Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Lebih 700,000 orang sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat - Prof Dr Shahrir Md Zain


Lebih 700,000 orang sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat - Susulan pembetulan yang dibuat oleh PDRM berkenaan dengan jumlah sebenar orang yang menyertai perhimpunan itu, lain pula pendapat dan anggaran yang dibuat oleh bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shahrir Md Zain, seorang pakar matematik. Mengikut anggaran yang dibuat oleh PDRM, hanya seramai 40,000 orang sahaja menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam (12 Jan 2013) tetapi anggaran yang dibuat oleh pakar matematik itu lebih dipercayai dan masuk akal. Menerusi laman Facebook, Prof Dr Shahrir Md Zain telah memperincikan bagaimana angka 700,000 itu diperolehinya. Jom ikuti apa kata Prof Dr Shahrir Md Zain.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000. Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa. Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer). Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer. 

Bagi korang, siapakah yang lebih dipercayai, PDRM atau Prof Dr Shahrir Md Zain? Kalau memang benar anggaran yang dibuat oleh Prof Dr Shahrir Md Zain, kenapa PDRM cuba membuat anggaran yang jauh lebih rendah daripada anggaran 80,000 yang asal? 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Trending Articles