Gambar wajah dan senarai penuh 12 krew pesawat MH370 - Misteri kehilangan pesawat MH370 pada Sabtu lalu terus menjadi tanda tanya. Meskipun sudah memasuki hari ketiga dan turut mendapat bantuan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Singapura namun pesawat MAS itu masih gagal dikesan kedudukannya.
Jelas, kejadian tidak diduga ini meresahkan ahli keluarga setiap penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat terbabit. Malah, negara China melahirkan kekecewaan mereka kerana tidak mendapat liputan perkembangan terkini dari kerajaan Malaysia.
Pastinya, orang ramai turut ingin mengetahui senarai penuh anak kapal yang ditugaskan untuk mengurus dan mengendalikan pesawat terbabit. Di sini, penulis sertakan sekeping gambar wajah setiap krew MH370 termasuk nama penuh mereka.