Nurul AF2 menang kes saman TV3 berjumlah RM250,000 - Ekoran fitnah yang dilemparkan oleh TV3 berhubung status perkahwinannya dengan suami, Mohd Munzil Muhamad, Nurul telah menfailkan saman malu pada 26 September 2011.
INFO : Aksi kanak-kanak yang terlampau
Pada hari ini, 20 Disember 2013, kes saman itu telah diputuskan yang memihak kepada bekas peserta Akademi Fantasia dan Mahkamah Tinggi memerintahkan TV3 dan empat defenden lain membayar ganti rugi berjumlah RM250,000.
Hakim Datuk Nor Bee turut memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu selaku plaintif pertama dan kedua.
Untuk pengetahuan, TV3 menerusi program hiburan Melodi pada 26 Jun 2011 telah menyiarkan gosip liar yang mendakwa status perkahwinan Nurul AF dan Mohd Munzil Muhamad tidak sah di sisi undang-undang.