Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)12 Jan 2013 - Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana menjadi punca perhimpunan kebangkitan rakyat semalam (12 Jan 2013) berjaya tanpa sebarang masalah. - Sinarharian
"Najib juga layak terima kredit kerana membenarkan #KL112 diadakan dengan aman meskipun menerima bangkangan daripada golongan tegar dalam Umno, kerajaan, polis, yang seharusnya diketepikan," kata ahli Parlimen veteran ini.
Katanya, "HKR Stadium Merdeka satu kejayaan bersejarah, 100,000 orang, semua kaum berhimpun secara aman dengan harapan untuk perubahan. Demokrasi Malaysia sudah matang."
Pehimpunan Kebangkitan Rakyat semalam berjalan dengan aman dan lancar tanpa sebarang tindakan agresif demonstrasi yang membawa kepada kecederaan. Setiap individu yang menyertai perhimpunan itu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tahniah juga diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengawal keadaan. Difahamkan, ada di antara ahli Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak tidur dan terus berjaga semata-mata untuk memastikan keadaan perhimpunan terkawal.