Gambar wajah Asmidar yang dikatakan disuntik untuk kelihatan cantik - Sejak akhir-akhir ini, Asmidar kelihatan semakin cantik berseri. Ada dakwaan mengatakan dia meyuntik wajahnya untuk kelihatan lebih cantik. Apakah benar dakwaan ini atau fitnah semata-mata? Jom ikuti apa kata Asmidar pula.
Menurut Asmidar - Sebagai seorang yang datang dari program yang mempertaruhkan bakat bukan rupa tidak bermakna saya boleh mengabaikan penampilan saya. Saya akui tekanannya tetap ada. Saya hanya mahu nampak presentable setiap kali tampil di khalayak, tetapi saya tak suntik wajah atau ambil apa-apa pil. Mungkin sebab saya dah jumpa produk yang sesuai. Saya dah pakai sebulan lebih produk ni. Lagipun saya nak hidup dengan sihat. Saya hanya amalkan pemakanan juga gaya hidup yang sihat. Saya jogging untuk tingkatkan stamina, seminggu dalam empat kali. Kadang-kadang tu saya kalau sibuk sangat, saya hanya buat senaman di rumah dengan tengok video senaman di YouTube. Saya ada juga amalkan diet iaitu mengurangkan pengambilan nasi sejak Julai lalu.
Selain penjagaan wajah dan badan, Asmidar juga memberitahu dia kini dalam proses belajar berfesyen. Bertuah, kerana penyanyi ini merupakan anak saudara kepada jurusolek profesional, Tia Zainal. Lantas sedikit sebanyak Asmidar mengambil peluang belajar cara-cara menyolek dan berfesyen dengan bapa saudaranya itu. - Budiey