Ribut Sunamo diramal sebabkan ombak setinggi 4.5m di Sabah dan Sarawak - Nampaknya kedudukan Ribut Sunamo sudah semakin hampir di negeri Sarawak iaitu kira-kira 400km. Menurut informasi terkini yang diperolehi dari Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang timur laut berkelajuan 50kmph - 60kmph bakal menyerang Perairan Kuala Rajang, Mukah, Bintulu dan Miri Sarawak, Labuan, Kudat, Pantai Pedalaman dan Barat Sabah dengan ombak yang dihasilkan mencecah sehingga aras ketinggian 4.5m (14 kaki). Inilah rupa bentuk Ribut Sunamo yang dikatakan sedang berlegar-legar di Laut China Selatan. Ianya merupakan imej satelit yang berjaya ditangkap oleh NASA tiga hari lepas.
Selain itu, aras air laut juga akan meningkat secara mendadak di kawasan pantai Kuching. Keadaan ini amat berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Sekitar jam 7.25 petang tadi pula, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan berlakunya ribut petir dan hujan lebat di negeri Sarawak. Antara kawasan yang terdedah ialah bahagian Limbang dan Miri. Serangan ini dijangka akan berterusan sehingga lewat malam.