Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Gambar sekitar pembunuhan tiga beradik di Langgar, Kedah

$
0
0

Gambar sekitar pembunuhan tiga beradik di Langgar, Kedah - Misteri kehilangan tiga adik-beradik iaitu Noor Syafikah Nadia, 14, Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, sejak Sabtu lalu, 29 November 2013, kini terjawab selepas penemuan ketiga-tiga mayat mereka di kawasan yang berasingan dalam keadaan menyayat hati dan separuh bogel.

Jom daftar percuma di SMART POINTS untuk kumpul points anda dan TEBUS dengan barangan Laptop, Camera, Smart Phone, LCD dan banyak lagi.

Berita ini disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya melalui sidang media petang tadi. Menurutnya, seorang remaja perempuan yang ditemui orang awam kira-kira 3.45 petang Sabtu berada dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung sebelum anggota polis bergegas ke tempat kejadian.

Manakala dua lagi mayat lain yang turut meninggal dunia telah ditemui oleh beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad. Siasatan awal pihak polis mengklasifikasikan kejadian ketiga-tiga mangsa sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan di setiap sudut.

Di bawah ini ialah beberapa keping gambar sekitar pembunuhan tiga adik-beradik di Langgar, Kedah. Admin harap sangat individu yang melakukan perbuatan sekejam ini dapat ditangkap secepat mungkin dan dibawa ke pusat pengadilan untuk hukuman bunuh. Sedih pula hati admin melihat ketiga-tiga mangsa diperlakukan sedemkian rupa tanpa perikemanusiaan.











Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594