Respon Zizan Razak isu bercium dengan Emma Maembong - Penyebaran kontroversi membabitkan pelawak Zizan Razak dan Emma Maembong baru-baru ini mengundang kejutan kepada ramai peminatnya di laman sosial.
Pasangan ini didakwa bercumbuan di kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Zizan Razak yang ditemui media hari ini menolak untuk memberikan ulasan berhubung kontroversi yang tersebar itu. Katanya, dia masih belum membaca laporan mengenai perkara itu dan akan memberikan ulasan selepas mengetahui cerita sebenar.
"Maaf, saya baharu sampai pukul enam pagi tadi dan tidak tahu cerita sebenar dan tidak boleh komen buat masa ini. Apabila sudah mengetahui situasi sebenar nanti saya akan komen."