Tyas Mirasih berang dilabel pelakon lucah - Bekas kekasih Keith Foo, Tyas Mirasih meluahkan perasaan kesalnya hari ini apabila sering dilabel peminat sebagai pelakon lucah. Ini berikutan keberaniannya beraksi panas di layar lebar, selain kerap bertukar-tukar teman lelaki.
Tyas Mirasih atau nama sebenarnya Mirasih Tyas Endah, 26, menegaskan tidak mahu lagi dianggap sebagai pelakon lucah dan meminta masyarakat membuang segala tanggapan negatif terhadap dirinya.