Gambar Shasha Mendoza yang hina Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) - Selepas mengeluarkan kenyataan yang menghina Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari 2013 lalu melalui laman Twitternya, pembangkang nampaknya tidak senang duduk dan membidaskan sehabis-habisnya kenyataan Shasha Mendoza. Apakah kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh Shasha Mendoza melalui laman Twitternya yang dikatakan menghina Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari 2013 lalu? Jom baca kenyataan Shasha Mendoza di bawah.
“Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan.
“Anwar berjanji untuk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua adalah pembohongan. Mana Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk bayar hutang rakyat? Fikir.“
Nampaknya, gadis cantik dan seksi ini memang sengaja mencari populariti dan cuba menunjukkan kewujudannya sebagai rakyat Malaysia. Apapun, cara pemakaian yang ditunjukkannya agak tidak senonoh dan lebih memalukan negara Malaysia.