Gambar pelakon Azean Irdawaty meninggal dunia - Industri hiburan tempatan kehilangan seorang lagi permata berharga apabila pelakon veteran, Azean Irdawaty baru sahaja disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8.26 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
INFO : Gempar !! Teknik pengiklanan paling teruk di Malaysia
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Editor bersekutu Berita Harian, Hanizam Abdullah melalui akaun Twitter miliknya yang dipaparkan di bawah.
Sekitar jam 8.00 malam tadi, Berita harian melaporkan bahawa Azean Irdawaty telah dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat. Takziah admin ucapkan kepada keluarga Allahyarham yang pastinya sedang bersedih ketika ini.