Mereka dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta dua bentuk cincin. Pihak perempuan menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang daripada pihak perempuan.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Farawahida dan Abdul Shukur yang berlangsung cukup meriah. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada sebelah malam selepas solat maghrib juga di Taiping dan akan mengambil tema Glamour Extravaganza.