Keputusan penuh Manchester United vs Liverpool 13 Januari 2013 - Pertembungan epik Manchester United vs Liverpool di Stadium Old Trafford baru sahaja tamat berlangsung tadi. Kemenangan menjadi milik Manchester United selepas menewaskan Liverpool , 2-1, dalam perlawanan yang penuh dramatik dan mendebarkan. Gol Manchester United dijaringkan oleh Robin Van Persi dan Patrice Evra pada minit ke-19 dan 54, manakala gol Liverpool pula dijaringkan oleh Daniel Sturridge pada minit ke-57. Kemenangan Manchester United ini mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 10 mata mengatasi Manchester City yang kekurangan satu perlawanan. Manchester City akan berdepan Arsenal awal pagi ini (12.00 tengah malam) dan mengharapkan kemenangan agar terus dapat mengekori Manchester United. Tahniah Manchester United.
English Premier League 2012/2013
Manchester United vs Liverpool
13 Januari 2013
9.30 PM
Manchester United vs Liverpool
13 Januari 2013
9.30 PM
Keputusan Penuh : 2 - 1