Yuna jadi artis pertama Asia bernaung di bawah Verve Music Group, syarikat terunggul di dunia - Di sebalik penarikan diri Yuna dalam Anugerah Juara Lagu 27 yang bakal berlangsung malam ini, ada sesuatu yang sebenarnya lebih membanggakan kita. Menurut sumber dari budak-technician, Yuna difahamkan telah sah bernaung di bawah Verve Music Group iaitu salah satu syarikat paling unggul di dunia dalam muzik jazz dengan pengerusinya ialah David Foster.
Wow, makin hebat Yuna sekarang ye. Nampaknya keputusannya untuk menarik diri dari Anugerah Juara Lagu 27 memang sangat berpatutan. Untuk informasi korang, David Foster ialah pemenang Anugerah Grammy Amerika Syarikat beberapa kali. Penyertaan Yuna di bawah Verve Music Group disahkan sendiri oleh David Foster melalui twitternya. Tahniah kepada Yuna dan jangan lupa diri kalau dah popular di serata dunia. Harumkan nama negara.