Respon Zed Zaidi isu gelaran presiden Seniman ditarik balik - Umum mengetahui, barisan tertinggi kepimpinan Seniman Malaysia telah terbatal dan tidak sah di Mahkamah semalam selepas didapati melakukan penyelewangan dan menggunakan persatuan tersebut untuk kepentingan diri sendiri.
Dengan itu, bekas presidennya Zed Zaidi atau Rozaidi Abdul Jamil, 33, diberi amaran agar tidak menjalankan apa-apa kegiatan di pejabat persatuan tersebut dan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa baru perlu diadakan semula.
Zed Zaidi yang dihubungi mStar online bagi mendapatkan respon berhubung pembatalan jawatannya sebagai presiden, bagaimanapun bekas pelakon itu menolak untuk memberikan sebarang komen lanjut.
"Buat masa ini saya tidak boleh ulas mengenai keputusan itu dan saya akan memaklumkan kepada pihak media selepas satu mesyuarat yang akan kami jalankan. Buat masa ini semua aktiviti persatuan Seniman dikendalikan oleh Setiausaha Kerja yang bekerja dengan persatuan."