Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Chong Wei juara Badminton Terbuka Korea 2013

$
0
0

Chong Wei juara Badminton Terbuka Korea 2013 - Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana tidak menghampakan negara selepas menjuarai perseorangan lelaki Badminton Terbuka Korea 2013. Sebentar tadi, Lee Chong Wei telah menewaskan pemain China, Pengyu Du dengan keputusan agak mudah iaitu 21-12, 21-15. Chong Wei hanya memerlukan masa 42 minit untuk menjinakkan lawannya. Memang makin hebat Chong Wei sekarang kerana mampu menundukkan Pengyu Du dengan mudah sedangkan pemain ini semakin hebat sejak akhir-akhir ini. Kejayaan ini membolehkan Lee Chong Wei mengubati kekecewaannya tahun lepas dalam kejohanan sama selepas tewas tipis kepada Lin Dan, 12-21, 21-18, 21-14. Tahniah sekali lagi kepada Chong Wei, akhirnya berjaya menjuarai Terbuka Korea yang didambakannya selama ini.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594