun punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan."