Ribut Sunamo diramal menyerang Bandar Sarawak - Seperti yang korang sedia maklum, berdasarkan ramalan beberapa hari lepas, Ribut Sunamo dijangka bakal menyerang Selatan Thai, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Namun, arah serangan Ribut Sunamo itu telah bertukar menuju ke Perairan Sumatera. Setakat jam 5.30 petang tadi (8 Januari 2013), arah pergerakan Ribut Sunamo berubah lagi dan kali ini dijangka akan menyerang Bandar Sibu, Sarawak. Korang boleh tengok Imej satelit yang dipaparkan di bawah.
Nampaknya, Negeri Sarawak harus berjaga-jaga kerana bahaya bakal menimpa jika arah pergerakan Ribut Sunamo tidak berubah. Selain Sarawak, Brunei dan Sabah juga harus berjaga-jaga dan mengambil serius dengan ramalan ini.