Bagaimanapun, tanpa berselindung, bekas kekasih Shah Jaszle itu dalam diam mengakui tetap mendambakan sokongan dari insan yang bergelar lelaki memandangkan beliau masih belum mempunyai kekasih.
“Cinta lalu banyak memberi pengajaran. Ketika itu saya masih mentah. Tetapi saya tak nafikan perlukan cinta sebagai sokongan.”
“Tetapi kebanyakannya tak bertahan lama kerana tak mampu bertolak ansur dengan jadual kerja saya. Saya lebih suka lelaki yang lebih dominan daripada saya, bukan sebaliknya.”
Dalam pada itu, Miera sedang berdebar menantikan reaksi penonton untuk tiga filem terbarunya, Dendam Orang Mati, Apokalips dan Rentaz yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.