Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Erma Fatima langgar undang-undang bayar saman guna duit syiling 5 sen

$
0
0

Erma Fatima langgar undang-undang bayar saman Rebecca - Kontroversi Erma Fatima membuat pembayaran saman berjumlah RM11,200 kepada Rebecca Nur Al-Islam dalam bentuk duit syiling 5 sen terus menjadi bahan bualan hangat peminat sepanjang minggu ini.

Ini kerana pembayaran itu turut disertakan dengan senaskah al-Quran dan sekeping surat layang berbaur sindiran. Meskipun begitu, pelakon seksi Rebecca enggan menerima wang yang dibayar kerana tindakan itu menyalahi undang-undang.

"Rebecca tidak menerima wang tersebut kerana berdasarkan nasihat peguamnya, wang syiling tidak seharusnya melebihi RM30 dan ini sudah dikira melanggar undang-undang."

"Tindakan sedemikian juga melihatkan bahawa Erma tidak berpuas hati dengan Rebecca walaupun mahkamah telah membuat keputusan berhubung perkara ini."



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594