Pelakon Yana Samsudin pula tweet sayur kangkung - Nampaknya, pelakon Yana Samsudin juga berminat bertanya soalan kepada peminat tentang sayur kangkung di Facebook. Sebelum ini, Zizan Razak dan Ally Iskandar dikatakan ada mengeluarkan kenyataan tentang kangkung tetapi disahkan hanya akaun palsu milik orang lain.
Berbeza pula kenyataan berbentuk soalan dari Yana Samsudin di bawah, jelas akaun Facebook ini memang milik beliau dan bukan akaun palsu. Tiada yang salah dengan kenyataan Yana Samsudin cuma agak menarik untuk dikongsikan kerana jumlah likes yang diterima mencapai 50 ribu hanya dalam tempoh sehari.